Sunday, January 13, 2013

96.0 Panduan Kerosakan Kereta - D.I.Y

Enjin My Kanz @ Kancil 660Ex

Enjin My Merz - 190E

My Benz

Berikut adalah beberapa panduan untuk mengenali dan membaiki kerosakan kereta. Diambil dari web blog: http://lisankuterjaga.blogspot.com/

Abnomaliti (A),
Kemungkinan Kerosakan (K)
Cadangan Penyelesaian (P):
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
A- Stereng kereta bergegar.
K- Tayar bengkak sebab dah nipis

- Angin dalam tayar tak seimbang dengan yang lain
- 'Alignment' tayar lari/ tidak dilakukan terutamanya setelah menukar tayar baru

P- Segera periksa tayar anda andai ada kebocoran, segera tampal tayar atau jika tayar sudah sangat teruk dan tidak selamat untuk terus digunakan lagi, tukar tayar baru. Hal ini penting untuk elak pancit di tengah jalan, meletup dsg. 'Alignment' tayar penting untuk kesesuaian tekanan pada kesemua tayar, juga untuk elak tayar cepat rosak.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
A- Bahagian bawah berdekatan tayar mengeluarkan bunyi ketika anda membelok ke kiri atau ke kanan, terutamanya belok lipat

K- Drive shaft longgar atau hampir tercabut

P- Segera ke bengkel kereta yang berdekatan untuk pemeriksaan. Kalau betul drive shaft yang bermasalah memang confirm kena tukar baru. Mahal! Tapi andai anda berdegil untuk tidak menukarnya, kereta anda bakal tidak boleh berjalan tiba-tiba (gear tak boleh masuk). Anda akan terpaksa menunggu lori/trak tunda datang menarik kereta anda dan seterusnya mengenakan cas bukan sahaja pada kos mengganti drive shaft baru, tetapi juga kos menunda (towing) yang beratus itu....
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
A- Penanda suhu enjin kereta menunjukkan H (normal biasanya tengah-tengah antara C-H)

K- Enjin panas kerana air/coolant tidak mencukupi untuk menyejukkan enjin
- Tangki air/coolant bocor
- Kipas enjin rosak

P- Setiap kali sebelum atau setelah memulakan perjalanan jauh, anda harus memastikan air dalam tangki air pada aras sepatutnya. Jika tangki didapati bocor (sama ada tambah air banyak kali tak penuh2 or nampak air mengalir laju membasahi permukaan bawah kereta, yang semestinya bukan dek air yang dituang tertumpah), maka segeralah ke bengkel untuk tampal tangki atau tukar yang baru.Jika setelah masalah ini selesai, namun suhu masih tinggi terutamanya setelah berjalan lama, mungkin disebabkan kipas enjin yang gagal berfungsi, maka haruslah segera menukarkannya, melainkan anda sanggup untuk memberhentikan perjalanan sementara setiapkali suhu didapati naik. Jika tidak awas kerana kereta anda bukan sahaja akan berasap, malah boleh terbakar atau meletup!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
A- Kereta tersedak (choking) sewaktu berjalan atau mati tiba-tiba apabila berhenti seketika (cth time kat traffic light or nak bayar tol) setelah lama berjalan

K- Spark plug rosak
- Contact point tak elok dah

P- Tak boleh nak buat apa, sah kena ke bengkel, tukar!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mai kita kongsi pengalaman. Satu ketika dulu saya ada sebuah kereta Honda Accord 1.6 plet DN 2202. Tiba-tiba aircond tak sejuk. Saya pun bawa ke beberapa kedai aircond (5 atau 6 kedai), semua kata punca dari compressor dan kos menukarnya RM500.00 hingga RM600.00.  Pada suatu hari, dalam perjalanan balik kampung ke Kuala Kangsar, ikut jalan lama (belum ada highway), kerana terlalu panas, saya berhenti di sebuah kedai mekanik aircond di pekan Simpang. Saya minta seorang mekanik, umur belasan tahun check aircond. Dia kata, ini tak dak apa2, cuma wiring fault. Dia potong beberapa wayar dan ganti wayar baru, siap dan aircond sejuk balik, kena bayar RM10.00 sahaja. Itulah, kerana kita tiada ilmu tentang sesuatu, kita terpaksa menanggung kos, nasib baik, kita terselamat dari tipudaya orang.  Saya bukan nak mengata, tapi kadang2 ungkapan orang "tak tipu bukan Cina" memang boleh dipakai, bukan semualah. Yang geramnya, ada juga mekanik Melayu yang terpengaruh dengan budaya tipu ni, halai haram dok sebelah!

 Foto dengan anak, Siti Farah Najwa di Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar Mei 1989.

Baru-baru ini, getah luar dekat cermin di bahagian pintu pemandu kereta Kancil 660 saya bengkok dan tak melekat kerana dah lama dan perlu ditukar.  Saya telefon pusat service Perodua, kos menukar se batang getah 1 kaki lebih panjang RM96.00 termasuk upah.  Takajuit den, gotah cabok RM96.00? Saya tanya mereka, "getah tu buat dari emas ke?", mereka ketawa.  Lalu saya pergi ke Jalan Sekerat, Sungai Petani. Di situ semua spare part kereta, baru dan secondhand, ori dan tak ori semua jenis kereta ada. Saya tanya India tu, getah cermin Kancil original adakah? Ada, katanya, saya tanya berapa harga? RM20.00 sahaja original. Upah pasang RM10.00.  Settled. Kadang-kadang kita kena rajin sikit survey sebelum membuat sesuatu keputusan yang menguntungkan.


Satu lagi nasihat saya, jika anda hendak membeli kereta secondhand, eloklah dibuat pemeriksaan di PUSPAKOM yang berdekatan, keluarkan sedikit duit asalkan puashati.  Zaman sekarang banyak penipu dan tak dinafikan terdapat juga kakitangan Kerajaan yang rasuah, akhirnya kita juga yang menjadi mangsa! Pernah terjadi kereta Mercedes Benz 230E milik majikan saya, dibawa ke PUSPAKOM dan gagal kerana kereta potong i.e. kereta yang dah accident terok, dipotong bahagian2 tertentu dan disambung dengan yang baru dari kereta lain.  Satu lagi penipuan yang perlu diawasi ialah nombor casis yang diusik atau ditindih, tidak sama dengan nombor dalam kad pendaftaran kereta. Kadang-kadang, nombor casis okay, nombor enjin pula diusik, dipasang enjin secondhand yang dibeli daripada kedai keling botoi!  Kalau PUSPAKOM keluarkan keputusan GAGAL, maksudnya kita tak boleh buat apa-apa, nak renew roadtax atau nak jual / pindahmilik semua tak boleh.  Kalau ada masalah berkaitan sila hubungi Pegawai Perhubungan PUSPAKOM, tel: 1800 88 6927, atau no. fax: 03-2052 7436 atau email: customerservice@puspakom.com.my

No. casis - WDB2010242 ...... satu pada plet yang dilekatkan pada bahagian hadapan (enjin) dan satu lagi dicetak terus pada casis atau rangka kereta. 






13 comments:

  1. budak baru belajarMay 8, 2014 at 11:55 AM

    good info..

    ReplyDelete
  2. Satu lagi tempat sembelihan saku pemilik2 kereta ialah authorized service agent or service center.
    Pernah engine mounting Hyundai Trajet saya rosak. Hyundai service agent di Mergong (BZ Auto) quote 4 mountings + labour RM1200. Saya pi beli di Jitra Auto 4 mounting RM680. Upah pasang di Kangar RM80. Ok hingga sekarang,

    ReplyDelete
  3. ada xservis betulkan tempat cas telefon dalam kereta tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika tempat caj telefon menggunakan soket lighter perokok, senang saja beli soket baru dan buang yang lama. Kedai aksesori pun boleh buat, lebih baik lagi kerana dia boleh check wiring sekali. Selalunya kos tak melebihi RM20.00.

      Delete
  4. jalan perjalanan ke butterworth dari cameron, hujan lebat, tiba2 kereta iswara saya tertarik. tukar gear ke 3, jalan slow, gegar, bunyi exaust pun berlainan. tuker ke gear 4,gegar sangat. tukar balik ke gear 3, jalan 1/2 jam, tukar ke gear 4 & 5. jalan stabil. mengapa yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika tidak silap saya, clutch plates dah haus dan perlu ditukar baru. Kadang2 ia berpunca dari kabel clutch, boleh jadi. Kena jumpa mekanik.

      Delete
  5. Saya buat servis kaburator model saga lmst apabila siap pasang saya pun stat injen idup tapi jika tkn pedal minyak enjin mati akan mati cuba stat kembali sama gak....nape ekkkj

    ReplyDelete
  6. Saya buat servis kaburator model saga lmst apabila siap pasang saya pun stat injen idup tapi jika tkn pedal minyak enjin mati akan mati cuba stat kembali sama gak....nape ekkkj

    ReplyDelete
  7. Sambungan hos kancil ada gambar tak??

    ReplyDelete
  8. Say ade bli kancil 660 auto..yg jd ragu2 pd sy minyaknya cepat sungguh.habis..isi rm30 sehari hbs dh..bekerja di kem sg layar saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli dan guna Kancil 660 gear Manual. Kalau isi tangki penuh sampai RM35 - RM38 boleh jalan hingga 240km. Gear auto memang makan minyak sikit kalau diguna di kawasan pekan tetapi taklah sampai satu hari RM30.00. Cuba bawa ke mekanik kereta, mungkin piston ring nya dah bocor.

      Delete
  9. Saya harap dan mengalu-alukan jika ada mekanik yang arif pasal kereta dapat membantu rakan2 kita yang ada masalah dengan kereta mereka. Saya bukan mekanik sekadar berkongsi pengalaman bolehlah.

    ReplyDelete
  10. morning bossku..saya punya kancil susah nak start.coberator dh tukar.pagi² susah nak start,kalau start pun enjin MCM gegar..apa problem

    ReplyDelete