337.0 Panduan penjagaan kereta

Salam sejahtera semua pengunjung blog saya. Kita yang jahil dalam sesuatu bab biasanya akan menjadi mangsa penipuan orang. Tidak semua orang baik dan jujur dan tidak semua orang penipu dan kaki auta. Tidak terkecuali di dalam hal penjagaan dan pembaikan kereta. Kerana kita jahil dan tak tahu langsung bab kereta, cuma tahu isi minyak dan jalan, maka kita akan terdedah kepada penipuan oleh se gelintir mekanik di woksyop kereta. Kita yang tak ambil kisah tentang wang, akan bayar berapa saja amaun yang diletak oleh mekanik asalkan kereta kita tidak meragam lagi. Di dalam sebuah kereta terdapat ribuan elemen atau komponen yang perlu diawasi kerana setiap satu mempunyai jangkahayat tertentu dan perlu ditukar apabila tiba masanya. Jangan kerana sayangkan wang, kita sanggup meletakkan nyawa sendiri dan keluarga di ambang bahaya. Saya terjumpa sebuah artikel tentang penjagaan kereta di web Media Malaysia yang saya rasa amat membantu kita yang sifar peng...