Friday, February 8, 2013

106.0 Kaf 40 dan Tok Janggut (Grik, Perak)

بسم الله الرحمن الرحيم
كَفاَكَ رَبُّكَ كَمْ يَكْفِكَ واَكِفَةٌ * كِفْكاَفُهاَ كَكِمَيْنٍ كاَنَ مُنْكَلِكاً
تَكِرُّ كَراًّ كَكَرِّ الْكَيْفِ كاَبِدٍ * تُهْكِيْ مُسَكْسَكَتاً كَلَّتْ لَكَ الْكَلَكَ
كَفَاكَ رَبُّكَ كاَفِى الْكاَفِى كُرْبَتَهاَ * ياَ كَوْكَباً كاَنَ يُهْكِيْ كَوْكَبَ الْفَلَكَ
Se kadar makluman. Di antara banyak-banyak amalan Tok Janggut (Perak) ialah wirid Kaf 40.  Di dalam wirid ini terdapat sebanyak 40 huruf Kaf. Dikatakan amalan ini mempunyai berbagai-bagai munafaat kepada pengamalnya dengan izin Allah jua.  Ada yang mengatakan ia diamal untuk keluar bertemu musuh, sebagai pendinding, ilmu kebal, rezeki dan macam-macam lagi.  Ajal dan maut di dalam kuasa Allah, kita ini sekadar berusaha dan berikhtiar, selebihnya diserahkan kepada Allah penentu segala-galanya.

Sesiapa yang ingin beramal dengan Kaf 40, saya nasihatkan tolong dapatkan nasihat dari ustaz atau sesiapa yang lebih arif tentangnya, jangan nanti mendatangkan mudharat pulak. Saya pernah jumpa amalan ini di dalam sebuah buku/kitab bernama "Pagar Hikmat - Himpunan Amalan Tok Janggut," mukasurat 37.

NOTA: Tok Janggut ini tinggal di negeri Perak dan bukannya Tok Janggut pahlawan Melayu yang syahid di negeri Kelantan semasa penjajahan British. 

Wallahu wa'alam.

Pengenalan Tok Janggut dan kitabnya.




Berikut adalah petikan dari website: http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/03/22/rahsia-ayat-kaf-40/


RAHSIA KAF 40

Hizbul Kaf atau Hizib Kaf Empat Puluh ini adalah antara amalan rahsia orang-orang tua kita dahulu. Ianya ibarat berlian segunung, sangat berharga dan menjadi buruan penuntut ilmu hikmah pada zaman sekarang, kerana bukan senang untuk mencari dan menemukan orang yang memiliki hizib ini. Jikalau dapat bertemu pun, belum tentu dia akan diajar dan diijazahkan. Hal ini kerana sudah menjadi resam orang-orang tua melayu, “meletakkan sesuatu yang berharga, biarlah kena pada tempatnya”, kerana takut ilmu itu disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Lebih-lebih lagi pada zaman yang serba moden dan canggih ini, ramai manusia yang dengan terlalu mudah membuat penilaian dan melabelkan ilmu hikmat dengan ilmu sesat, ilmu hitam, sihir, syirik dan pelbagai lagi tuduhan dan tohmahan yang tidak bertanggungjawab. Walhal dia sendiri tidak tahu dan tidak menyelidiki apakah hakikat ilmu yang dilabelkan dengan sesat itu. Maka jadilah orang yang tidak belajar dan mengetahui hal ilmu kerohanian dan hikmat, membuat penilaian yang bukan-bukan berbanding dengan orang yang belajar dan mengetahuinya.

Kaf empat puluh ini ada mempunyai empat puluh khasiat dan kegunaan. Bahkan khasiatnya dikatakan lebih dari itu. Hizib ini mempunyai beberapa riwayat yang sedikit berbeza, tetapi jumlah huruf kafnya tetap cukup empat puluh. Bahkan ada yang sampai lima puluh kafnya. Sebelum mengamalkannya adalah lebih baik kita mengambil ijazah dahulu daripada ahlinya.

Kata orang-orang tua Kelantan, Hizib yang berbahasa Suryani ini adalah ilmu Rijalul Ghaib. Hizib ini 80% hampir sama dengan hizib Nabi Nuh. Kalimat-kalimatnya mirip seperti sebuah syair kuno yang amat sukar untuk diterjemah dan difahami. Namun begitu, supaya mujarab dan cepat mustajabnya, hendaklah diamalkan setiap hari berturut-turut sehingga sampai empat puluh hari, atau yang sebaiknya diistiqamahkan sepanjang hayat. Insya-Allah kita sendiri akan dapat merasakan satu kelainan dan dapat merasakan kekuatan energinya (aura).

Matan hizib kaf 40 tak dapat saya masukkan lagi kerana ada masalah.

Amalan kaf 40 adalah dalam bahasa Ibrani atau Suryani. Ia bersempena dengan 40 orang auliya’ di Bukit Golan ketika berusaha mendapatkan semula TABUT SAKINAH yang dirampas oleh puak gergasi dari Bani Israel. Peristiwa ini berlaku pada zaman Nabi Musa A.S. Kepada yang tidak mengetahui sejarah ini, pada zaman penentangan umat Islam di negeri Pahang yang dipimpin oleh Dato’Bahaman dan Mat Kilau. Mereka ini pernah diijazahkan amalan ini oleh Tokku Saiyid Paloh beserta sebilah pedang untuk jihad menentang British.

Kaifiat Amalan

Amalan sebagai Wirid

Jika hendak dijadikan sebagai wirid harian. Sebelum membacanya, hendaklah terlebih dahulu membaca Al-Fatihah niat hadiah kepada Rasulullah SAW, kemudian membaca Selawat sebanyak tiga kali dan Ayatul Kursi satu kali. Kemudian barulah kita membacanya sebanyak tiga kali.
Boleh diwiridkan secara beristiqamah atau berterusan pada waktu pagi dan petang atau tiap-tiap kali selepas selesai solat lima waktu.

Perbincangan lanjut dan pendapat orang ramai boleh dirujuk di web berikut:- http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/03/22/rahsia-ayat-kaf-40/

NOTA: KAF 40 BUKANLAH PETIKAN DARI MANA-MANA AYAT DARI AL-QUR'ANUL KARIM.  SILA AMBIL PERHATIAN!
...........................................................................................................................................

(Dikemaskinikan pada 8 Februari 2017)


JEJAK PEJUANG

Tok Janggut Kg Tg Rambai Grik Perak telah dijemput oleh MB Selangor ketika rusuhan kaum 13hb Mei 1969.

Beliau berasal daripada Kerinchi Indonesia datang berdagang ke Hulu Perak.

Di Kampung Tg Rambai beliau dilantik sebagai ketua Kampong, ramai perantau dari Kerinchi Indonesia membuka tanah-tanah baru dengan menanam padi huma atau padi ladang bukit dan salepas habis menuai tanah berkenaan ditanam pula dengan getah .Tok Janggut juga terkenal dengan keberaniannya yang tiada tolok banding diantara perantau Kerinchi ketika itu.

Sepanjang hayatnya, Tok Janggut amat tersohor dengan kehebatan kepahlawanan melayu. Selain ketua kampung, beliau juga merupakan seorang pengamal ilmu perubatan, Bomoh dan ahli tasawuf. Menurut cerita orang tua yang masih ada semasa zaman kemasyhuran Tok Janggut telah dilantik oleh pembesar di huluperak sebagai imam perang di kawasan Temenggor hingga Kenering. Tok Janggut semasa hayatnya pernah beberapa kali bertempur dengan pengganas komunis dengan hanya menggunakan parang panjang yang sehingga kini masih ada tersimpan di rumah pusaka peninggalannya yang kini didiami oleh Tn Hj Omar. Tok Janggut juga telah diceritakan telah memasang pagar sepanjang kampung Tanjung Rambai sehingga dikatakan pengganas komunis setiap minggu lalu lalang di halaman rumah penduduk kampung tetapi mereka tidak nampak di situ merupakan kawasan kampung.

Kisah Tok Janggut juga terkenal di hulu perak di hari keraian peringkat daerah semasa gerik di perintah oleh DO Tuan Bekerley. Satu pertunjukan orang kuat telah dijalankan di padang Grik. Tuan Bekerley telah membawa seorang penggusti dari british untuk mengadakan pertunjukan gusti. Setelah selesai, orang putih tadi telah mencabar kepada semua orang melayu yang mana berani untuk tampil di tengah padang beradu kekuatan. Kebetulan pada masa itu Tok Janggut telah dijemput oleh Tuan Bekerly bagi memeriahkan suasana. Akhirnya Tok Janggut bangun melompat terus di tengah gelanggang. Tanpa banyak cakap mereka meneruskan pertarungan dan dikhabarkan Tok Janggut dengan kekuatan yang ada telah mencampak orang putih itu dengan sebelah tangan, orang putih itu terus terpelanting kira - kira 50 meter ke hujung padang.

Tok Janggut juga telah menulis beberapa kitab pati rahsia perubatan melayu, kitab amalan pendekar (Kaf 40 dalam bahasa Ibrani) yang pernah menjadi kontraversi bagi pengamal yang pernah mempertikai kandungan Kaf 40. Namun segala kontraversi mengenai kitab Kaf 40 itu telah dirungkai oleh Tuan Guru Pak Teh Yang Dipertua pondok Pak Teh Pengkalan Hulu. Isi kandungan Kitab Kaf 40 merupakan bahasa dalam kitab Ibrani yang bukan calang orang yang boleh mengarang kitab tersebut. Maka Pak Teh yang juga salah seorang ahli majlis fatwa Agama Islam negeri Perak telah menyatakan kitab tersebut boleh digunapakai sebagai amalan harian. Selain Tok Janggut, terdapat beberapa orang lagi sahabat-sahabat beliau yang handal dan tinggi amalan tauhid seperti Hj Majid (Imam), Hj Mat Tahir, Hj Mat Kaya, Hj Mat Ali, Sutan Sharif dan beberapa orang lagi.

- rujukan HPN (Hulu Perak News)

17 comments:

  1. salam pada saudara said.terlebih dahulu ingin menceritakan pengalaman semasa dalam perjalanan bersama tok jangut.terpulang kepada individu utk mempercayainya.aku bersama bapaku menaiki kerete serta keluargaku,abahku yang memandu renault dolphine dalam tahun 1974 sampailah ke k.lumpur.dan ada kerosakkan pada kereta dan terus berhenti ditepi jalan. mencari pondok surau//masjid mengerjakan solat.sekembali abah bersama beliau lalu mencuba menghidupkan enjin kereta dgn lantasnya enjin berjaya dihidupkan.mungkinkah dgn berkat doanya wallahualam.
    sekiranya kurang yakin dgn cerita aku ini sila lah tuan said tanyakan dimanakah makamnya.
    tentu nya di tanah perkuburan di k.lumpur(kalau aku silap sila maafkan ye dan sila beritau tempatnya sekiranya tau) dan ada keratan akhbar dalam ruang iklan kecil sekitar tahun 70an/80an...agak lupa tak dicatitkan tapi keratan akhbar ada disimpan dimasa itu tetapi sekarang tiada lagi dlm simpanan.dalam perjalanan dari grik ke k.lumpur beliau ada membawa satu beg besar berisi kitab kecil bewarna hijau dgn gambar beliau.rasa rasa ada lagi dalam simpanan emak aku.
    maka itulah ceritanya yg hendak aku kongsikan bersama said.dimasa itu aku dlm darjah 4 tahun 1974.
    wassalam

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.boleh tak saya dapatkan salasilah susur galur keturunan tok janggut ni?sebabnya dikhabarkan beliau mempunyai saudara di sungai siput perak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta maaf, saya cuma kenali allahyarham melalui buku/kitab Pagar Hikmat karangannya. Saya tiada maklumat tentang salasilahnya dll. Wassalam.

      Delete
  4. boleh tuan abat hubungi or sms no tuan ke no sy 0148279074..sy pun sedang mencari maklumat tentang tok janggut ini...mybe ada suatu rahsia yg dapt mngait kan kita semua...sbb beliau bkn asal dr tanah melayu...Nama penuh beliau ialah Haji Abdul Raja @ Razak Bin Kasiman . Beliau berasal dari Kerinchi Indonesia iaitu dari Sungai Penuh dan beliau berdagang ke Kampong Tanjong Rambai Grik Perak iaitu 4 batu sabelum Pekan Grik ...sy juga sedang berhubung dgn cucu Allahyarham namun belum ada respon...setahu saya beliau meninggal pada bulan april tahun 1973...beliau dikebumikan di Tanah Perkuboran Ampang , Kuala Lumpur ..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikom..mohon jasa baik untuk bertanya masih ada saudara saudara menyimpan risalah buku buku beliau.

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum saudara2 yg dikasihi allah sekalian..saya di ijazahkan buku pagar hikmat ini..& bukunya masih dalam jagaan saya..saya menetap di sungai siput (u) perak..sekira saudara2 skalian boleh membantu saya menemukan dgan org yg arif yg boleh mengajar saya insan yg lemah ini bolehlah wassp di no saya 0124983699..jika ini adlah suratan illahi bantulah saya insan yg lemah ini..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.. sy hambah allah yg lemah. Yg baru hendak mngenalai ilmu akhirat. Dn ingin mncari ilmu akhirat. Jika sesiapa ingin mmbantu sya dgn sikhlas hati silalh hubungi saya. 0135524108

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.. sy hambah allah yg lemah. Yg baru hendak mngenalai ilmu akhirat. Dn ingin mncari ilmu akhirat. Jika sesiapa ingin mmbantu sya dgn sikhlas hati silalh hubungi saya. 0135524108

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko baca quran tu, ko fahamkaj makna2 dia... Tu ilmu dunia dan akhiraylt

      Delete
    2. Ilmu kena cari bukan dtg sndiri.
      Pondok Utz Kazim ada boleh belajar disitu.

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Mana bleh dptkan kitab pagar Hikmah tu ye

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah masih popular hizib kaf40 ni. Saya sangkakan dah tak ramai yang tahu dan amalkan kaf40 secara bersanad ni. Salam mahabbah dari saya.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum saudaraku sekalian saya berasal dari Indonesia..insaya Allah saya juga sedang mempelajari dan ingin mendalami ilmu ilmu para alim ulama terdahulu terkhusus buat tuan guru Allah yarham semoga kita semua dipermudah dalam mengkaji ilmu ilmu para alim ulama terdahulu...saya juga tertarik dgn artikel ini dan jg tertarik untuk mengkaji tuan guru ini..harap saudara sekalian mau berbagi tentang belia kepada saya..terima kasih

    ReplyDelete