Sunday, August 5, 2012

55.0 Sakit perot tang mana?

Perut kita boleh dibahagi kepada 9 bahagian (bukan saya kata, pakar dan doktor yang kata, saya cuma sampaikan).  Jadi apabila sakit perut, rujuklah bahagian mana dan ia memberi sintom sakit apa sebenarnya. Ini sekadar panduan, jika nak tahu lebih lanjut, eloklah berjumpa dan check dengan doktor pakar sendiri.  Sila rujuk foto di bawah ini.  Bahasa jenis sintom penyakit tu sesetengahnya ikut bahasa "medical", jadi kena buka dictionary lah!

Sakit abdomen adalah sakit yang berpunca daripada organ-organ yang terdapat di bahagian abdomen seperti perut, usus kecil, usus besar, hati (liver), pundi hempedu, limpa dan pankreas. Terdapat juga kes yang menunjukkan kesakitan abdomen tidak terasa di bahagian abdomen tetapi terasa di bahagian belakang. Gambarajah menunjukkan bahagian-bahagian abdomen dan simptom-simptom yang berkaitan di setiap bahagian tersebut. Sebagai contoh bahagian kanan bawah sekali menunjukkan masalah appendiks, sembelit, sakit tulang pinggul dan sakit groin. Rawatan yang sesuai adalah akupunktur dan pembetulan tulang belakang.




No comments:

Post a Comment