Wednesday, August 20, 2014

292.0 Sista Ovari (Cyst Ovary) atau Kanser Ovari

Sista ovari (Cyst Ovary)





Salah satu penyakit yang menyerang para remaja atau wanita ialah sista ovari atau kanser ovari.  Bunyi "kanser" sahaja sudah cukup membimbangkan dan merunsingkan kehidupan.  Walau bagaimanapun, para remaja dan wanita janganlah terlalu gentar dengan penyakit ini kerana berita baiknya sista ovari bukanlah ketumbuhan seperti kanser yang sering kita dengar dan ia biasanya boleh hilang dengan sendirinya tanpa apa-apa rawatan. Manakala berita gundahnya ialah sesetengah sista ovari tidak hilang malah ia bertukar menjadi kanser (Dengan Allah jua kita berlindung).

Ikuti artikel pengenalan lanjut tentang perkara ini yang saya ambil dari sumber: http://kambingemas.blogspot.com/2007/09/sista-cyst-di-ovari.html  dan

Apakah yang dimaksudkan dengan Sista Ovari?

Sista atau ketumbuhan dalam ovari merupakan pembendungan cecair di dalam ovari. Terdapat beberapa jenis sista ovari. Gulungan wanita begitu mengambil berat terhadap sista ini disebabkan kebimbangan mereka kepada kanser ovari. Satu perkara yang perlu diingat bahawa kebanyakan sista ovari ini bukanlah ketumbuhan kanser. Walau bagaimanapun, sebahagian dari sista benigna ini memerlukan rawatan jika ia tidak hilang seperti biasanya. Hanya dalam beberapa kes yang kecil, ia bertukar menjadi kanser. Yang menggembirakan kita ialah hampir semua sista ovari ini akan hilang secara spontan tanpa memerlukan rawatan. Oleh kerana kebanyakan dari sista ovari adalah benigna (bukan kanser), kewujudan sista ovari biasanya tidaklah membimbangkan.

Tanda dan Gejala

Lazimnya, sista ovari tidak membahayakan dan tidak menimbulkan gejala. Jika berlaku juga gejala, ia termasuklah:

Terasa sesak atau bengkak dalam abdomen Berat badan bertambah. Sakit yang tidak menyucuk dan berlaku berterusan sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah pelvis. Kesakitan semasa melakukan seks Haid tertunda, tidak teratur atau sakit. Semakin banyak timbulnya bulu roma di muka.

Terasa sangat sakit yang menyucuk dalam abdomen, demam, dan/atau muntah. Kemungkinan ini disebabkan oleh sista yang berdarah kerana telah pecah atau terpintal/terpusing.

Jenis-jenis sista ovari

Sista fungsi - Jenis ini sangat lazim berlaku. Ia dikaitkan dengan kelainan dari fungsi ovari yang normal. Contohnya, ia terbentuk apabila telur cuba dikeluarkan seperti dalam proses pengovulan biasa. Ianya mungkin berlanjutan sehingga 4 atau 6 minggu. Sista ini jarang merembeskan hormon. Sista folikel dan korpus luteum - sista folikel terbentuk apabila folikel yang menghasilkan telur dalam ovari membesar dan dipenuhi cecair. Sista korpus luteum merupakan jisim tisu berwarna kuning yang terbentuk daripada folikel selepas proses pengovulan. Sista jenis ini timbul dan hilang setiap bulan. Ia dikaitkan dengan fungsi normal ovari. Sista yang abnormal atau sista neoplasma - Ia terjadi kesan dari pertumbuhan sel dan kebanyakannya merupakan ketumbuhan benigna. Dalam beberapa kes tertentu, ianya boleh menjadi kanser. Sista yang abnormal ini memerlukan rawatan perubatan dari doktor. Ini termasuklah:

Sista dermoid - yang mengandungi pelbagai jenis tisu seperti bahan-bahan lemak, rambut, gigi, serpihan tulang dan tisu rawan.

Ovari polisistik - disebabkan oleh timbunan sista-sista kecil yang berganda menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan hormon. Ini akan menyebabkan berlakunya haid yang tidak teratur, timbulnya bulu-bulu roma di badan dan ketaksuburan atau kemandulan

Perkara yang perlu diingat:

Oleh kerana sista ovari biasanya tidak menunjukkan gejala, adalah penting bagi wanita yang pernah mengalami sista di masa yang lalu atau mempunyai sejarah keluarga yang pernah menghidap tumor ovari melakukan pemeriksaan pelvis secara berkala. Wanita yang pernah mengalami sista ovari mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatnya lagi di masa hadapan. Endometriosis mungkin menjadi lebih serius jika berlakunya sista ovari dan peluang anda untuk menjalani oforektomi (pembuangan ovari) adalah lebih tinggi. Dalam beberapa kes tertentu, jika berlakunya sista ovari yang malignan, rawatan awal biasanya memberi lebih jaminan untuk sembuh. Wanita yang mendapat sista ovari selepas putus haid lebih mudah mengalami malignansi.

Beringat untuk mendapatkan nasihat doktor dengan segera jika anda mengalami sebarang rasa sesak, tekanan atau kurang selesa di bahagian pelvis. Lebih cepat sista itu dikesan dan dirawat maka lebih baiklah peluang anda untuk sembuh.

Pengesanan

Anda boleh mengesan sista ovari melalui:

Pemeriksaan pelvis di mana doktor dapat merasa saiz ovari dan mengesan sebarang keabnormalan yang wujud. Ultrasound - alat ini menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan gambar atau imej organ dalaman dengan meletakkan satu alat di atas abdomen atau memasukkan alat tertentu ke dalam faraj. Laparaskopi - satu pembedahan kecil yang dilakukan untuk membolehkan doktor melihat struktur dalam abdomen anda.

Ujian darah bagi mengesan tumor- ujian ini akan dilakukan jika doktor mensyaki adanya malignansi.

Rawatan

Bergantung kepada:

Saiz dan jenis sista. Umur, sama ada anda berada dalam tahun-tahun yang subur atau telah putus haid.. Ingin mendapatkan anak Tahap kesihatan keseluruhannya.

Keterukan gejala yang dialami.

Sesetengah sista akan hilang begitu sahaja dalam masa satu hingga dua bulan tanpa dirawat. Jika ianya tidak sembuh, pembedahan mungkin diperlukan untuk membuang sista tersebut. Jika sista itu dapat dikesan lebih awal, ianya hanya mungkin memerlukan pembedahan yang kecil dan sista itu mungkin dibuang tanpa melibatkan ovari. Kadangkalanya ovari perlu dibuang dan pembedahan mungkin melibatkan pengeluaran tiub Fallopian dan juga rahim.

Soalan untuk ditanya

Adakah anda mengalami sakit abdomen yang amat sangat, demam dan muntah-muntah?

JIKA YA

Berjumpalah doktor.

JIKA TIDAK

Adakah anda mengalami gejala-gejala seperti di bawah:
Terasa sesak atau bengkak dalam abdomen
Haid tertunda, tidak teratur atau sakit
Kesakitan semasa melakukan seks
Kesakitan yang tidak menyucuk dan berlaku berterusan sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah pelvis.

JIKA YA

Hubungi doktor

JIKA TIDAK

Gunakan rawatan/pengurusan sendiri

PENGURUSAN SENDIRI DAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
  • Dapatkan pemeriksaan pelvis secara berkala seperti yang disarankan oleh doktor.
  • Jika mendapat kesakitan yang ringan ambillah ubat penahan sakit.
  • Kurangkan pengambilan kafein.
Sumber: http://kambingemas.blogspot.com/2007/09/sista-cyst-di-ovari.html
_____________________________________________________________________________

MAKANAN YANG AKTIFKAN CYST.

Makanan yang perlu dielakkan:

1.) Soya dan evening primrose.
Soya dan evening primrose mengandungi phyto estrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan estrogen.

Jadi, apabila kita memakannya paras estrogen dalam badan kita akan tinggi dan mengalakkan pembesaran cyst. Seorang doktor memaklumkan saya bahawa semua wanita ada sista/cyst cuma samada ia kecil atau besar, boleh hilang dengan sendirinya atau kekal.

Nota: evening primrose oil

Maklumat yang baru saya terima ialah minum soya sewaktu mengandung bukan boleh mencantikkan kulit anak tetapi mendedahkan risiko untuk anak itu mendapat kanser. Mengikut kajian ke atas pesakit kanser payudara pula, ramai di antara mereka menggunakan evening primrose ini.

2.) Ayam.
Ayam ternakan disuntik dengan hormon estrogen untuk mempercepatkan kadar pembesaran dia. Bertukarlah kepada ayam kampung.

3.) Ikan keli yang dibela.
Jika perlu makanlah ikan keli yang ditangkap di sawah padi etc.

KAWAL PEMAKANAN
Kolestrol juga adalah penyebab kenaikan hormone estrogen. Kolestrol adalah precursor kepada estrogen.

NOTA TAMBAHAN
Pemakanan bagi wanita pengidap Endometriosis/Adenomyosis/Fibroid/Cyst/PCOS.

Disini saya kongsikan bersama jenis makanan yg amat sesuai & yg harus di elakan bagi wanita yg punyai masalah seperti di atas atau pun yg pernah menjalani pembedahan tetapi ia nya berulang kembali.

Makanan yang digalakkan:
  • Ikan laut seperti bawal emas, kembong & selar
  • Sayuran jenis kekacang - kacang panjang, buncis, sweet pea dll.
  • Kekacang - badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll.
  • Sayuran - kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll
  • Buah-buahan - Nenas & betik
  • Ubi kayu
  • Sup miso (sejenis pes yg di buat dari kacang soya yg di peram dicampur kedlm sup utk di jadikan miso sup)
  • Teh hijau

Makanan yg harus di elakkan:

  • Daging merah (kambing & lembu)
  • Ayam ( Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)
  • Produk tenusu seperti keju
  • Ikan haruan
  • Gamat
  • Bahan perisa - pes segera & kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll.
  • Makanan manis - kuit muih manis & pencuci mulut
  • Minuman berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula)
  • Makanan segera - burger, sosej, nugget, mee segera dll
  • Makanan ringan - cip kentang, jajan dll.
  • Makanan berlemak/ berminyak

FIBROID DAN CYST

♛RAHIM ADALAH EMAS BAGI WANITA♛

TANDA - TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH:

✔ Gangguan Haid
✔ Keputihan
✔ Masalah ketidaksuburan
✔ Kemandulan di kalangan wanita
✔ Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
✔ Perut kembang
✔ Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
✔ Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
✔ Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
✔ Kerap letih dan lesu
✔ Sakit lutut dan tumit
✔ Kesejukkan kaki dan tangan
✔ Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
✔ Kerap keguguran
✔ Ketumbuhan fibro dan cyst

BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?

1. Punca penyakit ini bermula pada gangguan haid dan sengugut
2. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya wanita
3. Ia sering berlaku dikalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak.

ADAKAH IA BOLEH DIRAWAT?

Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshad dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.

Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuahan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuah itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka

13 comments:

  1. Tima kasih untk perkongsian hebat INI. Kebetulan kwan diana kene fibroid...jdk ilmu ni nanti boleh dikongsikan dengan dia. Sangat2 membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. didoakan kawan Sdri cepat sembuh dan pulih seperti biasa. Jangan berputus asa, setiap penyakit ada penawarnya kecuali "mati".

      Delete
  2. Knp ikan haruan perlu dielakkan mkn.bukanke ikan haruan baik utk penyembuhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya telah merujuk perkara ini kepada Dr. Hamid Arshad dan akan maklumkan sdri setelah menerima maklumbalas.....harap bersabar ya ....

      Delete
    2. Maaf bertanya..masih belum terima maklumbalas ke?

      Delete
    3. Maaflah, nampaknya Dr. Hamid pun sebok agaknya dan tiada maklumbalas hingga sekarang. Setahu saya, gamat dan ikan haruan amat sesuai untuk luka-luka di bahagian luar. Contohnya, isteri saya sendiri melahirkan 3 orang anak melalui ceasarian / pembedahan. Setiap hari saya ke pasar beli ikan haruan, masak sup dan luka di tempat yang dibedah cepat sembuh. Yang peliknya ikan haruan ni, selepas diketok kepalanya, disiang kulitnya, ia masih bergerak2. Mungkin luka di bahagian dalam, gamat dan haruan tidak sesuai. Apapun biarlah doktor yang mengesahkan perkara ini. Saya akan cuba hubungi beliau.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. #Apalah ramuan asli yg boleh mengecutkan dan menghilangkan cys ovari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sdr Nik Fauziah. Setahu saya sehingga sekarang belum ada mana2 agensi yang berkaitan perubatan alternatif tradisional menemui ramuan asli yang boleh mengecutkan dan seterusnya menghilangkan sista ovari, mungkin masih di peringkat kajian "trial and error". Ia akan mengambil masa yang lama sebelum boleh diiktirafkan sebagai ubat yang berkesan. Harap sabar menanti.

      Delete
  5. Adakah remaja belum berkahwin boleh menghidap cyst? Apakah punca cyst bagi remaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Remaja belum berkahwin juga boleh menghidap cyst, tapi jangan risau sangat kerana penyakit ini tidaklah begitu serius kerana ia boleh datang dan hilang begitu sahaja tanpa rawatan kecuali kes2 yang lebih serius. Untuk penerangan lanjut, bolehlah layari blog ini: http://hjhgenius.blogspot.com/2009/11/sista-ovaricyst.html

      Delete
  6. for polyp lepas cuci bleh tumbuh lagi tak?

    ReplyDelete