Posts

Showing posts from October, 2012

70.0 Jom lelap 15 minit ....

Image
Tidur di siang hari? Petikan artikel dari Melayukini.net – Kelebihan Tidur Siang Hari (Qailulah) Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggap-nya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: “Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya.” Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata: “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor.” Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksan...

69.0 Sakit jantung Vs Pengguna TV / Komputer

Image
Kucing pun kalau diberi peluang, ia akan menghabiskan masa bermain games di komputer. 30 Ogos 2001 - hari terakhir di pejabat UDA Holdings, Bangunan Mutiara I & P, Green Hall, Pulau Pinang sebagai Pengurus Pemasaran. Mula bertugas sejak 3 Ogos 1982 dan menggunakan komputer sejak ia mula diperkenalkan .... Wordstar, Lotus 123,  tulisan hijau dengan background hitam .... anda masih ingat? Selepas VSS dan bersara, masih menggunakan komputer sendiri di rumah.  Saya boleh menghabiskan masa berjam-jam sehari menghadap komputer. Surau R&R Gurun, Kedah - lebihkan masa sujud kerana mengikut penyelidikan seorang doktor pakar saraf, di bahagian otak manusia terdapat satu urat atau saraf yang cuma dapat dimasukki oleh darah ketika seseorang itu sedang sujud .......  Pada zaman sekarang TV dan komputer merupakan satu keperluan kepada setiap individu bergantung kepada fungsi penggunaannya.  Ada orang bekerja dari pagi hingga petang di hadapan kompu...

68.0 Tiba-tiba jantung berdebar?

Image
Kadang-kadang, saya sendiri mengalami jantung berdebar-debar (bergerak pantas) tanpa apa-apa sebab atau melakukan aktiviti lasak khususnya apabila malam sebelum tidur. Masalah ini telah terjawab. Saya terjumpa jawapan ini di dalam web Melayukini.net. Logiknya ada dan boleh diterima walaupun tidak dimaklumkan siapa yang memberi jawapan kepada soalan ini. Melayukini.net – Mengapakah Seseorang Itu Selalu Berasa Jantung Berdebar. Mungkin ada sebahagian daripada kita mengalami masalah degupan jantung yang selalu bedebar-debar. Adakalanya walaupun kita tidak membuat sebarang  aktiviti berat, ia tetap dialami walaupun tidak menjejaskan  kesihatan tubuh badan. Timbul satu persoalan, mengapakah seseorang itu selalu berasa jantungnya berdebar? Jom ikuti soal jawab di bawah ini. Soalan : Saya selalu merasa dalam ketakutan, baik pada waktu malam ataupun di siang hari. Sering mengalami kesukaran bila hendak tidur malam. Jantung sering terasa berdebar-debar, terutam...

67.0 Kempen "Jom makan togeh"

Image
Dipetik dari Melayukini.net – Khasiat Taugeh Untuk Kesihatan Diri (Menarik!) Taugeh merupakan antara sebahagian dari sayuran yang terdapat dalam bahan masakan seperti dalam masakan mee goreng, kuew tiaw goreng, sayuran campur dan lain-lain lagi. Namun Tidak semua orang menggemari taugeh. Tetapi bagi yang menggemarinya, tentu anda gembira apabila mengetahui taugeh mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan termasuk untuk awet muda. Berikut merupakan khasiat taugeh: 1. Cegah Kanser Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas. 2. Baik Untuk Wanita Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pen...

66.0 Pelik .... 9-11

Image
WTC7 rebah ke bumi begitu sahaja?  Tiada perlanggaran oleh kapal terbang, se olah-olah dirancang. Lagi pelik apabila BBC World melaporkan bangunan WTC7 @ Bangunan Salomon Brothers 47 tingkat yang hampir dengan WTC juga turut roboh....... tetapi di belakang bangunan itu masih wujud.  Apa pendapat anda? Photoshop?

65.0 Peminat cili@pedas .... think twice!

Image
Artikel ini amat menarik kepada peminat cili@pedas .... ada bahayanya! By Nadia Najib | Tupai – Thu, Oct 11, 2012 4:00 PM MYT 11 Okt – Makanan pedas atau berempah sememangnya menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Tidak sah jika sesuatu jenis makanan tidak dihidangkan dengan cili ataupun bahan yang membuatkan makanan tersebut menjadi pedas. Ada pula yang suka memakan cili seperti memakan ulam. Amalan memakan cili ini tidak digalakkan dijadikan sebahagian daripada tabiat pemakanan harian terutamanya bagi golongan wanita. Pakar gastroenterologist daripada India, Dr. SK Thakur berkata memakan makanan pedas boleh mengakibatkan seseorang itu mendapat beberapa penyakit yang serius. Antara penyakit yang mungkin boleh dihidapi oleh mereka yang gemar memakan pedas berlebihan adalah seperti berikut : Meningkatkan asid perut  Rasa pedas pada cili di makanan pedas itu sebenarnya berasal dari kombinasi asam. Jika masuk dalam sistem pencernaan, dimana sebenarnya kadar asamn...

64.0 Jus Epal + Seleri

Image
Ini petua yang diberikan oleh seorang doktor perubatan jantung.  Modalnya murah tetapi kesannya, Insya'allah, amat baik untuk kesihatan.  Saya sendiri telah mencubanya dan menjadikan amalan.  Mengikut doktor, jus seleri + epal (hijau) baik untuk kesihatan jantung, merendahkan kolestrol jahat dan membuang toksid di dalam sistem badan kita.  Saya menjalani ujian darah 2 kali se tahun dan tahap kolestrol (jahat) adalah rendah. Seleri (Produce of Australia) RM7.00 / kg (se bungkus seperti di foto yang fresh 1.5 kg = RM10.50) dan epal hijau yang besar RM1.30 / biji atau epal hijau kecil RM0.70 / biji. Harga ini mengikut pasaran di pasar Permatang Manggis, Kepala Batas, Pulau Pinang. Cara / kaedah: 1)  ambil sebiji epal hijau yang besar (2 biji kalau epal kecil), dibuang kulitnya dan dibelah empat . (2) ambil se batang seleri dicuci dari kotoran dan dikerat kecil.  (3) masukkan ke dalam mesin pengisar (blender) kedua2 epal dan seleri.  Akan dapat se p...