(Terjemahan dari Bahasa Inggeris)
Sesuatu yang mampu kita lakukan untuk membantu diri sendiri, sahabat, saudara mara dan kenalan.
Bayer telah memperkenalkan aspirin kristal yang cair di bawah lidah. Ia bertindak lebih cepat berbanding tablet biasa.Kenapa perlu menyimpan aspirin di sebelah katil kita?
Maklumat tentang Serangan Jantung:
Terdapat simptom serangan jantung disebalik merasa sakit di tangan sebelah kiri.
Kita perlu mengambil perhatian tentang rasa teramat sakit di bahagian dagu, di samping rasa meloya (nausea) dan berpeluh yang berlebihan. Walau bagaimanapun, simptom-simptom ini amat jarang terjadi.
Nota: Semasa serangan jantung, kadang-kadang tidak terdapat/terjadi rasa sakit di dalam dada.
Majoriti pesakit (lebihkurang 60%) yang kena serangan jantung adalah semasa tidur, tidak bangun terus. Walau bagaimanapun, jika ia berlaku, rasa sakit dalam dada akan membangunkan anda dari tidur nyenyak.
Jika ini berlaku, larutkan dua biji aspirin di dalam mulut anda (letakkan di bawah lidah) dan menelannya dengan sedikit air.
Tindakan selanjutnya:
- telefon jiran atau ahli keluarga yang tinggal berdekatan dan katakan: "heart attack!" atau "serangan jantung"
- katakan anda telah memakan 2 biji aspirin
- duduk di atas kerusi atau sofa di pintu hadapan rumah dan tunggu mereka tiba dan
- JANGAN sesekali baring
Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita akan dikembalikan .....
Berita terbaru!! Petikan dari akbar Sinar Harian, 20 November 2012 (Allahyarham adalah sahabat se pejabat saya di UDA, Pulau Pinang)
.
Temui ajal ketika berjoging.
TASEK GELUGOR - Orang ramai yang sedang berjoging di kawasan rekreasi Taman Padang Cempedak di sini pada jam 8.20 pagi semalam gempar apabila seorang lelaki yang turut sama menyertai larian di situ tiba-tiba rebah.
Biarpun mangsa, Khamarudin Abd Jafaar, 52, cuba diberikan bantuan oleh orang ramai dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), namun dia gagal diselamatkan sebaliknya disahkan meninggal dunia kemudiannya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, lelaki berasal dari Kampung Bendahara Baru, Batu Caves Selangor, itu disahkan meninggal dunia sebaik rebah ketika berjoging di kawasan berkenaan.
“Hasil pemeriksaan oleh kakitangan Hospital Kepala Batas yang dihubungi sejurus kejadian itu mendapati mangsa yang tinggal menyewa bersama keluarganya di kawasan berdekatan meninggal kerana serangan jantung.
“Selepas melakukan siasatan kita mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut,” katanya.
Mayat Khamarudin kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Kepala Batas sebelum dituntut keluarganya sejurus selepas bedah siasat selesai dilakukan.
Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, mangsa sejak sebulan lalu sering dilihat berjoging di kawasan berkenaan setiap pagi.
Menurutnya, awal pagi semalam, mangsa dilihat tidak secergas hari-hari biasa tetapi tetap meneruskan aktiviti larian bersama orang ramai di situ sebelum rebah dan meninggal kemudiannya.
Penerangan foto di atas: Sepupu saya, Abdul Rahim bin Yusof (duduk di hadapan sekali), bekas kakitangan Bank Negara Malaysia, KL telah kembali ke rahmatullah pada tahun sudah. Mengikut maklumat yang diterima dari keluarganya, ketika berada di rumah keluarga isterinya di Johor, pada jam 1.30 pagi, ia terbangun dari tidur dan mengadu sakit dada. Tidak lama selepas itu, ia kembali ke rahmatullah pada usia 51 tahun kerana serangan jantung. Jenazahnya dibawa balik dan disemadikan di Tikam Batu, Kedah. Beberapa hari sebelum itu, ia mengadu rasa kurang selesa dan sakit di bahagian dada. Isterinya menasihati agar berjumpa doktor. Ia bertangguh-tangguh dan tidak sempat berjumpa doktor, ajal telah menemuinya terlebih dahulu. Allah rahmati ruhnya, Amiin.
JADI, NASIHAT SAYA, JANGAN MAIN-MAIN ATAU ANGGAP MUDAH JIKA MERASA SAKIT PADA BAHAGIAN DADA ATAU MENGALAMI LAIN-LAIN SIMPTOM SEPERTI DI ATAS, SEGERALAH TEMUI DOKTOR (SEBAIKNYA DOKTOR PAKAR) DAN JALANI UJIAN YANG SEPATUTNYA. JANGAN FIKIR SOAL WANG, UTAMAKAN KESIHATAN WALAUPUN AJAL MAUT ADALAH TAQDIR ALLAH. JANGAN PULA KITA BERFIKIR TELAH MEMADAI AKU JOGGING ATAU MAIN BADMINTON ATAU BERSENAM AEROBIK UNTUK MENJAUHKAN DIRI DARI SERANGAN JANTUNG!!! KITA TIDAK TAHU SEBENARNYA KEADAAN JANTUNG KITA MELAINKAN SETELAH TERJADI SESUATU HAL.
No comments:
Post a Comment