Thursday, May 24, 2012

30.0 Palestin Oh Palestin!!

Palestin bersendirian di dunia ini.  Ada saudara mara tapi sayang, semuanya sedang sibok menguruskan rumahtangga sendiri.  Tiada masa hendak menoleh melihat kekurangan atau kesusahan yang sedang ditempohi oleh saudaranya atau jiran tetangganya.  Kasihan, sedih, pilu dan amat dukacita kerana dunia tidak mampu menolong Palestin dalam ertikata yang sebenarnya.  Apalagi aku seorang insan yang lemah dalam serbaserbi ini hanya se kadar mampu menolong Palestin seperti se ekor burung mengambil air dalam paruhnya hendak membantu memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim a.s.  Paling menyedihkan, apabila negara2 bersaudara/berjiran dengan Palestin sudah tidak mengenali lagi yang mana saudara dan yang mana musuh. Musuh dijadikan saudara dan sebaliknya.


Sejarah penaklukan Palestin sejak perancangan awal yahudi Ogos 1897

Ya Allah, berilah kekuatan kepada umat Islam di dunia ini amnya dan Palestin khasnya.  Engkau limpahkan semangat juang dalam diri dan hati setiap mereka, bantulah kami, bantulah mereka mengalahkan musuh kami dan juga musuh Engkau, Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.  Peliharalah kami dari segala malapetaka. Rahmatilah ruh mereka yang telah syahid demi menegakkan syiar agama Islam dan menjaga kedaulatan negaranya, tempatkan ruh mereka di taman2 syurga Mu ya Allah, Amiin Ya Rabbal 'aalamiin.


Mereka kembali kepada Allah dengan wajah tersenyum dan penuh redza.


Kanak-kanak menjadi mangsa kekejaman yahudi, dunia kata "perkara biasa".


Tak dapat orang, masjid Al-Aqsa menjadi mangsa pada 21 Ogos 1969


Sebok melayan tetamu agung hingga terlupa menoleh jiran kebuluran ( NOTA: bukan di negara timur tengah  sahaja tapi di seluruh dunia kini)


Antara dua derajat!



Maafkan saya jika paparan ini menjadi fitnah.  Adakah ia kehidupan sebenar orang Arab (keturunan Raja) atau lakunan oleh yahudi bagi mengujudkan rasa benci terhadap orang Arab. Wallaahu wa'alam.



Kebanyakan (bukan semua) Arab sekarang telah tertipu oleh kemewahan hidup di dunia, sebok mengumpul harta yang tak boleh bawa ke kubur, ingin mencipta yang terbaik, yang terbesar, yang terkaya, yang tercanggih, bangunan yang tertinggi dan bermacam-macam "yang" lagi hingga terlupa di Somalia, Sudan dan Afrika sedang kebuluran dan mengharapkan se suap makanan.  Ya Allah, peliharalah kami dari fitnah hidup dan fitnah masihi dajjal.









ALLAAHU AKBAR! ALLAAHU AKBAR! ALLAAHU AKBAR!
BERILAH PETUNJUK DAN HIDAYAHMU KEPADA KAMI, HAMBA MU YANG DAIF LAGI KERDIL INI.  TIDAK KUASA KAMI MENJADI HAMBA MU YANG TAAT PATUH KEPADA AJARAN ISLAM MELAINKAN PETUNJUK HIDAYAH DARI MU JUA.  KEMEWAHAN DUNIA MENGUJI KEIMANAN KAMI, MELEBURKAN HATI-HATI KAMI YANG INGIN BERBAKTI KEPADA AGAMA MU, TUJUAN KAMI HIDUP TELAH DIPESONGKAN OLEH KEINDAHAN DAN UJIAN DUNIA. AMPUNILAH KAMI YA ALLAH.





No comments:

Post a Comment