Monday, March 12, 2012

9.0 BORANG TUNTUTAN PERUBATAN JPA (PENCEN) - UPDATE! 23 November 2014 (6th Anniversary)

Untuk makluman, rakan-rakan yang dah bersara dari perkhidmatan Kerajaan @ pencen, boleh membuat tuntutan perubatan melalui Borang Perubatan 1/09 - Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan Di Bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009.

Langkah-langkah / syarat-syarat yang perlu dipatuhi ialah:

1) ubat-ubat yang dibeli di farmasi (di luar Hospital Kerajaan) disahkan oleh doktor yang merawat kita, tiada atau tidak dibekalkan oleh farmasi hospital berkenaan, contohnya Plavix 7.5mg atau Coralan 7.5mg (Ivabradine);

2) dapatkan resit dari kedai ubat / farmasi (himpun semua resit);

3) isi Borang Perubatan 1/09 - Borang ini boleh dimuaturun dari website http://www.jpapencen.gov.my/laman_utama.asp. (contoh Borang seperti di bawah ini - Lampiran E).

 



4) Setelah semua maklumat diisi di dalam borang tersebut, dapatkan tandatangan doktor pakar yang merawat kita di Borang tersebut (Lampiran F di atas, m/s 25);

5) dapatkan tandatangan Pengarah Hospital di Borang tersebut (Lampiran F di atas, m/s 25) dan

6) pos laju / ekspres semua dokumen termasuklah Borang, Resit Asal pembelian ubat dan satu salinan fotokopi Kad Pesara (depan & belakang di atas muka kertas A4). Pastikan anda fotostat dan simpan satu salinan Borang yang telah lengkap dan resit Asal yang dihantar ke JPA, kerana kadang-kadang berlaku kehilangan atau tercicir dan akan menimbulkan masalah.

Selalunya bayaran balik akan diterima dalam tempoh 1 bulan dari tarikh dihantar.

Maklumat tambahan:

Sebagai maklumat tambahan, tuntutan bayaran balik ini juga meliputi sebarang peralatan rawatan ke atas diri pesakit (pesara) misalnya pembelian alat stenting (spring) untuk dipasang pada urat jantung yang tersumbat (Kategori tuntutan dinyataka di bawah ini).  Kita dikehendaki order menerusi doktor pakar Hospital Kerajaan dan membayar dahulu kepada pihak pembuat/pembekal stenting tersebut menerusi Banker's Cheque dari mana-mana bank tempatan. Dalam kes saya, saya menyediakan dua Banker's Cheque di atas nama pembekal seperti yang diarahkan oleh doktor pakar (lihat foto di bawah).  Tetapi jika satu stent sahaja yang diguna, B/C ini boleh dipulangkan dan wang dikembalikan oleh bank.

Nota: Kategori tuntutan perbelanjaan adalah meliputi perkara-perkara berikut:-

1. Ubat
2. Alat Ortopedik
3. Anggota Palsu
4. Kerusi Roda
5. Alat Bantu Pendengaran
6. Alat Rawatan Jantung/ Alat Bantu Pernafasan/ Koklea Implan/ Colostomy Bag/ Urine Bag/ Intraocular Lens
7. Alat-alat Lain
8. Perkhidmatan Perubatan
9. Rawatan Penyakit Buah Pinggang
10. Rawatan Kemandulan
11. Rawatan Kepakaran
12. Rawatan Di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. (IJN)


 

Contoh Banker's Cheque untuk sebatang stent = RM3,000.00

Tindakan selanjutnya seperti juga tuntutan ubat-ubatan, dikepilkan resit yang dikeluarkan oleh pembekal (contoh foto di bawah).  

Contoh Invoice/resit dari pembekal stent.

Begitulah juga halnya jika melibatkan lain-lain peralatan rawatan yang disyorkan oleh doktor pakar tetapi tidak terdapat bekalannya di hospital kerajaan.

Kita patut bersyukur dan berterimakasih kepada kerajaan pemerintah kerana masih mendapat perkhidmatan rawatan yang berkualiti dan setaraf dengan hospital swasta pada kadar boleh dikatakan "percuma".  Bayangkan bayaran untuk memasukkan se batang stent menerusi proses Angiogram di hospital swasta ialah di antara RM15,000.00 hingga RM25,000.00.  Kawan pejabat saya kena pasang 6 batang stents, bayangkan kosnya. 


46 comments:

  1. Alhamdulillah.. sebab terjumpa blog Tuan.
    Terimakasih kerana sudi berkongsi maklumat begini.
    Semoga Tuan diberi kesihatan yang baik & dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas doa saudari. Semoga Allah memberi kita semua keafiatan dan kesejahteraan selalu. Amiin.

      Delete
  2. assalamualaikum tuan...sy nk bertanya ayah sy perlu menjalani pembedahan untuk masuk besi memerlukan kos sehingga rm 30k..mcm mn ayah sy pencen untuk memohon

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikumussalam. Maaflah, saya kurang faham tentang memasukkan besi, adakah sdr maksudkan spring atau stent pada urat jantung atau besi pada anggota badan lainnya?

    Jika yang dimaksudkan besi spring atau stenting, mengikut pengalaman dan pengetahuan saya, Bhg. Pencen cuma melayan tuntutan yang dibuat menerusi hospital kerajaan dan IJN. Maksud saya, jika kita pesakit yang berdaftar dan mendapat rawatan di hospital kerajaan atau IJN, segala perbelanjaan akan ditanggung oleh kerajaan. Bhg. Pencen juga akan melayan tuntutan jika kita mendapat rawatan dari hospital swasta sekiranya penyakit kita dirujuk dan direkomen oleh doktor pakar hospital kerajaan.

    Dalam kes saya dulu, saya pesakit Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan menjalani angiogram memasukkan stent dan belon. Saya diminta menyediakan dua Cek Bank sebanyak RM3,000.00 setiap satu stent (contoh seperti di atas) supaya pihak hospital dapat membuat tempahan dari pembekal stent tersebut. Selesai angiogram, didapati satu stent saja diperlukan dan satu lagi Cek Bank dikembalikan kepada saya dan saya tunaikan sendiri di bank. Satu lagi resit dari pembekal, saya kepilkan bersama borang tuntutan JPA dan wang saya dikembalikan. Procedure tuntutan seperti di atas.

    Sekirannya yang dimaksudkan sdr, memasukkan besi pada anggota yang patah misalnya tulang kering atau lengan, tatacaranya adalah sama jika mendapat rawatan dari hospital kerajaan sahaja atau doktor pakar mengsyorkan mendapat rawatan dari hospital swasta, barulah kerajaan akan menanggung kos perubatannya.

    Diharap saya dapat membantu.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum. borang yang telah lengkap perlu dihantar ke mana ya? dan perlu diletakkan untuk perhatian siapa? bahagian pencen ke? terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika ada sebarang masalah tentang tuntutan dan sebagainya tuan/puan boleh hubungi JPA (termasuk kemukakan tuntutan perubatan dll):

      Jabatan Perkhidmatan Awam
      (Bahagian Pasca Perkhidmatan),
      Unit Kecil Perubatan,
      Aras 5, Blok C1, Kompleks C
      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
      62510 W.P PUTRAJAYA

      Tel. : 03-8885 4873 / 4853 / 4875
      Faks : 03-8889 2196 / 03-8885 4872

      Delete
    2. baiklah. terima kasih :)

      Delete
  5. Ayah saya seorang pesara negeri. Baru2 ini ada membuat pembedahan katarak mata dan memasukkan kanta dalam mata diklinik swasta. Boleh kah ayah saya membuat tuntutan rawatan ini? Adakah perlu untuk mendapatkan pengesahan dari hospital kerajaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sdr. Maaflah lewat reply kerana saya baru balik dari kerja umrah dan kesihatan kurang baik. Jika ayah sdr pesara negeri, biasanya kerajaan negeri yang akan bertanggungjawab tentang pesara dan kakitangannya. Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam atau JPA (kerajaan Persekutuan) tidak terlibat. Sdr boleh cuba ajukan permohonan bayaran balik (sediakan resit rawatan dan dokumen2 berkaitan) kepada Kerajaan Negeri.

      Delete
  6. berapa lama tuntutan (kos ubat) diselesaikan? untuk makluman tuan saya masih lagi berkhidmat didalam perkhidmatan kerjaaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya tak sampai satu bulan. claim bulan ini, bulan berikutnya sudah dapat. dalam kes saya seorang pesara, bayaran tuntutan dimasukkan terus ke dalam akaun bank saya dan surat pengesahan bayaran diterima kemudian.

      Delete
  7. Assalamualaikum,
    Saya Staf UiTM dan merupakan penjawat awam ibu saya membuat pembedahan mata setelah Ketua Jabatan Meluluskan adakah saya juga perlu menghantar borang ini kepada JPA juga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Sdr Adam. Saya perlu maklumat lanjut sebelum menjawab soalan sdr. Adakah pembedahan dijalankan di hospital kerajaan atau hospital swasta? Adakah sdr dahulukan bayaran atau kos perubatan tersebut?

      Jika ada sebarang masalah atau kemusykilan, saya cadangkan sdr hubungi terus JPA di alamat berikut:-

      Jabatan Perkhidmatan Awam
      (Bahagian Pasca Perkhidmatan),
      Unit Kecil Perubatan,
      Aras 5, Blok C1, Kompleks C
      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
      62510 W.P PUTRAJAYA

      Tel. : 03-8885 4873 / 4853 / 4875
      Faks : 03-8889 2196 / 03-8885 4872

      Delete
    2. Saya ingin bertanya,bolehkah permohonan dihantar melalui emel?

      Delete
  8. Assalamualaikum saudara,
    Saya adalah kakitangan kerajaan berkhidmat di sektor perubatan. Bapa saya disahkan menghidap sakit buah pinggang dan memerlukan pemasangan AVF atau tapak untuk Hemodialisis. Boleh kah saya membuat claim bagi pemasangan tapak itu yang dilakukan di hospital swasta ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaflah Sdr Yusri kerana lewat respon, masalah Wifi. Pada pendapat saya, jika pemasangan tapak itu dilakukan di hospital swasta di atas arahan atau nasihat hospital kerajaan, sdr layak membuat tuntutan dari JPA (beralamat spt di atas) tetapi jika sdr terus mendapat rawatan hospital swasta mungkin sukar membuat tuntutan. Untuk kepastian, sdr bolehlah hubungi terus JPA Putrajaya. Wassalam.

      Delete
  9. assalamualaikum, maaf saya nak tanya. ayah saya petani. terpaksa masukkan stent pada jantung bernilai RM 13K, saya kerja dengan kerajaan,bolehkah saya clame . harap membantu,.

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum, maaf saya nak tanya. ayah saya petani. terpaksa masukkan stent pada jantung bernilai RM 13K, saya kerja dengan kerajaan,bolehkah saya clame . harap membantu,.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum, maaf mencuri masa tuan seketika.
    Saya merupakan seorang kakitangan kerajaan, ayah saya mengalami masalah jantung dan telah menjalani angiogram dan telah dimasukkan stent@belon kos bernilai RM11K. Persoalan saya bolehkah saya membuat tuntutan? Borang Perubatan 1/09(T). Terima kasih di atas bantuan tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa nak maklum Hospital USM, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan

      Delete
  12. Assalamualaikum. Tuan, saya ada satu kemuskilan dan untuk mendapat pandangan tuan.

    Isteri saya, seorang guru dan menjalani pembedahan tulang belakang di hospital swasta. Satu alat telah dipasang dibahagian tulang belakang. Adakah tuntutan boleh dibuat kepada pihak kerajaan /JPA bagi harga peralatan yang dipasang pada tulang belakang tersebut.

    Untuk makluman tuan, pembedahan telah dibuat secara sertamerta/kecemasan dan tiada apa-apa pengesyoran dari pakar perubatan hospital kerajaan.

    Harap dapat pandangan tuan.

    abdul ghani jusoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Kes isteri tuan agak rumit kerana ia boleh dikategorikan sebagai kecemasan. Perkara ini mungkin menjadi mudah kiranya isteri tuan mendapatkan rawatan awal di mana2 hospital kerajaan dan hospital berkenaan merujuk rawatan lanjut di hospital swasta dan kos terlibat boleh dituntut semula 100%. Walau bagaimanapun, saya nasihatkan tuan hubungi pihak JPA untuk penjelasan lanjut.

      Delete
    2. Salam. Saya nak share sikit ilmu yang saya ada untuk semua. Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 21 Tahun 2009 menyatakan sebarang kondisi yang dianggap "mengancam nyawa" boleh ditafsirkan sebagai kes kecemasan dan layak dipertimbangkan oleh Kerajaan.
      Berdasarkan kes saudara Abdul Ghani Jusoh, prosedur yang dijalankan adalah prosedur kepakaran "elektif" yang boleh dilakukakan di hospital kerajaan. Walau bagaimanapun, permohonan ini boleh dikemukakan kepada JPA untuk pertimbangkan, tertakluk kepada syarat2 dan peraturan.
      Berdasarkan pengalaman, pihak JPA akan menyemak segala dokumen yang diserahkan sebelum dikemukakan untuk pertimbangan Ketua Pengarah KKM.

      Delete
  13. Pembedahan tersebut dibuat pada bulan Disember 2015. Adakah tuntutan boleh dibuat dalam tahun 2016?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr Abd Ghani - sebaiknya urusan ini diselesaikan dalam tahun ini juga. Jika tuntutan diluluskan, bayaran akan dibuat di tahun hadapan. Tuan boleh cuba buat rayuan dan memberi alasan yg munasabah utk justify ia kes kecemasan dan tidak boleh ditangguh.

      Delete
  14. Replies
    1. Tuan,

      Terima kasih atas penjelasan tersebut. Saya ada soalan tambahan.
      Semua bayaran perkhidmatan dan harga beli peralatan telah dibayar kepada pihak Hospital Swasta tersebut. Doktor pakar Hospital Swasta tersebut telah buat perakuan dalam Borang Perubatan 1/09 untuk saya buat tuntutan harga peralatan. Saya cuma ingin membuat tuntutan harga alat yang dipasang sahaja. Adakah ianya tidak perlu pengesahan Doktor Hospital Kerajaan?

      Delete
  15. Salam sejahtera Tuan. Nak tanya kalau tentera,isi borang yang sama jugak ke?

    ReplyDelete
  16. Salam sejahtera Tuan. Nak tanya kalau tentera,isi borang yang sama jugak ke?

    ReplyDelete
  17. Salam...ayah saya memohon bantuan perubatan untuk rawatan dialisis..
    Ke mana nak hntr borang yg siap diisi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hantar ke mana-mana Jabatan Hal Ehwal Veteran yang berhampiran.

      Delete
  18. Tuan pergi ke jabatan veteren dimelaka dan pihak jabatan akan serahkan borang tutuntan. Maklumat tuntutan akan diberikan nni disana oleh kakitangan office.

    ReplyDelete
  19. Tuan,
    Saya telah menghantar borang untuk menuntut alatan intracular lens ibu kandung saya.Tetapi ditolak atas alasan "pemberian kemudahan perubatan kepada ibu bapa yang sah adalah dibenarkan selagi seseorang pegawai masih di dalam perkhidmatan kerajaan sahaja. Sedangkan saya masih bekerja di SJKC sehingga hari ini. Apakan yang boleh saya buat

    ReplyDelete
  20. Aslam bolehkah saya menuntut semula bayaran perubatan ceserian isteri saya sebanyak rm173.00

    ReplyDelete
  21. Saya pergi ummc untuk rujukan pakar.ada setengah ubat kena dibeli. Apa saya boleh buat.bolehkah saya tuntut balik.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. 李美慧校长, hope this will be of help, 剛剛有新的 surat pekeliling (terbaru) 30 Jun 2017: http://www.jpapencen.gov.my/sppBil.11.2017.pdf

      Untuk makluman, berkuatkuasa 1 Jun 2017, kemudahan perubatan (ubat, alatan perubatan, rawatan hemodialisis, tuntutan rawatan kecemasan dan tuntutan perjalanan mendapatkan rawatan) bagi pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Veteran Berpencen dan ahli keluarga yang berkelayakan akan diuruskan oleh hospital/ klinik Kerajaan (hospital di bawah KKM, KPT dan KEMENTAH).

      Delete
  22. assalamualaikum tuan.
    bapa saya pesara persekutuan dan mendapatkan rawatan di ijn kuala lumpur. begitu juga ibu saya. tiada masalah tututan perjalanan yang dibuat oleh saya. masalah timbul bila bapa saya mendapat stroke dan alzeimer yang kronik. sekarang dia bedridden. masalahnya bapa saya tidak lagi mampu untuk menurunkan tanda tangan pada borang tuntutan perjalananan yang telah dibuat. adakah boleh ibu saya menurukan tanda tangan bagi pihak bapa saya?. terima kasih

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum..saya staff kkm saya ada membeli alat bantuan orthopedik berharga RM 2580..saya telah memohon bayaran balik dan saya diminta membuat surat rayuan.
    ada x contoh surat tersebut.tq

    ReplyDelete
  24. Boleh minta bantuan x semua..macam mana nak buat surat rasmi minta kad pesara ?kad pesara utk yg tercicir..ada x contoh2 surat rasmi utk kad pesara yg tercicir sbb nak minta kad pesara yg baru..

    ReplyDelete
  25. Boleh minta bantuan x semua..macam mana nak buat surat rasmi minta kad pesara ?kad pesara utk yg tercicir..ada x contoh2 surat rasmi utk kad pesara yg tercicir sbb nak minta kad pesara yg baru..

    ReplyDelete
  26. Salam...maaf bertanya...
    Ayah saya terlibat dlm 1 kemalangan di bangunan dan kami telah membuat belian besi utk bahagian lututnya..Ada kawan2 cakap boleh claim dgn JPA.
    So, sebenarnya boleh ke saya membuat tuntutan ke Jpa memandangkan ayah menggunakan GL saya semasa menerima rawatan..
    Dan tuntutan tu mesti dibuat dlm tempoh berapa lama ye..
    Ada had masa ke dr tarikh kemalangan berlaku..atau dari tarikh pembelian besi..
    Terima kasih banyak.

    ReplyDelete
  27. Salam .sye ingin bertanya .ayah sye seorang pesara.bru ni ade membuat operation katarak.dan memasukkan kanta.bolehkah saya membuat tuntutan bayaran balik kanta tersebut.saya juga seorang penjawat awam.jika boleh adakah pekeliling yang boleh saya rujuk..

    ReplyDelete
  28. Salam...
    sye juga ada raguan dalam isu ini... ayah sye juga adalah pesara,bru ini emak sye membuat operation katarak.. blh claim tak ?

    ReplyDelete
  29. Sy adalah persara kerajaan pd jan , feb n march dy tlh menjalani leser 3kali.dan menjalai opration mata glukoma 2 kali tp kanta x bolih d masukan kerana luka blum pulih sepenuhnya, akan d opration sekali lg. Pebelanjaan perubatan masa opration dan kanta beli sendiri.tp masih belum berjaya. Bagaimanakah caranya sy nak buat tuntutan perubatan tersebut .

    ReplyDelete
  30. Bolehkah permohonan dihantar melalui emel? Dan ayah saya sudah lebih dari tempoh 6 bulan untuk urusan permohonan kerana terlepas pandang disebabkan kekangan kesihatan & temu janji di beberapa buah hospital. Masih boleh buat permohonan?

    ReplyDelete