Sunday, October 21, 2012

68.0 Tiba-tiba jantung berdebar?


Kadang-kadang, saya sendiri mengalami jantung berdebar-debar (bergerak pantas) tanpa apa-apa sebab atau melakukan aktiviti lasak khususnya apabila malam sebelum tidur.

Masalah ini telah terjawab. Saya terjumpa jawapan ini di dalam web Melayukini.net. Logiknya ada dan boleh diterima walaupun tidak dimaklumkan siapa yang memberi jawapan kepada soalan ini.

Melayukini.net – Mengapakah Seseorang Itu Selalu Berasa Jantung Berdebar. Mungkin ada sebahagian daripada kita mengalami masalah degupan jantung yang selalu bedebar-debar. Adakalanya walaupun kita tidak membuat sebarang aktiviti berat, ia tetap dialami walaupun tidak menjejaskan kesihatan tubuh badan. Timbul satu persoalan, mengapakah seseorang itu selalu berasa jantungnya berdebar? Jom ikuti soal jawab di bawah ini.

Soalan:

Saya selalu merasa dalam ketakutan, baik pada waktu malam ataupun di siang hari. Sering mengalami kesukaran bila hendak tidur malam. Jantung sering terasa berdebar-debar, terutama selepas selesai melakukan sesuatu pekerjaan walaupun tidak begitu berat aktivitinya dan juga setiap kali selepas selesai makan.  Apakah penyakit yang saya alami dan bagaimanakah cara mengubatinya supaya sembuh?

Jawapan:

Gejala-gejala yang disebutkan itu mungkin disebabkan oleh kerana sering menghadapi masalah membuang air besar dengan tidak lancar, kurang minum air, aturan aktiviti dan pemakanan yang tidak teratur dan tidak mengandungi zat-zat yang diperlukan oleh tubuh badan.

Disarankan supaya tuan mengutamakan makanan daripada jenis syur-sayuran, buah-buahan dan biji-bijian serta minum air ptuih sekurang-kurangnya 8 – 10 gelas dalam sehari. Apabila makan pada waktu pagi dan tengahari, sebaiknya biar sampai kenyang, tetapi makan ala kadar sahaja pada waktu malam. Selain itu, elok juga jika diamalkan makan pil atau tablet vitamin C untuk menambah zat tubuh.

Melayukini.net - Namun sekiranya saranan di atas sudah dilakukan, tetapi tidak mengalami sebarang perubahan, hendalah terus berjumpa dengan doktor. Kita tidak mengetahui apakah punca sebenar masalah penyakit ini, akan tetapi kita boleh mengetahui simptom-simptom awal seperti yang dinyatakan di atas.

(nota: saya memang kurang makan buah-buahan dan sayor-sayoran hijau).

2 comments:

  1. Terima kasih Dr. Akbar di atas pandangan dan nasihat doktor. Diharap doktor dapat terus membantu memberi nasihat. Terima kasih. Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Salam dr.
    kadang2 selepas makan yg agak berat badan jadi semacam.letih dan dlm masa 15-20 minit jantung rasa berdebar2. Perkara ini berlaku bukan selalu.

    terima kasih.
    Ahmad

    ReplyDelete