Assalaamu'alaikum saudara sekelian. Saya bukanlah mekanik, cuma orang biasa dan ingin berkongsi pengetahuan dengan anda jika anda berminat. Kali ini saya nak bincang pasal minyak selinder kereta atau minyak hitam (walaupun warnanya perang kekuningan). Gamaknya pasal bila minyak kekuningan emas tukar jadi hitam baru kena tukar minyak baru, itulah sebab dipanggil minyak hitam. Minyak hitam - dibuang/flush, ganti baru. asas sebuah enjin kenderaan Asas enjin kenderaan Kita biasanya tak kisah sangat, tak payah pening-pening kepala, pergi ke worksyop, panggil apek mekanik tu, cakap nak tukar minyak hitam. Kemudian apek tanya, mau mahai ke atau murah punya? Kita jawab ikut kemampuan masing2, ada yang nak yang mahal, ada yang murah janji kereta boleh jalan tak meragam. Kalau mahal macam fully synthetic boleh tahan sampai 10,000km - 12,000km perjalanan baru tukar pulak, yang biasa mungkin 5,000km. Jadi kita kenalah buat calculation sikit i.e. perbandingan harga dan k...
Apakah Tanda-Tanda Awal Masalah Sakit Jantung? Sakit yang berkenaan jantung merupakan pembunuh nombor satu negara. Maknanya kemungkinan untuk menghadapi masalah jantung amatlah tinggi. Elok kita kenal beberapa tanda-tanda yang mungkin memberikan indikasi bahawa kita ada masalah jantung. Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit – berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan – Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan) Lidah terasa tegang dan pendek. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab. Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) – biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat. Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abd...
Untuk makluman, rakan-rakan yang dah bersara dari perkhidmatan Kerajaan @ pencen, boleh membuat tuntutan perubatan melalui Borang Perubatan 1/09 - Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan Di Bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009. Langkah-langkah / syarat-syarat yang perlu dipatuhi ialah: 1) ubat-ubat yang dibeli di farmasi (di luar Hospital Kerajaan) disahkan oleh doktor yang merawat kita, tiada atau tidak dibekalkan oleh farmasi hospital berkenaan, contohnya Plavix 7.5mg atau Coralan 7.5mg (Ivabradine); 2) dapatkan resit dari kedai ubat / farmasi (himpun semua resit); 3) isi Borang Perubatan 1/09 - Borang ini boleh dimuaturun dari website http://www.jpapencen.gov.my/laman_utama.asp . (contoh Borang seperti di bawah ini - Lampiran E ). 4) Setelah semua maklumat diisi di dalam borang tersebut, dapatkan tandatangan doktor pakar yang merawat kita di Borang tersebut ( Lampiran F di atas, m/s 25); 5) dapatkan tandatangan...
Comments
Post a Comment