Masjid Al-Aqsa, di mana Nabi Muhammad s.a.w. dimikrajkan ke Sidratul Muntaha dibakar yahudi laknatullah pada 21 Ogos 1969
Layanan istimewa kepada V.I.P negara Barat padahal negara jiran se agamanya menderita kebuluran!
Apabila Raja Faisal (Saudi Arabia) memotong bekalan minyaknya dan menyebabkan negara barat kekeringan minyak pada bulan Oktober 1973, perkataannya yang terkenal ialah: “Kami dan keturunan kami sebelum ini hidup di atas buah kurma dan susu dan kami akan kembali kepada keadaan ini.”
Pada hari tersebut, Henry Kissinger, Menteri Luar melawat beliau dan cuba mempengaruhi Raja Faisal agar menarik balik keputusannya. Henry mengatakan, ia masih segar dalam ingatannya, ketika ia bertemu Raja Faisal di Jeddah, ia dalam keadaan sedih jadi ia cuba membuat jenaka dan memberitahu Raja Faisal, “Kapal terbang saya kehabisan minyak, adakah Tuanku akan memerintahkan agar ia dibekalkan minyak dan kami bersedia membayar pada kadar antarabangsa?”
Henry menyambung, dalam memorinya, mengatakan Raja Faisal sedikit pun tidak ketawa, baginda mengangkat kepala dan mengadap Henry seraya berkata: “Dan saya adalah seorang tua yang berhasrat menunaikan solat di Al-Aqsa sebelum meninggal dunia, adakah awak sanggup membantu saya menunaikan hasrat ini?”
No comments:
Post a Comment