Tak pernah terfikir pun nak buat macam ni? Inilah perkataan yang akan keluar dari mulut kita setelah membaca artikel ini. Mungkin, kejadian atau situasi seperti ini tidak pernah wujud di negara yang kita cintai yang rakyatnya mempunyai degree simpati yang amat tinggi.
Se perkara lagi, idea membantu orang-orang susah (miskin dan fakir) sepatutnya dipelopori oleh orang-orang Islam yang telah dididik oleh Rasulullah s.a.w. melalui Al-Qur'an dan al-Hadith. Mereka fakir dan miskin termasuk di dalam asnaf (layak menerima zakat dan fitrah) kalau tidak pun sedeqah jariah dari golongan yang berada ala kadar. Tak kan jadi papa kedana jika membelanja RM1.00 untuk seorang hamba Allah yang kelaparan, percayalah!
Pelik juga dengan manusia ni. Dia kata dia mempercayai Al-Qur'an 100% dan beriman dengan yang ghaib (seperti dosa dan pahala yang tidak nampak di dunia tetapi dibalasi di akhirat kelak). Kalau nak beli akhirat, pilih benda-benda yang tak elok atau kurang nilainya di mata manusia. Saya beri contoh, di surau atau masjid, sebelah selipar terputus talinya, maka ia pun tinggalkan di surau dengan niat waqaf. Setiap hari Jumaat, apabila tong kutipan derma masjid lalu di hadapannya, dimasukkan syiling-syiling baki dalam koceknya (sejak mula kerja sampai pencen, macam tu lah..... tak berubah). Begitu rendah sekali nilai akhirat. Tapi, jika membeli se kotak rokok untuk memuaskan nafsu, RM10.00 tiada masalah, habis, beli lagi se kotak berterusan sampai mati. (Saya bernasib baik kerana terus berhenti merokok setelah kena serangan jantung, jika tidak sampai sekarang masih merokok).
Ringkasnya, di sini ingin saya katakan, untuk membuat kebaikan dan kebajikan, kita perlulah kreatif tanpa perlu pembelajaran yang tinggi. Guna otak yang dikurniakan oleh Allah. Ketika hendak tidur, cuba buat calculation, sejak bangun tadi banyak mana kebajikan (tidak semestinya yang melibatkan wang ringgit) yang telah dibuat hingga saat hendak tidur ini. Sendiri punya diri, sendiri tahulah! Wassalam.
Tandas dihiasi permata, perlukah?
Kebiasaan, apabila terlintas hendak membuat kebajikan yang menjanjikan pahala yang besar di akhirat, syaitan akan membisikkan kata-kata yang menakutkan (akan jatuh miskin, atau kata "masa aku susah tiada siapa yang tolong") dan kita akan berpaling dari membuat kebajikan.
Tangisan anak, meratapi mayat ibunya yang mati kebuluran di Afrika.
Di negeri lain, ini bukan lagi makan, melantak namanya!
No comments:
Post a Comment