Monday, February 2, 2015

309.0 Kenali Wahhabi

Blog Fatwa Malaysia

Pandangan Mengenai Golongan Wahabi

Submitted by FatwaMalaysia on 23 December 2013 - 11:09am

ISU:

Apakah pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan golongan Wahabi? Adakah golongan yang berzikir dan berdoa secara sendiri-sendiri selepas solat itu Wahabi?

PENJELASAN:

Aliran Wahabi bukanlah satu mazhab akan tetapi satu bentuk gerakan pemikiran agama yang banyak dipegang oleh ulama-ulama Haramayn (Mekah dan Madinah) kontemporari mengikuti pendekatan yang diambil oleh Muhammad bin Abd Wahhab (m.1792). Dari segi mazhab, mereka lebih hampir dengan mazhab Hanbali walaupun dari beberapa segi mereka lebih ketat dan keras.

Dalam sejarah tradisi ilmu Islam, aliran Wahhabi bukanlah mewakili arus perdana mazhab Ahl Sunnah wa al-Jamaah kerana sejak seribu tahun lebih, aliran yang menjadi peneraju kepada pentafsiran Ahl Sunnah wa al-Jamaah dalam bidang akidah ialah Asha’irah dan Maturidiyah, manakala dalam bidang fiqh ialah empat mazhab utama iaitu Shafi’i, Hanafi, Maliki dan Hanbali.

Dari segi pendekatan ilmiah, aliran Wahabi membawa pendekatan yang agak sempit dengan metodologi harfiah (literal) yang mereka ambil dalam memahami sumber agama khususnya al-Qur’an. Justeru itu, sebahagian dari pandangan mereka dalam agama bersifat agak keras terutama terhadap orang yang tidak mengambil pendekatan mereka. Pendekatan sebegini akhirnya telah membawa kepada kecenderungan untuk mudah mengeluarkan orang Islam dari lingkungan agama yang tidak se aliran dengan aliran Wahabi.

Contoh perbezaan pandangan golongan Wahabi yang agak jelas ialah pandangan mengenai sunnah dan bid’ah. Berdasarkan makna literal beberapa hadis Nabi, mereka menganggap bahawa setiap amalan ibadat yang tidak mengikuti secara langsung cara yang dibawa oleh Nabi saw, dianggap bid’ah dan terkeluar dari Islam.

Justeru itu banyak amalan dan pegangan yang telah diamalkan oleh masyarakat Islam telah dianggap terkeluar dari agama Islam oleh golongan Wahabi. Pendekatan ini telah menyebabkan perpecahan di kalangan sebahagian masyarakat yang telah lama mempunyai kesatuan dalam ibadat menurut pentafsiran imam-imam muktabar dalam mazhab Shafi’i dan dalam akidah menuruti aliran al-Ash’ari dan al-Maturidi.

Banyak persoalan yang bersifat khilafiah telah diangkat dan dianggap sebagai perkara usul sehingga menjadi permasalahan dalam masyarakat, seperti larangan doa qunut, wirid dan berdoa secara berjamaah selepas solat, tahlil, berzanji, qasidah, burdah, membaca yasin pada malam jumaat, perayaan maulid, kesemuanya ditolak atas nama bid’ah yang sesat. Ini sama sekali tidak selari dengan pemahaman sunnah dan bid’ah yang sebenar dalam Islam dan juga tidak bertepatan dengan semangat ilmiah dalam tradisi Islam yang membenarkan perbezaan pandangan dalam persoalan khilafiah.

Dalam konteks tasawuf, mereka amat keras membid’ah amalan-amalan tariqat, amalan wirid dan selawat yang dilakukan oleh golongan sufi. Dalam akidah, mereka membid’ahkan ajaran tauhid berdasarkan sifat yang kesemuanya dipelopori oleh ulama-ulama berwibawa dalam aliran Ahl Sunnah wa al-Jama’ah.

Contoh lain perbezaan pemahaman aliran Wahabi ialah pendekatan mereka dalam memahami ayat-ayat mutasyabihat dalam al-Qur’an seperti ayat berkaitan ‘tangan dan wajah Allah’, istiwa’ dan lain-lain. Dengan mengisbatkan secara literal ayat-ayat ini dan menolak sama sekali pendekatan ta’wil yang juga salah satu pendekatan yang diambil oleh ulama salaf dan khalaf, ia membawa kepada kecenderungan tajsim (kefahaman Allah berjism) dan tashbih (kefahaman Allah menyamai makhluk) terutama kepada mereka yang berfahaman simplistik berkaitan isu tersebut.

Ramai ulama-ulama yang telah mengkritik dan menghujah aliran Wahabi termasuk saudara kandung Sheikh Muhammad Abdul Wahhab sendiri iaitu Sheikh Sulayman Abd Wahhab dalam kitabnya bertajuk al-Sawa’iq al-Ilahiyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah. Antara ulama-ulama lain ialah Sayyid Ahmad Ibn Zaini Dahlan (m.1886) Mufti Mekkah dan Shaykh al-Islam dalam kitabnya al-Durar al-Saniyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah dan Dr. Sa’id Ramadhan al-Buti dalam karyanya al-Salafiyyatun Marhalatun Zamaniyyatun Mubarakatun la Mazhabun Islamiyyun.
Memandangkan Malaysia jelas mengambil pendirian sejak beratus tahun lalu bahawa aliran yang harus diikuti ialah mazhab Shafi’i dan dalam akidah aliran Ash’ari dan Maturidi dan ianya telah menghasilkan perpaduan yang utuh di kalangan umat Islam, baik dalam ibadah, muamalah dan lain-lain sehingga memberi ketenangan dan keharmonian dalam masyarakat dan negara, maka aliran Wahabi adalah tidak sesuai dalam konteks kefahaman dan amalan agama di Malaysia.

Manakala mereka yang berzikir secara sendiri-sendiri selepas solat tidak semestinya dari aliran Wahabi. Namun sekiranya mereka membid’ahkan orang yang berzikir secara berjamaah selepas solat berkemungkinan besar ia dari golongan tersebut.

Wallahu A’lam.
Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/blog/pandangan-mengenai-golongan-wahabi
......................................................................................................................................

Al-Faqih Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari Al-Makki hafizahullah

Kita bukannya nak menghalang atau membantah golongan wahhabi dalam isu furu'. Sebab apa-apa pendapat mereka tu, memang ada ulama dalam pelbagai mazhab memberi pendapat sedemikian rupa. Contohnya isu qunut subuh, memang dalam mazhab lain tidak menyatakan bacaan qunut itu adalah sunat pun. Contoh lainnya, tahlil, memang ada ulama menyatakan perbuatan ini tidak dianjurkan para salafussoleh.

Tapi kedua-dua contoh tadi masih ada ramai ulama yang mengatakan boleh. Masalahnya dengan wahhabi ini, mereka tidak menghormati dan beradab dengan khilaf ini, mereka memaksa orang lain untuk ikut pendapat yang mereka pegang. Apabila kita ikut pendapat yang berbeza dari pendapat wahhabi pegang, wahhabi tuduh kita bidaah, sesat, dan kafir. Sikap extreme inilah yang kita nak halang dan bantah. Kita bukan bantah pendapat dia. Itu dia nak pegang pendapat apa, dia punya pasal lah.

Kamu tak mau baca qunut masa subuh, suka hati kamulah. Kamu tak mau bertahlil, suka hati kamulah. Kedua-duanya bukan wajib pun. Tapi jangan lah kamu nak mengkafirkan, membidaahkan, menyatakan sesat kepada kami yang melakukan perbuatan yang diharuskan dalam masalah khilaf..!! Kalau kami yang membaca qunut subuh ini bidaah dan sesat, apa kalian berani mengatakan sedemikian kepada Imam Syafie? Imam Nawawi? Imam Ibnu Hajar? Saya cabar kamu wahai wahhabi-wahhabi di Malaysia..!!

Kalau kamu tidak melakukan pembidaahan dan pengkafiran kepada kami, kami pun tak mau kacau kamu. Kami langsung membiarkan kamu dengan pegangan kamu dan cara amalan kamu. Tapi kalian mengkafirkan kami, menyesatkan kami, membidaahkan kami, kamu ambil ilmu Imam Nawawi separuh dan buang separuh, sedangkan kamu ambil ilmu Syeikh Albani seluruhnya, sedangkan beza antara Imam Nawawi dan Syeikh Albani seluas langit dan bumi, maka kami tak akan membiarkan daulah Wahhabiyyah tertegak di atas muka bumi Malaysia ini."

(Petikan tausiah Al-Faqih Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari Al-Makki hafizahullah)

Like Page: Syeikh Nuruddin Marbu ALBanjari ALMakki - Restu from Syeikh
Like Page: Syeikh Ibrahim Ibn Masran Al-Banjari
Like Page: Syeikh Muhd Zainul Asri
 ..............................................................................................................................................
Assalamualaikum..... 
Ulasan tentang larangan ke atas Tuan Guru berceramah dll.

HARAP MAKLUM BAHAWA ......

Mesej yang mengaitkan sekatan2 yang dikenakan terhadap Tuan Guru Syeikh Nuruddin HafizhohulLaah dengan isu GST adalah tidak tepat dan merupakan usaha2 pihak yang mempunyai kepentingan tertentu untuk politicise kan apa yang berlaku. Oleh itu mohon jangan disebarkan maklumat palsu itu.

Berikut adalah penjelasan daripada Tuan Haji Zulkifli Mohamed yang bertindak sebagai PA Tn Guru Syeikh Nuruddin di Malaysia

" Salam, Tn Guru Syeikh Nuruddin akan sentiasa bercakap bersandarkan kepada hukum hakam. Tapi statement mengatakan Tuan Guru Syeikh Nuruddin di larang bersiaran di TV dan di sekat dari berceramah disebabkan isu cukai tu tak betul sama sekali. Saya PA kepada Tuan Guru Syeikh Nuruddin. Sekatan semua itu angkara Wahabi. Wahabi ni merata. Mereka ada dlm Umno dan juga PAS dan menyelinap masuk ke dalam agensi2 agama termasuk JAKIM.

Wahabi bersatu dan ada startegy. Sejak kes larangan dari pihak Jakim saya dah 2 kali meeting dengan KP Jakim....saya tahu sangat apa yg sedang berlaku.

Harap semua faham apa yg sebenarnya yg berlaku. Ini semua permainan politik wahabi.

Harap kita jangan gunakan Tuan Guru Syeikh Nuruddin utk menghentam pihak yg berlainan pandangan politik. Tuan Guru Syeikh Nuruddin tak menyebelahi mana2 parti politik kerana pendirian beliau ulama pewaris Nabi adalah milik umat Islam kesemuanya tanpa mengira kecenderungan politik, bukan milik sempit mana2 parti politik ...dia hanya fokus pada menyampaikan ilmu....para Astizah ada yg cenderung kepada politik dan ramai yg tidak, termasuk Tuan Guru Syeikh Nuruddin HafizhohulLaah."

................................................................................................................................................

Apa kata Syaikh Mutawalli Sya'rawi tentang menyambut hari kelahiran Rasulullah s.a..w.

  .............................................................................................................................................


















No comments:

Post a Comment