Madrasah Al-Mashoor Al-Islamiah (Sekarang dikenali sebagai Sek. Men. Keb. Agama Al-Mashoor (L) di Jalan Air Itam) Pulau Pinang sebenarnya telah wujud sejak tahun 1916. Pada tahun tersebut, beberapa orang Arab terkenal di Pulau Pinang telah menyatakan hasrat yang terpendam iaitu "anak-anak Islam mestilah jangan dibiarkan tertinggal dalam hal menuntut pelajaran agamanya sendiri. Sekiranya anak-anak Islam tidak dididik dengan pengajaran agamanya, maka akhirnya kelak pemuda dan pemudi Islam akan sesat dan rugi di dunia dan akhirat."
Buku Cenderamata Pembukaan Asrama Madrasah Mashoor Al-Islamiah 1 Ogos 1958. |
Petikan dari Buku Cenderamata Pembukaan Asrama Madrasah Mashoor Al-Islamiah 1 Ogos 1958.
Demikianlah di atas asas kesedaran dan keinsafan ini dan juga dengan berkat adanya rasa bekerjasama dan bantu membantu di antara sesama kaum Islam, maka dengan pertolongan Allah Subhaanahu wata'ala pada tanggal 16 Muharram 1335 (tahun 1916), terciptalah sebuah madrasah agama dengan tugas pertamanya memberi pelajaran membaca Al-Qur'an dan mengajar ilmu fardhu 'ain kepada anak-anak Islam iaitu bertempat di Lebuh Acheen (Acheen Street), Pulau Pinang dengan nama "Madrasah Al-Qur'an." Gurunya yang pertama ialah Yang Mulia Tuan As-Syed Abdul Rahman Al-Habsyi dengan murid-muridnya seramai 16 orang.
Pengusaha-pengusaha yang telah menjayakan rancangan madrasah tersebut pada ketika itu ialah Yang Mulia Tuan-Tuan: As-Syed Mahdzar Aidid, As-Syed Syeikh Al-Hadi, Asy-Syeikh Ali Bawazir, As-Syed Umar As-Saqaf, As-Syed Umar Mahdzar dan Asy-Syeikh Hasan Baghdadi.
Petikan dari Buku Cenderamata Pembukaan Asrama Madrasah Mashoor Al-Islamiah 1 Ogos 1958.
Madrasah yang baru dibuka ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari masyarakat Islam di bandar ini. Dari bilangan 16 orang pelajar telah meningkat hingga ke berpuluh-puluhan. Untuk menyesuaikan dengan keadaan, madrasah ini telah berpindah ke Kampung Jawa Lama dan kemudian berpindah pula ke Lebuh Teck Soon (sekarang ini dibina KOMTAR dan tempat letak kereta bertingkat), berkat usaha lanjutan dari Yang Mulia Tuan-Tuan; Haji Bachik Melaka, Mydin Shah, Al-Haji Karwa dan As-Syed Syeikh Al-Hadi. Madrasah ini dinamakan "Madrasah Masyhoor Al-Islamiah" iaitu sempena dengan nama Tuan Habib Al-Masyhoor, seorang tua yang amat disegani masyarakat pada masa itu.
Penuntut dan Mudir (Al-Marhum Shaikh Ahmad Obaid Baladram, bapa blogger), cawangan Balik Pulau, Pulau Pinang tahun 1938
Penuntut dan Mudir (Al-Marhum Shaikh Ahmad Obaid Baladram), cawangan Balik Pulau, Pulau Pinang tahun 1939
Bergambar sempena pementasan Kisah Saiyidina Omar Al-Khattab
Penuntut Madrasah Mashoor al-Islamiah, cawangan Balik Pulau, Pulau Pinang tahun 1938
Penuntut dan guru Madrasah Mashoor al-Islamiah, bahagian lelaki di Lebuh Teck Soon, Pulau Pinang
Penuntut dan guru Madrasah Mashoor al-Islamiah, bahagian puteri di Jalan Burmah, Pulau Pinang
Sebahagian daripada asrama baharu bahagian puteri Al-Mashoor Al-Islamiah di Jalan Air Itam (sekarang menjadi bangunan sekolah/asrama anak-anak yatim)
Di antara tenaga pengajar dan pengurusan Al-Mashoor ketika di Lebuh Teck Soon.
Duduk dari kanan: Tuan Haji Abdullah Bukhari (sekarang imam, Masjid Kapitan Kling), A/yarham Ustaz Ahmad Bajunaid, A/Y Tuan Shaikh Husain Bakar Rafiq, A/Yarham Shaikh Ahmad Obaid Baladram.
YAB Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika lawatan 1957.
Berdiri dari kanan menyambut kehadiran YAB Tunku: A/Y Ustaz Ahmad Bajunaid, A/Y Ustaz Shaikh Ahmad Baladram, dan A/Y Ustaz Shaikh Ali Baladram.
YAB Tunku meletakkan batu asas pembinaan bangunan baru Madrasah
Foto diambil dari website Alumni Al-Mashoor (L)
Bergambar bersama TYT Gabenor, YTM Raja Tun Uda - bangunan baru di Lebuh Teck Soon.
Masa terus berlalu dan Al-Mashoor terus gah melahirkan pemimpin masa depan.
Foto diambil dari website Alumni Al-Mashoor (L)
Bangunan warden asrama Lelaki
Foto diambil dari website Alumni Al-Mashoor (L)
Bangunan SMKA Al-Mashoor (P) di Medan Lim Cheng Theik, Jalan Burma, Pulau Pinang
Kejayaan cemerlang terus dicipta, Syabas Al-Mashoor!
Salam tuan,
ReplyDeleteBagaimana saya ingin menghubungi tuan untuk dapatkan maklumat mengenai al-mashoor ini. saya ada email pada tuan mengenai perkara ini. Terima kasih.
Ahmad Dzulfahmi
Salam
ReplyDeleteSaya merupakan bekas penuntut sekolah ini pada tahun 78 - 79. Banyak kenangan di sini. Sekolah ini suatu ketika dahulu amat terkenal dengan jolokan sekolah dekat kedai tuak. Ust Bajunid dan Ust Bukhari banyak berjasa kepada saya. Semoga Allah berkati mereka
Ariff Budiman
http://warna-nostalgia.blogspot.com/
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSaya nak masuk ...tapi apa syaratnya?
ReplyDeleteSdr Muhamad Afiq boleh menghubungi terus Pentadbiran sekolah tersebut seperti berikut:
DeleteSekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (Lelaki)
Jalan Air Itam,
10460 Georgetown,
Pulau Pinang,
Malaysia
Telefon = 04-2296790
Faks = 04-2291503
Sila layari web berikut jika memerlukan maklumat lanjut (highlight - copy dan paste pada ruang address):
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Agama_%28L%29_Al-Mashoor
Syehcool, adakah anda delete kisah-kisah percintaan antara saya dan guru-guru SMKA Al Mashoor (L) sebelum ini?
ReplyDeleteMaaflah saya terpaksa delete komen2 yang saya rasa tidak sesuai dibentang di dalam blog ini. Anda boleh ceritakan kisah percintaan anda di blog lain yang lebih bersesuaian. Terima kasih.
Deleteal-mashoor bakal menyambut ulang tahun ke 100 tahun pada 2016 nanti. saya sedang mencari semua alumni smka al-mashoor.
ReplyDeletesaya sedia berkhidmat tuan
DeleteSetahu saya, satu2nya guru Al-mashoor yang masih ada ialah Ustaz (Dato) Abdullah Bukhari. Mungkin beliau agak uzur sedikit kerana usia. Boleh jemput beliau ke majlis sambutan 100 tahun ini.
DeleteBagaimana saya boleh menghubungi beliau? Dan saya ingin juga menghubungi tuan untuk sedikit temu ramah... saya sedang selidik tentang al-mashoor.
DeleteSaya tiada no telefon beliau tapi saya tahu lokasi rumahnya berhampiran Kampung Makam, Jalan Dato Keramat, P. Pinang. Untuk makluman, saya bukanlah bekas penuntut di Madrasah ini. Bapa saya adalah guru di sini.
Deletebagaimana pula dengan maahad al-mashoor al-islami? pengasasnya juga daripada as-syed Al-Hadi
ReplyDeleteMaahad Al-Mashoor lahir lewat , dan terhasil dari selepas pengambilan kerajaan Malaysia ke atas Al-Mashoor.
DeleteSaya bekas penuntut SMKA Al-Mashoor (L) tahun 1997 - 2001 amat berbangga dapat menuntut ilmu d sini. Cikgu² pada zaman itu adalah :
ReplyDelete1) Cikgu Ismail
2) Ust Dzulfatah
3) Ust Lokman
4) Ust Rosli
5) Sir Mustakim Sahak
6) Cikgu Beh Kar Sim
7) Cikgu Chin Kolam
ساي مننتوت دمدرسة اين دالم تاهون ١٩٦٥- ١٩٦٦ دان مروفاكن فلاجر فرتام دتريما ماسوق أزهر ملالوئي شهاده ثانوية المشهور٠ أنتارا گورو٢ ساي: شيخ بكر رفيع،شيخ حسين رفيع،شيخ أحمد باجنيد، أستاذ عبدالله بخاري،أستاذ يوسف فيرق،أستاذ عبد المجيد ۔ أكرمهم الله وجزاهم خيرا كثيرا
ReplyDeleteسديكيت فمبتولن: شيخ عباس بكر رفيع(بوكن شيخ بكر رفيع)۔
ReplyDelete