Wednesday, February 11, 2015

311.0 Museum Perang Dunia II di Batu Maung

Saya melawat buat pertama kalinya ke Muzium Perang yang terletak di Batu Maung, Pulau Pinang.  Tempat tinggalan sejarah perang sejak penjajahan British, kemudian ditakluk oleh Jepun sehingga ia tewas kepada kuasa Berikat pada tahun 1945 di dalam Perang Dunia kedua.

Saya juga pernah melawat Museum Perang di Sentosa Island, Singapura pada April 1986 dulu. Di sini terdapat banyak senjata2 berat seperti meriam yang bersaiz besar, kubu dan Muzium Lilin (Wax Museum) lihat foto2 di bawah ........ tak tahulah jika sekarang masih ada. 

Sedikit komen tentang lawatan ke Batu Maung ini ..... keseluruhannya okay maksudnya tercapai tujuan ia diadakan cuma caj guna tandas RM2.00 agak mahal dan tak manasabah. Bayaran masuk RM20.00 dewasa dan orang tempatan dan RM30.00 untuk pelancong luar negara. Banyak lagi objek perang yang saya rasa boleh ditambah seperti senjata api lama, foto-foto sejarah peperangan dan muzium lilin....ini akan menarik pelancong lebih ramai mengunjungi tempat ini.


Foto ketika melawat Sentosa Island, Singapura pada April 1986




Muzium Lilin / Wax Museum - Jepun menyerah kalah 1945
Pedagang dan peniaga pelbagai bangsa menumpu di Singapura


Sentosa Island - terbaru tidak lagi menjadi pulau.

Foto2 di Muzium Perang Batu Maung pada 8 Februari 2015

Main entrance ke War Museum
Perasmian pada 14 Oktober 2002
General Tomoyuki Yamashita terkenal dengan keberanian dan strategi perang.
Selepas perang, ia dibicarakan dan dijatuhkan hukuman mati di tali gantung di Filipina 
pada tahun 1946.  Replica tempat dilaksanakan hukuman ini dibina di Muzium ini.



 Di dalam kubu bawah tanah.
Meriam penembak kapal terbang musuh.


Siapa sebenarnya Pahlawan ketika perang?
 Apabila perang, bunuh membunuh perkara biasa.
ditikam dengan bannet
wanita dan kanak2 menjadi mangsa kekejaman perang.
tempat memancung kepala
tali gantung
 
Chulia Street, Penang selepas dibom pada 16/2/1942
Jaket kamikaze ...... letupkan diri sendiri.
Landasan keretapi Burma-Siam. Lebih 15,000 orang tahanan perang telah mati
ketika pembinaannya.
Ogos 1945 - Jepun menyerah kalah kepada kuasa Berikat.


No comments:

Post a Comment