Sunday, April 3, 2016

330.0 Thorikat Naqsyabandiah

Terlebih dahulu saya memohon berbanyak ampun dan maaf khasnya kepada pengikut dan pengamal Tarekat Naqsyabandiah di seluruh tanah air. Saya paparkan sedikit pengetahuan dan perkembangan tentang Tarekat ini yang menimbulkan sedikit perbalahan di antara puak pro dan kontra.  Kebelakangan ini, kita terdedah kepada majlis zikir kumpulan Tarekat ini di seluruh negara dan ada di antaranya dilakukan di dalam istana (boleh C&P link ini:https://www.youtube.com/watch?v=GfTT_9Qk8JE).

Jika ditanya kepada saya, saya cuma mampu mengatakan bahawa Tarekat (beberapa Tarekat yang diakui tidak sesat) itu baik sebagai pembersihan jiwa yang sentiasa bergolak dengan kejahatan selama amalan zikirnya tidak menimbulkan fitnah serta tidak bercanggah dengan syarak.

Jangan terikut-ikut orang apabila melihat sesuatu yang anih tanpa mempunyai ilmu yang mantap berhubung perkara itu.  Buatlah kajian sendiri, pelajari dari guru-guru yang muktabar dan tanyalah pendapat ustaz atau guru sebelum mengamalkannya. Jangan merujuk semata-mata kepada buku, kitab, laman web, blogs dan segala jenis media massa kerana kefahaman tentang sesuatu ilmu perlu dipelajari secara berhadapan dengan guru.  Dikhuatiri jika belajar tanpa guru, maka syaitanlah gurunya, ia akan membisikkan ilmu dan fahaman yang boleh membawa kita kepada kesesatan (dengan Allah jua kita berlindung).  Ilmu agama dan syariat tidak boleh difahami dengan logik otak dan ilmu yang cetek, dikhuatiri kita terkeluar trek. Ia melibatkan aqidah, jika aqidah terpesong, tidak sampailah kita kepada Allah malah semakin menjauhiNya.

Di bawah ini saya paparkan sedikit maklumat tentang Tarekat Naqsyabandiah yang terkenal.  Terpulanglah kepada anda menimbang.  Wallaahu wa'alam.


ISTILAH DALAM TASAWUF

SYARIAT: Segala hukum hakam yang Allah s.wt. wahyukan kepada Nabi dan Rasul. Syariat difahami oleh para ulama dengan cara belajar, kajian dan ijtihad.

TAREKAT: kita mengamalkan syariat dengan bersungguh-sungguh iaitu melakukan yang wajib, sunat sekadar mampu, meninggalkan yang haram dan makruh serta menjauhi yang sia-sia dibawah asuhan seorang a’rif billah sebagaimana para sahabat mengamalkan syariat dibawah bimbingan dan asuhan seorang arif billah yang paling sempurna dan agung iaitu junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

HAKIKAT: Terbuka hijab kepada perkara perkara ghaib (samiyyat) yg kita imani sebelum ini. seperti pengalaman dapat mencium bau syurga, melihat arasy Tuhan dll.

sumber: http://blogustazsufi.blogspot.com/2009/02/tarekat-naqsyabandi.html
...............................................................................................................................................
JAIP kesan kumpulan ajaran sesat Tarekat Naqsyabandiah

Published: 11 March 2011 7:16 PM IPOH, 11 Mac — Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) telah mengenal pasti sebuah kumpulan tarekat yang aktif di Sungkai dekat Slim River sebagai kumpulan yang menyimpang daripada ajaran Islam.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Mohd Yusop Husin berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak akan mengeluarkan warta terhadap kumpulan itu tidak lama lagi kerana melakukan amalan haram dan menyimpang.

Beliau berkata kumpulan yang mempunyai kira-kira 100 pengikut itu mengikut ajaran Tarekat Naqsyabandiah Al Kholidiyah tetapi ia didapati tidak selari dengan amalan tarekat berkenaan.

“Fatwa akan diwartakan tidak lama lagi oleh jawatankuasa yang dipengerusikan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata antara amalan yang menyimpang ialah pengikutnya mengerjakan ibadat haji secara ghaib, berpegang bahawa semua orang boleh melakukan israk mikraj, mengamalkan amalan bertawassul dengan wali, mandi air zam-zam, air kauthar dan air mahfuz sebagai membuka hijab dan makrifat murid serta mewajibkan mandi taubat dan sujud taubat sebagai syarat menyertai tarekat.

Kumpulan itu dikenali sebagai Tarekat Naqsyabandiah Al Kholidiyah Kampung Menderang.

Mohd Yusop berkata walaupun kumpulan itu mengikut amalan tarekat muktabar Terekat Naqsyabandiah tetapi ada amalan tertentu yang didapati berlawanan dan bertentangan dengan Islam.

Beliau menasihati umat Islam berhati-hati apabila mengikut dan mempelajari ilmu agama daripada mana-mana kumpulan supaya tidak terjebak dengan ajaran yang menyimpang dengan agama Islam.

Sebelum ini Perak telah mewartakan 14 ajaran atau kumpulan sebagai sesat. — Bernama sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jaip-kesan-kumpulan-ajaran-sesat-tarekat-naqsyabandiah

Nota: Fatwa dari JAKIM menyatakan ianya sesat: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/tariqat-naqsyabandiah-al-aliyyah-syeikh-nazim-al-haqqani

....................................................................................................................................

Tarekat Naqsyabandi adalah Tarekat yang dikenal luas di seluruh dunia, bahkan dikenal sejarah sebagai Tarekat tertua di Indonesia. Para Wali Songo, sebagian bertarekat Naqsyabandi. Beberapa Imam Mazhab bertarekat Naqsyabandi.

Potret Wali Sembilan @ Songo mengikut ilustrasi pelukis.

Sebelum bernama Tarekat Naqsyabandi, tarekat ini dikenal dengan Sidiqiyah, karena dipimpin oleh Abu Bakar Assidiq ra. Sepeninggalan Beliau, setiap Guru Tarekat ini akan memberikan Nama Tarekat sesuai dengan Nama Guru di zaman tersebut, sehingga Tarekat ini memiliki banyak nama. Sejak zaman Syaikh Bahauddin, dilakukan pembaharuan dalam perjalanan tarekat. Ketika meninggalnya beliau, di dadanya terukir dengan sangat jelas tulisan ALLAH, karena begitu dalamnya amalan zikir. Dengan adanya kejadian tersebut, beliau diberikan gelar Naqsyabandi, yang berarti ukiran yang sangat jelas. Sehingga setiap Guru Mursyid Tarekat ini memiliki gelar Naqsyabandi. Selanjutnya, tarekat ini lebih dikenal oleh masyarakat dunia dengan nama Tarekat Naqsyabandi.

sumber: https://naqsyabandie.wordpress.com/qa-jogja/
..........................................................................................................................................

Tarekat Naqsyabandi pernah menembusi istana Perak melalui Almarhum YTM Raja Kecil Sulong Perak, Sheikh Dato' Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (28 December 1958 – 30 March 2012). Almarhum Raja Ashman Shah diberitakan telah menghembuskan nafas terakhir baginda pada jam 1.30 pagi hari Jumaat 7 Jamadil Awal 1433 bersamaan 30 Mac 2012 (genab 4 tahun pada Mac sudah).

Almarhum seorang yang cukup warak semasa hayat baginda dan memegang jawatan sebagai Khalifah Tariqat Nasyabandi bagi rantau Asia ini dibawah pimpinan Syeikh Nazim Al Qubrusi An Naqsyabandi.

Petikan biodata Al-marhum dari Wikipedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Raja_Ashman_Shah:

Raja Ashman attended high school at St. John Institution, Kuala Lumpur. He held a bachelor's degree in Economics from the University of Nottingham, a master's degree in Law from Cambridge University, and a diploma in Business Law from the University of London, England.[2] He was a barrister-at-law and a member of the English Bar.

Raja Ashman held an ijazah (permission of initiating seekers, teaching the masses and channeling divine energy) from Shaykh Nazim 'Adil al-Haqqani in the Naqshbandi-Haqqani Sufi Order. Known as Sheikh Raja in the sufi order, he was the representative of Shaykh Nazim in Malaysia and Singapore. He established the Naqshbandi sufi lodge (zawiya) in Kuala Lumpur. He was also revered by some members of the Order as one of Shaykh Nazim's worldwide successors.

https://www.youtube.com/watch?v=GfTT_9Qk8JE


Kita doakan agar Allah merahmati ruhnya dan ditempatkan bersama ruh para solihin.  Amiin.  Hadiahkan bacaan Al-Faatihah.












No comments:

Post a Comment