Friday, July 27, 2012

49.0 Hadith Palsu Popular

Salam Ramadhan 2012/1433 dan Allah menerima amalan puasa kita, Insya'allah.


Dalam keghairahan kita menuntut ilmu bagi menyempurnakan dan mengelokkan lagi ibadat kita, terkadang-kadang kita merujuk kepada buku atau kitab, melayari website dan semua media yang ada tanpa berguru (i.e. berdepan empat mata).  Terkadang-kadang juga kita mengamalkan sesuatu kerana mengikut adat, budaya dan atas alasan "datuk nenek aku dah lama dok amal perkara ni ...." dan tanpa menyedari bahawa apa yang dilakukan/diamalkan itu bercanggah dengan sunnah dan tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. (Bidaah dholaalah).

Banyak hadith palsu atau maudhu' yang menjadi popular di kalangan kita umat Islam Malaysia. Kita tidak sedar bahawa ianya palsu dan ada di antaranya hanya rekaan orang-orang yang tidak bertanggungjawab (Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengucapkannya). Antara sebab lain ia dikategorikan sebagai palsu ialah kerana perawinya tidak dikenali, seorang pendusta atau lemah dari segi daya ingatannya dan lain-lain sebab yang ditetapkan oleh ulamak Islam se dunia.

Menyebarkan atau menyampaikan hadith palsu dengan diketahui bahawa hadith tersebut adalah palsu, hukumnya adalah haram. Samada hadith tersebut berkaitan hukum hakam, kisah sejarah, iaitu tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat) dan targhib (menggalakkan ibadah) dan sebagainya.

Jagailah diri kita agar tidak termasuk di dalam golongan yang dinyatakan Rasulullah s.a.w.; "Sesiapa yang menceritakan daripadaku suatu hadith, dan dia mengetahui ia adalah dusta, maka dia juga salah seorang daripada pendusta." (Direkodkan oleh Imam Muslim).  Dan lagi sabda Rasulullah s.a.w.; "Jangan kamu semua berdusta ke atasku maka dia akan masuk neraka." (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim).

Saya telah membeli sebuah buku bertajuk "40 Hadis Palsu Popular" karangan Abdul Razak Muthalib seorang Pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa, Selangor (Biodata beliau terdapat di muka belakang buku - foto). Buku ini diterbitkan oleh PTS Islamika Sdn. Bhd., Batu Caves, Selangor. Saya rasa pengetahuan ini patut dikongsi. Sebaiknya anda pembaca membeli buku ini (RM9.00 sahaja) kerana penerangan tentang setiap Hadith Palsu dihuraikan dengan panjang lebar dan memuaskan. Saya akan perturunkan sebahagian hadith yang selalu kita ucapkan tanpa menyedari kepalsuannya. Teknik menambah ilmu ini juga melalui pembacaan (buku) tanpa guru berdepan, jadi jika terdapat kemusykilan atau kesilapan, harap dapat maklumkan saya (email: syehcooladram@yahoo.com.my). Saya sekadar menyampaikan apa yang diketahui melalui pembacaan, harap maaf.


Muka hadapan buku

Muka belakang buku

HP1: Menuntut ilmu hingga ke China.  
"Tuntutlah ilmu walau ke negara China."

HP2: Rejab bulan Allah.
"Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku."

HP3: Perselisihan adalah rahmat.
"Perselisihan di kalangan umatku adalah suatu rahmat."

HP4: Mengenal diri, kenali tuhan.
"Sesiapa yang mengenal dirinya, maka dia mengenali tuhannya."

HP5: Bekerja untuk dunia.
"Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beramallah untuk akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati esoknya."

HP6: Kelebihan membaca surah Yaasiin.
"Sesiapa yang membaca Yaasiin dan dia niatkan kerana Allah Azza wa Jalla, Allah akan mengampunkannya dan akan dikurniakan kepadanya ganjaran seperti membaca al-Qur'an sebanyak 12 kali, dan setiap Muslim yang dibaca di sisinya surah Yaasiin ketika Malaikat Maut turun kepadanya, akan turun pula daripada setiap huruf daripada surah Yaasiin itu se puluh Malaikat yang akan berdiri di sisinya, mereka akan solat dan memohon ampun baginya ..............."    Hadith lain (palsu) tentang kelebihan surah Yaasiin; "Sesiapa yang membaca surah Yaasiin pada waktu malam, maka dia akan bangun pada paginya dalam keadaan diampunkan dosanya, dan sesiapa yang membaca surah al-Dukhaan pada malam Jumaat, dia akan bangun pada paginya dalam keadaan diampunkan." Hadith lain (palsu); "Sesungguhnya bagi setiap suatu itu mempunyai hati dan hati al-Qur'an adalah Yaasiin. Siapa yang membaca Yaasiin akan dicatatkan oleh Allah baginya dengan bacaan tersebut seperti membaca al-Qur'an sebanyak se puluh kali."

Nota: surah Yaasiin boleh dibaca pada bila-bila masa tanpa mengkhususkan masa tertentu seperti pada malam Jumaat. Terdapat hadith sohih tentang amalan hari Jumaat; "Siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan diterangi cahaya di antara dua hari Jumaat." (Direkodkan oleh al-Nasai dan al-Baihaqi).  Hadith sohih yang lain direkodkan oleh al-Darimi: "Siapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat, dia akan diterangi cahaya di antara dirinya dan Bait al-'Atiq."

HP7: Syurga di bawah tapak kaki ibu
"Syurga itu di bawah kaki para ibu." 

Nota: terdapat hadith sohih yang lain dengan lafaz berbeza serta menceritakan isi kandungan yang sama. Diceritakan oleh Muawiyah bin Jahimah, bahawa dia datang menemui Nabi Muhammad s.a.w. lalu berkata: "Sesungguhnya aku ingin menyertai peperangan jihad, dan aku datang untuk meminta pendapat kamu." Lalu Nabi Muhammad bertanya: "Adakah kamu masih mempunyai ibu?" Dia menjawab: "Ya." Rasulullah bersabda: "Pergilah dan berbaktilah kepada ibu kamu, kerana sesungguhnya syurga berada di bawah kedua kakinya,"  Hadith ini direkodkan oleh an-Nasaie dan Tabrani dan al-Hakim.

HP8: Talaq menggegarkan 'Arasy

"Berkahwinlah kamu semua dan janganlah kamu bercerai talaq. Sesungguhnya talaq itu menggegarkan Arasy."

HP9: Solat sunat malam raya

"Tidaklah mana-mana hamba yang solat enam rakaat pada malam raya kecuali diberikan syafaat kepada ahli rumahnya, yang semuanya sudah dijanjikan neraka."

Terdapat hadith palsu lain yang menyebut tentang kelebihan menghidupkan malam raya: "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidil Fitri dan Aidil Adha, maka hatinya tidak mati pada hari semua hati yang lain mati." Apa yang diseru oleh al-Qur'an dan sunnah dalam menyambut hari raya ini ialah menyemarakkannya dengan laungan "takbir".

HP10: Solat yang tidak mencegah kemungkaran

"Sesiapa yang solatnya tidak dapat mencegahnya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran, maka sebenarnya tidak bertambah hubungannya dengan Allah kecuali semakin jauh."

Sebenarnya ia adalah daripada perkataan Ibn Mas'ud tetapi dengan lafaz yang lain iaitu (hadith sohih): "Sesiapa yang solatnya masih tidak dapat menyerunya ke arah kebaikan dan mencegahnya daripada melakukan kejahatan, maka sebenarnya tidak bertambah hubungan dengan Allah kecuali lebih jauh."

(Insya'allah, akan disambung .... waktu solat Jumaat dari hampir).

HP11: Jihad hati

"Kita pulang dari jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar." Para sahabat bertanya: "Apakah jihad yang lebih besar?" Nabi Muhammad menjawab: "Jihad hati (memerangi hawa nafsu)."

HP12: Menuntut ilmu daripada buaian

"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad."

HP13: Solat dengan berserban

"Sesungguhnya solat dengan berserban menyamai dua puluh lima solat tanpa memakai serban."

HP14: Bercakap urusan dunia di dalam masjid

"Siapa yang bercakap tentang urusan dunia di dalam masjid, Allah akan menghapuskan amalannya empat puluh tahun."

Nota: Larangan sebenarnya dalam masjid ialah berjualbeli seperti dalam hadith hasan (sohih) yang direkodkan oleh Tirmizi, "Jika kamu melihat seorang berniaga di dalam masjid, hendaklah kamu ucapkan "semoga Allah tidak menguntungkan perniagaan kamu." Terdapat juga larangan membuat iklan "barang hilang" seperti hadith (sohih) direkodkan oleh Muslim, "Siapa yang mendengar seorang membuat pengumuman untuk mencari barang yang hilang di dalam masjid, maka ucapkan "semoga Allah tidak mengembalikan barang tersebut kepada kamu." Sesungguhnya masjid bukan dibina untuk urusan ini."

HP15: Menziarah kubur hari Jumaat.

"Siapa yang menziarahi kubur kedua ibubapanya atau salah seorang daripada mereka pada setiap hari Jumaat, maka akan diampuni dosanya dan dia akan ditulis sebagai anak yang berbakti."

Terdapat hadith lain (palsu) berkaitan perkara ini juga: "Siapa yang menziarahi kubur kedua ibubapanya pada setiap hari Jumaat kemudian membaca surah Yaasiin di sisi kubur mereka berdua atau salah seorang daripada mereka, akan diampunkan dosanya sebanyak jumlah ayat atau huruf-hurufnya."

Terdapat hadith sohih yang menganjurkan kita menziarahi kubur: Ali bin Abi Talib melaporkan Rasulullah s.a.w. pernah berkata: "Sesungguhnya aku dahulu pernah melarang kamu daripada menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah kubur kerana ia dapat mengingatkan kamu akan akhirat." (Hadith direkodkan oleh Abu Daud, Tirmizi, al-Nasaie, Ibn Majah dan Ahmad).

HP16: Kelebihan solat Tarawih

Dalam sebuah hadith yang panjang, dikatakan ianya disampaikan oleh Ali bin Abi Talib. Beliau menyebut tentang ganjaran pada setiap malam bagi sesiapa yang menunaikan solat tarawih. Kelebihan-kelebihan yang dinyatakan dalam hadith palsu tersebut adalah seperti berikut:

Malam 1: Dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama terhapus sepertimana ia baru dilahirkan dan mendapat keampunan daripada Allah.

Malam 2: Dosa-dosa orang mukmin yang bersembahyang tarawih serta kedua ibubapanya diampunkan (sekiranya mereka orang yang beriman).

Malam 3: Malaikat berseru di bawah Arasy supaya orang mukmin meneruskan sembahyang tarawih dan berdoa semoga Allah mengampunkan dosa mereka.

Seterusnya Malam 4, 5, 6 ....... hinggalah ke Malam 30: Allah memberikan penghormatan yang teristimewa kepada orang bertarawih lalu berkata dengan maksudnya; "Hai hambaKu! Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad yang bernama al-Kauthar."

Memadailah kita beriman dengan hadith sohih: "Sesiapa yang mendirikan (menghidupkan) Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, maka diampunkan segala dosanya yang lalu." (direkodkan oleh Muslim).

HP17: Menyapu muka selepas solat (1)

Anas bin Malik menceritakan "Apabila Rasulullah selesai daripada solat, beliau menyapu atas kepalanya dengan tangan kanannya dan berkata: "Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah, jauhkanlah daku daripada dukacita dan kesedihan."

HP18: Kisah Alqamah si anak derhaka

Cerita Alqamah yang menderhakai ibunya ini sangat popular dan sering diceritakan oleh para penceramah. Diringkaskan ceritanya, Alqamah seorang ahli ibadat di zaman Rasulullah s.a.w. Selepas berkahwin, beliau dilihat memberi perhatian dan melebih-lebihkan isterinya berbanding ibunya. Ibunya kecewa dan terasa hati. Ketika hendak mati, Alqamah tidak dapat melafazkan ucapan syahadah. Lalu Rasulullah s.a.w. datang dan bertanya sahabat samada Alqamah masih mempunyai ibu dan disuruh panggil. Ibunya diminta menarik balik kutukannya dan memaafkan Alqamah. Ibunya enggan sehinggalah Rasulullah s.a.w. memerintahkan sahabat mengumpulkan kayu api untuk membakar Alqamah agar ia cepat mati. Ibunya memaafkannya dan ia dapat mengucap sebelum meninggal dunia.

Nota: Terdapat hadith sohih menceritakan tentang derhaka kepada ibu di antaranya: Abu Bakrah melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. berkata: "Mahukah aku jelaskan kepada kamu semua tentang dosa yang sangat besar?"  Kami (para sahabat) menjawab: "Ya, wahai Rasulullah." Beliau berkata: "Syirik kepada Allah dan derhaka kepada kedua ibubapa." (Direkodkan oleh Bukhari).

Dalam hadith lain (sohih) yang dilaporkan oleh Ibn Umar, Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan di antara golongan yang tidak akan dipandang oleh Allah pada hari akhirat kelak dan tidak akan masuk syurga ialah mereka yang menderhakai ibubapanya. (Hadith hasan sahih).

[kena stop kejap...... waktu berbuka dah hampir!]

HP19: Menyapu muka Selepas Solat (2)

Anas bin Malik menceritakan: "Apabila Rasulullah selesai daripada solatnya, beliau menyapu dahinya dengan tapak tangan kanannya. Kemudian dia melalukan daripada atas muka hingga sampai ke janggutnya, lalu berdoa: "Dengan nama Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Maha Mengetahui perkara ghaib dan nampak ....................."

HP20: Dunia itu ladang akhirat

Dunia ini ladang bagi akhirat.

HP21: Solat orang yang berkahwin lebih baik

Solat dua rakaat orang yang sudah berkahwin, lebih baik sebanyak 70 rakaat daripada orang yang bujang.

HP22: Amalan khas Nisfu Sya'ban

Dikatakan bahawa Ali bin Abi Talib melaporkan hadith berikut:

"Apabila tiba malam Nisfu Sya'ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari dan berfirman; "Sesiapa yang memohon ampun daripada Ku akan Ku ampunkannya. Sesiapa yang memohon rezeki daripada Ku, akan Ku kurniakan rezeki kepadanya. Sesiapa yang sakit yang meminta penyembuhan, akan Ku sembuhkan. ............................."------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AWAS! Buku 40 Hadith Palsu Yang Palsu? 
Ruj: http://jomfaham.blogspot.com/2012/03/buku-40-hadith-popular-palsu-yang-palsu.html

Pada 4 Jun 2013 i.e. kelmarin, saya terbaca blog di atas dan ia menyanggah beberapa hadith yang dikatakan palsu di dalam Buku 40 Hadith Palsu tersebut dengan ulasan2 dan nas yang jelas.

Di antara hadith2 yang dimaksudkan (tidak palsu):

Hadis 1 : Menuntut Ilmu Sehingga ke China

Hadis 3 : Nabi Kota Ilmu dan Ali Pintunya

Hadis 9 : Kelebihan Solat Terawaih

Hadis ke-15: "kita pulang dari jihad yg kecil kepada jihad yang besar". Para sahabat bertanya: "apakah jihad yang paling besar?" Nabi Muhammad menjawab: "Jihad hati ( memerangi hawa nafsu)"

Hadis 16 : Perselisihan Adalah Rahmat

Hadis 17 : Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu

Hadis 21 : Kelebihan Membaca Surah Yasin

Hadis 22 : Yasin Hati Al-Quran

Hadis 27 : Menyapu Muka Selepas Solat

Wallaahu wa'alam, saya sendiripun tidak tahu mana yang palsu dan mana yang tidak kerana kedua-dua pihak ada nas dan dalil masing-masing. Harap ada pihak2 tertentu dapat menetapkannya. Benarkah "perselisahan adalah rahmat?"

Pada hari ini pula, 5/6/2013 terdapat lagi blog yang mempersoalkan tentang hadith palsu "menuntut ilmu sampai ke negeri China." Sila lawati: http://myinfohubs.blogspot.com/2013/06/hadith-palsu-popular-menuntut-ilmu.html

Wallaahu wa'alam.





























2 comments: