Monday, November 21, 2011

7.0 Al-Aqsa milik kita semua!


Kita tidak pernah terasa apa-apa apabila mendengar atau membaca peristiwa kebakaran serius Masjid Al-Aqsa di Palestin pada 21 Ogos 1969, kenapa?  Pertama, kerana ia terletak di Palestin dan tiada kaitan dengan kita.  Kedua, kenapa nak sebok-sebok hal orang di timur tengah, hal dalam keluarga pun masih belum selesai.  Ketiga, apa masalahnya, baiki balik habis cerita, negeri Arab yang kaya dengan minyak boleh bantu.

Dengan anggapan seperti inilah membuatkan semangat membantu sesama Islam akan semakin pudar.  Islam tidak dipandang secara global, ibarat "katak di bawah tempurung", duniaku ialah keluargaku.  Sebenarnya, saya menasihati diri saya sendiri.  Tak banyak yang mampu saya lakukan selain mengutuk perbuatan bangsa yahudi yang dilaknati Allah hingga akhir zaman. Bangsa yahudi tetap bongkak walaupun satu dunia mendoakan kemusnahannya, kenapa?  Itulah ujian Allah s.w.t. ke atas umat Muhammad s.a.w. di akhir zaman.

Al-Aqsa menghimpun banyak sejarah khususnya ketika Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w. ke Sidratul Muntaha bertemu Allah s.w.t. untuk menerima satu tanggungjawab yang amat berat iaitu perintah menunaikan solat fardhu.

No comments:

Post a Comment