Sunday, June 8, 2014

289.0 Palestin bersendirian!


Sejarah Penaklukan Israel ke atas Palestin

by ADMIN on MAY 20, 2012








Ketika rencana ini ditulis kita tidak tahu bagaimana akhirnya nasib penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikepung, diseksa dan dibunuh oleh rejim Israel, pada ketika yang sama pemimpin dunia Islam, khususnya dunia Arab, hanya ‘terkebil-kebil’ mendengar dan melihat penyeksaan rejim Yahudi ini di kaca TV.

Kutukan demi kutukan dari pemimpin umat Islam, dari anggota OIC dan NGO-NGO hak-hak asasi manusia. Sementara Kesatuan Eropah dan Bangsa-Bangsa Bersatu serta Amerika hanya meminta tentera Israel tidak menyerang kawasan penduduk awam, ertinya bolehlah menyerang untuk sasaran militan Arab di Gaza saja.

Ulang tayang

Peristiwa serangan ini adalah ulangan tindakan Israel sejak puluhan tahun lalu dan hingga kini, iaitu sejak zaman Presiden Richard Nixon, malah sebelum itu lagi, hingga zaman Barack Obama yang sesetengah orang diharapkan ada perubahan.

Kini serangan itu berterusan, ratusan rakyat Gaza terbunuh setiap hari, mayat bergelimpangan, bangunan runtuh, hospital musnah, tidak ada jalan keluar bagi rakyat Gaza untuk mendapatkan makanan.

Mesir juga menutup sempadannya untuk tidak membenarkan pelarian Palestin tumpah lagi ke negara itu. Syria, Libya, Jordan dan negara Arab lain tidak lagi mampu menerima pelarian yang berjumlah berjuta-juta banyaknya.

Ini adalah episod yang sangat mememilukan, sebuah tragedi kemanusiaan yang tidak ada tandingannya, bahkan tragedi kemanusiaan ini melebihi pembunuhan Nazi Jerman terhadap orang Yahudi di Eropah.

Tidak ada siapa yang ditakuti oleh rejim Tel Aviv sekarang, justeru kerana Amerika, di bawah presiden barupun tetap menyokong mereka. Malah Amerika terus menerus melindungi kepentingan Yahudi.

Maka jadilah rakyat Paletin di Gaza itu ‘bahan ratahan’ tentera Israel. Anak-anak muda Palestin meluru ke jalan-jalan raya melemparkan batu ke arah tentera dan keretakebal Israel, lalu dari muncung kereta kebal Israel itu memuntahkan peluru meriam yang membunuh mereka dengan mudah.

Bayangkan bagaimana anak-anak muda Palsetin yang hanya bersenjatakan batu di tangan boleh melawan tentera Israel dengan segala peralatannya. Namun itulah yang terjadi. Inilah pemandangan ngeri yang berterusan disaksikan oleh masyarakat antarabangsa seluruh dunia.

Adakah harapan buat Obama?

Adakah rakyat Palestin ini mempunyai masa depan? Ini pertanyaan yang sangat sukar dijawab, walaupun daripada pakar mengenai Asia Barat sendiri. Memang ada sesetengah pihak mengharapkan Obama yang berkulit hitam itu melakukan sesuatu dalam menyelesaikan isu Palestin, namun nampaknya rejim tentera Tel Aviv, pimpinan Menteri Pertahanannya yang sangat ganas, Ehud Barak, tidak mungkin bersedia menghentikan serangannya. Ini kerana dia tahu, Amerika dan sekutunya akan terus menyokong Israel.

Jika begitu keadaannya, bagaimana masalah ini dapat diselesaikan? Israel menuduh para pejuang Hamas melancarkan roket di kawasan Israel, ada yang mengena sasaran dan ada yang tidak. Namun hujan roket dari Israel, di samping meriam kereta kebal mereka terus menerus membunuh rakyat Palestin.

Sementara itu bagaimana sikap pemimpin umat Islam, khususnya pemimpin dunia Arab? Selagi mereka masih kekal dengan sikap assobiyah Arab mereka, tidak bersatu atas nama Islam untuk memerangi rejim Yahudi, maka tidak mungkin rejim itu boleh berundur.

**Tambahan dari Admin: Presiden Obama adalah supporter Israel juga kerana beliau bersetuju untuk memberikan USD30 billion dolar kepada Israel dalam jangka masa satu dekad.

Kerdilnya negara Arab

Bayangkan setiap tahun negara Arab membelanjakan beratus bilion dollar Amerika untuk membeli senjata api tercanggih dari pelbagai negara Barat, khususnya Amerika. Namun negara Arab tidak juga mampu memperlihatkan kekuatan tentera mereka untuk menghadapi Israel.

Akhirnya negara Arab hanya menjadi ‘pengguna’ setia senjata moden Barat, sementara senjata itu tidak juga menolong memperlihatkan ‘izzah’ (keunggulan, kehebatan) negara Arab sehingga menggerunkan Israel.

Inilah yang berlaku terus menerus, pada ketika yang sama, siapapun yang menjadi Presiden Amerika, negara itu terus melindungi kepentingan Israel.

Benarlah kata ulama tersohor, Sayyid Hasan Ali An-Nadawi dalam bukunya Kerugian Dunia Kerana Kemunduran Umat Islam bahawa negara umat Islam perlulah memiliki ilmu dan kekuatan senjata yang cukup disertai kemajuan teknologi supaya dengan kekuatan itu mereka mampu memimpin dunia.

Malangnya, kata An-Nadawi, hampir semua kekuatan ini kini tidak dimiliki oleh umat Islam, pada hal di zaman dulu, umat Islamlah yang memiliki semua kekuatan ini. Kini, katanya, pemimpin negara Arab hanya memikirkan kepentingan negara masing-masing, dilatari oleh sikap assobiyah, atau perkauman Arab yang semakin menebal.

Perlu diingat, kata An-Nadawi lagi, sikap ini menyebabkan runtuhnya Daulah Islamiyah Turki pada tahun 1924, iaitu di tengah-tengah Assobiyah Arab yang tebal itu, ia bertembung pula dengan assobiyah Turki kerana ketika itu Turki juga sangat angkuh dan merasakan ia adalah bangsa besar. Inilah kesan buruk yang dialami sehingga keadaan menjadi begini.

Mula tergadai

Sementara itu, ketika menyaksikan penyiksaan dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin oleh rejim israel itu, kita teringat bagaimana mulanya tanah atau bumi Palestin ini tergadai dan dijual kepada israel.

Pada zaman pemerintahan Sultan Abd Hamid II, Sultan Turki terakhir, telah digubal undang-undang dan disahkan di Parlimen Turki bahawa semua tanah yang dimiliki oleh orang Arab di Palestin (ketika itu di bawah riayah Daulah Othmaniyah Turki) dilarang dijual kepada Yahudi.

Ini menimbulkan kemarahan British dan Perancis, justru kerana dua negara Eropah itu mahu memperkukuh kedudukan masa depan Yahudi di negara Palestin.

Namun setelah kejatuhan Daulah Othmaniyah Turki, undang-undang itu dimansuhkan oleh Mustafa Kamal Attaturk yang merampas kuasa. Lalu dengan pantas orang Yahudi di Palestin berebut-rebut membeli tanah orang Arab di sana, sementara orang Arab Palestin itu sendiri rela pula menjual tanah mereka.

Mustafa Kamal At-tarturk - mayatnya terbiar beberapa lama dan menghadapi masalah mengkebumikannya kerana bumi enggan menerimanya!  Pengajaran kepada umat manusia. 

Dengan itu banyak tanah hak milik Arab Palestin bertukar tangan menjadi hak milik Yahudi hingga kini.

Tanah itu kini didiami oleh orang Yahudi, ditambah pula wujudnya penempatan baru, iaitu tanah yang dirampas dari rakyat Palestin sendiri. Demikianlah sejarah hitam bumi Palestin.

Maka itu ketika Israel menguatkan cengkamannya di bumi para anbia ini, dalam usaha mereka hendak menghapuskan rakyat Palestin, wajar kita merenung semua sejarah pahit ini. Namun pandangan An-Nadawi ini sangat wajar diberikan perhatian.

Sumber: http://www.muslimdiary.com/

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perkembangan terbaru di Gaza @ Ghazzah, Palestin pada Rabu, 27 Ogos  2014 bersamaan 1 Zulkaedah 1435H. Allahu akbar!


Logo kemegahan HAMAS.




Ahli Biro Politik HAMAS, Izzat Al-Risyq berkata:

1. Israel tidak mencapai apa-apa kejayaan dalam operasi ketenteraan mereka selama 51 hari ini melainkan satu jenayah perang ke atas penduduk awam yang kebanyakannya ialah kanak-kanak, wanita dan warga emas.

2. Musuh tidak berjaya mencapai apa-apa objektif yang mereka telah nyatakan pada awal peperangan, sebaliknya pejuang Gaza telah berjaya dalam operasi bertahan, menggegarkan kawasan mereka dan melakukan satu pukulan yang kuat ke atas mereka.

3. Zionis adalah pihak yang memulakan peperangan ini, tetapi pejuang mampu bertahan dan di belakang mereka ialah rakyat Palestin yang mempertahankan diri mereka dengan apa cara sekali pun.

4. Gencatan senjata tidak bermakna kami akan mengurangkan tuntutan rakyat kami dengan apa jua situasi, bahkan peperangan ini ialah satu bentuk perpaduan antara rakyat kami dan juga para pejuang. Kerjasama ini akan berterusan sehinggalah kami berjaya mencapai seluruh tuntutan kami.

5. Di sebalik kesakitan dan pengorbanan, peperangan ini melambangkan satu roh semangat yang ditunjukkan oleh rakyat kami dan menunjukkan ketabahan yang telah dibina bersama para pejuang. Inilah rahsia strategi yang mampu mengalahkan penjajah Zionis dan mencapai kebebasan dan kepulangan kami ke tanah Palestin yang sedang dijajah oleh mereka.

6. Apa yang telah berlaku dalam peperangan pada kali ini akan menjadi satu batu asas ke arah melengkapkan perjuangan kami mendapatkan hak-hak rakyat kami secara keseluruhan tanpa ada sebarang pengurangan.

7. Kami mempunyai kemampuan dan faktor-faktor kekuatan moral dan ketenteraan yang mampu menyebabkan kami berterusan berusaha mendapatkan kembali hak-hak rakyat kami yang dirampas oleh Zionis.

8. Kami akan sentiasa menjadi pelindung kepada anak watan dan rakyat kami serta hak-hak yang sepatutnya. Kami akan berterusan meneruskan kebangkitan ini sehinggalah kami berjaya mencapai kejayaan.

‪#‎BulanKemarahanUmmah‬
‪#‎WeAreAllAlQassam‬
‪#‎GazaUnderAttack‬
‪#‎DedaunHancur‬
‫#‏البنيان_المرصوص‬
‫#‏غزة_تنتصر‬

Menderma ke Palestin bersama Aman Palestin ;
http://on.fb.me/1zoCkpO

Million Souls Fight For Gaza Petition :
http://www.gopetition.com/petitions/million-souls-fight-for-gaza.html

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kenyataan sidang media Gerakan Kebangkitan Islam (HAMAS)


{وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ بِنَصْرِ اللَّهِ يَنصُرُ مَن يَشَاء وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ}

"Dan pada hari itu bergembiralah orang beriman dengan pertolongan Allah. Dia telah memenangkan sesiapa yang dikehendaki dan Dia adalah yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengasihi".

Kenyataan Kebanggaan dan Kemenangan
(Rakyat yang mencipta kemenangan mereka)

Perpaduan rakyat kami bersama para pejuang dan ketahanan mereka mempertahankan tanah air menjadikan mereka berjaya melawan musuh, menghadapi segala pertaruhan dan mencipta kemenangan ke atas tentera Zionis.

Israel yang zalim telah memaksa peperangan ke atas rakyat Gaza di bawah penglihatan seluruh dunia. Mereka telah memulakannya dengan serangan bom dari udara, darat dan laut dan mereka juga menggunakan senjata haram yang telah dilarang oleh undang-undang antarabangsa sepanjang tempoh 51 hari. Sepanjang tempoh itu, mereka telah meletupkan rumah-rumah, sekolah-sekolah, masjid-masjid, kawasan pertanian, menara, serta pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam. Mereka juga membunuh kesemua ahli keluarga, dan jumlah yang terkorban melebihi 2100 orang syahid dan lebih 11 ribu orang cedera. Kebanyakannya ialah kanak-kanak, wanita dan warga emas.

Di tengah-tengah peperangan tidak adil yang dilancarkan oleh Israel ini, dan bersama dengan mereka pertolongan daripada kuasa-kuasa besar dunia yang membenarkan jenayah yang mereka lakukan, di hadapan kelemahan dan kehinaan Liga Arab yang tidak melakukan apa-apa, di tengah-tengah semua itu, pejuang palestin telah berjaya mencapai kemenangan bersama sayap ketenteraannya, dan yang paling kuat iaitu Briged Izuddin Al-qassam dan Saraya Al-Quds. Mereka dengan izin Allah yang utamanya dan dengan keperwiraan mereka telah mampu mempertahankan rakyat dan melakukan serangan balas terhadap musuh. Tentera Zionis telah menjadi kecut dan perasaan itu telah menebal dalam diri mereka. Mereka takut nasib diri mereka samada terbunuh atau tercedera atau diculik. Sebaliknya, pejuang Gaza dan rakyatnya yang berada di belakang mereka telah berjaya mencipta perpaduan, kerjasama, ketahanan, pengorbanan dan keperwiraan. Mereka telah berjaya menghancurkan penipuan yang dilakukan tentera Zionis, menggagalkan konspirasi dan mimpi indah penceroboh rakyat Palestin. Operasi mereka ialah kebangkitan untuk mencapai kemenangan dalam peperangan "Dedaun Hancur" pada kali ini.

Wahai sekalian rakyat Palestin,

Kami dalam gerakan Hamas berdiri pada hari ini penuh pujian dan kesyukuran kepada pemberi kemenangan yang nyata iaitu Allah subhanahu wa taala, maka ini adalah hari untuk tunduk patuh kepada Allah, dan juga untuk memuliakan keupayaan rakyat kami, rakyat Palestin dalam keteguhan dalam menghadapi cabaran, dan pengepungan yang berada di sekeliling pejuang-pejuang dari dalam dan luar.

Sesungguhnya kami dalam gerakan Hamas apabila mengisytiharkan kemenangan rakyat kami dan para pejuangnya yang perkasa, kami akan menyebut dengan penuh penghormatan dan penghargaan kepada roh-roh suci yang telah pulang ke sisi tuhanNya yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita, lelaki, dan keluarga- keluarga yang telah mempertaruhkan darah-darah mereka yang suci dengan penuh kesabaran dan pengharapan sebagai bayaran untuk mendapatkan hak-hak mereka iaitu kebebasan dan kehidupan yang mulia.

Peperangan al-Asf al-Ma'kul ini juga telah membuktikan bahawa keseluruhan rakyat kami di Gaza, Tebing Barat, Al-Quds, tanah terjajah tahun 1948, Negev, Galilee, dan Diaspora adalah satu jasad yang sama, yang hidup kerana memperjuangkan satu isu yang sama, iaitu menghapuskan penjajahan dan membebaskan bumi ini dan Jerusalem.

Sesungguhnya kami di dalam gerakan HAMAS dan pada hari kemenangan yang nyata dalam peperangan Al-‘Asful Ma’kul (Dedaun Hancur Dimakan Ulat) ini, kami ingin berdiri memberi penghormatan dan kemuliaan di hadapan rakyat Palestin atas pengorbanan jasad-jasad dan sifat keperwiraan yang ditonjolkan mereka pada kebersamaannya bersama pejuang Palestin. Kami ingin mennyatakan beberapa perkara berikut:-

1. Pejuang Palestin telah menang dari sudut ketenteraan walaupun sebelum berakhirnya perang ini.

-Pada hari mereka berdiri di hadapan senjata keganasan Zionis penjajah, mereka tetap cekal mempertahankan rakyatnya dan musuh telah menderita dengan sebesar-besar kerugian yang mereka terima. 

-Mereka juga telah menggagalkan objektif serta kehendak musuh mereka pada kali ini dan menjadikannya hancur berkecai. 

-Kemampuan pejuang Palestin untuk menyakitkan musuh serta mengejutkan mereka dengan beberapa perkara seperti kekuatannya, ciptaannya, perkembangan senjatanya, terowong-terowongnya, keberanian tenteranya, operasi-operasinya yang menyelinap di belakang musuh. Mereka telah menang (dengan kurniaan Allah) pada peperangan kali ini dari banyak siri-siri peperangan kami bersama penjajah dalam membebaskan tanah suci kami sebelum ini.

2. Pejuang Palestin tetap berdiri teguh dari sudut politik. Mereka mempertahankan prinsip-prinsip mereka serta menjaga kepentingan rakyat mereka dan menunaikan permintaan mereka, malah dengan kehendak merekalah berakhirnya pengepungan ini. Mereka juga semakin kuat dari sudut media. Mereka telah memalukan Israel dengan membongkar segala jenayah-jenayah mereka dan menyebarkan audio-audio dan gambar-gambar perbuatan tentera-tentera mereka. Pejuang Palestin juga telah menang dari sudut akhlak, mereka hanya mensasarkan serangan pada tentera-tentera penjajah Israel dan pegawai-pegawai tentera mereka, tidak sepertimana yang dilakukan oleh tentera mereka dengan membedil rakyat-rakyat kami yang tidak bersalah.

3. Peperangan Al-‘Asful Ma’kul yang disertai oleh pejuang-pejuang Palestin dan sayap ketenteraan mereka ini telah membuktikan bahawa pejuang-pejuang ini adalah pilihan rakyat kami di dalam dan luar negara. Mereka juga mampu membalikkan timbangan manusia dalam menilai apakah ia kekuatan dan apakah ia kelemahan, mereka mampu mengubah kaedah-kaedah permainan politik dan ketenteraan, dan pada masa yang sama mereka mampu mengumpulkan rakyat-rakyat Palestin dan seluruh ummat di muka bumi ini dan menyatukannya di atas kalimah yang satu dan bendera yang satu, dan merealisasikan harapan mereka untuk membebaskan dan mengembalikan tanah suci ini. Di atas pencapaian ini, tanggungjawab kami pada hari ini adalah membina semula tanah ini dan kami akan berusaha untuk menjaganya dan membina strategi pertahanan negara yang bersepadu yang berdiri di atas asas-asasnya.

4. Sesungguhnya semua cubaan provokasi dan pembohongan yang ditujukan kepada pejuang Palestin dan rakyat kami telah gagal sama sekali. Mereka yang melakukan pembohongan itu dan yang menyokong mereka telah menanggung kekecewaan yang amat sangat. Mereka sedang meneguk kekecewaan dari gelas kehinaan bersama dengan Israel. Mereka telah tenggelam dengan kecelakaan selepas rakyat kami bersama dengan pejuangnya yang berani telah berjaya menyerang balas terhadap Israel dan menggagalkan objektifnya.

5. Sesungguhnya bumi Gaza ini adalah bumi yang suci sama seperti keseluruhan bumi Palestin yang diberkati. Seperti mana bumi ini telah disirami dengan darah syuhada' dan terkorban disebabkannya pemuda, wanita, kanak-kanak dan orang tua, dan dipertahankan oleh para pejuang yang melindungi mereka daripada perancangan musuh, seperti itu lah kami akan mempersiapkan pembinaan semula apa yang telah dihancurkan oleh Zionis dengan kebangkitan kami. Seperti mana kita telah bersama-sama mencipta kemenangan dalam peperangan ini, seperti itu jugalah kita akan sama-sama mencipta kemenangan dalam pembinaan semula Gaza dan persediaan kelengkapan sehinggalah kami mencapai kebebasan yang sempurna dengan izin Allah.

6. Sesungguhnya kami dalam gerakan HAMAS melakukan perkiraan dan penilaian tentang pendirian negara-negara Arab dan negara-negara Islam sebenar yang berdiri bersama mendukung perjuangan rakyat Palestin dan pejuangnya yang berani serta memberikan tekanan kepada Zionis agar menghentikan serangan dan menyokong hak rakyat Palestin.

7. Kami menyeru kepada pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia supaya mempercepatkan tindakan undang-undang terhadap pemimipin-pemimipin penjajah Israel di dalam mahkamah jenayah antarabangsa. Mereka telah melakukan pembunuhan yang sangat dahsyat sehingga mencapai kepada tahap jenayah-jenayah perang dengan menyerang rakyat-rakyat yang tidak bersalah dari kalangan kanak-kanak, wanita, orang-orang tua dan ahli keluarga yang dihapuskan semuanya.

8. Kami berterima kasih kepada setiap aktivisme yang memberi sokongan sama ada dari sudut politik, media, dan gerakan- gerakan yang besar dan luas yang menyokong rakyat Palestin dan menolak keganasan yang dilakukan Zionis ke atas Gaza dari seluruh pelusuk dunia Arab dan Islam, serta negara-negara lain seluruhnya. Kami memohon supaya bertambahnya tindak balas terhadap dakwaan kami yang adil ini, serta mendedahkan jenayah-jenayah yang telah dilakukan oleh Zionis terhadap rakyat kami, bumi kami yang suci, dan tahanan-tahanan kami.

27/8/2014 = 1 Zulkaedah 1435
................................................................................................................................................................

KETIKA TAHUN 1902 YAHUDI BERNIAT MEMBELI TANAH PALESTINA ...............

Belum lama rasanya, sekitar 80-an tahun yang lalu, kita masih memiliki Khilafah Islam terakhir yang menaungi umat Islam seluruh dunia. Palestina pun masih kuat terlindungi oleh Khilafah Islam Turki Utsmani ketika itu.

Khalifah Abdul Hamid II, menolak dengan tegas tawaran dari Pemimpin Besar Zionis Yahudi bernama Theodore Hertzl yg hendak membeli tanah Palestina.

"Al-Quds (Jerusalem) menjadi bagian dari tanah Islam pada waktu ‘Umar bin al-Khaththab menaklukkan tanah itu. Aku tidak akan menorehkan dalam sejarah yang memalukan dengan menjual tanah suci kepada Yahudi dan mengkhianati tanggung jawab dan kepercayaan rakyat. Yahudi silahkan mengambil uang mereka kembali. Pemerintah Utsmaniyah tidak akan berlindung di dalam istana yang dibuat dari uang musuh-musuh Islam"

Theodore Hertzl kembali mencoba mendekati Khalifah Abdul Hamid II. Tapi Khalifah Abdul Hamid II menolak menemui tokoh zionis tersebut, dan menyampaikan pesan melalui ajudannya.

"Nasihati Dr. Hertzl supaya jangan meneruskan rencananya. Aku tidak akan melepaskan walaupun segenggam tanah ini (Palestina), karena ia bukan milikku. Tanah itu adalah hak umat Islam. Umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka. Yahudi silahkan menyimpan harta mereka. Jika Daulah Khilafah Utsmaniyah dimusnahkan pada suatu hari, maka mereka boleh mengambil Palestina tanpa membayar harganya. Akan tetapi, sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusukkan pedang ke tubuhku daripada melihat Tanah Palestina dikhianati dan dipisahkan dari Daulah Islamiyah. Perpisahan adalah sesuatu yang tidak akan terjadi. Aku tidak akan memulai pemisahan tubuh kami selagi kami masih hidup"

*** Jangan lupa untuk LIKE atau SHARE informasi ini, semoga Allah menghitungnya sebagai AMAL JARIAH untuk Anda dari setiap sumbangan teman-teman yang terkirim berkat informasi yang Anda berikan.

Amin Ya Rabbal Alamin... ***

----------------

Dengan menyebarkan informasi di bawah ini, in shaa Allah akan menjadi AMAL JARIAH untuk Anda dari setiap sumbangan teman-teman Anda yang terkirim berkat informasi yang Anda bagikan ini.

Berikut ini daftar rekening lembaga-lembaga resmi bantuan Palestina:

https://www.facebook.com/notes/bantu-palestina/daftar-rekening-milik-lembaga-resmi-bantuan-palestina/1476312845941861
.....................................................................................................................
Terkini. Update: 3 Januari 2017 = 4 Rabiul Akhir 1438H

Image may contain: 1 person, text



12 November 2016 dari Web: Aqsa Syarif.

Musim sejuk hampir tiba. Kehidupan rakyat Palestin, Syria, Yaman dan Iraq bakal melalui fasa-fasa lebih mencabar di bulan-bulan mendatang.

Mereka yang kehilangan tempat tinggal, kanak-kanak, wanita mengandung, para pesakit dan warga emas adalah golongan yang terkesan teruk setiap kali musim sejuk. Sedikit kehangatan boleh menyelamatkan nyawa mereka.

Pada 7 Januari 2015, Taufan Huda telah melandadan mengakibatkan kemusnahan yang dahsyat di Palestin, Jordan, Lubnan, Syria dan Iraq. Di Gaza sahaja, ia telah menjejaskan kehidupan 110,000 penduduk dan 5 kematian akibat kesejukan yang melampau. Keadaan bertambah teruk dengan kesan pasca perang 51 hari yang telah memusnahkan 20,000 buah rumah manakala sebanyak 1,240 keluarga terpaksa keluar dari rumah mereka kerana cuaca sejuk yang melampau.

Jumlah pelarian Syria kini mencecah 4.5 juta orang. Tahun 2014 mencatatkan 11 pelarian Syria telah terkorban akibat kesejukan, termasuk 2 orang kanak-kanak kembar. Pada tahun ini, kira-kira SATU JUTA kanak-kanak akan menghadapi suhu di bawah sifar tanpa kelengkapan yang cukup, dan hanya berlindung di dalam khemah-khemah sementara. Sementara itu, di Kem Bekaa, Lubnan, 3 warga Syria terkorban atas sebab yang sama. Terkini, seramai 373,429 pelarian Syria menetap di Kem Bekaa, kem yang paling kurang fasiliti dan paling terdedah kepada kematian akibat suhu sejuk yang melampau.

Di Iraq, statistik terkini menunjukkan “Pelarian Dalam Negara” (PDN) Iraq telah meningkat kepada 3.2 juta orang. Mereka ini lari meninggalkan penempatan dengan sehelai sepinggang ke utara Iraq. Di sana, suhu musim sejuk di bawah takat beku sehingga -16 darjah selsius. Keadaan ini pastinya memberi ancaman kesejukan terburuk kepada mereka. Menurut UN, pada tahun 2015, sebanyak 2.8 juta PDN Iraq hidup dalam kekurangan makanan manakala sekitar 800,000 orang terdedah kepada kematian sekiranya tiada bantuan daripada masyaratkat dunia untuk bantuan musim sejuk bernilai USD66 juta.

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) melalui agensinya – Aqsa Syarif, i4Syria, Salam Iraq dan Rose2Rose, justeru melancarkan Kempen Winter Relief 2016 (Rayuan Musim Sejuk 2016) sehingga 1 Januari 2017 dengan sasaran bantuan bernilai RM2 juta dimana 15,000 warga Palestin, Syria, Yaman dan Iraq bakal menerima manfaat.

**********

Pakej Sumbangan:

RM150 / unit merangkumi bantuan makanan, pakaian/selimut/tilam atau alat pemanas/bahan bakar mengikut keperluan negara.

*Pengagihan adalah berdasarkan keperluan setiap negara tersebut.

Hulurkan sumbangan anda sekarang atas nama:

Humanitarian Care Malaysia Berhad

1) Maybank Islamic: 551575-004299

2) Bank Islam: 1209-20100-34904

3) CIMB: 8602-135-592

Emelkan slip/bukti sumbangan ke account@mycare.org.my atau Whatsapp/Telegram ke 019-655 1948

Untuk maklumat lanjut hubungi:

MyCARE HQ: 03-8941 2341 (Hussaini Khairudin)

Email: relations@mycare.org.my

#winterrelief #MyCARE #AQSA #i4Syria #SalamIraq#R2R

No comments:

Post a Comment