257.0 Bendera israel milik Islam

RAHSIA BINTANG BERCABANG ENAM BENDERA ISRAEL LAKNATULLAH “Jika Mahu Membunuh Tanaman, Racunlah Akarnya. Jika Mahu Membunuh Bangsa, Racunlah Sejarah Mereka” - kata hukama'. Artikel ini merupakan catatan perjalanan Ustaz Muhamad bin Abdullah Al-Amin ketika berada di Palestin. Beliau juga merupakan pengacara Rancangan Usrah TV9. Bermula pada tahun 2003, beliau mula merantau ke serata negara Arab, membuat lawatan, bertalaqqi dengan ulamak yang ditemui, mengambil sanad dari mereka di Yaman, Syria, Jordan, Lubnan, Turki, Maghribi, Mesir, Iran dan lain-lain negara. Jumaat 24 April 09, merupakan hari bersejarah dalam hidup saya dan rombongan apabila ia merupakan hari pertama di dalam hidup kami menjejaki kaki ke Al-Aqsa. Saya menunaikan solat tahyatul masjid. Sebelum khutbah bermula, kami mendengar bayan (syarahan) yang disampaikan oleh Imam Al-Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sunainah. Di dalam bayannya, beliau mengutuk israel dengan suara yang lantang. Ketika Khutbah Bermula, Beliau ...