303.0 Apa itu Fatwa
Ramai di kalangan kita masih tidak dapat membezakan di antara pandangan peribadi, pendapat atau fatwa yang dikatakan oleh seseorang ahli agama. Oleh kerana kecetekan ilmu agama khasnya, kita terus membuat kenyataan bahawa itu adalah fatwa yang dikeluarkan oleh seseorang alim berhubung sesuatu masalah atau kemusykilan agama. Jadi di sini, saya ingin berkongsi pengetahuan tentang fatwa sepertimana saya ambil sumbernya dari Portal Rasmi Fatwa Malaysia atau e-Fatwa (sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan). Di dalam Portal ini terdapat penerangan tentang Definisi Fatwa, Pengenalan kepada Jawatankuasa Fatwa, Senarai Fatwa yang telah dikeluarkan atau diwartakan, malah saudara boleh bertanyakan permasalahan serta kemusykilan agama menerusi Portal ini. Bersama-samalah kita memperolehi munafaat dari Portal ini. Apa Itu Fatwa? Definisi Fatwa Pada bahasa ia diambil daripada afta-ifta'an yang memberi maksud menjelas dan menghuraikan hukum permasalahan. ...