Friday, July 13, 2012

36.0 H.B.P

HBP - kalau di USM ia dikenali sebagai Housing, Building & Planning ataupun Hantu Balik Pagi. Saya adalah graduan kursus HBP ini tahun 1981 dan selalu balik ke rumah waktu pagi kerana habiskan kerja di studio se panjang malam.  Siapa yang ambil kursus ini, tahulah perik susahnya untuk mendapat se gulung ijazah HBP.

HBP, USM 1981 - projek: rekabentuk Club House dan Marina di Tanjong Tokong, Pulau Pinang

Saya tak mahu cerita lanjut tentang HBP, USM kerana saya akan ceritakan tentang HBP = High Blood Pressure = Tekanan Darah Tinggi.

Saya bentangkan soal-jawab tentang HBP ini yang diambil dari website kesihatan.

Apakah penyakit darah tinggi???
Taburan tekanan darah antara satu kawasan penduduk dengan yang lain berbeza begitu juga dengan antara kaum. Namun secara umum tekanan darah dikira tinggi bila ada risiko yang jelas terhadap kesihatan. 


Tekanan darah normal berapa???
Jika berdasar kajian Framingham Study, Tekanan darah seperti berikut : 
>160/95 darah tinggi
140/90-160/95 'borderline'
<140/90 normal  


The 1st Number: Systolic pressure (atau bacaan Atas) is the pressure generated when the heart contracts. 

The 2nd Number: Diastolic pressure (atau bacaan Bawah) is the blood pressure when the heart is relaxed.


Automatic Blood Pressure Monitor - jenis Omron SEM-1 Model menggunakan 4 biji bateri alkaline AA. 



Penyebab darah tinggi ???
Hipertensi primer
Penyebab :
Kesan genetik
Kesan alam sekitar
Minum alkohol
Tinggi pengambilan garam
Faktor hormon

Hipertensi sekunder
Penyebab:
Penyakit endokrin seperti Conn dan Cushinh syndrome
Penyakit salur darah atau jantung (cardiovascular )
Pengambilan ubatan seperti Pil Perancang

Apakah komplikasi ???
Komplikasi seperti berikut : 
1. Rosak salur darah : salur darah boleh tersumbat
2. Kelemahan jantung (heart failure)
3. Kerosakan buah pinggang dan lain-lain 


Apakah pemeriksaan yang perlu ???
1. Xray dada : tengok saiz jantung dan keabnormalannya 
2. ECG : tengok fungsi jantung
3. Ujian air kencing : kesan pada buah pinggang
4. BUSE : tahap biokimia darah

Rawatannya???
Langkah umum:
1. Kurangkan berat badan
2. Kurang minum alkohol (jangan minum - Haram bagi orang Islam)
3. Kurang makan garam
4. Senaman berterusan, kurangkan stress
 
Ubatan :
1. Diuretics : spt Thiazide
2. B-adrenergic :spt Atenolol
3. Vasodilator : spt Nifedipine 

4. ACE inhibitor : spt Captopril dan lain-lain lagi 

Apakah prognosis (kemungkinan )???
Bergantung kepada beberapa perkara seperti :
1. Keterukan darah tinggi
2. Adakah komplikasi sudah berlaku pada jantung, buah pinggang dan lain-lain
3. Faktor risiko lain seperti lemak badan tinggi, keluarga ada sakit jantung, kurang senaman dan lain-lain 


[sila lihat/buka juga post saya bertarikh 19 Mac 2012 bertajuk Carta Tekanan Darah]



No comments:

Post a Comment