Memang tidak dapat dielakkan, majoriti kita terpaksa makan di kedai ketika lunch time. Sesetengah kedai memakai ilmu pelaris dan terkadang-kadang di atas sifat irihati dan cemburu serta rasukan syaitan laknatullah, maka amalan santau menjadi pilihan. Yang peliknya, kedai makan atau restoran orang Melayu yang selalu terjadi kes santau menyantau, kedai mamak 24 jam dibuka, tak pernah pulak dengar kes santau.
Nak cerita sedikit pengalaman saya sendiri kena "santau". Dalam awal tahun 90han dulu, saya mengalami batuk berterusan sehingga sebulan lebih. Mulanya ingatkan sebab merokok (memang terok, 2 - 3 kotak @ 20 batang se kotak se hari). Makan ubat batuk berbotol-botol tidak hilang hinggalah datang seorang kawan yang mencadangkan saya berjumpa bomoh santau kerana ia lihat semua kuku tangan saya biru kehitaman.
Kami pergi berjumpa tabib santau di Glugor, Pulau Pinang. Pak Mat Ketam namanya. Kami bawa se biji kelapa muda. Pak Mat menjampi-jampi pada kelapa dan suruh saya minum airnya sebagai penawar. Balik rumah, saya diminta sediakan umbut pisang (bahagian tengah batang pisang) dihiris halus dicampur dengan susu lembu asli dan dimasak. Selepas dimakan/minum tiga hari berturut-turut, Alhamdulillah, sembuh. Segala puji bagi Allah. Ketika buang air besar, najis keluar berbiji-biji kehitaman.
Pak Mat menceritakan, sehingga sekarang masih ada orang mengamal ilmu santau. Dalam kes saya, mungkin pengamal ilmu santau itu hendak "test" ilmu yang dipelajari dan targetnya tidak menentu, siapa-siapa pun boleh kena. Kebiasaannya mereka ini, merokok dan kuku jari tangan kelingking panjang, tujuannya untuk meletakkan serbok santau dalam kuku tersebut dan dihembus kepada mangsa melalui asap rokok. AWAS! perhatikan orang di sekeliling kita sebelum makan di restoran/kedai makan. Serbok santau biasanya dibuat daripada serbuk kaca, rebong buluh, habuk besi dan lain-lain.
Amalan:
· Baca sebelum makan di kedai makan
· Baca 7x sehari sebagai pendinding
Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah (2 ayat akhir surah At-Taubah)
128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
129. kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka Katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadaNya Aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang besar."

Segala-galanya berlaku dengan kehendak Allah jua dan tiada suatu musibah yang menimpa kita melainkan dengan izin Allah. Terdapat hikmah di sebalik sesuatu peristiwa atau kejadian. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Orang-orang yang mengamal ilmu hitam, tempatnya di akhirat kelak ialah neraka.
Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris
Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3 kali di luar kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (macam ustaz Ismail Kamus ajar).
Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.
Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.
Benteng kebal penahan sihir/santau - ayat al-Qur'an untuk amalan harian.
Kenapa santau berlegar di dalam masyarakat Melayu?
Ustaz Sharhan Shafie - amalan penawar santau dan benteng diri, baca/amal surah Al-Furqan, ayat 23.
Kaedah lain yang baru saya ketemu (dari Pondok Habib) adalah seperti berikut:-
Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris
Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3 kali di luar kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (macam ustaz Ismail Kamus ajar).
Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.
Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.
Saya ingin berkongsi pengalaman bila baca artikel ini. Sebelum ini saya memang tidak percayakan perubatan traditional termasuklah cerita santau, tuju2 dsb, sehinggalah pengalaman mengubati ahli keluarga yang sakit misteri tanpa diketahui puncanya oleh pakar-pakar perubatan. Derita mengubat penyakit belum selesai dapat masaalah pula tertipu oleh pengamal perubatan traditional. Alhamdulilah kami diberi petunjuk menemui Ustaz Adi Wijaya, guru agama di daerah Pontian yang tinggal di kg Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat, Johor hingga akhirnya ahli keluarga saya pulih seperti sediakala. Saya paparkan kisah ini sebagai tanda kesyukuran dan membantu sesama yang memerlukan khidmat perubatan traditional agar tidak tersilap langkah. Sempat saya rakam beberapa foto ritual beliau pada malam Jumaat Keliwon untuk tatapan bersama dalam: http://my.opera.com/saharaaban/albums/show.dml?id=14706102
ReplyDeleteBoleh saya dapatkn contact no ustaz tersebut? Tq
Deletesalam, boleh dptkan detail pasal pak mat ketam tu?
ReplyDeletePak Mat Ketam tinggal di kampung sungai gelugor, Pulau Pinang atau Brown Garden. Selepas tahun 1990, saya sudah terputus hubungan dengan beliau hingga sekarang. Minta maaf.
ReplyDelete