Sunday, April 7, 2013

131.0 Makanan Tiada Khasiat Yang Menjadi Pilihan

siti | December 10, 2012 | 0 Comments

Terdapat beberapa jenis makanan kita yang tidak mengandungi sebarang khasiat dan tidak berzat. Makan begini langsung tidak memberi sebarang kebaikan kepada tubuh kita kerana campuran bahan-bahan pengawet yang boleh menjejaskan kesihatan. Sesetengah makanan yang diambil itu menyebabkan tubuh mendapat penyakit-penyakit berbahaya seperti kanser.

Kehidupan manusia hari ini sememangnya sentiasa ingin cepat dalam segala hal kerana faktor kesuntukan masa terutamanya pelajar dan warga kota yang hidupnya mengejar masa ke sana ke mari. Berikut adalah antara jenis-jenis makanan tidak berkhasiat tetapi sering menjadi pilihan.

Minuman 3 Dalam 1

Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa individu yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram, terdapat sebanyak 55.6 % kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh.

Minuman yang enak tetapi mendatangkan kesan pada kesihatan

Bagi minuman jenis kopi pula (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer untuk menyedapkannya. Enak memang enak, tetapi kesannya akan menjejaskan fungsi tubuh.

Mee Segera

Mee segera pelbagai jenama amat mudah didapati di mana-mana pasaraya. Makanan ini menjadi pilihan kerana ianya mudah untuk disediakan dan enak jika dimakan. Namun, kandungan lilin atau wax di dalam mee segera tersebut membolehkannya tahan lama. Sebab itu lah, mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas.

Jika terpaksa juga mengambil makanan ini, pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax pada mee segera memerlukan masa selama 3 hari untuk dihadamkan. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut. Keadaan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.

Mee segera menjadi pilihan ramai

Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat terkenal dalam kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang kekeringan poket.

Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi.

Pengambilan makanan ini secara kerap akan memudaratkan tubuh

Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan yang biasanya didapati dalam bentuk mangkuk atau cawan juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan penyakit kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya dimakan dari mangkuk secara terus.

Sardin

Makanan yang diproses dan dipekkan di dalam tin ini ternyata tiada khasiatnya. Makanan jenis ini mempunyai risiko yang menyumbang kepada ketumbuhan fibroid di alam rahim wanita. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Berdasarkan pemerhatian, didapati setin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen iaitu bahan kimia penyebab kanser. Apabila kerap dan sudah cukup tempohnya, bahan kimia ini akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan.

Pelbagai jenama boleh di dapati di pasaraya atau kedai runcit

Sardin mudah disediakan dan enak jika dimasak

Panadol

Panadol merupakan sejenis ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ubat ini akan merosakkan organ hati dan Panadol akan meresap atau tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Panadol sebenarnya adalah sejenis pain killer, di mana semakin banyak ianya diambil maka semakin lama semakin kurang kesannya pada tubuh. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi apabila kesannya semakin berkurangan.

Panadol mempunyai kesan tersendiri kepada tubuh

Seterusnya, bagi wanita yang melalui pengalaman melahirkan zuriat dan terpaksa pula melahirkan anak secara pembedahan, ubat tahan sakit yang diberi biasanya tinggi dosnya. Namun, jika terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi langsung tiada memberi kesan terhadap kesakitan yang kita alami. Justeru, ubat dalam dos yang tinggi diperlukan bagi mengurangkan rasa sakit.

Kesimpulannya, jenis-jenis makanan tersebut dielakkan jika boleh demi kebaikan tubuh. Terdapat pelbagai lagi makanan lain yang lebih berkhasiat dan berzat untuk tubuh. Ubat pula, tidak dinafikan ianya tetap diperlukan apabila sakit. Namun kesannya terjadi jika diambil secara berlebihan.

Tidak rugi jika kita terpaksa mengambil sedikit masa sahaja untuk menyediakan makanan berkhasiat andai ianya memberi banyak faedah kepada tubuh. Selepas ini, kita fikir terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menyediakannya sebagai hidangan keluarga. Fikir-fikirkan…

1 comment:

  1. assalamualaikum... adakah sesuai untuk saya mengunakan minyak hitam 10/40 semi untuk kereta persona saya tahun 2010

    ReplyDelete