Tuesday, April 16, 2013

132.0 Minyak hitam

Assalaamu'alaikum saudara sekelian.
Saya bukanlah mekanik, cuma orang biasa dan ingin berkongsi pengetahuan dengan anda jika anda berminat.

Kali ini saya nak bincang pasal minyak selinder kereta atau minyak hitam (walaupun warnanya perang kekuningan). Gamaknya pasal bila minyak kekuningan emas tukar jadi hitam baru kena tukar minyak baru, itulah sebab dipanggil minyak hitam.

Minyak hitam - dibuang/flush, ganti baru.

asas sebuah enjin kenderaan



Asas enjin kenderaan

Kita biasanya tak kisah sangat, tak payah pening-pening kepala, pergi ke worksyop, panggil apek mekanik tu, cakap nak tukar minyak hitam. Kemudian apek tanya, mau mahai ke atau murah punya? Kita jawab ikut kemampuan masing2, ada yang nak yang mahal, ada yang murah janji kereta boleh jalan tak meragam.  Kalau mahal macam fully synthetic boleh tahan sampai 10,000km - 12,000km perjalanan baru tukar pulak, yang biasa mungkin 5,000km. Jadi kita kenalah buat calculation sikit i.e. perbandingan harga dan kekerapan tukar minyak hitam tu. Tetapi apa salahnya kita mempelajari sedikit tentang minyak hitam ini supaya tidak mudah tertipu dengan tawaran2 peniaga minyak pelincir atau mekanik kereta. Kebelakangan ini terdapat sindiket menjual minyak pelincir yang tidak asli (recycle) diisi di dalam tong "branded". Awas! - pernah berlaku di Rawang tahun 2010 dulu (minyak pelincir pun ada cetak rompak ka?).

Dari Harian Metro (6 Feb 2010)
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minyakpelincircetakrompak/Article/index_html

RAWANG: Satu sindiket terancang menghasilkan sendiri minyak pelincir kenderaan dengan meniru bulat-bulat beberapa jenama minyak pelincir terkenal antarabangsa yang berada di pasaran.

Operasi licik yang dijalankan di satu kilang tertutup di Taman Setia Jaya, Rawang di sini, dikesan mampu menghasilkan ribuan botol minyak pelincir sintetik palsu yang kemudian dijual dengan harga sama.

Kegiatan sindiket terbabit terbongkar selepas sepasukan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) Selangor menyerbu gudang berkenaan dan merampas sejumlah minyak pelincir ‘cetak rompak’ bernilai lebih RM1 juta.

Penolong Pengarah Kanan KPDNKK Selangor, Zakaria Thamby Chik berkata, kewujudan kilang membuat minyak pelincir kenderaan tiruan itu berjaya dibongkar hasil maklumat orang ramai dan kerjasama pihak polis Gombak.

Menurutnya, seorang pekerja sindiket berkenaan sebelum ini diberkas polis selepas dikesan melakukan penipuan pembelian sejumlah tayar menggunakan cek tendang.

“Hasil tangkapan itu, suspek membawa pihak polis dan KPDNKK ke gudang rahsia terbabit yang dijadikan markas untuk memproses minyak pelincir tiruan.

“Bagaimanapun ketika serbuan jam 10 pagi semalam, pemilik gudang sempat melarikan diri dengan meninggalkan semua bahan bukti di dalam premis berkenaan,” katanya.

Menurutnya, enam pegawai KPDNKK Selangor memecah kunci gudang berkenaan sebelum menemui beratus tong drum yang digunakan untuk mengisi minyak pelincir tiruan.

“Siasatan lanjut menemui ratusan kotak berisi bekas plastik minyak pelincir seberat satu liter dan empat liter yang dipercayai sedia untuk diedarkan ke pasaran.

“Bagaimanapun semua minyak pelincir berkenaan didapati palsu berikutan ia diisi menggunakan bekas plastik yang mempunyai bentuk dan warna sama dengan produk tulen,” katanya. Malah sindiket terbabit turut dikesan menghasilkan pelekat label palsu berdasarkan penemuan beratus pelekat terbabit dalam pejabat berkenaan.

Berbalik kepada topik asal, terdapat dua jenis minyak pelincir utama iaitu Monograde/Gred Tunggal dengan Multigrade/Pelbagai Gred.

Pelincir jenis ‘monograde’ adalah lebih murah berbanding minyak pelincir ‘multigrade’ dan biasanya digunakan pada kenderaan atau jentera berat dan lasak atau untuk enjin kenderaan ringan yang telah berusia. Kadar kelikatan SAE 40 biasanya menjadi pilihan bagi penggunaan yang lasak.

Contoh label pelincir monograde

Manakala jenis ‘multigrade’ pula merujuk kepada kadar kelikatan minyak pelincir yang boleh berubah daripada lebih cair semasa suhu sejuk kepada lebih pekat apabila kepanasan suhu meningkat. Kos pengeluaran minyak pelincir jenis ‘multigrade’ ini lebih tinggi berbanding minyak pelincir jenis ‘monograde’. Pelincir jenis ‘multigrade’ mempunyai dua kadar kelikatan yang boleh berubah-ubah. Label Piawaian seperti SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50 dan banyak lagi merupakan contoh minyak pelincir jenis ‘multigrade’. Konsonan ‘W’ bermaksud ‘Winter’ atau ‘Wet’ iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara yang musimnya berubah-ubah, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan.

Manakala angka selepas tanda palang adalah bermakna kadar kelikatan maksimum minyak pelincir itu apabila enjin mencapai suhu panas. Semakin besar angka tersebut, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin.

Contoh pelincir Multigrade

Ringkasnya begini, minyak pelincir berfungsi menyerap tekanan dan geseran yang boleh menyebabkan kehausan komponen-komponen enjin dan ia juga berfungsi  sebagai pengawal dan penyerap haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin.  

Dua jenis kod piawaian yang sering diguna pakai ialah Kod Piawai SAE dan Kod Piawai API.

SAE adalah singkatan bagi ‘Society of Automotive Engineers’ atau Persatuan Jurutera Automotif dan Kod Piawai API singkatan bagi ‘American Petroleum Institute’ atau Institut Petroleum Amerika.

Petikan dari: http://minyakenjin.blogspot.com/

15W = 'Winter Grade' atau tahap keadaan suhu enjin ketika suhu rendah (sebelum enjin dihidupkan). Dalam keadaan suhu di Malaysia, pada tahap 15W sudah mencukupi .

50 = Tahap kelikatan minyak ketika enjin beroperasi sepenuhnya atau pada suhu 100°C (grad pada suhu ketika ujian kelikatan minyak).

Gambarajah di sebelah hanya menunjukkan secara kasar kaitan antara grad minyak dan suhu.

Apa beza 10W-40 dengan 15W-40 ?

Ketika enjin beroperasi sepenuhnya kelikatan minyak 10W-40 dan 15W-40 adalah sama. Perbezaan hanya pada ketika enjin mula dihidupkan atau berkeadaan sejuk. 10W lebih effisen berbanding 15W jika suhu lebih sejuk dan sesuai untuk enjin mula beroperasi Pada suhu tersebut.

Umumnya 15W adalah memadai bagi keadaan cuaca di Malaysia melainkan anda menyimpan kenderaan anda di dalam peti sejuk

Saya saja buat survey harga dan hasilnya seperti berikut:

Di TESCO, KL pada 20/11/2012:
1)  jenama Castrol GTX 4liter 15W/40 @ RM89.90
2)  jenama Tesco Semi-Synthetics 4liter 10W/40 @ RM85.00
3)  jenama Tesco Semi-Synthetics 4liter 5W/40 @ RM99.90
3)  jenama Shell Helix Synthetics 5liter 10W/40 @ RM99.00

Di Penang (Kepala Batas) 2013:
1) jenama Petronas Mach 5 4liter 15W/40 @ RM75.00
2) jenama Mono Semi Synthetics 4liter 10W/40 @ RM85.00

Bagi mengelak dari tertipu dengan membeli minyak selinder recycle atau tak menepati standard antarabangsa, eloklah beli dari kedai di stesyen minyak seperti Petronas, Esso, Caltex, Shell dll. kerana ketulenannya tidak diragukan.  Itulah, masalahnya hendak membezakan yang tiruan dengan yang tulen walaupun dibeli di stesyen pam minyak.

Petronas Mach 5 4liter 15W/40 @ RM75.00

Mono Semi Synthetics 4liter 10W/40 @ RM85.00

Kebiasaannya apabila tukar minyak hitam, kita akan tukar penapis minyaknya sekali (oil filter). Ada sesetengah mekanik menasihati ditukar oil filter alternately iaitu berselangseli, dua kali tukar minyak hitam baru sekali tukar oil filter. Tetapi jika hendak elok biarlah ditukar serentak, harga oil filter untuk Myvi hanya RM10.00, upah mekanik tukar minyak dan filter RM5.00 sahaja (di Kepala Batas).  Minyak baki di dalam tongnya boleh dibawa balik dan buat spare jika kadang-kadang minyak hitam bocor atau berkurangan, bolehlah ditambah.  Kalau kereta Nazaria, kena beli dua botol 4liter kerana 2,500cc tapi Kancil pula satu botol 3 liter dah memadai dan ada baki.

Dua cara mekanik membuang minyak selinder dari keboknya. Pertama, dengan membuka skrew penutup dan mengalirkan keluar minyak tersebut atau kedua, dimasukkan tiub panjang hingga ke kebok dan dipam keluar menggunakan tangki pam.


Saya layari beberapa web tentang ini dan terjumpa web2 berikut, jika sdr ingin maklumat lanjut bolehlah terus buka web ini:

http://minyakenjin.blogspot.com/http://www.slideshare.net/apechranger/penuras-dan-minyak-pelincir-enjin
http://www.sioloon.com/t12790-fungsi-minyak-pelincir-sejukkan-geseran-silinder
http://umpir.ump.edu.my/1104/1/Muhammad_Afiq_Zali.pdf

NOTA: MAKLUMAT DIKEMASKINIKAN PADA 26 JUN 2013 (Harga jualan minyak hitam di Tesco, Bandar Seberang Jaya, Pulau Pinang)








Kemaskini jenis dan harga pelbagai jenama minyak selinder pada 26 Februari 2014 di Tesco, Sungai Petani, Kedah.









.............................................................................................................................................
Harga minyak selinder dikemaskini sehingga 5 November 2014 
(kajian harga di Tesco, Sg. Petani, Kedah).

Castrol GTX 15W-40 (4Li) =RM90.90

Castrol GTX 20W-50 (4Li) =RM73.00

Castrol Vecton 10W-40 (5Li) =RM90.90

 Castrol Edge 5W-40 (4Li) =RM239.00 Fully Synthetic
 (Untuk kereta Audi, VW, BMW, Mercedes-Benz, Posche, Skoda, 
Seat Cars and Opel/Vauxhall)

  Castrol Magnatec 10W-40 (4Li) =RM119.00 Part Synthetic
(Untuk kenderaan gasoline, diesel, CNG and LPG) 

Mobil 1 New Life 0W-40 (4Li) = RM149.00

 Mobil 1 Peak Life 5W-50 (4Li) = RM239.00 Fully Synthetic

 Mobil Super 2000 10W-40 (5Li) = RM109.00 Semi Synthetic

 Shell Helix HX7 10W-40 (5Li) = RM89.00

Petronas Syntium 800 10W-40 (4Li) = RM104.90

Perodua 5W-30 (4Li) = RM88.90 Semi Synthetic
(Daihatsu Technical Standard
Formulated by Petronas)

Perodua 10W-30 (3Li) = RM54.90 Mineral
(Daihatsu Technical Standard
Formulated by Petronas) 


Total Quartz 5W-40 & 10W-40 (5Li) = RM89.00 Synthetic Technology/Based

Tesco 5W-40 (4Li) = RM139.00 Fully Synthetic
 
Tesco Everyday Value 20W-50 (4Li) = RM39.90

Tesco Choice 10W-40 (4Li) = RM99.00 Semi Synthetic 
................................................................................................................................................................
Kemaskini jenis dan harga pelbagai jenama minyak selinder pada 21 Januari 2015 di Tesco, Sungai Petani, Kedah.
 









NOTA: Pastikan tag harga di rak display selari barcode yang terdapat pada botol minyak berkenaan kerana kadang-kadang lain harga di tag dan lain pula harga di botol. Untuk memuaskan hati, lebih baik check harga di mesin scan harga sebelum bayar di kaunter. 
.............................................................................................................................................
Berikut senarai harga yang terdapat di Tesco Sg. Petani pada 21 Januari 2015.




















120 comments:

  1. Replies
    1. Tuan kereta avanza saya thn 05 1.3 auto..boleh britau saya minyk enjin yg sesuai utk sya pakai tuan..sblm ni sya pakai mnyk jenama toyota 5w_30...

      Delete
    2. Apakak minyak yg sssuai untuk innova auto...fully ke semi...innova saya dah 6 tahun

      Delete
  2. Untuk 10000km minyak tu kne bper liter?

    ReplyDelete
    Replies
    1. berapa liter diperlukan bergantung kepada jenis dan c.c. (isipadu kebok) kereta. misalnya perodua kancil 660cc atau 850cc cuma perlu beli 1 botol 4 liter (ada baki, bawa balik buat spare). jika kereta Nazaria 2,500 cc perlu beli 2 botol @4 liter kerana enjin besar. kereta wira 1,300cc perlu 1 botol sahaja.

      Delete
  3. Aku bru bli myk slinder shell 10-40 dgn mbr pnye mbr.ble aku isi dlm enjin aku tgk myk die kaler x brpe kuning n cair ckit adakh e2 prbezaan tulin gan tiruan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sdr Syad - amat sukar membezakan yang tulin dengan tiruan, hanya yang arif seperti mekanik kereta mengenalinya melalui warna dan sentuhan rasa kecairan atau kepekatannya. Minta maaf, bab ini saya tak dapat membantu.

      Delete
    2. Hehehe xpe bro sje tye mana la tau klu2 bro tau...

      Delete
  4. salam en syeh.. boleh x encik jelas kan ape maksud API tu.. cth shell helix ultra skg dah ada API SN. ada ke graf atau rujukan yg sesuai?

    ReplyDelete
  5. Salam sdr. Dari rujukan saya, A.P.I bermaksud American Petroleum Institute - sebuah badan yang terlibat secara terus menetapkan sesuatu standard tentang kandungan chemical di dalam setiap produk pelicir berasaskan petroleum. Standard yang ditetapkan itu menjadi rujukan dunia. Maklumat lanjut boleh didapati di web: http://www.api.org/globalitems/globalheaderpages/about-api atau http://ms.wikipedia.org/wiki/Pelincir
    Harap maklumat ini dapat membantu.

    ReplyDelete
  6. Salam. Boleh cuba minyak JTX. Teknologi minyak enjin terbaik di pasaran. Untuk kegunaan 10,000 KM serta menjimatkan minyak. Hubungi 014-9321152(zairi) atau lawati http://besteolie.wordpress.com/utama

    ReplyDelete
  7. Apakah benda yg bernama "Molygraphite" yang terdapat dlm minyak enjin? Setakat sekarang hanya jenama ELF sahaja yg mempunyai molygraphite tu.. bagus kah?
    Mohon sapa2 yang arif lagi bijaksana berkongsi.
    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  8. Molygraphite jenama Elf dikeluarkan lebih 10 tahun dahulu dan ada orang mengaitkan produk minyak ini dengan Amway. Memang ada kelebihannya berbanding minyak selinder biasa. Berikut adalah sedikit maklumat tentangnya yang saya ambil dari web: http://www.bobistheoilguy.com/forums/ubbthreads.php?ubb=showflat&Number=711688

    Elf Molygraphite 10W30 Engine Oil (3 litres)
    270638
    Exclusive lubrication technology from Elf... incorporating solid lubricants of graphite and molybdenum disulphite. Available in 3 litre pack.

    Key Features
    Viscosity rating of 10W30.
    Provide excellent thermal and oxidation stability.
    Reinforced with dispersing and detergent properties.
    Superior anti-wear properties.
    High shear stability ... providing optimum lubrication at low and high temperature.
    Suitable for all gasoline/petrol engine from 600 cc.
    Benefits
    Noticeable decrease in wear and tear due to cold start, especially in the morning.
    Better lubrication at all times increases engine efficiency, better fuel consumption.
    Maintain engine in silent operating condition.
    Added protection from graphite and molybdenum provide better protection and increase reliability of moving parts.
    Keeps engine in clean under all operating conditions.
    API: SJ

    ReplyDelete
  9. Nota tambahan tentang Elf Molygraphite rujukan sumber: http://forum.autoworld.com.my/?showtopic=45711
    Terdapat kelohan sesetengah pengguna yang menyatakan minyak ini cepat susut dalam kebok enjin.

    ReplyDelete
  10. Mungkin saudara boleh buat research tentang minyak JTX yg dikatakan oleh SZ Green di atas? Dikatakan teknology Tribology ni teknology minyak terbaik sebab saya tengok shell juga sedang bangunkan teknologi ini. (cuba search shell helix tribology award dkt google). Minyak ni jugak tak berasid kan macam kebanyakan minyak2 jenama lain?

    ReplyDelete
  11. Tidak dinafikan minyak JTX jauh lebih baik daripada minyak mineral (tiruan seperti fully sintetik). Maklumat lanjut boleh rujuk di blog: http://minyakjtx1000.blogspot.com/

    Boleh hubungi terus pembekalnya via hanfon 017-3749828 (Sungkai, Perak). Harga 4liter bagi ahli ialah RM155.00 dan bukan ahli RM185.00 (penghantaran percuma bergantung kepada lokasi).

    ReplyDelete
  12. bang nak tanya, kereta saya Myvi 1.3 ni apa minyak hitam yang sesuai? jenis apa dan brand yg disyorkan oleh abang sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika ditanya saya, saya syorkan belilah minyak selinder yang fully sintetik tidak kira jenama apapun, asalkan jenama terkenal dan diakui dunia kerana ia lebih menguntungkan jangkamasa panjang (dua kali tukar minyak biasa, sekali tukar minyak fully sintetik dan jarak perjalanan berganda). Cuma tempat nak beli pastikan kedai yang boleh dipercayai seperti stesyen pam minyak Petronas, Shell, Petron atau hypermarket. Atau jika saudara ada duit lebih sedikit boleh cuba JTX kerana ramai orang yang menggunakannya memberi tindakbalas positif.

      Delete
  13. macam mana pula kalau masukn miyak plincir lori contoh shell rimula?bgus kah?

    ReplyDelete
  14. Setahu saya Shell Rimula untuk kegunaan lori atau truk berenjin diesel dan khusus untuk kenderaan kerja berat atau heavy duty. Jadi, pada pendapat saya, gunalah minyak pelincir yang bersesuaian dengan jenis kenderaan kita. Jika kereta biasa gunalah yang biasa, jika kenderaan berat gunalah minyak pelincir yang direkabentuk khusus untuknya. Menggunakan minyak yang betul atau bersesuaian dengan kenderaan kita bukan sahaja melindungi dan memanjangkan jangkausia enjin kereta kita dan meningkatkan prestasinya, malah ia membantu kita berjimat di atas kos penyenggaraan dan minyak/ bahanapi.

    ReplyDelete
  15. Hi nk ty..ape beza myk htam semi synthetic dgn fully synthetic?kalau kereta saya standard myvi 1.3 memadai ke klu pki semisynthetic shj?.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barang baik dan berkualiti tentulah lebih mahal dari yang kurang baik dan kurang berkualiti. Samalah macam kes minyak selinder ni, semi synthetic kurang kualiti berbanding fully synthetic. Kereta kita boleh guna dua-dua jenis cuma baiknya fully synthetic, kita tukar minyak selinder berikutnya setelah perbatuan kereta 10,000 km. berbanding minyak biasa 5,000km sahaja. Ok, selamat memandu.

      Delete
  16. kereta saya sudah 6 tahun. sbelum ni pakai semi synthetic., bleh ke tukar kepada fully synthetic. ada effect x? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. No problem .... buang yang lama (drain out) sampai kering dan masukkan yang baru (fully synthetic). Cuma nasihat saya belilah jenis yang terkenal (branded) di kedai yang boleh dipercayai ketulinannya seperti stesyen pam minyak, supermarket dan lain2 kerana banyak produk tiruan (mengguna bekas jenama tetapi diisi minyak recycle) sekarang ini. Ingat, tukaran minyak akan datang setelah sdr berjalan 10,000km. Selamat memandu.

      Delete
  17. Untuk penggunaan minyak hitam kereta Nazaria, jenis apakah yg disarankan dan berapakah kelikatan minyak yang disyorkan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga ada sebuah Nazaria. Selalunya saya tukar minyak hitam di tempat servis Kia kerana mereka amat berhati-hati dan teliti tentang sukatan minyak di dalam kebok enjin. Mereka syorkan guna brand Castrol yang fully synthetic, kena beli dua botol 4liter kerana c.c. nya besar 2,500cc. Kalau ada baki boleh bawa balik. Kalau hendak guna brand lain pun tiada masalah kerana kereta Korea tak banyak karenah asalkan sukatannya jangan lebih dan jangan kurang. Belilah minyak hitam berjenama terkenal dan fully synthetic supaya jimat belanja penyelenggaraannya. Selamat memandu.

      Delete
  18. Salam Tuan Syeh... tahniah dengan info2 yang dimaklumkan dan memang berguna untuk orang2 biasa untuk mengenali tentang minyak enjin ini. Mohon jika diizinkan untuk saya menambah sedikit tentang index API untuk dikongsi bersama. API Index SG diperkenalkan pada tahun 1989, SH tahun 1993, SJ 1996, SL 2001, SM 2004 dan terbaru SN 2010.

    Setiap pengenalan index baru adalah merupakan penambahbaikan kepada quality minyak dengan index terdahulu dan index SG boleh dikatakan telah obsolete dari pasaran. Walaubagaimanapun kenderaan keluaran 1989 atau sebelum masih boleh menggunakan minyak dengan index terbaharu kerana kualiti dan prestasi minyak yg lebih baik kepada enjin.

    Berkenaan dengan JTX oil... tidak dinafikan minyak tersebut baik dari segi prestasi cumanya agak mahal sedikit kerana masih terdapat minyak berjenama selain JTX yang setanding dengannya dan dengan harga yang lebih rendah. Cumanya kena rajin bertanya dengan sahabat2 je. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas penjelasan Sdr tentang index API dan lain-lain maklumat penting tentang penjagaan kereta.

      Delete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorrylah sdr Bobbie 07 kerana ter"delete" comment sdr tapi sempat saya baca. Seperti yang saya terangkan di atas, yang penting kita beri yang terbaik untuk enjin kereta kita mengikut kemampuan. Kriteria pemilihan minyak hitam:1) kepekatan 15W-40 sudah memadai dengan cuaca di negara kita untuk semua jenis kenderaan ringan 2) sintetik, separuh sintetik atau biasa - sintetik terbaik dan ekonomi kerana tukar minyak seterusnya selepas perjalanan 10,000km, yang biasa cuma 5,000km. 3) kemampuan / kewangan kita 4) beli yang asli dan jenama terkenal kerana takut sekarang tiruan atau recycle banyak di pasaran. Ok. Selamat memandu. Wassalam.

      Delete
  20. assalamualaikum saudara , sy ade krta wira cc bpe sy lpe , myk hitam ape ptt sy gne utk pjlnan jauh ? mohon bantuan , tq

    ReplyDelete
  21. Cik Echa .... terima kasih kerana mengikuti blog saya. Minyak hitam tugas utamanya ialah melicinkan pergerakan enjin. Jika kita masukkan minyak mahal seperti jenis fully sintetik, enjin akan senyum kerana memudahkan kerjanya tetapi jika kita masukkan minyak murah biasa, ia akan bergerak juga tapi tanpa senyuman. Bagi cuaca Malaysia, minyak hitam jenama apapun boleh asalkan yang terkenal tapi cari yang jenis kepekatan 15W-40 (ada tertulis pada setiap botol). Kedua, tengok pada botol minyak itu perkataan sintetik (synthetic), separuh sintetik (semi synthetic) atau biasa - sintetik terbaik dan ekonomi kerana tukar minyak seterusnya selepas perjalanan 10,000km, minyak hitam yang biasa cuma 5,000km kena tukar yang baru. Saya nasihatkan belilah di stesyen pam minyak kerana ketulinannya lebih meyakinkan.

    ReplyDelete
  22. Salam..kami di kilang All Season Synergy Sdn Bhd,sebuah syarikat memproses minyak hitam berjenama SYNERLUBE dan minyak industri menyokong kenyataan anda mengenai minyak recycle yang berleluasa..nasihat saya sila dapatkan minyak yang tulen daripada pengedar dan ejen2 yang sah sahaja..sekiranya masih tidak yakin,dapatkan minyak dari kami atas ketulenannya yang pasti beserta harga murah..ejen dan pengedar dialu-alukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Marley. Terima kasih kerana memperkenalkan minyak jenama Synerlube. Terus terang saya katakan, inilah pertama kali saya mendengar jenama ini. Harap sdr dpt memberi butiran terperinci dan di mana dapat kami membelinya. Adakah produk ini dipasarkan di seluruh Malaysia dan di luar negara? Terima kasih.

      Delete
  23. salam encik..saya ada satu soalan..kelmarin saya tukar minyak enjin kereta model gen 2 guna Shell Helix HX5 15W40 dgn spec die API SN/CF ACEA A3/B3 FOR DIESEL AND GASOLINE ENGINE..boleh ke encik??sebab saya confius dengan FOR DIESEL AND GASOLINE ENGINE tue...takut saya salah pakai minyak and minyak enjin tue untuk kegunaan kenderaan enjin diesel je..mohon encik bagi kefahaman pada saya..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sdr Mohamad. Tiada masalah, jangan risau. Jika ia tertulis "for diesel and gasoline engine" maksudnya kereta yang menggunakan minyak diesel dan petroleum boleh menggunakan minyak selinder tersebut. Cuma di Malaysia kita panggil minyak petroleum, di negara luar dipanggil gasoline atau gas atau fuel. Wassalam.

      Delete
    2. terima kasih tuan atas penerangan...:)

      Delete
  24. Salam saya pakai engine mira L5 4 piston , sebelom ni saya pakai penzoil 15w40 ok jer , pas 2 saya tukar castrol 15w40 jd berasap , kalau saya nak pakai castrol berapa untuk sesuaikan dgn engine saya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam sdr Abd Wahid. Sebenarnya dari pengalaman saya, bukan jenama minyak selinder yang menyebabkan enjin kereta berasap. Saya rasa tuan tidak silap memilih minyak tetapi ada sesuatu yang menyebabkan enjin berasap. Semua jenis minyak selinder adalah baik kecuali kalau kita terbeli yang tak ori atau jenis recycle. Minyak ini macam beras, macam2 jenama beras Faiza, cap Rambutan, Taj Mahal, cap manggis dll. ...semuanya beras cuma mutu dan harga berbeza2.

      Delete
    2. Terima kasih sdr syeh beri keterangan ,

      Delete
  25. Sekadar perkongsian.pomen ada bagi tahu saya kerata yg semakin berusia perlukan kepekatan minyak bila bawa laju kerana geseran enjin memerlukan pelinciran yg baik.saya mgguna shell semi hx7 10/40 dr dulusampai skrg.mmg puas hati.bila salin minyak lama jarang hitam.ini menandakan kebersihan dlm enjin.tp mslhnya pomen tersebut mencadangkan gred 20/50.setahu saya minyak ni lbh mrah dr semi.tujuannya 50 itu untuk klajuan yg memberi plinciran yg baik.apa pandangan tuan.kereta dah 7tahun.waja campro.enjin ok.tak pernah bt hal lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kereta yang dah berumur 7 - 10 tahun sememangnya terdapat bahagian enjin khasnya piston ring yang mula haus (wear and tear) dan bocor. Ia akan menyebabkan enjin makan minyak hitam - kena selalu check level minyak hitam dalam kebok enjin. Check juga seminggu sekali jika ada titisan kebocoran di bahagian enjin, takut gasket dah haus atau pecah. Minyak yang sdr guna sekarang hx7 10/40 amat baik dan tak perlu tukar seperti yang dicadangkan oleh pomen tu. Jika sekarang prestasi kereta sdr memuaskan, kenapa perlu tukar kpd yang lain? Ini pendapat saya yang bukan seorang mekanik, tuan boleh terima dan boleh tolak. Selamat memandu.

      Delete
    2. SLM EN
      nk tya, klu sy guna BMW model lama dengan minyak hitam Shell Helix HX7 10W-40, bolehke en?

      Delete
  26. Salaam sdr. Minta maaf banyak2, saya tiada pengalaman dengan kereta model BMW tetapi saya berpengalaman dan pernah memiliki Mercedes Benz 190E model 1995. Saya menggunakan minyak pelincir jenis Castrol saja seperti yang disyorkan oleh mekanik. Prestasinya tiptop dan tiada masalah. Saya rasalah Shell Helix HX7 tu amat sesuai dengan model BMW sdr. Selamat memandu.

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. Salam bang. Nak tanya sy ni pun msih baru dlm bidang kereta. Baru pakai kereta dlm 7 bulan. Sblm ni saya ada tnya pendapat abg ttg minyak enjin yg sesuai. Sbb sblm ni saya guna petronas synthium tp sebulan yg lalu saya bertukar ke liqui moly di sebabkan atas cadangan kwn saya. Saya dpt rasakan perbezaan slps pertukaran minyak trsebut. Apa pdgn abg? Sy ptut teruskn atau beralih balik pd petronas? Kereta saya iswara berusia 8 tahun. Kilometer cecah 115869

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salaam sdr. Ini pertama kali saya mendengar minyak selinder jenama liqui moly. Setelah buat search saya dapati minyak ini keluaran dari negeri German sejak tahun 1957. Ia amat terkenal di negara Eropah dan sesuai untuk kereta negara yang mempunyai musim (musim sejok, musim panas, musim bunga) e.g. BMW, Audi dan Mercedes Benz. Tak salah kita menggunakan minyak jenama tersebut asalkan prestasinya memuaskan. Biasanya sesuatu kesan sampingan kepada engine kereta mengambil masa yang lama, tapi kita harap kualiti minyak ini mampu memberi kesan positif kepada pengguna. Wassalam.

      Delete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sdr Myrul. Boleh bekalkan senarai harga produk Elf dalam blog ini tak sebagai panduan pengguna dan perbandingan harga. Setahu saya ia adalah produk dari Peranchis sejak tahun 1939 dimiliki oleh kerajaan kemudian ditukar milik menjadi milik persendirian. Ia merge dengan Total pada tahun 2000 dan menjadikan ia syarikat pengeluar minyak dan pakar pelincir yang ke lima terbesar dalam dunia.

      Delete
    2. Pada kawan2️⃣ Yang Masih Ingin Terus Hubungi Utk Bekalan Minyak Pelincir ELF

      Murul kini boleh dihubungi @ 019-324-2516

      Join Kutu NOXXA - PHILIPS [Telegram]

      https://telegram.me/joinchat/00235b5c01e20a6cd03f02b565b3ccae

      Delete
  30. Terima kasih atas info yang diberikan. Saya pengguna kereta tempatan, myvi 2009. Sebelu ini hanya menggunakan Petronas syntium 800 10w/40. Adakah masih relevan untuk saya mengekalkan penggunaan minyak tersebut atau ada saranan minyak yang lain bagi kereta yang dalam lingkungan umur tersebut. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya rasalah Petronas Syntium 800 adalah minyak pelincir yang amat sesuai dengan kereta tempatan dan mutunya diiktiraf oleh standard dunia. Kekalkan penggunaannya kecualilah sdri bercadang hendak mencuba minyak yang diimport yang lebih berkualiti dan lebih mahal. Tidak salah mencuba dan rasailah perbezaannya, mungkin enjin kereta menjadi lebih licin dan ringan.

      Delete
  31. salam tuan..nak bertanya..mengapa ada minyak enjin yang berkapasiti 4L dan 5L???ade yang ckap minyak enjin 4L untuk kereta enjin petrol dan minyak enjin 5L untuk enjin diesel.. mohon pencerahan...dan jika saya nak pakai Total Quartz Semi Synthetic Engine Oil 7000 10W-40 5L untuk kereta gen 2 saya, boleh x tuan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Fitri. Botol berkapasiti 4Li dan 5Li tidak memberi apa2 perbezaan tentang kualiti minyak tersebut. Ia sekadar kandungan botol. Bagi kereta yang besar enjinnya, adalah ekonomi jika membeli botol besar, misalnya kereta Nazaria saya, enjinnya 2,500c.c. dan saya kena beli 2 botol 4Li tetapi cuma diguna tak sampai satu setengah botol sahaja dan bakinya boleh disimpan.... entah bila pula akan diguna. Lebih baik saya beli botol 5Li, harga lebih jimat dan tiada baki. Bagi kereta yang lebih besar c.c. nya seperti Merz, Audi, BMW, MPV etc, eloklah beli botol yang besar. Se perkara lagi, lihat nota di botol, ada minyak pelincir yang sesuai untuk kedua2 jenis enjin (petrol dan diesel) dan ada pula minyak yang khas untuk enjin diesel sahaja ...... jangan tersilap beli. Minyak Total Quart adalah minyak jenama yang berkualiti dan baik untuk semua jenis kereta .... anda dapat merasakan kelicinan perjalanan enjin kereta anda, cuma baki dari 5 Liter boleh disimpan untuk ditambah ketika menukar pula minyak selepas 7,000km perjalanan. Selamat memandu dan berhati-hati di jalan raya. Wassalam.

      Delete
    2. terima kasih tuah Syeh atas penerangan..amat membantu saya dalam perihal penjagaan enjin kereta ini..

      Delete
  32. Salam sejahtera. Petronas Syntium 800 10W-40 boleh pergi berapa mileage? Sbb kalau minyak hitam mineral yg diberitahu perlu tukar hingga 5000km.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan..bagi saya Petronas Syntium 800 10W-40 boleh pergi sehingga 5000km -7000km sahaja..lepas tue saya akan tukar ke minyak enjin yang baharu..sekadar pandangan saya selama menggunakan minyak enjin jenis Petronas 800.

      Delete
    2. Salam Memang betul Petronas Syntium 800 boleh diguna hingga 7,000km perjalanan. Tetapi sebaiknya kita check setiap 5,000km keadaan minyak selinder tu. Salah satu cara sebagai panduan minyak perlu di tukar atau tidak ialah kita cabut dip stick untuk minyak selinder dan tengok pertama warnanya adakah masih kekuningan atau hitam pekat dan kedua tegakkan ia tengok titisan yang jatuh itu laju atau perlahan. Jika minyak sudah hitam pekat dan jatuhnya amat perlahan, itu tandanya eloklah tukar minyak baru. Berilah yang terbaik untuk kenderaan kita kerana ia membantu memudahkan urusan hidup kita setiap hari.

      Delete
    3. Terima kasih atas info yang diberi terutama info memeriksa kelikatan minyak hitam

      Delete
  33. Berapa mileage maksimum untuk minyak pelincir semi synthetic 10w40 api SN/CF?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sdr Wan. Untuk makluman, apa sahaja minyak yang di dalam kategori/jenis semi synthetic boleh diguna hingga 7,000 km. Seperti yang saya katakan di komen di atas, apabila telah diguna hingga 5,000km, eloklah check minyak bagi memastikan ia masih elok. Kadang2 kita terkena dan terbeli minyak yang dah di recycle.

      Delete
  34. minyak apa yg sesuai untuk myvi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk kereta Myvi keluaran Malaysia saya syorkan gunalah minyak selinder Petronas jenis semi-sintetik. Anak saya dah lebih 5 tahun guna Myvi dan petrol/minyak selinder Petronas. Jika kita mampu membeli minyak yang lebih bermutu dan memberi kesan impak pemanduan yang lebih selesa, gunalah minyak yang jenama mahal sedikit dan fully sintetik. Saya lebih mempercayai produk Petronas kerana kajian yang dibuat adalah berdasarkan sekitaran serta cuaca tempatan dan bersesuaian dengan kegunaan kenderaan di sini. Tidak salah kita mencuba minyak yang lebih baik, lebih mahal dan lebih bermutu. Selamat memandu, jangan race!

      Delete
  35. Assalam tuan syeh..
    Saya nak bertanya kalau2 tuan tahu kat mana kedai ada menjual minyak enjin jenama Elf dikawasan utara ni (sg petani atau kepala batas)..selain daripada Amway..
    Saya tgh mencari minyak Elf multi gred 20w50 untuk enjin motor...dah penat memusing tanya kedai2,mmg payah nak menjumpainya..
    Harap dapat membantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam sdr Shah. Minyak pengeluaran/jenama Elf atau Total memang sukar didapati di kedai atau worksyop kereta/motor. Mungkin kerana ia dimonopoli oleh Amway. Di Bertam/ Kepala Batas ni lagi susah mendapatkannya berbanding Sg. Petani. Saya akan maklumkan jika terjumpa kedai yang menjualnya. Se perkara lagi, motor sdr jenis 2 lejang atau 4 lejang, minyak selindernya juga berbeza. Sdr boleh rujuk di laman web ini tentang jenis minyak Elf (copy & paste pada alamat web di atas): http://performanceoilstore.com/products.asp?cat=14

      Delete
    2. Minyak engine ELF MOTO DI SUNGAI PETANI UTARA KEDAI MOTO ADA JUAL

      Delete
  36. salam tuan syah,
    minyak pe yg sesuai utk viva 1.0

    ReplyDelete
  37. Tuan ada mention periksa warna minyak enjin dan periksa sejauh mana kelajuan titisan minyak hitam kereta. Jadi waktu mana yang sesuai untuk periksa minyak enjin tersebut sama ada enjin dalam keadaan sejuk atau enjin dalam keadaan panas..?

    ReplyDelete
  38. as salam bro,nak tanya lak jenis minyak hitam ni. Platinum Oil, synthetic gold 10W=40 SM/CI-4.
    member saya jual sbg agen Rm138.
    niat nak tlg member jer la, tp bila dah baca rev bro jd was was lak psl x pernah dgr lak jenama ni.
    Harap bg pencerahan.

    ReplyDelete
  39. gunakan reputable brands

    Our machine ís significant
    Rosak habis kita Bang

    Duit lagi

    Hanya gunakan TOTAL (ELF) & MOTUL

    PM @ Whatsapp
    ELF @ Amway Direct Distributor
    012-374-2516

    ReplyDelete
  40. sekarang ni terlampau banyk yg jual minyak recycle. skrg ni sy da xpercaya nak beli minyak dkt luar so selalu amik minyak terus dr HYRAX ..syrkt bumiputera..harga pon masih mampu dimiliki..

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum.ada pendapat mengatakan jika kereta jarang digunakan, lama kelamaan minyak pelincir di dalam engine (sama ada semi atau fully synthetic) akan menjadi sludge/berketul-ketul.adakah ini benar? Dan adakah minyak pelincir mempunyai tempoh masa (dalam bulan bukan kilometer) untuk penukaran seterusnya? Kerana ada pendapat mengatakan sebagai contoh minyak fully synthetic, perlu tukar setiap 3 bulan walaupun kilometer tak sampai 10k kerana jika dibiarkan akan menyebabkan minyak menjadi sludge/berketul-ketul di dalam engine.mohon pencerahan.terima kasih.

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum.

    Kepada pengguna kenderaan yang ingin mengunakan Minyak Pelincir Petronas Syntium boleh hubungi saya.

    +60123402861
    COD : Melaka

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum.

    Kepada pengguna kenderaan yang ingin mengunakan Minyak Pelincir Petronas Syntium boleh hubungi saya.

    +60123402861
    COD : Melaka

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum...tuan saya guna kereta toyota camry 2.0 tahun 2011...saya ingin menggunakan minyak pelicir shell ultra 5w,40 tetapi dekat botol tertulis (for diesel & gasoline engine) so,adakah minyak ni sesuai untuk kereta saya?dan adakah minyak ni terbaik untuk kereta saya untuk jangka masa panjang?mohon penjelasan..tima kaseh.

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum...tuan saya guna kereta toyota camry 2.0 tahun 2011...saya ingin menggunakan minyak pelicir shell ultra 5w,40 tetapi dekat botol tertulis (for diesel & gasoline engine) so,adakah minyak ni sesuai untuk kereta saya?dan adakah minyak ni terbaik untuk kereta saya untuk jangka masa panjang?mohon penjelasan..tima kaseh.

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum.ada pendapat mengatakan jika kereta jarang digunakan, lama kelamaan minyak pelincir di dalam engine (sama ada semi atau fully synthetic) akan menjadi sludge/berketul-ketul.adakah ini benar? Dan adakah minyak pelincir mempunyai tempoh masa (dalam bulan bukan kilometer) untuk penukaran seterusnya? Kerana ada pendapat mengatakan sebagai contoh minyak fully synthetic, perlu tukar setiap 3 bulan walaupun kilometer tak sampai 10k kerana jika dibiarkan akan menyebabkan minyak menjadi sludge/berketul-ketul di dalam engine.mohon pencerahan.terima kasih.

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum.ada pendapat mengatakan jika kereta jarang digunakan, lama kelamaan minyak pelincir di dalam engine (sama ada semi atau fully synthetic) akan menjadi sludge/berketul-ketul.adakah ini benar? Dan adakah minyak pelincir mempunyai tempoh masa (dalam bulan bukan kilometer) untuk penukaran seterusnya? Kerana ada pendapat mengatakan sebagai contoh minyak fully synthetic, perlu tukar setiap 3 bulan walaupun kilometer tak sampai 10k kerana jika dibiarkan akan menyebabkan minyak menjadi sludge/berketul-ketul di dalam engine.mohon pencerahan.terima kasih.

    ReplyDelete
  48. salam.kawan saya ada mengesyorkan platinum oil.Pada pendapat saudara adakah minyak ini benar2 berkualiti dan adakah ianya sesuai digunakan pada kenderaan hibrid seperti CRZ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Platinum Oil adalah jenama baru di pasaran dan keberkesanannya serta kualitinya masih dalam peringkat percubaan. Kesesuaiannya dengan persekitaran serta iklim di Malaysia belum teruji lagi. Dari pembacaan saya di blog http://platinumoil.blogspot.my/2011/07/teknologi-penghasilan-minyak-pelincir.html, memang ia berkualiti dan mungkin bersesuaian dengan kereta Hybrid CRZ, cuba dulu dan lihat serta rasainya perbezaannya.

      Delete
  49. As Salam, saya menggunakan kereta myvi 1.3,
    Berapa liter kadar minyak enjin yang perlu diisi? Terima kasih.

    ReplyDelete
  50. Salam tuan. Sy ad jumpa minyak hitam Roadmaster yg dijual di Cosway. Link-> http://www.cosway.com.my/product/carcare/roadmaster_engine%20oil.htm

    boleh berikan pndapat tuan tntg minyak engine ni? terima kasih dan semoga Allah merahmati tuan dan keluarga

    ReplyDelete
  51. Wa'alaikumussalam sdr Ayie. Untuk kereta Myvi, satu tong 4 liter semua jenama minyak selinder sudah mencukupi. Dan masih terdapat baki yang boleh dibawa balik dan ditambah apabila berkurangan.

    ReplyDelete
  52. Salam bos.

    enjin yrv turbo elok guna minyak hitam mane & tahap kelikatan?

    ReplyDelete
  53. Salam. Bro, saya nak tanya. Kalau kereta inspira tahun 2011. 2.0cc nak guna semi atau fully synthetic?

    ReplyDelete
  54. Salam. Antara minyak synthetic dan molygraphite yg mana lagi bagus utk Kereta proton atau cuaca Malaysia.

    ReplyDelete
  55. Kepada yg ingin mendapatkan minyak pelincir Platinum Oil boleh hubungi saya di 0194276958 (Husni Semenyih)...

    ReplyDelete
  56. Salam tuan,sy pakai myvi 1.3cc..tp bile tukar kt kedai pomen akan tingalkan sikit baki botol 4 liter tu..mmg kne tingalkan sedikit ke?kenapa x taruk habis je 4 liter?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sdr. Selalunya apabila menukar minyak selinder bagi kereta model 1,300c.c. (1.3) ada lebihannya. Minyak selinder akan memenuhi ruang kebok enjin dan sukatannya (cukup atau tidak) ditentukan oleh dipstick (ada takat Low dan High). Jika takat minyak menyentuh takat High, jangan tambah minyak lagi, dah cukup (selalunya ada baki dalam tong berisipadu 4 liter). Simpan lebihan ini, kiranya minyak selinder berkurangan boleh digunakan lagi. Jika dituang sampai habis, minyak dah overloaded dan kemungkinan ia keluar melalui penutup dan perjalanan enjin tidak lancar (enjin tersedak, macam kita rasa bila makan terlalu banyak naik sengkak). Sdr boleh dapatkan maklumat lanjut dari mekanik yang sebenar, saya bukan mekanik.

      Delete
  57. Salam tuan,sy pakai myvi 1.3cc..tp bile tukar kt kedai pomen akan tingalkan sikit baki botol 4 liter tu..mmg kne tingalkan sedikit ke?kenapa x taruk habis je 4 liter?

    ReplyDelete
  58. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  59. Salam , nak tanya minyak petronas syntium 800 15w-50 sesuai untuk enjin myvi 1.5 ?

    ReplyDelete
  60. Assalamualaikum, saya nak tnye untuk keta waja auto minyak ape yg sesuai.sblum ni pakai 20W-50 ape beza 10w-40..

    ReplyDelete
  61. Salam abg..saya merancang nak tukar minyak hitam..tapi semi sintetik..minyak hitam jenis apa semi sintetik untuk 10k mileage..ada org kata castrol magnatec part sintetic untuk 10k...betul ka...

    ReplyDelete
  62. Salam abg..saya merancang nak tukar minyak hitam..tapi semi sintetik..minyak hitam jenis apa semi sintetik untuk 10k mileage..ada org kata castrol magnatec part sintetic untuk 10k...betul ka...

    ReplyDelete
  63. Slm sejahtera. Nk tanya minyak jenama JTX tu dr mana & adakah sesuai utk myvi? Tqvm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. sis minyak pelincir jtx1000 ini dari kanada formula usa di packing di singapore dan di pasarkan di malaysia,komen diatas ada mengatakan teknology tribology ni teknology minyak terbaik sebab saya tengok shell juga sedang bangunkan teknologi ini. (Cuba search shell helix tribology award dekat google) minyak ni juga tak berasidkan macam kebanyakan minyak2 jenama lain beerti tiada sludge karbon. Shell baru nak cari research teknology tribology ni tapi jtx dah dpt dah tribology engine oil tribology confirmed= tribologi disahkan. Jadi kepada sesiapa yg berminat nak menjadi dealer jtx boleh hubungi saya hp:012-4866925 whatsapp:016-7727145 fb: Abdul Razak Fb page:Jtx1000 Lubricants www.facebook.com/jtxnorthern rebutlah peluang teknologi tribology ada dalam poket kita shell baru nak bangunkan tribology kita dah ada dgn jtx. Orang bawa masuk minyak jtx ni kata minyak ni terbaik dunia tapi tak boleh bercakap kita la sebagai manusia kena menyampaikan kepada org2 lain tolong la jadi kaya, orang melayu kita yg bawa masuk minyak ni Dr hj muhammad salleh (cikgu mad) bekas guru besar sekolah di klang jumpa jtx terus berhenti..

      Delete
  64. Assalam dan selamat sejahtera tuan.. Maaf saya ada kemunsykilan tentang 10w40 or 15w40? Tuan cakap 15w or 10w tu kelikatan suhu semasa enjin sejuk.. Manakala 30,40,50 semasa suhu panas.. Persoalam nya.. Kenapa kalau pakai minyak hitam 10w40 minyak hitam cepat berkurang berbanding 15w40 sedangkan semasa suhu sejuk.. Tiada tekanan geseran yang tinggi.. Atau 5w,10w,15w adalah kelikatan@ketumpatan sesuatu minyak.. Dan 30,40,50 tu adalah ketahanan suhu minyak hitam. Terima kasih tuan.

    ReplyDelete
  65. Nk tanya, sy dah tukar minyak hitam Jeni's shell HX 5 15W40.so untuk myvi sesuian x?

    ReplyDelete
  66. salam...kete saya persona lama engine 1.6 cc...
    sya nak tahu engine oil apa yg sesuai dgn engine 1.6 cc persona...
    macam mana sya nak tahu yg ingine oil tu 10000km or 8000km??
    dan mana patut sya guna 10w30 , 10w40 , 15w40 , 15w50 utk ingine 1.6cc persona??

    ReplyDelete
  67. boleh ker kereta honda jazz 1.5 guna minyak itam jenama perodua 5-30?

    ReplyDelete
  68. salam..tq info....saya mencadangkan encik mencuba minyak pelincir keluaran PLATINUM OIL & GAS
    serta ulasan ikhlas mengenainya....

    ReplyDelete
  69. assalammualaikum tuan.. nk tnya.. klu sy tukar pakai minyak hitam dri 10-50 kepada 20w-50 boleh ke untk kereta wira 1.5 auto sy.. mohon pencerahan tuan

    ReplyDelete
  70. assalammualaikum tuan, kalau saya tukar minyak engine sendiri, dekat mana saya nak buang , minyak terpakai.

    ReplyDelete
  71. Tuan saya nak tanya..kereta saya alza,sebelum ni pakai minyak hitam semi sae 5w/30..tetapi mekanik saya telah terbuang minyak hitam saya,jafi beliau telah gantikan baru minyak mineral jenama produa..adakah sesuai??mohon pencerahan dari tuan..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. blh je pakai....tp elok pakai semi-syn atau fully...

      saya cdgkan puan pakai semi-syn jenama bumiputera iaitu PLATINUM OIL..botolnya warna hijau gelap....sesuai utk alza...

      Delete
  72. TERIMA KASIH BRO ! Atas update ini semua.

    ReplyDelete
  73. Assalamualaikum Tuan Syeh..bolehkah Kereta myvi se 1.3 memakai pelincir diesel seperti yang dipakai oleh Toyota Hilux..saya buat kerja GRAB fulltime. .Kereta memang kerja teruk sehari suntuk.. Time rehat cumalah time solat & offday di rumah.. Saya sekarang memakai pelincir toyota fully synthetic.. Jenuh jgk mahal tapi memang bagus.. Saya dapat menghabiskan 10k km dalam masa 3 minggu - sebulan sahaja.. Saya sangat tertawan dengan perkataan 'Heavy Duty'pada tong pelincir diesel tu.. Kalau pakai mungkin bagus tapi risaunya sebab mungkin sangat tidak sesuai.. Mohon nasihat Tuan Syeh..

    ReplyDelete
  74. Kereta saya baru 5 tahun..milage sudah 145k..

    ReplyDelete
  75. Boss, berapa liter minyak hitam untuk isi ganti Perodua Rusa 1.6 c.c?

    ReplyDelete
  76. Assalam, tuan syeh nak tanya syentum 800,10/40 petronas sesuai kah guna engin disel turbo. Minta infonya tuan syeh.

    ReplyDelete
  77. Minyak Liqui Moly oke tak pakai??
    Hajat nk pkai yg 5W40 boleh layan smpai 15 000 KM...

    ReplyDelete
  78. Salam Tuan , Jenis minyak yang apa yang sesuai untuk mpv 2.0 tahun 2010.Minta pencerahan Tuan.Terima Kasih.

    ReplyDelete
  79. assalam tuan...5w30 & 5w40 ni dua2 fully synthetic.yang mana satu sesuai utk myvi?

    ReplyDelete
  80. assalam tuan...5w30 & 5w40 ni dua2 fully synthetic.yang mana satu sesuai utk myvi?

    ReplyDelete