Wednesday, May 16, 2012

22.0 Pengalaman Mengidap Kencing Manis @ Diabetes



Diabetes/kencing manis berkait rapat dengan penyakit jantung dan buah pinggang atau selalu kita gelar "penyakit tiga beradik". Awasilah di peringkat awal supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.  Badan dan kesihatan adalah anugerah Allah s.w.t. yang terbesar kepada kita, jadi jagai dan peliharalah ia dengan sebaik mungkin.






Pengalaman mengidap kencing manis

Pada awal tahun 2010, berlaku satu perubahan pada diri saya.  Mula-mula penglihatan agak sedikit kacau. Tonton TV atau memandu tak payah pakai cermin mata, pelik jugak. Nak membaca agak sukar kalau tulisan kecil, samada dengan atau tanpa cermin mata.  Jadi saya pun membuat cermin mata baru kerana mungkin power dah bertambah.  Selang beberapa hari, diganggu lagi, cermin mata baru seolah-olah tidak berguna. Pada masa yang sama saya selalu haus dan tidak berhenti membuka peti sejuk.  Minuman 100Plus diminum berbotol-botol.  Buang air kecil terlalu kerap, selang 15 - 30 minit, dan kena segera jika tidak ...... bocor!  Waktu malam, bangun buang air 2 - 3 kali.

Seperti biasa, sebelum temujanji dua kali se tahun dengan doktor Pakar di Hospital Sultanah Bahiyah, saya perlu menyediakan laporan lengkap ujian darah (puasa). Maka pada 22 Februari 2010, saya pun membuat ujian darah di IPPT/USM, Kepala Batas.  Ketika mengambil keputusan ujian darah, doktor bertugas, Dr. Mohd. Sheikh Rejakul memaklumkan kandungan gula dalam darah atau Fasting blood sugar (glucose) saya terlalu tinggi iaitu 17.4 mmol/L (normal di antara 3.9 – 5.8 mmol/L). Keadaan ini amat merbahaya bagi saya yang pernah kena serangan jantung. Doktor nasihati saya supaya segera mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah.

Pada waktu tengahari, saya beserta isteri memandu ke HSB dan terus dimasukkan ke wad kecemasan (Yellow Zone) di selia oleh Dr. Muhd Suffian bin Sabri. Doktor menyuntik insulin di lengan kanan saya dan direhatkan di atas katil. Discaj pada pukul 6.00 ptg setelah level gula turun ke 11.0 mmol/li.

Rupa-rupanya, perubahan yang dialami oleh diri saya sebenarnya sebahagian daripada sintom orang mengidap kencing manis.  Sekarang saya lebih berhati-hati memakan makanan yang mengandungi gula dan mengawal level glukosa atau gula di bawah 10.0 mmol/liter. Saya membeli alat mengukur glukosa berkuasa bateri AA.  Untuk membantu mengurangkan diabetes, doktor memberi ubat Metformin dan Gliclazide di samping ubat-ubat jantung Coralan (Ivabradine), Aspirin (mencairkan darah), Digoxin (mengawal rentak jantung) dan Simvastatin (mengawal kolestrol).

Saya dengan alat mengukur glukosa.








5 comments:

  1. Kebanyakan penghidap kencing manis memang berpunca dari pemakanan yang tak terjaga. Semoga tuan sihat selalu.

    ReplyDelete
  2. Kena jaga pemakanan tuan... Kencing Manis yang tidak terkawal menyebabkan datangnya beberapa komplikasi penyakit lain.

    ReplyDelete
  3. Hati-hati ye tuan, jaga pemakanan. Elakkan dari terluka dan pilih kasut yang sesuai.

    ReplyDelete
  4. amalkan pengambilan LEBGUL, 100% herba semulajadi. berkesan sgt2 utk pesakit kencing manis. 9/10 dpd pengguna LEBGUL berpuas hati dgn hasilnya. kesan seawal sebotol hgga 3 botol penggunaan. tidak bersifat bsrterusan mcm ubat hospital. membantu MERAWAT bukan mengawal ya.. ia mencuci salur darah dpd sisa2 gula yg berlebihan dlm salur drah. sy ikhlas ingin membantu. tiada penyakit yg tiada penawarnya kecuali mati. tggalkan nama dan nombor telefon, insyaAllah anda boleh dibantu.

    ReplyDelete
  5. salam semua saya syor kan kalau kena kencing manis yg tinggi atau kaki luka berair akibat kencing manis cuba wasap atau call saya en mohd zuhairi bin noordin 0174687570 Insya Allah harga mampu milik kita bagi luka tu cepat kering dalam tempoh kurang pada seminggu saja..Insya Allah berkesan mana yg gula tinggi pun kita boleh kawal bg rendah balik.jom kita rawat kan dengan minuman herba ladang

    ReplyDelete