Posts

Showing posts from 2015

328.0 Airasia

Image
Contoh semangat, kegigihan, berfikiran positif, keyakinan diri dan cita-cita membawa kejayaan.  Bagaimana seorang yang awalnya terlibat di dalam industri hiburan boleh bertukar menjadi pemilik syarikat penerbangan. Bukanlah suatu yang mustahil selagi ada cita-cita dan semangat juang untuk memperolehi apa yang dihajati. Ikuti pengalaman Tan Sri Tony Fernandes dan Airasia yang dipetik dari https://www.facebook.com/SukanStarTV/ SEJARAH AWAL BAGAIMANA AIRASIA BERMULA Temuramah dengan Tan Sri Tony Fernandes (Gambar adalah pejabat Tony Fernandes di LCCT, ada satu pintu yang membolehkan anda naik ke atas, di antara barisan kedai-kedai, ada lif, tingkat 1) . SIAPA YANG MULA-MULA TERLIBAT? Saya dan Kamaruddin berdua pada mulanya, Kamaruddin saya kenal melalui Roslan Aziz, dulu saya bekerja dalam industri hiburan, bila saya balik (dari England) tidak ada musik tempatan, hanya ‘Mat Saleh musik’. Kami mulakan musik tempatan, dengan Jamal Abdillah, Salem, dan Zainal Abidin, ...

327.0 Prestasi Blog gegarsyeh.blogspot.com

Image
Alhamdulillah.  Saya bersyukur kepada Allah kerana seandainya saya dijemput menemuiNya, sekurang2nya saya ada meninggalkan sebuah blog yang sedikit sebanyak dapat membantu atau membimbing para pengunjungnya dalam hal-hal tertentu yang berkaitan.   Itulah pelaburan akhirat saya (jika dan diharap ianya satu kebaikan/kebajikan yang terus menerus).  Semoga Allah tidak mensia-siakan amalan saya selama hidup ini.   Jika terdapat kesilapan, kekasaran bahasa, maklumat yang tidak tepat atau bercanggah dengan fakta atau perkataan yang mengganggu emosi pembaca blog ini, saya menyusun jari memohon ribuan ampun dan maaf.  Saya berharap sdr/sdri dapat memaklumkan saya sebarang kelemahan dan cacat cela blog ini untuk kebaikan bersama.  Saya juga mengalu-alukan cadangan dan pandangan untuk membaikinya. Kebelakangan ini, saya menghadapi kesukaran mengemaskinikan blog ini dan menjawab permasalahan pengunjung kerana masalah internet di rumah.  Saya terpaks...

326.0 Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah

Assalaamu'alaikum para saudara, sahabat dan kenalan di Blog ini. Tidak lama lagi (14 Oktober 2015 Rabu), kita akan menyambut tahun Hijrah, sempena penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dari Makkah ke Madinah.  Ia merupakan permulaan kalendar Islam.  Sebelumnya, dunia mengenali kalendar yang dicipta oleh orang Kristian sempena kelahiran Nabi Isa a.s. (iaitu 579 tahun sebelum berhijrahnya Nabi Muhammad s.a.w.). Seperti biasa, di kalangan kita (orang2 Malaysia) akan timbul Ustaz2 dan Ustazah2 di dalam Facebook, Blog, Twitters dan sebagainya seperti tumbuhnya cendawan di musim hujan.  Masing2 memberi keterangan dan lengkap dengan hujjah2 tentang Doa akhir dan awal tahun hijrah boleh diamal atau tidak (bukan susah jadi Ustaz dan Ustazah, tak payah pi Maktab Mahmud atau Universiti Al-Azhar Kaherah, cukup dengan copy dan paste ..... macam yang saya selalu buat).  Saya pun bukan arif sangat bab2 agama tetapi penjelasan oleh Kiyai Muhammad Idrus Ramli cukup memuaskan hat...

325.0 Kesan makan mi segera pada kesihatan

Image
Mi segera menjadi kegemaran khasnya kepada kanak-kanak, remaja di sekolah maupun di universiti (termasuklah saya satu masa dulu) dan peringkat umur dewasa (mungkin dah terpaksa atau cari makanan yang ringkas).  Jenama terkenal seperti Maggi telah lama berada di pasaran dan merupakan jenama mi segera yang mula-mula diperkenalkan.   Kemudian baharulah timbul jenama-jenama baru.  Biar apapun jenamanya, kandungan di dalam perencah dan mi itu sendiri mengundang bahaya kepada pemakannya. Tidak dinafikan, ia makanan segera yang paling mudah disediakan, sedap dan cepat mengenyangkan.  Teringat saya di Padang Arafah dan Mina ketika menunaikan ibadah haji tahun 2002, selain makanan bermasak, mi segera dalam bekas plastik (berjenama lain dari Maggi) juga dibekalkan dan boleh diambil pada bila-bila masa apabila lapar. Pada masa itu, bahaya memakan makanan ini tidak disebarkan secara berleluasa dan kekurangan media massa berbanding sekarang ini.  Apabila terjumpa webs...

324.0 Himpunan Foto-foto Penang klasik dan sekarang

Image
Baru-baru ini saya terjumpa sebuah laman yang memaparkan persekitaran Pulau Pinang semasa dulu, mungkin sejak zaman penjajahan British (sebelum Merdeka!) hingga tahun 60han.  Tiada yang lama maka tiada yang baru.  Bezanya orang lama tidak melihat apalagi menikmati apa yang kita rasai dan kecapi sekarang ini tetapi kita dah lalui sebahagian masa yang telah berlalu. Di sini saya paparkan Penang masa dulu hingga sekarang dan beberapa foto keluarga dalam simpanan saya supaya generasi sekarang berpeluang melihat sendiri suasana masa dahulu.    Mengimbau kembali kenangan manis suatu masa dahulu.  Saya masih ingat kalau pergi ke Penang Road, mesti pekena Nasi Ghani Briyani (berhadapan corner Boston Bar) atau Murtabak Ghafur dekat Bertam Lane. Masa tu Restoran Craven A di Simpang Enam / Jalan Macalister jadi tumpuan ramai dan masih ingat ada papan iklan berlampu Jam Tangan Titoni di atas bumbung deretan kedai 3 tingkat. Untuk keluarga dan anak2 kecil akan bertumpu di ...