Posts

Showing posts from May, 2011

4.0 Rehat sat dan tenangkan fikiran .....

Image
Bapa borek ..... anak rintik. Katun yg dihantar oleh rakan di timur tengah. Nasib yang menimpa pemerintah negeri Arab, seorang demi seorang telah turun dari takhta.  Allah memberi kerajaan kepada siapa yang Ia kehendaki dan menurunkan sesiapa yang Ia kehendaki.  apabila Allah memberi tiada siapa dapat menghalang dan demikian sebaliknya. Pada tahun 2030 esok ni, bukan saja manusia dah cekap I.T., berok-berok pun ..... Cari binatang tersembunyi dalam foto di atas ..... ada seekor kucing .... mari kita lihat siapa yang dapat!!!! Bush selalu menjadi bahan ejekan dunia ..... kenapa? Sendiri jawablah! Sebuah papan tanda di Cina berbunyi "Take the child, Fall into water carefully." ????? Jangan menangis mama ......  caravan? Ini kerja bangla di Malaysia, pasang kotak speed fan (regulator) siling di siling ..... pastikan anda tutup suis sebelum ubah speed kipas angin ini, jika tidak ..... putus tangan. Ketika makan an...

3.0 Kematian yang indah

Image
Kita semua, malah setiap yang bernyawa akan menghadapi maut dalam keadaan yang Allah sahaja yang ketahui. Dia maha pencipta, Dia yang menghidupkan dan Dia yang mematikan. Ya Allah, ampunilah kami, kasihanilah kami dan berlembutlah dengan kami.  YA ALLAH! MATIKANLAH KAMI DENGAN MATI BERKEADAAN BAIK (HUSNIL KHAATIMAH) DAN JANGANLAH MATIKAN KAMI DENGAN KEMATIAN YANG BURUK (TIDAK BERIMAN) 

2.0 Pengalaman serangan jantung

Image
Untuk makluman dan perkongsian pengalaman. Serangan jantung atau heart attack atau kegagalan jantung berfungsi (heart failure) terjadi apabila saluran darah berhampiran jantung tersumbat dek kerana kolestrol yg melekat di dinding saluran darah tadi (sila lihat foto di bawah para ini). Apabila tersumbat, tekanan darah akan meningkat dan jantung gagal menghantar oksigen ke otak.  Kolestrol terbentuk dari pemakanan kita khususnya makanan berminyak dan berlemak.  Penyakit nombor satu di Malaysia ini tidak mengenal usia dan siapa kita w/pun ahli sukan. Apabila ia menyerang, nasib baik boleh diselamatkan, nasib kurang baik jadi stroke (kita kenali sebagai serangan angin ahmar) mungkin sebelah badan jadi lumpuh, tak boleh bercakap kerana kekurangan oksigen mengalir ke otak ketika serangan tersebut, nasib lagi kurang baik ialah "qiamat" individu i.e. mati. Alkisah, maka pada 22 November 2008, kami sekeluarga dan keluarga Arni (anak saudara) dari Ipoh menaiki bot dari Kuala Perl...

1.0 Salam perkenalan

Image
Tanggal 23 Mei 2011, maka lahirlah blog saya bertajuk "gegar" atau alamat penuhnya "gegarsyeh.blogspot.com". Gegar akan dipenuhi maklumat perniagaan, kesihatan, pengalaman dan apa saja maklumat yang difikirkan perlu bagi minda yang bersih dan kesinambungan hidup insan. Belum terlewat pada usia mencecah 55 tahun untuk memulakan sebuah blog dan diharapkan mendapat tunjuk ajar dari blogger yang masih muda dan berpengalaman.  Sebenarnya saya belum merancang apa kandungan sebenar blog ini, jadi ianya akan dipinda dari masa ke semasa mengikut selera. Mungkin saya akan memilih beberapa artikel atau ilmu pengetahuan yang terdapat di halaman sesawang lain dan masukkan dalam blog saya ini (rujukan dari mana sumber diambil akan dimasukkan). Pada peringkat pengenalan/permulaan akan dimuatkan pengenalan diri saya, diikuti sedikit nasihat tentang penyakit jantung yang saya alami sendiri. Okay lah buat permulaan, bye ..... Wassalam. Y.B. (i.e. Yang Benar): Mahdzar bin Ahm...