Posts

Showing posts from March, 2013

124.0 Suara Anak-anak Dunia @ Islam

"Setiap kanak-kanak itu diperanakkan di atas agama Islam, sehingga lidahnya sendiri menyatakannya (iaitu sehingga baligh) di dalam pada itu ibubapanya yang mengubahkan kepada agama yahudi atau agama nasrani atau agama majusi atau lain-lain." - Al-hadith riwayat Al-Aswad bin Sari' Ketika anak-anak pada awal usia 1 hingga 5 tahun dan mungkin lebih, hatinya bersih dan terbuka untuk menerima apa sahaja yang diajar oleh ibubapa (sebelum masuk sekolah). Kain putih kalau dicop batik, jadi batiklah ia, kalau dicop pulikat, jadi kain pulikat dan sebagainya. Kalau dah tua, hati dah gelap dengan titik-titik dosa, nak hafal sebaris ayat pun seksa! Umur dah sampai kat ujung dah, asyik dok baca Wal'asri dan Qulhuwallaah dalam solat ..... tak dak kemajuan langsung, jumud! Nasyid oleh anak-anak Hadhramaut, Yaman Nasyid oleh anak Malaysia @ Trengganu, nampak sama seperti anak Yaman. Bacaan surah Adh-Dhuha oleh Umit @ Umaiyat Hussein Nejad dari Turki. Bacaannya m...

123.0 Buat sendiri (D.I.Y) - menarik dan murah.

Image
Pokok pangkalnya minat dan ada masa, siapa pun boleh buat .... tak perlu kreativiti terlalu tinggi. Tempat pejalan kaki di taman - lanskap. Modalnya cuma simen dan daun besar. Lampu gantung di meja dining daripada tin susu. Kolam di taman rumah daripada tayar lori / traktor. Mai try - spagetti cucuk pada hotdog potong.

122.0 Farmasi Allah

Image
Allah menjadikan sesuatu itu tidak sia-sia.  Tiap-tiap sesuatu benda ada munafaatnya di mana manusia kenalah rajin mencarigali dan membuat kajian.  Tiap-tiap sesuatu perkara atau kejadian juga mempunyai hikmah di sebaliknya, jadi kenalah sabar kiranya takdir itu tidak menyenangkan kita dan bersyukur apabila ia merupakan nikmat dan memberi munafaat. Kadang-kadang Allah s.w.t. yang menyayangi maklukNya akan memberi "hints" tentang sesuatu benda ciptaanNya.  Misalnya bentuk buah-buahan dan organ dalaman manusia seperti di bawah ini:- Demikianlah kebesaran Allah!

121.0 Betulkan sebutan bahasa Arab

Image
Assalaamu'alaikum para sahabat dan saudara mara se Islam.  Saya bukanlah pakar di dalam bahasa Arab atau sebutan Arab walaupun tok wan berasal dari Tarim, Hadhramaut, Yaman tetapi adalah belajar sikit-sikit tentang tajwid dari beberapa orang tok guru tempatan. Saya ni Arab-Malaysian macam teh celup, dah masuk generasi ke berapa tah, dah ceroi dah tak ori lagi..... cakap arab pun tak reti. Hingga sekarang masih lagi dok belajar. Lagi lama kita belajar, lagi banyak kesalahan di dalam sebutan atau bacaan Al-Qur'an akan terdedah. Kita kena belajar Bahasa Arab ikut sleng Arab, kena bagi "sengau" sikit kata orang utara. Tak bolehlah cakap Arab dalam bahasa Melayu baku. Apabila kita belajar tajwid, kita akan mengetahui sesuatu bacaan itu betul atau tidak.  Jika kita berimam di masjid atau surau, kena mufaraqah (keluar dari solat jemaah) kerana bacaan Al-Faatihah tok Imam tak betul.  Tapi kita teruskan jugalah dan berharap Allah s.w.t. mengampuni kita dan tidak mensia-siaka...

120.0 Geliga Embun

Image
Pelik tapi benar. Batu ini ditemui di dalam kocek coat yang digantung lama di dalam almari. Mengikut guru saya, A/yarham Shaari Awang @ Pak Long, Binjul Dalam, Baling,  ia adalah geliga embun. Ia perlu diletak di dalam gelas kaca dan dilapek dengan kapas dan dijemur pada waktu malam hingga pagi supaya ia dapat menyerap embun. Boleh diguna untuk perubatan demam panas, menghalang buatan sihir dan lain-lain dengan izin Allah s.w.t. jua, dengan cara merendam dalam air dan dibuat minum atau sapu.  Wallaahu wa'alam. Jika diperhati betul-betul, ia berbentuk seperti seekor ikan (kepala ikan - mulut sebelah kiri), se ekor gajah duduk (belalai sebelah kanan) dan wajah orang juga seperti telinga gajah.

119.0 Kena Tipu Lagi .... Adoiii ....

Image
Pada Mac 2007 saya membeli sebuah Mercedes Benz 190E, secondhand model import 1985, saja nak berasa naik kereta yang ada bintang cabang tiga ateh domoi dia.  Memang betul kata orang, kalau pandu Merz, rasa tak mau pandu kereta lain dah.  Tapi faham-fahamlah, kalau pendapatan okay, isi minyak kereta 2,000 cc tak dak masalah punya. Apabila kena serangan jantung pada 2008, keadaan fizikal agak merosot dan kerja-kerja kontrak menghadapi cabaran.  Kereta ini agak terbiar, jarang digunakan dan sering rosak. Mekanik di Bertam tiada yang betul-betul mahir tentang kereta Merz.  Ia seperti "trial and error" main agak-agak, duit terus dibelanjakan.  Akhir sekali kereta ini terbiar di bawah pokok selama lebih setahun sehinggalah datang seorang kawan menawarkan membelinya dengan harga murah.  Saya bersetuju.  Kereta ditunda ke workshop. Setelah dibaiki dan semuanya berkeadaan baik, kawan saya membawanya ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan pindahmilik keret...

118.0 Secret Resipi Rasulullah s.a.w.

Image
Rasulullah s.a.w. amat menitikberatkan bab kesihatan umatnya. Cuma umatnya (macam saya) yang tidak pernah mengambilberat tentang kesihatan sehinggalah keadaan menjadi kritikal dan terpaksa masuk "dock".  Jom kita teliti dan buat checklist, resipi kesihatan Rasulullah s.a.w.  Kalau tak ikut Rasulullah s.a.w., nak ikut siapa?  Baginda adalah manusia yang paling "perfect" di muka bumi ini. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH Rasulullah s.a.w. selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunat dan solat Fardhu, solat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain : - Berlimpah pahala dari Allah - Kesegaran udara shubuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB - Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN Rasulullah s.a.w. senantiasa rapi dan bersih, tiap hari khamis atau Jumaát beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi. "Mandi pada hari J...

117.0 Coretan Ruhaniah 1981 - Bahagian Akhir

Image
~ ERA 90 - AN ~ 40)   ERA 90-AN 2.50 a.m.; 15 Januari 1992 (77, Minden Height 2) Tarikh akhir aku memenuhkan ruang buku ini ialah pada 12 Jun 1988 ~ dah hampir 3 ½ tahun tidak dibuka buku ini kerana tersimpan dan kebanyakan tulisanku ditulis di dalam Diary tahunan. Dalam tempoh masa 3 ½ tahun; 1988, 89, 90 dan 91, bermacam-macam peristiwa terjadi di Pulau Pinang, di Asia Barat (gulf) dan di dunia keseluruhannya. Ringkasnya ada yang suka dan ada yang duka. Yang paling “touching” dan terasa sampai sekarang ialah tarikh 31 Julai 1989 (Isnin) bersamaan 28 Zulhijjah 1409 H apabila Walid yang tersayang kembali ke rahmatullah dalam keadaan yang mengejut dan selepas sehari membaca doa selamat di dalam majlis sambutan Hari Lahir Siti Farah Najwa genab satu tahun di rumah Minden Height. INNAA LILLAAHI WAINNAA ILAIHI RAAJI'UUN RAHIMAHULLAH WA RAHMATUL ABRAR Allah menempatkan ruhnya bersama ruh para ulamak dan auliyak. Tinggallah sekarang generasi kami untuk meneruskan hid...