Sekali lagi diucapkan syabas kepada:
2. Abby Abadi
3. Farah Asyikin
4. Diana Amir
5. Yatt
6. Siti Fazurina
7. Irma HAsmie
8. Sharifah Sofea
9. Raja Farah
10. Farah AF
11. Natasha Hudson
12. Siti Nordiana
13. Noryn Aziz
14. Sharifah Aleya
15. Liza Hanim
16. Shila Amzah
Ini baru ujian peringkat awalan. Apabila kita bercadang untuk berhijrah daripada kurang baik kepada yang lebih baik, mahu tak mahu kita akan menghadapi cabaran dan ujian di samping celaan dan kata-kata yang kurang menyenangkan samada daripada rakan taulan atau saudara mara atau peminat sendiri. Mungkin akan kedengaran bisik-bisik, "tutup apa macam tu, nampak subang kat telinga", "dah puas buat maksiat, buat baik pulak lah" dan macam-macam lagi yang negatif akan berlegar. Jadi, banyakkan bersabar disamping menambah ilmu fardhu 'ain yang diwajibkan ke atas setiap individu Islam mempelajarinya.
Baru-baru ini juga, terpampang di akbar tempatan, anak pak Raman ( ........ binti Abdul Rahman) ditangkap di restoran / pusat hiburan kerana menjadi "penari tiang". Alangkah sedihnya, anak bangsa kita terperangkap di dalam kancah hina demi mencari rezeki RM500.00 se malam. Sebelum ini juga, gah di Malaysia, anak genius yang dibiayai pelajarannya oleh kerajaan Malaysia (anak kacukan Malaysia - Pakistan, jika tak silap saya) di London menjadi pelacur kelas atasan membuat ribuan Pound Sterling se hari. Lebih terok, dalam akbar Isnin sudah, artis bollywood (yang menjadi idola dan pujaan masyarakat Malaysia) membuat pendedahan yang berani ..... "Chopra bangga berbogel." Tahu berapa harga maruah yang Playboy bayar kepada Chopra? Ratusan ribu Dollar. Tawaran ini amat menarik .... artis Malaysia bagaimana? Sesetengah kita mungkin berkata, apa nak kesahkan, perkara biasa di luar negara pulak tu. Apa yang merisaukan ibubapa di Malaysia sekarang ini, akbar dan media massa memaparkan isu-isu yang tidak sihat untuk tatapan semua kategori. Sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi minda remaja yang bakal menjadi pemimpin generasi akan datang.
Sedarlah anak bangsaku, sokonglah sesiapa sahaja yang berhasrat untuk menjadi baik dan berdoalah agar yang masih bergelumang dengan dosa diberi petunjuk dan hidayah kembali ke jalan yang benar. Situasi ini amat merbahaya kerana kita juga mempunyai anak-anak remaja dan anak-anak buah yang sedang berhijrah ke arah dewasa. Mereka amat terdedah kepada persekitaran yang tidak sihat kerana kemajuan sains dan teknologi serta media massa yang canggih.
No comments:
Post a Comment