Posts

Showing posts from January, 2013

104.0 CHECKLIST - tanda-tanda awal serangan jantung.

Image
Apakah Tanda-Tanda Awal Masalah Sakit Jantung? Sakit yang berkenaan jantung merupakan pembunuh nombor satu negara. Maknanya kemungkinan untuk menghadapi masalah jantung amatlah tinggi. Elok kita kenal beberapa tanda-tanda yang mungkin memberikan indikasi bahawa kita ada masalah jantung. Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit – berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan – Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan) Lidah terasa tegang dan pendek. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab. Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) – biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat. Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abd...

103.0 Penyakit Batu Karang

Image
Penyakit batu karang mudah dihidapi oleh seseorang tidak kiralah sama ada di peringkat kanak-kanak mahupun dewasa. Penyakit ini terkena bukanlah semata-mata sebab menahan kencing, tetapi atas banyak faktor. Punca Batu Karang Terbentuk Zaman berubah, tetapi ada nasihat orang tua dulu-dulu yang masih berguna. Antaranya ialah jangan suka menahan kencing kerana ia boleh menyebabkan batu karang . Walaupun tiada bukti saintifik yang boleh menyokongnya, ia tidak boleh dipandang ringan kerana nasihat ini banyak manfaatnya. Secara logiknya, apabila seseorang cuba menahan kencing, dia akan kurang minum. Jika kurang minum, air kencing menjadi pekat dan mengandungi banyak bahan yang boleh membentuk  batu karang . Masalah ini lebih ketara bagi penduduk negara yang panas seperti Malaysia, bekerja dalam persekitaran panas atau bersenam keterlaluan dan kurang minum menggantikan semula air yang hilang. Buah Pinggang Batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Di buah pinggang inilah...

102.0 Doa penawar penyakit 3 in 1

Image
Doa Rawat Darah Tinggi, Kencing Manis Dan Serangan Jantung (Rujukan: http://kencingmanis1001.blogspot.com/2012/10/doa-rawat-darah-tinggi-kencing-manis.html) Cara-caranya: Letak tangan kanan pada dada disebelah kiri dan bacalah kedua-dua doa ini. Amalkan selalu, insyaAllah mendapat kesembuhan dari Allah SWT. Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.” Maksudnya: “Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta...

101.0 Kuliah Maghrib - Ustaz Dato' Samsuri Ahmad

Image
Video - Bahagian akhir kuliah Kuliah Maghrib pertama di Masjid Abdullah Fahim, Bertam Perdana, SPU Tarikh: 9 Januari 2012 = 26 Safar 1434H, Hari Rabu Lokasi: Masjid Abdullah Fahim, Bertam Perdana, Kepala Batas, Pulau Pinang Berikut adalah nota ringkasan yang sempat saya ambil ketika kuliah. Seandainya terdapat kekhilafan atau maklumat yang tidak betul, harap rakan-rakan dapat memaklumkan saya dengan segera, terima kasih. Hadith 1: Daripada Abu Hurairah r.a.: Salah satu tanda akhir zaman ialah terasa masa berjalan pantas (tanda qiamat sudah hampir), apabila amal soleh se makin kurang, dicampakkan sifat kedekut di mana-mana juga, apabila fitnah berlaku dengan terang-terangan (atau zahir dan termasuk perkara-perkara maksiat), apabila "harraj" semakin banyak. Sahabat bertanya apakah "harraj" dan Rasulullah s.a.w. menjawab iaitu pembunuhan demi pembunuhan. [Hadith Sahih]. (Nota: kesemua tanda-tanda tersebut sedang dan telah berlaku). Hadith 2: dari...

100.0 Tengkorak Kaum 'Aad

Image
Kita pernah terjumpa foto di atas disebarkan di dalam internet yang mengatakan penemuan tengkorak gergasi dipercayai tinggalan Kaum 'Aad.  Semua ni auta!  Bacalah kisah sebenar di bawah ini.  Foto yang telah diubahsuai (di atas).  Penjelasan: The last station in the history of the picture is the website "Worth1000", which presents a wide range of altered pictures, some artistic, some humorous. The picture that was spread world wide as the Giant Skeleton of Rakshasa of Indian mythology or Aad of Islamic mythology was simply an artistic creation of "IronKite" and was submitted in a competition in the web site Worth1000.com. The original of the altered picture done by "IronKite". Foto asal (dibawah). Penjelasan:  This photo was taken on 16 September 2000 at an excavation site outside Hyde Park, New York. It is part of the documentation of a sensational excavation under the Paleontological Research Institution and the Department of Geol...

99.0 Teko Teh

Image
Violet Breeze Bone China Tea Service for 4 - 11 Piece Set Product #: 30601-3060203-30604 Our Price: $120.97 Saya bukan pengedar barangan di atas atau bertujuan promosi produk tersebut.  Sebenarnya saya ingin memberi sedikit nasihat.  Produk yang diperbuat daripada tulang (@bone - selalu tercatat di bahagian bawah produk tersebut) biasanya tulang haiwan. Haiwan yang terbanyak bilangannya di China ialah babi.  Jadi, janganlah beli produk "Bone China".  Beli saja produk yang diperbuat daripada seramik, kaca, tanah liat, keluli dan lain-lain. Ok! Berikut adalah keputusan JK Fatwa pada 4 - 6 Mei 2012 tentang Bone China. Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China) Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China). Muzakarah telah m...

98.0 Pengalaman Kena Santau & Doa menghindar sihir, santau dll.

Image
DOA KETIKA MAKAN DI KEDAI MAKAN (CEGAH SANTAU) Memang tidak dapat dielakkan, majoriti kita terpaksa makan di kedai ketika lunch time. Sesetengah kedai memakai ilmu pelaris dan terkadang-kadang di atas sifat irihati dan cemburu serta rasukan syaitan laknatullah, maka amalan santau menjadi pilihan. Yang peliknya, kedai makan atau restoran orang Melayu yang selalu terjadi kes santau menyantau, kedai mamak 24 jam dibuka, tak pernah pulak dengar kes santau.  Nak cerita sedikit pengalaman saya sendiri kena "santau".  Dalam awal tahun 90han dulu, saya mengalami batuk berterusan sehingga sebulan lebih.  Mulanya ingatkan sebab merokok (memang terok, 2 - 3 kotak @ 20 batang se kotak se hari).  Makan ubat batuk berbotol-botol tidak hilang hinggalah datang seorang kawan yang mencadangkan saya berjumpa bomoh santau kerana ia lihat semua kuku tangan saya biru kehitaman. Kami pergi berjumpa tabib santau di Glugor, Pulau Pinang. Pak Mat Ketam namanya.  Kami bawa se bi...

97.0 Himpunan Rahsia Ayatul-Kursi

Image
  Ayat Kursi paling Agung dalam Al-Quran  FIRMAN Allah bermaksud: "Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya); tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa yang di hadapan dan di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa pun daripada ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara kedua-duanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar" (al-Baqarah: 255). Ayat ini dikenali sebagai ayat Kursi, ayat yang paling agung dalam Al-Quran, malah ia disebut sebagai penghulu bagi seluruh ayat Al-Quran. Dari segi sejarahnya, ia diturunkan pada waktu malam. Pada ketika itu juga Nabi memanggil Zaid selaku penulis wahyu untuk menulisnya. Dalam ayat yang pendek ini sebenarnya terkumpul sifat utama bagi Allah iaitu k...

96.0 Panduan Kerosakan Kereta - D.I.Y

Image
Enjin My Kanz @ Kancil 660Ex Enjin My Merz - 190E My Benz Berikut adalah beberapa panduan untuk mengenali dan membaiki kerosakan kereta. Diambil dari web blog: http://lisankuterjaga.blogspot.com/ Abnomaliti (A), Kemungkinan Kerosakan (K) Cadangan Penyelesaian (P): ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ A- Stereng kereta bergegar. K- Tayar bengkak sebab dah nipis - Angin dalam tayar tak seimbang dengan yang lain - 'Alignment' tayar lari/ tidak dilakukan terutamanya setelah menukar tayar baru P- Segera periksa tayar anda andai ada kebocoran, segera tampal tayar atau jika tayar sudah sangat teruk dan tidak selamat untuk terus digunakan lagi, tukar tayar baru. Hal ini penting untuk elak pancit di tengah jalan, meletup dsg. 'Alignment' tayar penting untuk kesesuaian tekanan pada kesemua tayar, juga untuk elak tayar cepat rosak. -------------------------------------------------...