Monday, October 12, 2015

327.0 Prestasi Blog gegarsyeh.blogspot.com

Alhamdulillah.  Saya bersyukur kepada Allah kerana seandainya saya dijemput menemuiNya, sekurang2nya saya ada meninggalkan sebuah blog yang sedikit sebanyak dapat membantu atau membimbing para pengunjungnya dalam hal-hal tertentu yang berkaitan.   Itulah pelaburan akhirat saya (jika dan diharap ianya satu kebaikan/kebajikan yang terus menerus).  Semoga Allah tidak mensia-siakan amalan saya selama hidup ini.   Jika terdapat kesilapan, kekasaran bahasa, maklumat yang tidak tepat atau bercanggah dengan fakta atau perkataan yang mengganggu emosi pembaca blog ini, saya menyusun jari memohon ribuan ampun dan maaf.  Saya berharap sdr/sdri dapat memaklumkan saya sebarang kelemahan dan cacat cela blog ini untuk kebaikan bersama.  Saya juga mengalu-alukan cadangan dan pandangan untuk membaikinya.

Kebelakangan ini, saya menghadapi kesukaran mengemaskinikan blog ini dan menjawab permasalahan pengunjung kerana masalah internet di rumah.  Saya terpaksa berkongsi internet melalui WIFI/telefon anak-anak, jadi penggunaannya agak terhad.   Sedang membaiki keadaan dan masalah teknikal. Harap maaf.

Terima kasih di atas sokongan, komen dan pandangan sdr/sdri selama ini.  Sehingga hari ini 12 Oktober 2015, terdapat lebih 367,391 orang pengunjung yang membuka artikel2 di dalam blog ini. Bulan September mencatat jumlah hampir 12,000 orang.  Purata dalam sehari terdapat 350 - 500 orang. 

Pada saya, angka dan statistik tidaklah begitu penting kerana saya lebih mengutamakan samada kandungan blog ini benar-benar memberi munafaat atau tidak, samada ia menyelesaikan masalah atau sebaliknya menimbulkan masalah.

Paling saya risau, apabila terdapat soalan-soalan berkaitan masalah kesihatan dan penyakit.  Saya bukan doktor dan bukan pula pelajar perubatan.  Kalau tanya bab pembinaan rumah, bolehlah saya jelaskan dari piling dalam tanah sampai siap bumbung dan boleh didiami, memang bidang saya selama lebih 25 tahun. Jadi dalam hal penyakit/perubatan biasanya saya menjawab berdasarkan pengalaman penyakit (i.e. serangan jantung atau angin dalam badan) yang saya sendiri alami.  Soalan2 yang dikemukakan juga akan dirujuk kepada doktor2 pakar via email atau FB seperti Dr. Arshad dan Dr. Rahim Mohd. Nor.  Agak sukar untuk memaklumkan apakah penyakit yang dihadapi oleh penanya kerana pertama saya bukan doktor dan kedua tiada maklumat yang terperinci tentang pesakit (butiran peribadi seperti umur, sudah berkahwin, pekerjaan dll) dan penyakit (kecualilah doktor famili yang menyimpan rekod kesihatan pesakit sejak awal lagi).   Jika penyakit dan simptom penyakit mempunyai persamaan dengan yang pernah dialami oleh saya, saya bolehlah membantu memberi nasihat.  Selain dari itu, saya juga merujuk laman sesawang berkaitan kesihatan samada di dalam atau di luar negara.

Sama juga apabila ada soalan-soalan berkaitan kereta/motor dan minyak hitam.  Saya bukanlah mekanik atau pakar tentang kereta/motor. Saya boleh menolong menyebarkan pengalaman dan hasil pembacaan untuk dikongsi bersama, tidak lebih dari itu. Saya mengalu-alukan, jika terdapat mana-mana mekanik atau pengedar minyak hitam dapat tampil membantu saya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.  Inilah tujuan blog ini, berkongsi maklumat dan pengalaman.

Sekian dan terima kasih di atas kunjungan serta sokongan anda!
 




No comments:

Post a Comment