Monday, January 14, 2013

99.0 Teko Teh

Violet Breeze Bone China Tea Service for 4 - 11 Piece Set
Product #: 30601-3060203-30604 Our Price: $120.97

Saya bukan pengedar barangan di atas atau bertujuan promosi produk tersebut.  Sebenarnya saya ingin memberi sedikit nasihat.  Produk yang diperbuat daripada tulang (@bone - selalu tercatat di bahagian bawah produk tersebut) biasanya tulang haiwan. Haiwan yang terbanyak bilangannya di China ialah babi.  Jadi, janganlah beli produk "Bone China".  Beli saja produk yang diperbuat daripada seramik, kaca, tanah liat, keluli dan lain-lain. Ok!

Berikut adalah keputusan JK Fatwa pada 4 - 6 Mei 2012 tentang Bone China.

Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa berdasarkan mazhab Shafie, sifat kenajisan babi masih kekal dalam produk bone china dan sifat najis tersebut tidak akan hilang kerana proses istihalah dianggap tidak berlaku.

Muzakarah juga berpandangan bahawa sekiranya penggunaan produk bone china yang berasaskan abu tulang haiwan yang tidak halal mengikut Syarak ini diharuskan, maka ia akan membuka ruang kepada penggunaan produk-produk bersumberkan haiwan yang tidak halal mengikut syarak berleluasa.

Muzakarah juga berpandangan bahawa peralatan atau perhiasan bone china tidak mencapai tahap keperluan (darurah) kepada masyarakat untuk memiliki dan menggunakannya.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan peralatan atau perhiasan yang dihasilkan daripada abu tulang haiwan (bone china) yang tidak halal mengikut syarak, termasuk haiwan yang halal dimakan tetapi tidak disembelih mengikut hukum syarak adalah tidak diharuskan.

Walaubagaimanapun, penggunaan peralatan dan perhiasan berasaskan abu tulang haiwan (bone china) yang halal dimakan dan disembelih mengikut hukum syarak adalah diharuskan. (Tamat fatwa).

Sebenarnya saya nak cerita lain, jadi cerita lain.  Saya ingin bertanya. Jika kita bancuh teh dan dimasukkan ke dalam sebarang teko, dituang ke dalam cawan, apa yang keluar?  Bukankah teh juga.  Pernahkah kandungan teko teh tetapi apabila dituang keluar kopi? Belum pernah terjadi.

Jadi, apa yang ingin saya sampaikan adalah falsafah hidup.  Apa yang kita ucap, kita tulis, kita karang dan sebagainya sebenarnya keluar dari hati kita sendiri.  Kalau ucapan yang keluar baik-baik maka maknanya hati kita pun baik dan bersih. Jikalau keluar ucapan yang tak sedap didengar, kandungan hati tadi adalah kopi Kapal Api yang kawwww punya!.  Apabila seseorang membaca tulisan kita, orang dapat menilai siapa kita.  Apabila kita bercakap-cakap atau berbual, orang dapat mengecam tinggi rendah IQ kita.

Saya sendiri, tidak dapat mengawal ucapan yang keluar dari mulut ini, khasnya ketika memandu ...... apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini dek kerana pemandu kereta di hadapan, akan keluar segala maki hamun ...... entahlah bila usia meningkat, perangai "prongoeh" menjadi-jadi. Ia menggambarkan hati saya masih tidak bersih dan penuh dengan tompokan hitam macam jantung orang kuat hisap rokok juga.  Sifat penyabar sukar dipelajari melainkan mendapat taufik dan hidayah Allah jua. 



No comments:

Post a Comment