Sunday, January 13, 2013

95.0 Khilafiah - TV Al-Hijrah 13 Jan 2013



Video di atas adalah sebahagian daripada kuliah yang ditayangkan oleh TV Al-Hijrah pada hari ini, 13 Januari 2013.  Penceramah mewakili remaja Arab menyentuh topik berkaitan "khilafiah" atau masalah tidak sependapat di kalangan masyarakat Islam.

Apa yang menjadi kemusykilan ialah tentang Mesyuarat yang telah diadakan di Jordan (tidak pula dinyatakan tarikh dan lokasi yang tepat). Mesyuarat ini dihadiri oleh ulamak Islam dunia, para Mufti dan ilmuan terkenal (telah disenaraikan nama-nama mereka termasuklah tokoh Syiah Jaafariah dan Zaidiyah, tidak pula diberikan namanya). Mereka telah mengeluarkan "pendapat" bahawa pengikut Imam mazhab yang empat (Ahli sunnah wal jamaah) dan lain-lain termasuklah mazhab Syiah seperti Ja'afari, Zaidi, Abadhi dan lain-lain adalah orang-orang Islam, tidak boleh mengkafirkannya.

SIAPA KHOMEINI?

Khomeini atau nama sebenarnya Mustafa Ahmad al-Musawi al-Khomeini, disebut oleh pengikutnya sebagai Ayatullah Ruhullah Khomeini (Khomeini Ayat dan Ruh Allah).




Khomeini dilahirkan di bandar Khomein yang terletak di arah Barat Daya Tehran, ibu negara Republik Iran pada tahun 1902 M/ 1320 H.

Khomeini merupakan pengasas Republik Iran yang berjaya menggulingkan Shah Muhammad Reza Pahlavi pada tahun 1979 M melalui Revolusi Iran lalu diangkat sebagai pemimpin agung Iran dikenali sebagai (Ruhbar).

Khomeini adalah pengikut setia ajaran Syiah Imam Dua Belas atau dikenali juga sebagai Syiah Imamiyah, Syiah Jaafariah, dan al-Rafidah.

Dalam menjalankan pemerintahan, Khomeini menyatakan bahawa dia adalah wakil kepada Imam al-Hujjah al-Qaim al-Mahdi al-Muntazar, Muhammad bin Hasan al-Askari (imam Syiah ke-12) yang kononnya ghaib dan akan datang semula di akhir zaman.

Khomeini meninggal dunia pada tahun 1989 M ketika berumur 89 tahun.

Boleh baca selanjutnya di:
http://mashoori.wordpress.com/2008/12/22/khomeini-ayat-allah-atau-ayat-syaitan/
Rujukan: http://lisankuterjaga.blogspot.com/2011/05/kenali-syiah-bhgn-4-imam-khomeini.html

Lihatlah apa puak Syiah lakukan di Madinatul Munawarah pada Februari 2009: http://bahayairan.wordpress.com/tag/saudi/

Kesesatan Syiah - Fatimah itu Tuhan?: http://bahayairan.wordpress.com/tag/syirik/

Muzakarah 5 Mei 1996 - Malaysia

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 May 1996 telah membincangkan Syiah Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut :” Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.” Dimansuhkan.

Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.

Rujukan: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/syiah-di-malaysia

Saya tidak mahu memperpanjangkan masalah Syiah kerana tidak arif tentangnya, cuma khuatir kadang-kadang ada rancangan TV yang mengelirukan.

No comments:

Post a Comment