Posts

Showing posts from February, 2015

311.0 Museum Perang Dunia II di Batu Maung

Image
Saya melawat buat pertama kalinya ke Muzium Perang yang terletak di Batu Maung, Pulau Pinang.  Tempat tinggalan sejarah perang sejak penjajahan British, kemudian ditakluk oleh Jepun sehingga ia tewas kepada kuasa Berikat pada tahun 1945 di dalam Perang Dunia kedua. Saya juga pernah melawat Museum Perang di Sentosa Island, Singapura pada April 1986 dulu. Di sini terdapat banyak senjata2 berat seperti meriam yang bersaiz besar, kubu dan Muzium Lilin (Wax Museum) lihat foto2 di bawah ........ tak tahulah jika sekarang masih ada.  Sedikit komen tentang lawatan ke Batu Maung ini ..... keseluruhannya okay maksudnya tercapai tujuan ia diadakan cuma caj guna tandas RM2.00 agak mahal dan tak manasabah. Bayaran masuk RM20.00 dewasa dan orang tempatan dan RM30.00 untuk pelancong luar negara. Banyak lagi objek perang yang saya rasa boleh ditambah seperti senjata api lama, foto-foto sejarah peperangan dan muzium lilin....ini akan menarik pelancong lebih ramai mengunjungi tempat ini. ...

310.0 Detik akhir kewafatan Rasulullah s.a.w.

Image
Blog Fatwa Malaysia Dakwaan kisah Nabi S.A.W menyebut ‘Ummati, Ummati..” ketika hampir wafat Submitted by FatwaMalaysia on 10 December 2013 - 11:44am ISU: Benarkan dakwaan yang mengatakan bahawa kisah Nabi S.A.W menyebut ‘Ummati, ummati..” ketika hampir wafat adalah kisah yang tidak benar? PENJELASAN: Kisah kewafatan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah satu peristiwa yang sangat besar dan perincian peristiwa tersebut telah direkodkan secara bersanad oleh para ulama hadis. Justeru, sebarang perkataan atau perbuatan yang disandarkan kepada baginda termasuklah peristiwa kewafatan baginda, hendaklah dinilai kesahihan atau kedaifannya melalui kaedah ilmu hadis. Berkenaan dengan perkataan “Ummati, ummati...” (Umatku, umatku...) yang dikatakan disebut oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ketika hampir wafat, kisah ini tidak didapati dalam sumber-sumber hadis yang muktabar di sisi Ahli Sunnah. Namun, perkataan “Ummati, ummati..” disebut oleh baginda dalam be...

309.0 Kenali Wahhabi

Image
Blog Fatwa Malaysia Pandangan Mengenai Golongan Wahabi Submitted by FatwaMalaysia on 23 December 2013 - 11:09am ISU: Apakah pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan golongan Wahabi? Adakah golongan yang berzikir dan berdoa secara sendiri-sendiri selepas solat itu Wahabi? PENJELASAN: Aliran Wahabi bukanlah satu mazhab akan tetapi satu bentuk gerakan pemikiran agama yang banyak dipegang oleh ulama-ulama Haramayn (Mekah dan Madinah) kontemporari mengikuti pendekatan yang diambil oleh Muhammad bin Abd Wahhab (m.1792). Dari segi mazhab, mereka lebih hampir dengan mazhab Hanbali walaupun dari beberapa segi mereka lebih ketat dan keras. Dalam sejarah tradisi ilmu Islam, aliran Wahhabi bukanlah mewakili arus perdana mazhab Ahl Sunnah wa al-Jamaah kerana sejak seribu tahun lebih, aliran yang menjadi peneraju kepada pentafsiran Ahl Sunnah wa al-Jamaah dalam bidang akidah ialah Asha’irah dan Maturidiyah, manakala dalam bidang fiqh ialah empat mazhab utama ...