Thursday, October 18, 2012

67.0 Kempen "Jom makan togeh"


Dipetik dari Melayukini.net – Khasiat Taugeh Untuk Kesihatan Diri (Menarik!)

Taugeh merupakan antara sebahagian dari sayuran yang terdapat dalam bahan masakan seperti dalam masakan mee goreng, kuew tiaw goreng, sayuran campur dan lain-lain lagi. Namun Tidak semua orang menggemari taugeh. Tetapi bagi yang menggemarinya, tentu anda gembira apabila mengetahui taugeh mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan termasuk untuk awet muda. Berikut merupakan khasiat taugeh:

1. Cegah Kanser

Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

2. Baik Untuk Wanita

Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

3. Lebih Subur

Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.

4. Kurangkan Lemak

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau ‘lemak jahat’ LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.

5. Buang Kotoran

Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.

6. Lebih Muda

Taugeh juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.

Melayukini.net - Wah selepas ini kita perlu memperbanyakkan lagi untuk memakan sayur taugeh dan sememangnya ia bukanlah di antara sayur yang mempunyai rasa yang pahit. Jadi tidak ada alasan terutama untuk kanak-kanak yang tidak mengegmari makanan seperti sayur. Perbanyakkan sayur dalam masakan seperti makanan yang disebutkan seperti di atas tadi. Walaubagaimanapun perlu memastikan sayur taugeh berkenaan dalam keadaan segar.

TUNGGU APA LAGI, JOM MAKAN TOGEY @ TAUGEH!!!  SEKARANG! Kerana selepas ini mungkin harga taugeh mengalahkan epal.

No comments:

Post a Comment