Pada suatu hari, seorang pemuda melintasi se ekor gajah dan kemudian ia berhenti, agak keliru bagaimana se ekor gajah yang besar diikat pada kayu pancang dengan tali kecil di kaki belakangnya. Tidak diikat dengan rantai besi dan tiada pagar/kandang. Memang jelas, gajah ini boleh, pada bila-bila masa, melepaskan diri tetapi ia tidak berbuat demikian. Pemuda tadi menemui pelatih gajah dan bertanyakan mengapa gajah itu berdiri sahaja di situ dan tidak mencuba melarikan diri dari ikatan itu. "Begini," kata pelatih gajah, "semasa gajah ini masih kecil, kami menggunakan tali yang sama saiznya (kecil) untuk mengikat mereka, tali itu sesuai dengan umur mereka ketika itu. Apabila gajah ini besar dan dewasa, ia telah dilatih supaya mempercayai bahawa ia tidak boleh melepaskan diri. Mereka percaya tali kecil itu masih mengikat mereka, jadi mereka tidak akan berusaha melepaskan diri." Pemuda itu rasa pelik, haiwan-haiwan ini boleh melepaskan diri dari ikatan bila-...