Tuesday, October 29, 2013

256.0 Kelebihan oats untuk jantung

Saya seorang pesakit jantung yang pernah kena serangan jantung hampir lima tahun dulu. Dari sejak itu hingga sekarang ambil/makan ubat jantung, ubat cairkan darah, ubat kolestrol dan ubat kencing manis setiap hari, tak pernah miss. Dah terpaksa. Kata orang kalau kita pandai jaga makan/pemakanan atau berpantang dengan makanan yang menjadi punca penyakit, kita tak perlu makan ubat. Betullah tu, dan saya menghormati nasihat tersebut tetapi saya ni (dan kebanyakan kita) "pantang tengok" semua dibedalnya. Mujurlah, kadar kolestrol dan kencing manis masa terkawal i.e. di bawah had yang dibenarkan. Gamaknya, aktiviti harian sedikit sebanyak membantu sistem dalam tubuh badan kita.

Cuma nak cerita sedikit aktiviti harian dan rutin saya.  Setiap hari, saya (dah pencen) akan cari kerja di halaman rumah, cuci sampah, potong rumput, senggara pokok2 bunga, cuci tempat rabbit ...... supaya keluar peluh dan kena panas. Semasa kerja dulu, naik kereta air-cond., dalam pejabat aircond dari 8.00 pagi sampai 5.00 petang, tidur malam kalau musim panas sikit, pasang lagi aircond. Entahlah, kata orang lagi, aircond ni serap air dalam badan kita dan kita kena minum lebih banyak air. Kadang-kadang kita terlalu manjakan diri, tak boleh kena panas sikit, kalau park kereta sampai depan pintu kedai atau pejabat (tak mau berjalan kaki jauh sikit), ke tingkat satu sanggup tunggu lift, apa salahnya sekali sekala jalan kaki naik tangga, baik untuk anggota badan dan otot jadi sihat. Jangan tunggu pencen macam saya, baru nak buat macam2 ..... latihan semasa muda amat membantu ketika tua.

Saya beli sebuah mountain bike tak sampai RM150.00 yang ada gear, bila tidak berkebun, saya cycling dalam taman selama 1/2 jam, cukup bagi keluar peluh. Tak payah beli sampai RMribu2, sama je, janji keluar peluh dan kena panas. Jangan takut hitam (dah memang gelap pun!), pakailah pakaian trek berlengan panjang dan topi.  Kalau tak cycling atau tiada basikal, jalan kaki saja dalam taman, free .....

my mountain bike .... amat berjasa.

Ini bike A/Y Mat Sah, my father-in-law (Sayong, Kuala Kangsar, Perak). Orang2 dulu tak payah jogging kerana tiap2 hari cycling .... Raleigh original, kalau setakat 30 biji durian, no problem!

Kan dah peloh! Peloh tak boleh dibeli tetapi kena usaha supaya berpeloh.

Kadang-kadang, ketika jogging atau cycling, saja lalu depan surau dan singgah, tengok2 apa yang boleh dibuat, sapu sampah ke, buang taik cicak, jirus pokok, jemor lapek kaki, spray minyak pada ensel pintu/tingkap, vakum karpet ...... semua tu punca pahala, saya ni jangankan nak bina surau/masjid, nak sumbang bagi kerja ubahsuai pun tak mampu dah. Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Tadi mulanya nak cerita pasal pemakanan untuk orang sakit jantung i.e. oats, tapi dah melalut ke lain pula, lagu tu lah bila dah usia meningkat.

Saya cuma copy dan paste artikel dari web kenalan. Saya pun kadang-kadang bila rajin, masak oat campur gula dan pisang sebiji dan makan, boleh tahan.  Sekurang-kurangnya ia membantu melicinkan perjalanan darah di dalam saluran darah yang sempit kerana sisa kolestrol dan lain-lain lemak yang kita makan.  Apabila umur meningkat, kolestrol dan gula adalah musuh utama, jangan main-main!

Satu kajian saintifik terbaru mendapati kadar kolesterol berkurang dengan pengambilan oat di dalam sajian harian.

Oats - sebelum dimasak.

Dr James W. Anderson, profesor perubatan dan pemakanan dari University of Kentucky telah mendapati paras kolesterol dapat diturunkan melalui pengambilan oat.

"Makanan bijirin seperti oat adalah di antara makanan terbaik yang boleh diambil untuk mengurangkan tahap kolesterol dan juga sebagai makanan pilihan. "Gaya hidup mempengaruhi risiko seseorang untuk mendapat kolesterol." kata Dr James Anderson.

Kajian ini juga menunjukkan bahawa dengan mengambil oat, ia boleh:

- Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi , diabetes jenis 2 , dan berat badan berlebihan.
- Mengurangkan kolesterol LDL di dalam berat badan
- Mengurangkan pengerasan arteri di dalam salur darah yang menyumbang kepada serangan jantung.

No comments:

Post a Comment