Wednesday, November 14, 2012

72.0 Makkah: Pembangunan Vs Kemusnahan sejarah

Model pembangunan sekitar Masjidil Haram apabila siap sepenuhnya.

Gambaran Kota Makkah di masa akan datang.

Video - pembangunan keseluruhan apabila siap kelak.

Video - kerja meratakan rumah Rasulullah s.a.w. dan Saiyidatina Khadijah r.ha di Makkatul Mukarramah. Baginda tinggal selama 28 tahun di rumah ini.  Perobohannya bagi memberi laluan kepada projek meluaskan kawasan Masjidil Haram.

Pembangunan masakini sedang rancak dilaksanakan - 2012/1433H
dan beberapa lokasi sejarah yang telah dimusnahkan.



Foto terbaru Feb 2013 - kerja meroboh dinding Masjidil Haram giat dijalankan.

2013 - dinding marmar yang mengelilingi Masjidil Haram telah diratakan.



video terbaru: Jun 2013

Foto paling awal rupa sebenar Kaabah dan sekitarannya sebelum dibangunkan.

Pintu asal Baitullah sebelum diganti baru.

Kota Makkah (Masjidil Haram) pada tahun 1889

Sedikit demi sedikit Masjidil Haram mengalami perubahan bagi menangani pengunjung yang bertambah setiap tahun ketika mengerjakan Haji maupun Umrah.

Sebagai seorang Islam, saya turut merasa bangga dan bersyukur dengan usaha kerajaan Arab Saudi meluaskan kawasan Masjidil Haram bagi menampung pengunjung yang semakin bertambah setiap tahun. Kota Makkah boleh dikatakan tidak pernah lengang dan orang yang bertawaf (mengelilingi Kaabah) tidak pernah berhenti i.e. 24 jam.  Paling sesak ialah ketika kerja haji iaitu dalam bulan Zulhijjah setiap tahun dan bulan Ramadhan kerana mengejar pahala berlipatganda.  Pada bulan-bulan lain, sekadar pengunjung mengerjakan umrah sunat dan melancung.

Pada masa yang sama, saya turut merasa kesal dan dukacita apabila dimaklumkan bahawa tempat-tempat tinggalan sejarah junjungan kita Rasulullah s.a.w. turut terlibat dan dimusnahkan bagi memberi laluan kepada pembangunan mega ini.  Saya perturunkan artikel berkaitan yang dipetik dari: http://www.halimislam.com/2012/11/rejim-wahabi-arab-saudi-akan-musnahkan.html
Sejauh mana kebenarannya, sama-samalah kita menilai dan mempertimbangkannya. Wallahu wa'alam.

Dengan mengisyaratkan rancangan besar-besaran pemerintah Saudi Arabia untuk merosakkan bangunan-bangunan Islam, Akhbar Independent Britain menulis: "Dengan Buldozer, Saudi Arabia Menghancurkan Sejarah Islam."

Seiring musim haji yang lalu dan aktiviti-aktiviti pembangunan besar-besar di sekitar Masjid Nabawi, akhbar Britain Independent itu menerbitkan sebuah makalah karya J. Taylor, seorang penulis yang khusus mengisi medan mazhabi. Independent menulis: "Melalui pembangun ini, Saudi Arabia menghancurkan majoriti tempat-tempat bersejarah Islam."

Tiga masjid paling tua dari masjid-masjid di dunia akan hancur dalam projek pembangunan bernilai jutaan Pound yang akan dilakukan Saudi yang katanya untuk memperluaskan tempat suci kedua kaum muslimin. Pembangunan yang akan dilakukan pada Masjid Nabawi (tempat di mana Rasulullah dimakamkan) akan dilaksanakan akhir bulan depan selepas musim haji tahun ini selesai. Jika projek ini selesai, maka Masjid Nabawi akan berubah menjadi bangunan terbesar di dunia dengan muatan 1.6 juta orang.

Kemusnahan tempat-tempat bersejarah dalam projek ini membuat kebimbangan meningkat dari pelbagai masyarakat. Sebelumnya, sikap acuh raja Saudi, Abdulah berkaitan kemusnahan warisan bersejarah Mekah sebagai tempat yang paling suci di negara itu membuat sebahagian kalangan marah. Projek pembangunan besar-besaran akan dilakukan di bahagian barat Masjid Nawabi, iaitu tempat bersemayamnya sang pengasas Islam itu, termasuk kawasan makam Nabi, dan makam Khalifah pertama Saidina Abu Bakar.

Tepat di tembok sebelah barat bangunan saat ini terdapat dua masjid. Masjid Ghamamah juga terletak di sana; masjid yang untuk pertama kalinya Rasulullah saw melakukan solat Eid di sana. Tidak satu pun pembesar Saudi yang mengajukan keberatannya demi menjaga atau memindahkan ketiga masjid ini atau meneliti lebih dalam tentang -tinggalan arkeologi masjid-masjid yang dibina pada abad ke-7 Masehi yang memiliki senibina era Uthmaniyah ini. Hal ini membuat kalangan pengkaji akademik sangat bimbang.

Dalam sistem pemerintahan monarki yang benar-benar kuku besi ini, mereka diam dan mengunci mulut berkaitan penghancuran ini.

Namun, DR. Irfan al-Alawi, dari Badan Kajian Warisan Budaya Islam, yang memfokuskan perhatiannya sejak aktiviti 10 tahun lalu untuk mencegah kemusnahan tempat-tempat bersejarah Islam berkata: "Tidak ada yang menyangkal bahawa Madinah memang memerlukan perluasan. Tapi langkah yang diambil kerajaan membuat kita bimbang. Ada banyak jalan yang boleh ditempuh agar disamping pembangunan yang dilakukan, tempat-tempat bersejarah Islam juga akan terjaga. Tapi mereka memang ingin semua tempat-tempat itu dihancurkan. "

Penulis itu (J. Taylor) juga menuliskan, bahawa para pembesar Saudi menganggap diri mereka hanyalah pegawai yang bertanggungjawab mengambil keputusan. Menurut Taylor, Saudi yang ekonominya berpaksikan pada transaksi minyak menganggap perluasan bandar-bandar ini sangat menguntungkan bagi mereka. Meskipun mereka harus menghabiskan dana jutaan dolar untuk memperluaskan bandar-bandar bersejarah yang ada.

Para pembela warisan budaya dan sebahagian pegawai tempatan sangat terkejut dengan langkah kerajaan yang merosakkan tempat-tempat bersejarah di Makkah dan Madinah. Kerana yang kemudian lebih banyak dibina kerajaan adalah pusat-pusat membeli-belah, hotel-hotel mewah dan bangunan-bangunan pencakar langit. Yayasan Khalije Fars, yang berpusat di Washington, mengira bahawa selama 20 tahun ini, lebih dari 95% bangunan kuno yang berusia lebih dari 1000 tahun telah hancur di kedua-dua bandar ini.

Di Mekah, Masjidil Haram yang merupakan masjid tersuci bagi kaum Muslim dan tempat pada mana seluruh kaum muslim dipandang sejajar di sana, berada di bawah bayang-bayang bangunan Jabal Umr. Jabal Umr adalah bangunan yang terdiri dari beberapa bangunan pencakar langit, beberapa hotel dan menara jam 'Azimul Jitsah'.

Para pembesar Saudi telah menghancurkan Benteng Ajyad dan bukit tempat benteng itu berada yang dibina di era Uthmaniyah. Tempat-tempat bersejarah yang lain juga hancur dalam projek ini seperti tempat kelahiran Rasulullah saw yang ketika ini telah menjadi sebuah perpustakaan. Juga rumah sayyidah Khadijah yang sekarang dijadikan beberapa tandas.

Taylor juga menulis bahawa kedutaan Saudi di Britain dan kementerian luar negeri Saudi juga mendiamkan dalam hal ini. Tapi sebelum ini, Saudi menyebut pembangunan itu sangat diperlukan. Saudi juga menegaskan bahawa pihaknya telah membina hotel-hotel untuk peziarah-peziarah miskin, tapi mereka yang menolak pembangunan itu mengatakan bahawa hotel-hotel yang dibina itu sangat jauh dari tempat-tempat mazhab dan hanya untuk masyarakat orang kaya raya.

Meskipun kemusnahan yang dilakukan di Madinah ketika ini belum seteruk di Mekah, tapi saat ini beberapa tempat bersejarah Islam juga sudah hancur. Dari 7 masjid bersejarah yang dibina sebagai kenang-kenangan Perang Khandaq, hanya 2 masjid yang tertinggal. Sepuluh tahun sebelumnya, masjid yang dibina bagi mengenang cucu Rasulullah saw juga dihancurkan dengan bahan letupan. Gambar-gambar saat kemusnahan yang berjaya diambil diam-diam menunjukkan bahawa para polis Saudi sangat gembira apabila letupan dengan bahan letupan itu dilakukan.

Taylor juga menulis bahawa sebahagian besar tindakan rejim Saudi dalam menghancurkan bangunan-bangunan bersejarah Islam boleh dinisbahkan pada ketaatan rejim tentang fatwa Wahabi yang mempunyai pandangan sangat lemah dan cetek tentang Islam. Dia juga menulis bahawa para ulama Wahabi Saudi berada di sebalik pemusnahan itu dan mereka tengah berusaha merosakkan pelbagai bangunan yang dibina di era Rasulullah saw.

Dr. Irfan al-Alawi dari Yayasan Penyelidikan Warisan Islam (Islamic Heritage Research Foundation) mengatakan, pembangunan yang tengah dilakukan di Madinah merupakan sebahagian daripada projek besar untuk mengurangkan perhatian peziarah pada tempat perkuburan Nabi. Hal yang membuat prasangka ini muncul adalah kubah hijau tempat makam Rasulullah saw sekarang terletak di tengah masjid. Tapi dalam bangunan baru yang akan dibina nanti (luasnya 8 kali ganda luas banguan sekarang), mimbar Nabi saw akan berada di tempat lain dan makam Nabi saw akan berada di bahagian timur bangunan. Projek pemusnahan mihrab solat di tengah masjid juga sudah dirancang. Tempat ini adalah bahagian Riyadh al-Jannah, tempat yang langsung dinamakan sendiri oleh Nabi saw.

DR. Alawi juga berkata: "Dalil mereka mencipta ruangan yang lebih besar dan kapasiti satu bangunan yang sudah menampung 1.6 juta orang itu ditambah lagi sebanyak 20 orang. Ini sangat pelik. Tujuan asal mereka adalah menghilangkan perhatian peziarah pada makam Nabi. "

"Membisunya kaum Muslim atas penghancuran Mekah dan Madinah adalah bencana dan kemunafikan."

"Filem terbaru tentang Nabi Muhammad (saw) menyebabkan protes di seluruh dunia ... namun, penghancuran tempat kelahiran Nabi, di mana dari sana Muhammad Saw berdoa dan mendirikan Islam justeru dibiarkan dihancurkan tanpa kritik apa pun," tambahnya.

Foto asal Masjid Nabawi, Madinatul Munawarah


Pembangunan Masjid Nabawi, Madinatul Munawarah

Kubah Hijau - di bawahnya terletak maqam suci Rasulullah s.a.w. dan sahabatnya Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Omar Al-Khattab

Model pembesaran kawasan Masjid Nabawi





Masjid Nabawi setelah dibangunkan.



Pada tahun 2007, Kementerian Hal Ehwal Islam Saudi Arabia menulis risalah amaliah mengandungi fatwa-fatwa Abdulaziz asy-Syaikh, mufti besar Wahabi Saudi, yang meminta pemusnahan kubah nabi dan meratakan makam Nabi dan makam Khalifah Abu Bakar dan Umar.

Dr. Alawi juga mengharapkan mereka-mereka yang melakukan demo mengecam filem yang menghina Rasulullah saw juga berdemo mengecam pemusnahan tempat-tempat kelahiran Nabi Islam itu.


Di sebalik pagar ini, terletak maqam suci Rasulullah s.a.w. dan sahabat baginda Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Omar Al-Khattab.


Ar-Raudhah - yang dimaksudkan Nabi s.a.w. sebagai Taman Syurga. Berbahagialah sesiapa yang dapat menunaikan solat di dalam kawasan yang sentiasa penuh dengan pengunjung.


Pernah terjadi, seorang yahudi yang dihormati di Madinah telah berusaha menggali terowong dari rumahnya ke kubur Rasulullah s.a.w. kerana ia percaya jasad Rasulullah s.a.w. tidak akan dimakan bumi dan ia bertujuan jahat.  Walau bagaimanapun, usahanya gagal setelah Allah s.w.t. memberi mimpi kepada pemerintah pada masa itu tentang niat jahat yahudi laknatullah itu.  Selepas yahudi itu dihukum pancong, pemerintah telah membina tembok besi di sekeliling kawasan maqam tersebut.


{Tambahan pada 16 Jun 2013}
Rahsia Masjid Nabi Yang Di Sembunyikan

Written By Pena Ku on Sunday, 16 June 2013 | 02:40
Tanda-tanda rahsia yang disembunyikan

Amat malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun masjid yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu Masjid an-Nabawi. Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di masjid nabi itu sendiri. Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu?

Umat Islam kini lebih mengambil tahu apakah Rahsia Da Vinci Code daripada mengambil pengajaran yang telah terpahat di tempat-temapt suci Islam terutama di Mekah dan Madinah. Da Vinci Code adalah cerita dongeng kisah Nabi Isa a.s yang direka oleh yahudi bagi memesongkan manusia tetapi segala tulisan yang terdapat disekeliling masjid an-Nabawi dan juga Masjidil Haram adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat Islam. Tetapi kenapakah tiada usaha untuk memeliharanya, seperti di Masjid an-Nabawi sendiri banyak tulisan-tulisan itu sengaja di cat supaya tidak kelihatan dan banyak pula telah ditutup samasekali supaya tidak kelihatan, apakah rahsianya?

Janganlah ditanya tentang ayat-ayat yang terdapat di Masjidil Haram Mekah, semuanya telah hancur menjadi debu. Mereka menganggap pembangunan yang tersergam indahlah yang menawan berbanding ayat-ayat peringatan dan puisi-puisi yang memuji dan mengagungkan Allah yang dilahirkan dengan penuh tawadhuk oleh alim ulamak terdahulu dan diabadikan bagi penghayatan umat Islam yang kemudian. Itulah harapan oleh ulamak yang mulia yang hampir dengan zaman nabi terhadap umat Islam akhir zaman, tetapi sayangnya semua itu tidak dihargai oleh kita umat Islam.

Tidak seperti peninggalan Nabi s.a.w di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, peninggalan kaum Thamud di Madain Saleh mendapat penjagaan rapi oleh pihak berkuasa Saudi (http://saudi-archaeology.com)


Tulisan piramid dipelihara dengan rapi tapi peninggalan Nabi s.a.w diabaikan

Umat Islam lebih mengkagumi Piramid dan berusaha memelihara sebaik mungkin tulisan-tulisan yang dibuat oleh Firaun kerana kononnya untuk mencari rahsia Piramid, padahal tulisan-tulisan tersebut hanyalah memuja Firaun yang di anggap tuhan oleh mereka seperti telah di terangkan dalam banyak ayat quran. Amat hairan kenapa langkah yang sedemikian tidak diambil terhadap segala peninggalan Rasulullah bukan setakat tempat tinggal Rasulullah tetapi tempat baginda bertahajjud dalam masjid nabi pun disembunyikan.




Tulisan didinding sebelah dinding barat juga dihapuskan

Tulisan khat asal telah ditutup dengan bingkai besi

Tulisan asal sebelum diletakkan bingkai berada dibelakang tirai


Kotak bertanda hijau dalam gambar diatas merupakan tempat yang paling disukai oleh baginda Nabi s.a.w mengerjakan solat tahajjud. Tetapi pihak berkuasa Saudi telah menutupnya Mehrab Tahajjud ini dengan rak-rak buku. Timbul persoalan apakah tujuan menyembunyikan tempat yang mempunyai nilai yang tinggi untuk umat Islam dalam menghayati perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.


Mehrab Tahajjud ditutupi dengan rak buku
http://www.islamiclandmarks.com
I
Inilah Mehrab Tahajjud yang asal sebelum ditutup oleh pihak berkuasa Saudi








1 comment: