Video - Bahagian akhir kuliah
Kuliah Maghrib pertama di Masjid Abdullah Fahim, Bertam Perdana, SPU
Lokasi: Masjid Abdullah Fahim, Bertam Perdana, Kepala Batas, Pulau Pinang
Berikut adalah nota ringkasan yang sempat saya ambil ketika kuliah. Seandainya terdapat kekhilafan atau maklumat yang tidak betul, harap rakan-rakan dapat memaklumkan saya dengan segera, terima kasih.
Hadith 1: Daripada Abu Hurairah r.a.: Salah satu tanda akhir zaman ialah terasa masa berjalan pantas (tanda qiamat sudah hampir), apabila amal soleh se makin kurang, dicampakkan sifat kedekut di mana-mana juga, apabila fitnah berlaku dengan terang-terangan (atau zahir dan termasuk perkara-perkara maksiat), apabila "harraj" semakin banyak. Sahabat bertanya apakah "harraj" dan Rasulullah s.a.w. menjawab iaitu pembunuhan demi pembunuhan. [Hadith Sahih].
(Nota: kesemua tanda-tanda tersebut sedang dan telah berlaku).
Hadith 2: daripada Abu Darda: Ketika kami duduk bersama Rasulullah s.a.w., tiba-tiba mata Nabi s.a.w. memandang ke atas (nota: di antara tanda-tanda hampir mati, mata akan memandang tepat ke langit). Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: sudah tiba masa, Allah akan mengangkat kembali ilmu dari dada-dada manusia. Sehingga apabila sampai masa, manusia tidak mampu berbuat apa-apa. Sahabat, Ziyad bin Husani berkata, bagaimana Allah akan mengambil ilmu padahal kami setiap hari membaca Al-Qur'an, bahkan kami membacakan kepada anak-anak dan isteri kami. Nabi s.a.w. berkata: Celaka engkau wahai Ziyad, aku berfikir engkau seorang yang faham (fuqaha') di kalangan penduduk Madinah. Di Madinah ini orang yahudi mendapat Taurat dan Injil dimiliki orang-orang nasrani tetapi mereka tidak mengambil ilmu atau munafaat (Allah ambil semula ilmu dan mereka tidak beriman dengan Nabi s.a.w.; satu hari, orang-orang Islam pun akan mengalaminya). [Hadith sahih riwayat Tarmizi].
Jubair yang meriwayatkan hadith ini ingin mengesahkan tentang hadith riwayat Abu Darda telah pergi berjumpa 'Abadah as-Sobit. 'Abadah mengesahkan betul dan ia mendengar hadith ini dan ditambah lagi, tanda ilmu diambil kembali ialah jemaah di dalam sebuah masjid adalah ramai tetapi yang solat dengan khusyuk tiada.
Jadi, jangan tinggalkan ilmu, teruslah menuntut ilmu.
Hadith 3: Nabi s.a.w. bersabda; terdapat se kumpulan Malaikat Allah bersifat bergerak (i.e. mobile) setiap saat mencari tempat di mana diadakan majlis ilmu dan akan turun turun di situ bersama dengan orang-orang ramai (di merata-rata tempat). Diletakkan sayap-sayap mereka sebagai menghormati majlis ilmu. Ramainya mereka berlapis-lapis sehingga sampai ke langit dunia. Apabila majlis ilmu selesai, mereka pun balik dan menghadap Allah. Allah bertanya (sebagai formaliti kerana Allah lebih mengetahui). Kamu datang dari mana? Malaikat berkata kami dari bumi, dari majlis hamba-hamba Engkau. Di dalamnya, mereka bertasbih kepada Engkau, mereka bertakbir, mereka bertahlil kepada Engkau, dari majlis di mana mereka memuji (tahmid) tetapi mereka meminta sesuatu dari Engkau. Allah bertanya apa yang mereka minta? Malaikat menjawab, mereka meminta syurga Engkau. Berfirman Allah, mereka meminta syurga, adakah mereka pernah melihat syurga Ku? Malaikat menjawab, tidak pernah. Allah berkata: itu tidak melihat, tetapi jika terlihat walaupun se saat, nescaya semua orang akan Islam.
Malaikat berkata lagi; di dalam ramai-ramai itu terdapat seorang yang sangat banyak dosanya (kaki judi, zina, minum arak dll). Dia sekadar datang berlalu di tepi tempat majlis itu (masjid) dan singgah di situ (sebenarnya ia tidak merancang untuk turut serta) seterusnya duduk mendengar kuliah. Malaikat bertanya bagaimana dengan orang ini? Allah berkata: bagi dia (orang yang banyak berbuat dosa ini) keampunan Aku.
[Hadith sahih riwayat Muslim].
Majlis ilmu, jika turut serta pun dapat pahala / ganjaran.
Seterusnya Ustaz Samsuri memulakan pengajian Kitab Bahrul Mazi Jilid 21 m/s 2; karangan Shaikh Idris al-Marbawi dengan memberi pengenalan / riwayat hidup pengarang. Shaikh Idris berasal dari Lubuk Merbau, Perak tetapi dilahirkan di Makkah.
[akan menyusul - maklumat lanjut tentang pengarang dan Kitab Bahrul Mazi, Insya'allah].
No comments:
Post a Comment