Tuesday, February 3, 2015

310.0 Detik akhir kewafatan Rasulullah s.a.w.



Blog Fatwa Malaysia

Dakwaan kisah Nabi S.A.W menyebut ‘Ummati, Ummati..” ketika hampir wafat

Submitted by FatwaMalaysia on 10 December 2013 - 11:44am

ISU:

Benarkan dakwaan yang mengatakan bahawa kisah Nabi S.A.W menyebut ‘Ummati, ummati..” ketika hampir wafat adalah kisah yang tidak benar?
PENJELASAN:

Kisah kewafatan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah satu peristiwa yang sangat besar dan perincian peristiwa tersebut telah direkodkan secara bersanad oleh para ulama hadis. Justeru, sebarang perkataan atau perbuatan yang disandarkan kepada baginda termasuklah peristiwa kewafatan baginda, hendaklah dinilai kesahihan atau kedaifannya melalui kaedah ilmu hadis.

Berkenaan dengan perkataan “Ummati, ummati...” (Umatku, umatku...) yang dikatakan disebut oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ketika hampir wafat, kisah ini tidak didapati dalam sumber-sumber hadis yang muktabar di sisi Ahli Sunnah.

Namun, perkataan “Ummati, ummati..” disebut oleh baginda dalam beberapa hadis lain yang tidak ada kaitan dengan peristiwa kewafatan baginda.

Antaranya hadis tentang syafaat di akhirat yang menyebut bahawa baginda menyebut “Wahai Tuhanku, Ummati, ummati”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Begitu juga hadis bahawa Nabi membaca beberapa potong ayat Quran lalu menyebut “Ummati, ummati..” sambil menangis. (Riwayat Muslim).

Kedua-dua hadis sahih tersebut tidak ada kaitan dengan peristiwa kewafatan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Manakala kisah kewafatan baginda, tidak ada riwayat sahih yang merekodkan bahawa baginda menyebut, “Ummati, ummati” sebelum kewafatannya.

Adapun yang diriwayatkan oleh Al-Tabarani dalam Mukjam Awsat, dan juga Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Awliya (4/73) bahawa baginda berkata sebelum wafat:

من لأمتي المصطفاة من بعدي
Hadis tersebut dinilai dhaif oleh ulama hadis. Antaranya Al-Hafiz al-Iraqi di dalam kitab al-Mughni ‘An Haml al-Asfar Fi al-Asfar (m/s 1849) mengatakan, “Sanadnya dhaif”.

Wallahu A’lam.
....................................................................................................................................
Dari e-fatwa Jakim:

Dalam hadis sahih Nabi saw menyebut semasa hendak wafat ALLAHUMMA FI AL-RAFIQ AL-A'LA (Shahih al-Bukhari dll). Tiada riwayat yang sahih menyatakan baginda semasa hendak wafat menyebut ummati! ummati!. Perkataan ummati! ummati disebut dalam hadis-hadis bukan semasa baginda ﷺ hendak wafat.

Dalam al-Bukhari:

إِنَّهُ لَمْ يُقْبَضْ نَبِىٌّ قَطُّ حَتَّى يَرَى مَقْعَدَهُ مِنَ الْجَنَّةِ ثُمَّ يُحَيَّا أَوْ يُخَيَّرَ » . فَلَمَّا اشْتَكَى وَحَضَرَهُ الْقَبْضُ وَرَأْسُهُ عَلَى فَخِذِ عَائِشَةَ غُشِىَ عَلَيْهِ ، فَلَمَّا أَفَاقَ شَخَصَ بَصَرُهُ نَحْوَ سَقْفِ الْبَيْتِ ثُمَّ قَالَ « اللَّهُمَّ فِى الرَّفِيقِ الأَعْلَى »

(Bahawa tidak seorang Nabi pun yang dicabut nyawanya melainkan diperlihatkan tempatnya dalam syurga. Apabila Rasulullah ﷺ dalam kesakitan dan menghampiri maut, kepala baginda atas peha 'Aishah dalam keadaan pitam. Apabila baginda sedar, matanya memandang ke arah bumbung rumah lalu menyebut: "ALLAHUMMA FI AL-RAFIQ AL-A'LA (YA ALLAH! PADA TEMAN YANG MAHA TINGGI)

http://www.youtube.com/watch?v=AaXHXK0VURk
Syaikh al-'Utsaimin - Perkataan Terakhir Rasulullah

Dari Aisyah radhiyallahu 'anha, dia berkata,

"Aku telah mendengar bahwasanya seorang nabi tidak akan meninggal dunia sehingga dia diberi (satu di antara) dua pilihan antara dunia dan akhirat. Kemudian aku mendengar Nabi ﷺ pada saat sakit yang mengantarkan kepada kematian beliau, sementara suara beliau sangat parah, beliau membaca Firman Allah ta'ala, 'Bersama-sama dengan dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu: Nabi-nabi, para shiddiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang shalih. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya'."(An-Nisa': 69). Aisyah berkata, "Maka pada saat itu aku mengira beliau sedang diberi pilihan."[1]

Dalam sebuah riwayat darinya (Aisyah) radhiyallahu 'anha, dia berkata,

"Pada saat Rasulullah ﷺ berada dalam keadaan sehat, beliau bersabda, 'Sesungguhnya tidak seorang nabi pun dicabut nyawanya sampai dia melihat tempat duduknya di syurga, kemudian dia akan diberi pilihan.' Pada saat menjelang wafatnya sedangkan posisi kepala beliau berada di atas pangkuanku, beliau pengsan beberapa saat, kemudian sedar lalu mengarahkan pandangan beliau ke langit-langit rumah lalu bersabda, 'Ya Allah, di Rafiq al-A'la.'[2] Kemudian aku berkata, 'Kalau begitu, beliau tidak memilih (hidup) bersama kita.' Dan aku mengetahui bahawasanya itu adalah hadits yang pernah beliau sampaikan semasa beliau masih sihat. Dan perkataan terakhir yang diucapkan oleh Rasulullah adalah, 'Ya Allah, bersama-sama teman di tempat yang paling tinggi'."[3]

Aisyah radhiyallahu 'anha berkata,

"Aku mendengar Nabi ﷺ bersabda pada saat beliau menyandarkan punggungnya kepadaku, ' Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, dan pertemukanlah diriku dengan ar-Rafiq al-A'la'."[4]

Dari Aisyah radhiyallahu 'anha, dia berkata,

"Sesungguhnya di antara nikmat Allah yang diberikan kepadaku adalah bahwasanya Rasulullah ﷺ meninggal di rumahku, pada hari giliranku, di antara dada dan leherku (dekapanku). Dan Allah mengumpulkan antara air liurku dengan air liurnya pada saat kematiannya. Abdurrahman [bin Abu Bakar] masuk ke dalam rumahku dan di tangannya terdapat siwak, sementara aku menyandarkan Rasulullah ﷺ [ke dadaku][5]. Kemudian aku melihat beliau memandang ke arahnya dan aku mengetahui bahawasanya beliau menyukai siwak, maka aku katakan kepadanya, 'Apakah engkau ingin aku mengambilkannya untukmu?' Maka beliau berisyarat dengan kepalanya yang bererti setuju. Kemudian aku (mengambil) dan menggosokkannya (pada mulut) beliau, lalu beliau kesulitan dengannya, kerana keras. Aku berkata kepadanya, 'Apakah engkau ingin aku melunakkannya untukmu?' Maka beliau berisyarat dengan kepalanya yang berarti setuju. Kemudian aku pun melunakkannya, [dalam sebuah riwayat (disebutkan), kemudian aku pun memotongnya dengan ujung-ujung gigiku dan mengunyahnya].[6] [Dalam riwayat yang lain (disebutkan), kemudian aku pun memotongnya dengan ujung-ujung gigiku, mengunyah dan memperbagusnya, lalu aku serahkan kepada Nabi ﷺ. Setelah itu beliau bersiwak dengannya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah ﷺ bersiwak dengan cara yang lebih indah dari itu].[7] Di hadapan beliau ada bekas yang berisi air, kemudian Rasulullah memasukkan kedua tangannya di air tersebut, lalu bersabda, 'Tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah, sesungguhnya kematian itu mempunyai sekarat (keadaan sakit dan penderitaan menjelang kematian).' Kemudian beliau mengangkat tangannya seraya berkata, '(Pertemukanlah aku) dengan ar-Rafiq al-A'la.' Sampai akhirnya beliau meninggal dunia dan tangan beliau sallallahu 'alaihi wasallam terkulai."[8]
______________________________
[1] Diriwayatkan oleh al-Bukhari, no. 4436, 4437, 4463, 4586, 6348, 6509; dan Muslim, no. 2444.
[2] Yang shahih menurut jumhur ulama bahwa makna ar-Rafiq al-A'la adalah para nabi yang tinggal di surga tertinggi. Lihat Syarh Shahih Muslim, karya an-Nawawi (Ed).
[3] Diriwayatkan oleh al-Bukhari, no. 4437, dan 4463; dan no. 2444.
[4] Diriwayatkan oleh al-Bukhari, no. 4440 dan 5664.
[5] Al-Bukhari, no. 4438
[6] Al-Bukhari, no. 980
[7] Al-Bukhari, no. 4438
[8] Diriwayatkan oleh al-Bukhari, 2/377, no. 890, dan dia juga meriwayatkan di 9 tempat dalam kitabnya. Lihat 2/377; dan Muslim, no. 2444.

Terjemahan hadis pada bahagian ini diambil dari buku Pesan-pesan Rasulullah ﷺ Menjelang Wafat di dalam bab Rasulullah ﷺ Memilih Ar-Rafiq Al-A'la oleh Syaikh Dr. Sa’id B. ‘Ali B. Wahf Al-Qahthani (Edisi Indonesia) terbitan Darul Haq.

[Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/blog/dakwaan-kisah-nabi-saw-menyebut-ummati-ummati-ketika-hampir-wafat]

No comments:

Post a Comment