Pada suatu hari, seorang pemuda melintasi se ekor gajah dan kemudian ia berhenti, agak keliru bagaimana se ekor gajah yang besar diikat pada kayu pancang dengan tali kecil di kaki belakangnya. Tidak diikat dengan rantai besi dan tiada pagar/kandang. Memang jelas, gajah ini boleh, pada bila-bila masa, melepaskan diri tetapi ia tidak berbuat demikian.
Pemuda tadi menemui pelatih gajah dan bertanyakan mengapa gajah itu berdiri sahaja di situ dan tidak mencuba melarikan diri dari ikatan itu. "Begini," kata pelatih gajah, "semasa gajah ini masih kecil, kami menggunakan tali yang sama saiznya (kecil) untuk mengikat mereka, tali itu sesuai dengan umur mereka ketika itu. Apabila gajah ini besar dan dewasa, ia telah dilatih supaya mempercayai bahawa ia tidak boleh melepaskan diri. Mereka percaya tali kecil itu masih mengikat mereka, jadi mereka tidak akan berusaha melepaskan diri."
Pemuda itu rasa pelik, haiwan-haiwan ini boleh melepaskan diri dari ikatan bila-bila masa, tetapi kerana mempercayai bahawa mereka tidak boleh berbuat demikian, mereka kekal di situ.
Seperti gajah-gajah tersebut, berapa ramai di kalangan kita yang mengharungi kehidupan ini, berpegang kepada satu kepercayaan yang kita tidak boleh berbuat sesuatu hanya kerana kita gagal melakukannya se belum ini?
Jadi, sedarilah kemampuan dan keupayaan kita, keluarlah dari kepompong kepercayaan yang karut marut dan takut kepada kegagalan. Hanya kerana kita tidak boleh melakukan sesuatu pada suatu ketika, atau sesuatu yang dilakukan tidak menjadi sebelum ini, tidak bermakna kita tidak boleh melakukannya sekarang. Fikir-fikirkanlah!
[Diterjemah dari FB, Hope In The World].
No comments:
Post a Comment