Posts

Showing posts from April, 2015

320.0 Puasa bulan Rejab ...... dia mai dah!

Apabila masuk sahaja bulan Rejab, maka dalam web atau blog akan timbullah ramai ustaz, ustazah dan alim ulamak (kebanyakannya yang pass agama tahap SPM saja) mempertikaikan samada amalan puasa sunat di bulan Rejab itu sunat atau sunnah.  Maka masing2 mengeluarkan hujjah berdasarkan kata orang nu, kata orang ni dan sebagainya. Saya sendiri, kalau rajin saya puasa, kalau malas saya tak puasa. Kalau puasa dikira ibadat tulus ikhlas kerana Allah, dijamin dapat pahala di akhirat kelak. Berapa nilai atau berapa besar pahala itu sukar digambarkan dengan wang ringgit dan harta dunia. Apa yang penting, beribadat ikhlas kerana Allah sahaja bukan kerana lain seperti terikut-ikut orang buat, kita buat.  Ini amalan sejak zaman tok nenek aku. Tapi kalau tak puasa, bukanlah menjadi satu kesalahan kerana ia amalan sunat. Penjelasan lanjut tentang puasa bulan Rejab ada di bawah ni, saya copy & paste dari Facebook: https://www.facebook.com/turmudzi.makki/.  Diharap jangan ada siapa...

319.0 Stress = Tekanan

Image
Saya nak menyentuh sedikit tentang "stress" atau tekanan. Manusia dan stress memang tidak dapat dipisahkan ibarat "irama dan lagu". Seingat saya, bila usia meningkat menjadi baligh atau cukup umur, stress mula kita rasai. Bangun awal pagi, mandi air sejok, berjalan kaki ke sekolah berbatu-batu, bawa wang cukup untuk sekali makan dan minum, cikgu bagi kerjarumah berlambak-lambak, petang pergi belajar mengaji dan balik buat kerjarumah etc. Semua ini stress peringkat awal. Bila usia meningkat remaja, stressnya pun meningkat. Begitulah seterusnya hingga kita menghembus nafas terakhir di muka bumi ini.  Adakah anak Syria ini menghadapi stress? Ada orang kaya yang tidak boleh melelapkan mata. Makan berlebihan dan terlalu mewah juga mengakibatkan stress! Jika ia asyik mengenangkan nasibnya yang malang,  maka ia akan berkesudahan mati di atas katilnya. Orang yang kuat iman dan kepercayaannya kepada Allah  serta banyak buat kebajikan, stre...

318.0 Kenapa para Imam Mazhab tidak memakai hadiths Sahih Bukhari dan Muslim?

Image
 Kenapa para Imam Mazhab seperti Imam Malik tidak memakai hadits Sahih Bukhari dan Sahih Muslim yang katanya merupakan 2 kitab hadits tersahih? Untuk tahu jawapannya, kita harus faham sejarah. Faham biografi tokoh2 tersebut. Imam Malik lahir tahun 93 Hijriyah. Sementara Imam Bukhari lahir tahun 196 H dan Imam Muslim lahir tahun 204 H. Artinya Imam Malik sudah ada 103 tahun sebelum Imam Bukhari lahir. Faham? Apakah hadiths para Imam Mazhab lebih lemah dari Sahih Bukhari dan Sahih Muslim? Justru sebaliknya. Lebih kuat karena mereka lebih awal lahir daripada Imam Hadits tsb. Rasulullah SAW bersabda, خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ “Sebaik-baik manusia adalah pada kurunku (Sahabat), kemudian yang sesudahnya (Tabi’in), kemudian yang sesudahnya (Tabi’ut Tabi’in).”[HR. Al-Bukhari no. 2652 dan Muslim no. 2533 ] Siapakah pengikut ulama SALAF sebenarnya? 1) Imam Hanafi lahir: 80 hijrah 2) Imam...

317.0 Penyakit Darah Tinggi

Image
 Saya sering mengambil tekanan darah dengan menggunakan alat jenama Omron berkuasa 4 bateri Alkaline AA.  Bacaan yang diberikan adalah di tahap rendah dan sederhana serta di dalam julat normal (120/80) malah kadang-kadang lebih rendah lagi.  Tetapi yang peliknya apabila saya pergi ke klinik atau hospital, diambil bacaan tekanan darah menggunakan alat berkuasa elektrik, tiba-tiba bacaan naik tinggi hingga 150/90....mana satu yang nak percaya?  setiap kali diambil tekanan darah, bacaannya berubah-ubah walaupun selang masa beberapa saat.   Alat mengukur tekanan darah Omron SEM 1 - guna 4 bateri AA  mengambil tekanan darah cara lama (mengguna jangka raksa) Apapun bacaannya, yang penting kita lihat dan ambil perhatian ialah keputusan bacaannya samada tinggi atau rendah atau normal sebagai panduan dan amaran.  Jangan ambil ringan tentang tekanan darah kerana jika terlalu tinggi (mungkin kerana terdapat saluran darah ke jantung tersumb...

316.0 Sihir masih diamalkan?

Image
Sekarang tahun 2015 atau kita hidup di kurun ke-21. Di sekeliling kita, terdapat gadget dan kemudahan elektronik yang meringkaskan serta memudahkan kerja kita. Kemajuan sains dan teknologi sudah tiada sempadan dan berkembang pesat. Lihatlah sendiri perkembangan komputer dan telefon bimbit ..... tak terkejar kita! Yang peliknya, dalam kesibukan mengejar teknologi tercanggih, terdapat se kelompok kecil manusia yang masih berminat di bidang sihir menyihir yang menggunakan kuasa makhluk terkutuk yang tidak kelihatan oleh mata kasar kita.....i.e. syaitan laknatullah. Sanggup mereka melihat saudara mara atau rakan yang berjaya menderita kerana perasaan iri hati, cemburu, busuk perut dan penuh sifat2 tercela dalam diri. Mengapa sihir masih berleluasa? Jawabnya mudah, ada Demand dan ada Supply dan ada duit! Dosa pahala bukan ukuran sekarang ini, janji hati puas melihat orang menderita. Apakah ia tidak pernah terfikir satu masa akan berlaku "Return to Sender?", atau pembalas...