58.0 Madrasah Al-Mashoor Al-Islamiah, Pulau Pinang

Nota: Petikan dari buku Cenderamata kerana pembukaan Asrama Madrasah Mashoor Al-Islamiah, Pulau Pinang pada 1 Ogos 1958 oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri. Madrasah Al-Mashoor Al-Islamiah (Sekarang dikenali sebagai Sek. Men. Keb. Agama Al-Mashoor (L) di Jalan Air Itam) Pulau Pinang sebenarnya telah wujud sejak tahun 1916. Pada tahun tersebut, beberapa orang Arab terkenal di Pulau Pinang telah menyatakan hasrat yang terpendam iaitu "anak-anak Islam mestilah jangan dibiarkan tertinggal dalam hal menuntut pelajaran agamanya sendiri. Sekiranya anak-anak Islam tidak dididik dengan pengajaran agamanya, maka akhirnya kelak pemuda dan pemudi Islam akan sesat dan rugi di dunia dan akhirat." Buku Cenderamata Pembukaan Asrama Madrasah Mashoor Al-Islamiah 1 Ogos 1958. Petikan dari Buku Cenderamata Pembukaan Asrama Madrasah Mashoor Al-Islamiah 1 Ogos 1958. Demikianlah di atas asas kesedaran dan keinsafan ini dan juga dengan berkat adanya rasa bek...