Muka hadapan buku setelah dikomputerkan pada tahun 2001
BIODATA PENULIS (dikemaskinikan pada tahun 2001)
Nama sebenarnya Mahdzar bin Ahmad bin Obaid bin Said bin Ahmad Said bin ‘Audz bin Ali Baladram, dilahirkan pada hari Rabu, jam 1.00 petang 28 November 1956 bersamaan 25 Rabiul Akhir 1376 di rumah no. 126, Jalan Patani, Georgetown, Pulau Pinang. Anak ke lapan dari sepuluh orang adik beradik. Berketurunan Arab Yaman (Hadhramaut) di sebelah bapanya dan Melayu-Arab di sebelah ibunya. Dibesarkan dalam persekitaran “kampung Melayu di dalam bandar”. Mendapat pendidikan di sekolah Melayu dari peringkat sekolah rendah dan menengah sehingga tamat persekolahan tingkatan enam (1963-1975). Seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia (U.S.M.) dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains atau B.Sc. (Perumahan, Bangunan dan Perancangan) Hons. pada tahun 1981 dan disusuli dengan Sarjana Sains (Pengurusan Projek) pada tahun 1995 di Universiti yang sama.
Telah berkahwin dengan Salamiah binti Mat Sah (Kuala Kangsar, Perak) pada 17 April 1982 dan dikurniakan tiga orang cahayamata, Siti Farah Najwa (14), Siti Fatin Ainaa (12) dan Siti Filza Auni (6).
Meminati hal-hal keagamaan dan meluangkan masa remaja dengan membaca buku dan kitab-kitab agama, menghadiri kuliah-kuliah agama, ceramah dan syarahan agama yang diadakan di surau-surau dan masjid di Pulau Pinang. Semasa menghadiri kuliah atau ceramah, penulis akan membuat catetan ringkas di dalam buku-buku nota dan diary peribadi. Minat ini diteruskan sehingga penulis memegang jawatan Penolong Pengurus / Pengurus di UDA Holdings Berhad (dahulu dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Bandar / UDA) dari tahun 1982 se hingga tamat perkhidmatan dengan memilih sekim V.S.S pada 31 Ogos 2001.
“Coretan Ruhaniah 1981” adalah kesinambungan daripada buku “Dari Kacamata Mahdzar 1 dan 2” iaitu hasil tulisan tangan penulis selepas mengalami sesuatu peristiwa di dalam kehidupan sehari-hari dan hasil pemerhatian, pengamatan, pengalaman dan pengetahuan agama penulis yang amat cetek.
PERINGATAN
1) Setiap tulisan adalah cetusan dari pemikiran penulis yang ditulis secara spontan tanpa ditapis (screen) terlebih dahulu. Sekiranya terdapat tulisan yang menyentuh peribadi sesiapa, dipohon berbanyak ampun dan maaf. Diharap pembaca dapat menegur penulis.
2) Jika terdapat tulisan yang bertentangan dengan aqidah Islam, isi Al-Qur’an dan Hadith Nabi Muhammad s.a.w., tolonglah tunjukkan.
KEPADA YANG BERKENAAN
CETAKAN BUKU INI ADALAH TERHAD DAN SEKIRANYA PIHAK SAUDARA TERJUMPA BUKU INI, DIHARAP DAPAT DIKEMBALIKAN KEPADA SAYA DI ALAMAT SEPERTI BERIKUT:-
SHAIKH MAHDZAR BIN SHAIKH AHMAD
21, LORONG MAYANG PASIR 2
TAMAN SRI TUNAS, BAYAN BARU
11950 BAYAN LEPAS, PULAU PINANG
TEL. (H/P): 013 - 425 2067
DI ATAS BUDI BAIK ANDA, SAYA UCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH.
1) PENDAHULUAN
8.16 malam, 3 hb. November 1981 SELASA - 6 MUHARRAM 1402 H

UNTUK ISTERI KU TERCINTA ……
SALAMIAH MAT SAH
DAN ANAK-ANAK KESAYANGANKU …
SITI FARAH NAJWA
SITI FATIN ‘AINAA
SITI FILZA AUNI
KENANGI DAKU DALAM LAMUNAN MU!
PERINGATAN
1) Setiap tulisan adalah cetusan dari pemikiran penulis yang ditulis secara spontan tanpa ditapis (screen) terlebih dahulu. Sekiranya terdapat tulisan yang menyentuh peribadi sesiapa, dipohon berbanyak ampun dan maaf. Diharap pembaca dapat menegur penulis.
2) Jika terdapat tulisan yang bertentangan dengan aqidah Islam, isi Al-Qur’an dan Hadith Nabi Muhammad s.a.w., tolonglah tunjukkan.
KEPADA YANG BERKENAAN
CETAKAN BUKU INI ADALAH TERHAD DAN SEKIRANYA PIHAK SAUDARA TERJUMPA BUKU INI, DIHARAP DAPAT DIKEMBALIKAN KEPADA SAYA DI ALAMAT SEPERTI BERIKUT:-
SHAIKH MAHDZAR BIN SHAIKH AHMAD
21, LORONG MAYANG PASIR 2
TAMAN SRI TUNAS, BAYAN BARU
11950 BAYAN LEPAS, PULAU PINANG
TEL. (H/P): 013 - 425 2067
DI ATAS BUDI BAIK ANDA, SAYA UCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH.
1) PENDAHULUAN
8.16 malam, 3 hb. November 1981 SELASA - 6 MUHARRAM 1402 H
Kandungan Buku setebal ini akan ku penuhkan dengan apa-apa sahaja yang tergerak oleh tanganku untuk menulisnya. Mungkin kandungan isi hatiku yang diterjemah dari alam bisu ke alam nyata. Mungkin satu gerakan dari satu dorongan yang tidak dirancang terlebih dahulu. Mungkin hidayah dari Allah Rabbul Jalil yang menggerakkan jemariku. Mungkin pula feedback dari tindakbalas pancainderaku yang lima bersatu dengan denyutan kata hati yang seni. Dan banyak lagi kemungkinan yang tak dapat digambarkan di saat yang cetek ini. Apa yang ingin ku nyatakan ringkasnya, kandungan buku ini bukanlah copyright dari buku lain yang asal. Kandungannya juga tiada dirancang atau di forecast terlebih dahulu. Isi dan bahasanya mungkin membosankan dan tidak se indah kata pujangga, sebab performance tulisan adalah “on the spot”.
END OF PENDAHULUAN
2) OBJEKTIF
8.32 malam, tarikh, hari dll. yang sama kecuali perbezaan gerakan jam dunia.
16 minit yang lalu atau telah berlalu 960 saat, ku lalui dengan menghabiskan detik-detik dengan menulis ruang PENDAHULUAN. Hatiku tenang di kala dan memahami penulisan tersebut. Tapi, (ada tapi pula), kalau fikir sekali lalu sungguh menakjubkan bagaimana terciptanya satu perkataan dari gerakan bibir dan hasil suara. Dikata “tapi”, orang yang faham sudah tahu maksudnya … khasnya orang Melayu. Dikata kepada mat saleh (orang putih), garu kepala sampai botak pun masih tak faham …. Dikata “but” baru dia tahu. Tetapi, “tapi” dengan “but”, lari jauh, jauh dari segi jumlah angka, bunyi, sebutan harakah dan lain-lain. Macam mana terjadi demikian. Bahkan di dalam dunia terdapat beratus ribu bahasa mengikut daerah, negeri, zon dan negara. Ini yang pelik ni. Tetapi jika diambil satu objek, katakanlah sebatang pensil diunjukkan kepada kanak-kanak berumur 7 tahun terdiri dari negeri-negeri seluruh dunia, maka mereka akan menyebut-nya mengikut bahasa masing-masing samada bahasa Inggeris, Arab, Tamil, Urdhu, Mandarin, Kantonis, Jawa, Boyan, Melayu, Mexican, Eskimo, German, Perancis dan lain-lain. Dan mereka tahu gunanya, iaitu satu …. untuk menulis (walaupun ada di antaranya mengguna pensil untuk menjolok lubang telinga, atau untuk menyucuk member). Samalah halnya dengan “tapi” tadi, walaupun berbeza sebutannya tetapi masing-masing tahu di mana letaknya, apa tujuan penyebutnya dan apa yang dihajati oleh si penyebut tadi. Maha Agong Allah lagi Maha Bijaksana. Di dalam ayat-ayat yang lalu sahaja, mahu tak mahu telah diguna perkataan “tapi” sebanyak lapan kali. Jika dibuang satu daripadanya, maka ayat-ayat yang dicipta akan tergantung, tak lengkap dan pembaca tidak akan faham akan apa yang penyebut cuba katakan. Begitulah pentingnya satu perkataan walaupun mudah sekali disebut. Begitulah juga pentingnya seorang insan biarpun ia seorang pemerintah, rakyat kelas atas, tengah, bawah, seorang arkitek, kerani biasa, pembersih jalan, novelis, penjual roti, penghantar surat khabar dan lain-lain lagi. Masing-masing saling perlu-memerlukan aktiviti orang lain supaya sempurna hidupnya (seperti ayat-ayat yang tidak tergantung … jika dibuang satu perkataan, sudah tentu menjadi ayat yang cumpang-camping). Ringkasnya, adalah tidak wajar seorang insan menghina atau merendahkan insan lain yang tidak se bulu dengannya sebab ia tidak tahu bagaimana aktiviti insan lain telah melengkapkan hidupnya secara tidak langsung tetapi berkait. Mungkin insan tersebut tidak berfaedah kepadanya tetapi tidak kepada zuriatnya dan generasi depan bila ia sudah mencium tanah. Di dalam penghasilan satu objek keperluan hidup, entah beratus insan terlibat. Contoh mudah katakanlah sehelai baju. Bermula dari kapas menjadi benang, menjadi kain yang berwarna warni, digunting mengikut ukuran baharulah menjadi se helai baju. Sebelum kapas menjadi baju, kerahan tenaga yang banyak telah terlibat. Insan mengutip kapas, diisi ke dalam lori (driver), kalau lori rosak maka mekanik masuk campur, ganti barang-ganti (pengeluar barang-ganti, pengekspot, pengimpot, kapten kapal, anak-anak kapal semua terlibat), driver lori hisap rokok, pengeluar i.e. pekerja-pekerja kilang tembakau ambil bahagian. Ringkasnya, bayangkanlah kesemua pekerja-pekerja / individu yang terlibat hinggalah terjadi se helai baju yang dipakai.
10.26 malam, 4 hb. November 1981 RABU - 7 MUHARRAM 1402 H
target awal. Sambungan tapi (rujuk kembali muka surat sebelum ini semula). Apa yang hendak ku katakan ialah ….. tetapi aku sendiri tidak tahu adakah antara kandungan buku ini dan kandungan hayat ku yang mana satu akan berakhir dahulu.
END OF OBJECTIVE
3) HARAPAN
10.35 malam, 4 hb. November 1981 RABU - 7 MUHARRAM 1402 H
Harapan ku cuma satu. Agar setelah merujuk kembali isi buku ini (buat diriku) dan membaca sekali lalu (buat orang yang sudi membelanjakan masa untuk menatapinya), akan merubahkan sesuatu samada tanggapan, perasaan atau perhatian. Mungkin mengubah dari situasi benci menjadi sayang, duka jadi suka, sakit hati jadi penyesalan, marah jadi reda, keruh jadi jernih; ringkasnya situasi negatif jadi positif. Harapan “minornya” banyak tak terhingga yang di antara lain agar jika ada dari zuriatku yang akan, sekurang-kurangnya, menatapi dan memperoleh pengajaran darinya.
END OF HOPE
4) PENGHARGAAN
10.48 malam, 4 hb. November 1981 RABU - 7 MUHARRAM 1402 H
Penghargaan yang maha tinggi adalah layak diberi kepada yang empunya segala kepujian yang maha tinggi pula …. Iaitulah Allah Rabbul’aalamiin. Sebab Dialah yang menggerakkan segala gerakan anggota dan perbuatan, yang telah mengizinkan dengan kuasaNya, agar aku mempelajari dari apa yang ku lihat, dengar, capai, rasa dan ku kecapi. Tak mungkin aku menulis jika tanganku kudung. Tak mungkin aku melihat jika aku buta. Tak mungkin aku memikir jika otakku tidak berfungsi lagi. Tak mungkin aku menggerakkan segala gerakan jika tanpa izin dan hidayah dari Nya. Kepada siapa lagi harus ku beri setinggi PENGHARGAAN? DIA, TIADA TUHAN MELAINKAN DIA!
END OF ACKNOWLEDGEMENT
5) PERINGATAN MANUSIA MENGEJAR MASA ATAU MASA YANG MENGEJAR MANUSIA?
DARI ZAMAN NABI ADAM A.S. SAMPAI SEKARANG, SE HARI TETAP 24 JAM.
MASA TETAP TERUS BERLALU WALAUPUN JAM DI- DINDING DAH KAKU.
INI BUKAN KITAB UGAMA, sebab pengarangnya bukan seorang alim.
INI BUKAN HADITH, sebab tiada Nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w.
INI BUKAN PAKSAAN, sebab aku tidak memaksa sesiapa walaupun diriku sendiri.
INI BUKAN TIRUAN, sebab tidak terdapat di dalam dunia, buku dan kandungan yang sama seperti ini.
INI BUKAN NOVEL, sebab ceritanya tidak dikarang terlebih dahulu.

END OF REMINDER
6) DOA, SATU HARAPAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi
YA ALLAH! BERIKANLAH AKU KEIMANAN YANG SEJATI DAN KEYAKINAN YANG TIDAK DISUSULI OLEH KEKUFURAN DAN BERIKANLAH AKU RAHMAT YANG DENGANNYA AKU MEMPEROLEHI KEMULIAAN KEBESARAN MU, DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.
END OF INTRODUCTION
1) QIBLAT
9.06 p.m., 12 hb. November 1981 KHAMIS - 15 MUHARRAM 1402 H
Dahulu dan juga sekarang, petani-petani yang mendedahkan diri kepada panas terik matahari bertungkus lumus menghimpun duit untuk menunaikan fardhu haji di Mekah. Untuk menyambut seruan Allah dan Rasul. Qiblat sekelian Mukmin.
Tetapi di saat ini, Stadium Negara (Malaysia) dipenuhi oleh puluhan ribu manusia termasuklah 10 Boeing Arab Saudi penuh dengan penumpang untuk satu perlawanan boleh sepak dengan Republik Rakyat Cina.
Pelik juga aku, di mana qiblat Mukmin di masa ini? Orang Arab tak payah bertungkus lumus sebab negaranya penuh dengan sumber wang; dan mampu memperolehi apa sahaja yang dihajati melainkan tiba satu saat yang membimbangkan iaitu bercerai ruh dari jasad.
RESULT: ARAB 2 - CINA 4
(NOTA: foto ini diambil dari Internet pada tahun 2001, betulkah atau cuma dakyah pihak Yahudi atau pihak-pihak tertentu nak musnahkan Islam? Awas! Zaman “internet”, fitnah berleluasa!)
2) KESULITAN
9.13 p.m., 12 hb. November 1981 KHAMIS - 15 MUHARRAM 1402 H
Sebab-sebab aku ditimpa kesulitan:-
1. selalu nampak kesalahan orang tetapi diri sendiri lebih jahat dari orang.
2. tidak punya satu matlamat yang tertentu di dalam penghidupan.
3. sebab tidak punya matlamat maka perjalanan hidup tidak menentu.
4. satu pengajaran dari Allah untuk diriku supaya lain kali jangan hanya menyalahkan orang dan mengata-ngata orang.
5. satu ujian Allah untuk menguji keimanan ku. Lagi kuat keimanan maka lebih hebat lagi dugaan dari Allah.
6. aku lupa diri bila aku senang dan lari jauh dari target mula sebelum aku mula bekerja (untuk menyenangkan hati orang tuaku).
7. aku semakin tamak dengan mata benda dunia hingga hilang kesabaran.
8. Allah tidak redza dengan beberapa perbuatan ku yang sudah melampaui batas.
9. Allah hendak mencuci diriku sebelum aku bertemu denganNya.
10. kesulitan untuk mengajari diriku sendiri supaya di masa hadapan aku tidak terjatuh ke dalam lubang yang sama buat kali kedua pula.
11. dah menjadi fitrah manusia dan fitrah Allah - manusia ditimpa-kan dengan kesulitan supaya manusia mensyukuri nikmat Allah selepas memperoleh kesenangan pula.
3) NASIHAT DIRI
10.32 p.m., 12 hb. November 1981 KHAMIS - 15 MUHARRAM 1402 H
ENGKAU JANGAN TAMAK
ADA OTAK ……. FIKIR
ADA WANG …… AWAS!
ADA KERJA …… BUAT SEBAIK-BAIKNYA
YANG BAIK …… SEGERAKAN, jangan tunggu lama-lama!
YANG JAHAT …. JAUHI DAN CERAIKAN TALAK 3
IBU BAPA ……… HORMATI
KERJA-KERJA YANG TAK BERFAEDAH ……………. STOP
PELIHARALAH MUKA DARI NERAKA!!
4) JEJAK
10.05 p.m., 12 hb. November 1981 KHAMIS - 15 MUHARRAM 1402 H
5) GERAF HIDUPKU
11.06 p.m., 12 hb. November 1981 KHAMIS - 15 MUHARRAM 1402 H
6) TAHU DAN AMAL
5.45 a.m., 13 hb. November 1981 Jumaat - 16 MUHARRAM 1402 H
Aku ini terlampau banyak menulis, membaca, mengata, tak boleh simpan rahsia, itu dan ini tetapi pelaksanaannya sungguh mengecewakan ~ sebab perbuatan tidak sama dengan percakapan atau apa yang dibaca.
Lebih baik tahu sikit tetapi amal banyak daripada tahu banyak tetapi amal sikit saja.
Semalam apa fasal tak sembahyang Isyak? Terus tidur. Apa sengaja atau tak sengaja? Tidak ada apa-apa “maniaq” (tegahan / halangan) pun tak boleh sembahyang juga. Yang lima makin berkurang bukan makin bertambah. Apa nak jadi ni?
7) SOALAN DAN JAWAPAN
7.22 p.m., 17 hb. November 1981 SELASA - 20 MUHARRAM 1402 H
Ya Allah! Soalan-soalan ini aku kemukakan kepada Engkau. Aku tahu Engkau menjawabnya tetapi tidak kedengaran kepada telinga kasarku. Aku harap, jika pun Engkau tidak gemar mendengar keluhan hamba Mu yang jahat ini, memadailah Engkau meniliki ku setiap saat. Janganlah Engkau meninggalkan diriku bersendirian lantaran dosa-dosa yang telah ku lakukan selama ini. Walaupun aku mendengar suaraMu di sebalik tabir tebal tanpa melihat wajahMu, hatiku sudah cukup puas, padanlah dengan perbuatanku selama hampir 25 tahun ini. Aku yakin, aku akan berdiri di hadapan Engkau kelak, tetapi bagaimanakah keadaan ku di kala itu tidak dapat ku gambarkan, cuma dapat ku duga lebih teruk dari keadaan ku sekarang ini.
Jika Engkau mengampuni aku, sesungguhnya aku adalah hamba Mu; jika Engkau mengazab ku, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala-galanya.Engkau juga berkuasa menutup atau membuka segala keaiban yang dilakukan oleh hamba-hamba Mu.
Soalan ku:
1. adakah aku masih berfaedah (memberi munafaat) kepada dunia, maka Engkau lanjutkan usiaku?
2. Engkau lebih mengetahui akan kegagalan diriku menghadapi segala ujian Mu, mengapa aku terus gagal? Apakah ada fadhilat di sebalik kegagalanku?
3. mahukah Engkau melihat rupaku tanpa tabir setelah apa yang ku lakukan selama ini?
8) KELUARGA BAHAGIA
01.17 a.m., 19 hb. November 1981 KHAMIS - 22 MUHARRAM 1402 H
Ya Allah! Aku mengaku dan yakin dengan seyakin-yakinnya bahawa segala peristiwa yang terjadi di atas muka bumi dan di langit adalah di atas kekuasaan dan keizinan Engkau jua.
Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatNya sempurna segala kebajikan.
Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang terjadi sebentar tadi ~ di kala alam telah senyap sunyi. Tak mahu aku catetkan apa yang terjadi tetapi memadailah aku menyatakan satu pengajaran yang ku pelajari.
(Perenggan berikutnya tidak didedahkan i.e. tidak diluluskan untuk dipamerkan oleh Badan Penapis saya sendiri ..... minta maaf).
LAA ILAAHA ILLAA ANTA, SUBHAANAKA INNII KUNTU MINADZ DZOLIMIIN
Ya Allah! Berilah petunjuk dan hidayat kepada ku agar segala langkah ku mendapat keredzaan kedua orang tua ku dan keredzaan Engkau juga. Aku sekarang kehilangan pedoman di dalam hidup apabila terjadi satu-satu peristiwa yang mana gagal aku mencari jalan keluar disebabkan kedhaifan diriku sendiri jua. Ya Allah! Bersihkanlah segala niatku agar segala perbuatanku adalah ikhlas kerana Engkau dan tidak mengharapkan sesuatu balasan dari dunia ini yang tiada harga di sisi Engkau. Jauhilah diriku dari fitnah hidup dan fitnah mati. Jadikanlah keluarga kami sebagai sebuah keluarga yang damai dan bahagia. Amiin.
9) DULU (1975) DAN SEKARANG (1981)

(Lakaran potret wajahku semasa menjadi student Universiti Sains Malaysia 1977, HBP I)
10.05 p.m., 12 hb. November 1981 KHAMIS - 15 MUHARRAM 1402 H
11.06 p.m., 12 hb. November 1981 KHAMIS - 15 MUHARRAM 1402 H
1, 2, & 3: kemungkinan di masa hadapan

7.30 p.m., 19 hb. November 1981 KHAMIS - 22 MUHARRAM 1402 H
10) KONSEP LILIN
10.36 p.m., 21 hb. November 1981 SABTU - 24 MUHARRAM 1402 H
Konsep Lilin : membakar diri untuk memberi cahaya sekitaran tetapi ada had tertentu di mana sumbu, badan lilin akan berakhir ~ diganti dengan lilin baru.
BIL
|
DULU
(1975)
|
SEKARANG
(1981)
|
1
|
Tidur
malam dengan tasbeh, tahmid dan takbir
|
Tidur
dengan radio transistor
|
2
|
Menanti-nanti
masuk waktu sembahyang
|
Bila
sukar dapat tempat, aku gelisah masuk waktu; bila lapang masa, aku
lengah-lengahkan kadang-kadang sampai habis waktu
|
3
|
Setiap
saat ingatkan Allah
|
Waktu
belahak kenyang, baru ingat Allah
|
4
|
Banyak
derma (bukan nak menunjuk!)
|
Banyak
duit tapi kedekut. Buang duit pada tempat yang tak memberi faedah (boros)
|
5
|
Segala
gerak langkah aku berhati-hati
|
Hantam
keromo, kemudian baru menyesal
|
6
|
Banyak
menangis bila mengenangkan perbuatan-perbuatanku
|
Kurang
menangis tetapi banyak ketawa
|
7
|
Selalu
solat tahajjud dan tasbeh
|
Subuh
pun terlepas selalu
|
10) KONSEP LILIN
10.36 p.m., 21 hb. November 1981 SABTU - 24 MUHARRAM 1402 H
Konsep Lilin : membakar diri untuk memberi cahaya sekitaran tetapi ada had tertentu di mana sumbu, badan lilin akan berakhir ~ diganti dengan lilin baru.
11) BIJAK, BODOH DAN DUNGU
11.40 p.m., 21 hb. November 1981 SABTU - 24 MUHARRAM 1402 H
Orang yang bijak ialah orang yang tahu di mana letak kelemahan diri-nya dan bagaimana cara hendak mengatasi kelemahan itu.
Orang yang bodoh ialah orang yang jatuh ke dalam lubang yang sama buat kali kedua.
Orang yang dungu ialah orang yang tak tahu apa yang diketahui dan apa yang diperkatakannya sendiri.
Orang yang bijak tetapi bodoh ialah orang yang punya kemampuan tetapi disia-siakan dengan membuat kerja-kerja yang tak berfaedah.
Orang yang bijak tetapi dungu ialah orang yang memikirkan ia sudah cukup sempurna dan tidak memerlukan orang lain di atas dunia ini.

12) ORANG PALING LEMAH
11.47 p.m., 21 hb. November 1981 SABTU - 24 MUHARRAM 1402 H
Orang yang paling lemah ialah orang yang cepat naik radang jika terjadi sesuatu yang tak disukainya. Di kala itu, setan laknat menguasai dirinya sehinggakan ia lupa segala-galanya berlaku dengan qadha’ dan qadar Allah subhaanahu wata’aala. Dia lupa bahawa dia juga pernah melakukan kesalahan yang sama tetapi tidak pernah ia menyalahkan dirinya sendiri sebaliknya mencari-cari jalan agar orang yang tak bersalah jadi bersalah. Alangkah buruknya berperangai demikian. Bukan sahaja ia menipu dirinya sendiri malah ia telah mem-buat satu pembohongan kepada Allah yang lebih mengetahui segala-galanya. Ia menzalimi dirinya sendiri tetapi tidak disedarinya.
13) DUAL PERSONAL
12.30 a.m., 23 hb. November 1981 ISNIN - 27 MUHARRAM 1402 H
Beginilah rupa keadaan batinku di masa ini. Terdapat dua personaliti ~ yang baik dan yang jahat dan banyak lagi sifat kontra yang sentiasa berlawan di antara satu dengan lain. Ada kalanya yang satu menang, yang satu lagi kalah and vice versa. Yang satu tidak pernah secocok dengan yang satu lagi. Selalu bertengkar sejak celek mata hingga hendak memejamkan mata. Adakah dua personal ini akan terus ujud? Jika ya, sampai bila?

(Lakaran wajah dua personal)
12.45 a.m.., 23 hb. November 1981 ISNIN - 27 MUHARRAM 1402 H
Aku di dalam lingkaran dunia!!
Namun demikian aku tetap senyum sebab segala-galanya kehendak Allah subhaanahu wata’aala.
11.56 p.m., 23 hb. November 1981 ISNIN - 27 MUHARRAM 1402 H
Diary perjalanan hidupku pada hari ini:
Walid
gerak bangun sembahyang subuh tetapi aku merungut terus tarik selimut ~
continue
|
|
Bangun
~ kelam kabut sikit - bersih kepala, muka, berus gigi - habis
|
|
Pakai
baju; tak shave janggut, tabur bedak, sikat rambut, cari seluar yang sesuai ~
tiada, pakai seluar raya tahun 1978 (koyak sebelah joint kiri dekat poket),
baju jaket grey dua poket (S. Mahdi punya) ~ terus turun ke bawah; pakai
kasut “Poma” (bukan Puma)
|
|
Start
kereta PAE 4003 Datsun 120Y terus keluar rumah ~ “Q” panjang bermula dari
Balai Polis Sungai Nibong
|
|
Sampai
office ~ isi buku kedatangan jam
|
|
Makan
pagi di kantin Pak Shariff; teh panas dan roti mentega
|
|
Till
9.30
|
Proceed
dengan design wholesale market
|
Meeting
dengan akitek Lim Ban Beng, A. Bakar & Fatahiyah
|
|
Makan
pagi lagi; bihun goreng dan nescafe “O”:
|
|
Till
12.00
|
Continue
design, chit chat dengan member Div. Arch.
|
Till
12.50
|
Bincang
dengan LBB fasal application for technician di Arch. Div.; shortlist only 4
success candidates to call for interview
|
Lunch
di kantin PDC
|
|
Ke
rumah Oti (rumah teres 1 tkt. Immigresen) - jaga Naguib kejab, berak, mandi
dan sembahyang Zohor - shave janggut dan misai.
|
|
Terus
design dan baca majalah-majalah Architecture
|
|
Tidur
di bilik sembahyang waktu office for the first time
|
|
Balik
ke Glugor - terima
|
|
Till
6.30
|
Tidur
lagi
|
Hantar
Halim Ismail ke Sg. Nibong, rumah Khatila
|
|
Till
8.30
|
Di
rumah Khoya (Pantai Jerejak, depan Pesta), jumpa husband Roji - tonton t.v.;
makan sup daging dengan roti
|
Mahadi
(member UDA) datang dan sembang-sembang sampai jam 10.00 malam ~ discuss Exam
Government
|
|
Till
now
|
Relax
kat bilik - lihat magazine Arch; kejap lagi nak tidur lagi!
|
(perspective lakaran rumah bungalow setingkat)
(NOTA: 1 Ogos 1981 - mula kerja di Bahagian Akitek, PDC, Bayan Baru, P. Pinang)
8.09 pm. (Nota: jam resmi Malaysia, awal 30 minit dari waktu biasa sejak 31 Disember 1981 yang lalu)
17 Januari 1982 AHAD
Nota catetan Syarahan oleh Ustaz Salehuddin di Surau Taman Brown pada 10 Januari 1982.
Abu Lahab menyambut kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dengan mengorbankan seekor kambing dan dibuat kenduri (padahal pada zaman itu, orang-orang Arab jahiliyah paling kedekut hendak mengor-bankan kambing untuk tujuan itu).
40 tahun kemudian, ketika Nabi Muhammad s.a.w. mengisytiharkan bahawa beliau diperintah Allah s.w.t. menjadi Rasulullah, Abu Lahablah penentang paling agung sekali dengan alasan Muhammad hendak memecahbelahkan kaum Arab padahal mereka (Arab-arab Jahil) jugalah yang memberi gelaran “Al-Amin” kepada Rasulullah s.a.w.
Abu Talib (bapa saudara Rasulullah s.a.w.) enggan beriman kerana khuatir kedudukannya sebagai ketua Arab terjejas namun ia tetap memberi perlindungan jika Rasulullah s.a.w. ditentang sebab ia masih punya pertalian darah dengan Rasulullah s.a.w. Di akhir hayatnya, Abu Talib enggan mengucap syahadah walaupun Rasulullah s.a.w. mengajarnya berkali-kali. Maka turunlah ayat yang bererti; “engkau tidak boleh memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi tetapi Allah memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki Nya”.
Sikap Siti Khadijah yang memberi rangsangan dan harapan kepada Rasulullah s.a.w. untuk terus menegakkan Agama Allah dan pengorbanan harta benda Khadijah sehingga akhir hayatnya ia bersedih kerana tiada lagi harta yang hendak dikorbankan dan jika boleh setelah jasadnya tinggal tulang-tulang sahaja hendaklah diambil sebagai senjata fiisabilillah.
Ayat-ayat kedua diturunkan ketika Rasulullah s.a.w. sedang menggeletar berselimut sekembalinya dari Gua Hira; surah Al-Muddath’thir “…. Bangunlah! Dan berilah peringatan”.
17) RASUL DAN UJIAN
12.07 am., 20 Januari 1982 RABU
Kebanyakan malah kesemua Pesuruh-Pesuruh Allah dan Nabi-Nabi Nya mengalami berbagai-bagai ujian dan dugaan dari Allah. Segala-galanya ditempuh dengan penuh keimanan dan mengharapkan Rahmat Allah, akhirnya mereka berjaya mendapat title “Kekasih Allah” dan Allah pun redza kepada mereka ~ itulah nikmat yang terbesar sekali di akhirat kelak.
Mereka juga manusia dan punya anatomi yang sama seperti manusia sekarang (malah sejak Nabi Adam a.s. lagi) ~ mereka juga mem-punyai routine harian yang sama, bezanya mereka lebih hampir kepada Allah sebagai balasan ketabahan, keyakinan, harapan dan kesanggupan mereka berjihad (terutama melawan nafsu) di jalan Allah dengan sepenuh jiwa dan raga. Hati atau ruhani mereka kenyang walaupun badan mereka luka-luka menjadi mangsa lontaran batu.
Nabi Ayob a.s. diuji dari segala aspek misalnya dari kaya raya menjadi miskin kedana. Kemudian nyawa kesemua anak-anaknya dicabut. Kemudian ditimpakan lagi dengan penyakit berjangkit. Ditambah melarat lagi, baginda diusir keluar dari kampung dan tinggal bersama isterinya di dalam gua …. Betapa sukarnya hidup dan tabahnya si isteri terus tinggal dengan baginda walaupun seluruh badan Nabi Ayob a.s. dipenuhi ulat-ulat….sehingga akhirnya ia terpaksa membotakkan kepala (menjual rambut) untuk membeli roti; ini menimbulkan kemarahan kepada Nabi Ayob a.s. dan si isteri meninggalkannya kerana tak tahan menanggung sengsara. Ketika ulat-ulat memakan jasadnya yang tak berisi lagi, Nabi Ayob a.s. berdoa agar janganlah si ulat tadi hinggap di lidahnya dan di hatinya supaya ia dapat terus berzikir kepada Allah Azza wa jalla. Akhirnya Allah mengembalikan semua yang telah diperolehinya termasuk harta kekayaan, anak-anak dan isteri kerana telah nyata Nabi Ayob a.s. benar-benar seorang hamba Allah yang penyabar.
18) DULU LAIN SEKARANG LAIN
12.13 am., 30 Januari 1982 SABTU
Dulu, (sebelum 1981), aku membaca banyak buku-buku agama dan menghadiri kuliah-kuliah agama di masjid-masjid/surau - aku tak jemu mendengar siaran-siaran radio berkaitan agama dan segala penglihatan, perasaan, pendengaran dan sebagainya ku kaitkan kepada kebesaran Ilahi dan betapa agungnya ciptaan Allah. Hatiku tenang sekali (walaupun tidak 100%) kerana sekurang-kurangnya aku ada mengamalkan (walaupun tak semua) segala apa yang aku dengar, lihat dan tuntuti. Kebajikan yang ku lakukan dengan ikhlas, aku bersyukur dan berpuashati. Aku sendiri yang menilai segala perbuatan ku. Dulu, aku juga telah berusaha dengan sedaya upaya agar dapat menjauhi segala yang ditegah Allah s.w.t. Aku sedar aku lemah dan dhaif untuk menentang nafsuku sendiri walaupun kegagalan yang selalu ku alami. Akhirnya aku bertawakkal kepada Allah dan dengan penuh harapan di masa hadapan aku akan peroleh kemenangan serta tidak akan bertindak melebihi apa yang telah aku kerjakan (tegahan).
Tetapi sekarang …….. apa yang ku harap-harapkan tidak tercapai ~ yang ku maksudkan ialah kemenangan diri sendiri. Malah segala tindakan ku adalah melampaui batas. Aku lalai dengan suruhan dan perintah Allah di samping terus melakukan segala tegahan Nya. Kegagalan terus menimpa diriku dan ketenangan jiwa yang ku harapkan tidak kunjung tiba. Hatiku resah setiap masa. Aku tidak langsung redza dan bergembira dengan perbuatan ku sebab aku tahu Allah mungkin telah murka kepadaku. Segala amal kebajikan ku tidak langsung menegah diriku dari melakukan kemungkaran (aku tidak salahkan amalan kebajikan ku sendiri tetapi aku salahkan seluruh diriku sendiri). Aku telah menyalahgunakan segala kenikmatan yang Allah kurniakan kepada diriku.
Aku rasa aku seolah-olah mempermain-mainkan ayat-ayat Allah dan sunnah-sunnah Nabi s.a.w. yang aku telah ketahui ….
Mei 1969: tragedi berdarah 13 Mei. Di masa itu (dan sebelum dari tarikh tersebut), aku dihidapi penyakit gatal-gatal di seluruh badan khasnya bahagian tangan dan kaki di mana Dr. Preira mengubati aku hingga sembuh kembali dengan pantang makan ikan; kena makan nasi, telor goreng dan kicap selama sebulan (pantang ini sukar dipecahkan hingga sekarang aku masih tak lalu makan ikan). Semasa tragedi 13 Mei, aku masih ingat ibuku setiap hari menggiling ubat ros (pill MD) dijadikan serbok dicampur dengan minyak kelapa dan disapu pada kudis-kudis gatal. Masih ingat lagi aku, di waktu malam, tanganku dibungkus dengan glove kain yang dibuat oleh ibuku supaya aku tak sapu muka. Badan-badanku yang gatal digaru dengan daun semambu. Perintah berkurung (curfew) dan pecah kedai terus berlaku di kawasanku. Di rumah kami, persiapan untuk mempertahankan diri hanyalah ketul-ketul batu dan gendang raya masjid. Bekalan makanan mencukupi selama tempoh berkurung.
Masa terus berlalu. Tahun 1971, aku menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) di Sekolah Abdullah Munshi. Tatkala aku menduduki kertas Ilmu Hisab, ketika balik, kawasan sekolah (yang terkenal dengan banjir) dipenuhi air bah besar. Aku meranduk air setakat peha untuk balik ke rumah. Peperiksaan terus berjalan dengan selamat. Cita-citaku hendak menjadi seorang Arkitek muda datang mendadak (aku sendiri tidak tahu apa puncanya). Aku lulus SRP dengan Gred A (21 unit) dan dinaikkan ke Tingkatan 4 Sastera di S.A.M. Aku masuk menjadi ahli Kelab Interact dan mengikuti perjumpaan Interact Club se Pulau Pinang di khemah Waterfall - pertama kali aku melibatkan diri dengan masyarakat di luar sekolah. Di masa ini, aku mula belajar sendiri bermain gitar. Lagu pertama yang aku mainkan ialah “Imagine” (John Lennon, Beatles). Aku juga dilantik menjadi Pengawas Sekolah (selama hampir 2 - 3 bulan). Di samping itu aku juga mewakili sekolah dalam Peraduan Syarahan di Sek. Men. Perempuan Methodist (MGS) dengan mendapat hadiah Saguhati (buku DBP) pada 20 Julai 1971. Aku juga meminati permainan ping pong (table tennis) disamping badminton dan gimnastik. Bermain dengan sahabat karibku, Razali Mohd. Zain (anak Md. Zain @ Andrew Anthony, peninju Pulau Pinang, Ceylonist).
Satu ketika, kawanku Rahimi (berek Balai Polis Jalan Patani) hendak membuang borang permohonan masuk ke sekolah teknik. Aku memintanya dan ingin mencuba nasib sebab dengan gred yang aku perolehi aku yakin tak akan dapat masuk ke sekolah teknik. Aku pun terus mengisi borang dan menghantarnya. Selang sebulan, aku menerima surat tawaran ke Sekolah Menengah Teknik, Alor Setar, Kedah dalam jurusan Binaan Bangunan, aliran Melayu. Bapaku merujukkan perkara ini kepada pakcik ku, Abang Rahman (Khala Tila). Di atas galakan beliau, aku menerima tawaran tersebut walaupun asrama belum siap untuk diduduki (sekolah baru sebagai first batch 1972). Masalah tempat tinggal, aku terpaksa menumpang di rumah Kak Yam (anak pakcik Mat/Khatimah) dan Abang Kob (di Pantai Johor, Kedah) yang sewa rumah dari Pak Haji Saud Yasin (anaknya, pilot Major Ismail yang meninggal dunia dalam kemalangan helikopter di Genting Highland baru-baru ini). Ibu ku terus bersedih dan gelisah mengenangkan nasibku yang selama ini tidak pernah bepergian jauh dan berpisah. Bapaku tetap tenang kerana beliau bermimpi aku memegang se butir telor ayam. Umur ketika itu 15 tahun 5 bulan.
(disambung pada 2.30 a.m. 21 Mac 1982 Ahad)
Sebelum aku hadir ke rumah Kak Yam, rupa-rupanya di antara pasangan suami isteri ini telah berlaku krisis keluarga yang akhirnya membawa kepada penceraian (sudah punya 3 orang anak kecil). Aku sedar, kedatanganku yang tak dijemput ini mungkin menyulitkan lagi kehidupan mereka walaupun aku tidak pernah mengambil kesah hal rumahtangga mereka.
Pada waktu mendaftar diri, kami menumpang di Sekolah Menengah Cina Keat Hwa, Jalan Kuala Kedah di sebelah petang kerana sekolah kami belum boleh didiami. Selepas makan tengahari ala kadar, aku terus ke sekolah ditunjuk ajar jalan oleh seorang tua bersaudara dengan Kak Yam (Pak Choh). Waktu hampir malam, baharu aku sampai ke rumah (kena tukar dua bas i.e. bas Anak Bukit dan bas Kuala Kedah).
Setelah 4 atau 5 hari aku di situ, ketika balik dari sekolah, tiba-tiba keadaan rumah penuh dengan orang ramai dan teriak tangis. Mulanya aku tak tahu apa yang sedang berlaku sehingga bapa Abang Kob (Yaakob) menerangkan keadaan sebenar dan aku berpindah ke rumah Haji Saud (Tuan Tanah/rumah dan pesawah) diuruskan oleh mereka.
(disambung pada 8.18 p.m. 22 Mac 1982 Isnin)
Tinggallah aku di rumah Haji Saud. Aku berkawan rapat dengan anaknya sehingga seperti adik beradik se darah se daging padahal cuma ikatan silaturrahim. Namanya Adik Ani … anih tak? Makan, minum dan tidur sebelah menyebelah katil. Sebenarnya itu nama timangan sahaja. Nama yang sebenar ialah adik Abdul Ghani; muda se tahun dari aku. Adik Ani lebih minat kepada kerja-kerja sawah padi berbanding dengan pelajaran sekolah. Ia rajin dan kuat bekerja berbanding dengan aku. Aku tinggal bersama keluarga Pak Haji Saud sehingga 22 Oktober 1972 (selama 6 bulan genab) kerana berpindah ke asrama sekolah. Kehidupan di asrama jauh berbeza dengan tinggal di rumah Pak Haji kerana routine hariannya sentiasa sama dengan waktu-waktu yang ditetapkan. Aku kawan dengan semua orang termasuk mamak kantin, budak keling kerja kantin (Baharuddin), pak cik gardener dan sebagainya.
Kehidupanku semasa di Kedah adalah paling sederhana baik dari segi perbelanjaan, makan pakai, tempat tinggal dan peralatan sekolah. Perbelanjaan biayaan Walid kepadaku sekadar purata cuma $65.00 termasuk yuran sekolah, sewa rumah, tambang bas (dua bas), makan minum dan segalanya. Masuk ke Tingkatan 5, aku berjaya mendapat biasiswa kecil bulanan yang sedikit sebanyak membantu Walid membayar yuran peperiksaan SPM 1973.
Masih ingat lagi aku peristiwa-peristiwa yang menarik selama tinggal di asrama. Yang paling menarik ialah selepas jam 11.00 malam, lampu asrama ditutup; time tidur. Tetapi kebanyakan student (especially bila hampir dengan peperiksaan) belum bersedia lagi - harus terus mengulangkaji. Salah satu cara mengatasinya ialah membuat lampu study sendiri dengan lilin.
Satu ketika kawanku guna lilin dan diletakkan di atas punggung baldi cuci baju (plastik). Bangun pagi punggung baldi telah berlubang sebab tertidur dan terlupa “switch off”. Pernah sekali, Guru Besar (HM) Cikgu Razak Shariff meronda malam sedang kami curi-curi study, tiba-tiba kami dengar tin-tin dan timba-timba plastik (lampu study) turun tangga. Rupa-rupanya HM dah dapat tahu dan membuangnya - operasi sapu bersih. Suatu hari, HM panggil semua murid-murid asrama berkumpul dengan wajah marah dan tongkat semambu di tangan. (Beliau sebelum ini adalah guru “disiplin” asrama Sek. Men. Sultan Abdul Halim, Jitra). Rupa-rupanya, se waktu mengulangkaji di kelas, seorang murid telah melakar gambar HM dengan perut buncit di atas meja study. Kesemua murid yang mengguna kelas tersebut tidak mahu mengaku, akhirnya kesemua (20 - 25 orang) kena tampar. Ada yang bengang telinga, ada yang merah pipi, ada yang terpelanting kacamata dan sebagainya. Memandangkan peperiksaan dah hampir, akhirnya HM bersetuju membenarkan murid-murid asrama mengulangkaji pelajaran sehingga pukul 12.00 malam. Semasa di T.I., aku terus bergiat bermain gimnastik, kungfu, silat dan karate (melalui buku) dan praktik dengan kawan. Pernah sekali aku mencabar seorang budak cina dan tiga orang budak melayu (orang Alma, Bt. Mertajam, budak Padang Rengas, Perak dan budak Jitra) kerana selalu mengkias-kias cakap berkenaan body ku dan kebolehan ku. Tapi sekadar tikam lidah sahaja sebab member datang menyabarkan. Tetapi akhir persekolahan, kami jadi rakan semula. Waktu peperiksaan, selepas menjawab soalan Sains Fizik, aku betul-betul bersedih di atas keupayaanku. Dan mula aku joint member hisap rokok untuk release tension. Mulanya terbatuk asap tetapi lama-lama o.k. lah (for the first time in my life …. Till now!). Di akhir persekolahan, kami mengadakan malam perpisahan. Aku mengambil bahagian di dalam drama antara kelas-kelas dan mendendangkan lagu “Imagine” sambil bermain gitar. Keputusan peperiksaan SPM sekolah kami (first grade) sungguh menggembirakan walaupun yang masuk ke sekolah ini dengan result SRP / LCE yang teruk. Keputusan peperiksaan SPM, SMTAS 1973:
23) USIA KAHWIN TIGA TAHUN
12.20 a.m., 28 JUN 1985 (catetan ini ditambah kemudian)
24) POTRET
7.30 p.m.; 18 Mei 1982 SELASA
Inilah wajah yang selama hidupnya akan terus diuji dengan cubaan demi cubaan sehingga ketemu liang lahad. Ada kalanya ia berjaya, ada kalanya tidak. Dari wajahnya sudah kelihatan dirinya tidak pernah bercerai dengan kesulitan hidup walaupun hidupnya sukses pada mata manusia.
Wajah dan diri ini tidak akan lepas bebas dari qadha dan qadar Allah s.w.t. yang sudah lama tercatet di Luh Mahfudz. Allah sahaja yang mengetahui kandungan catetan tersebut.
Sebagai manusia yang telah mengaku dirinya Muslimin, wajah dan diri ini tetap sahaja redza dan bersyukur dengan segala qadha dan qadar Allah walaupun ianya manis atau pahit.
Ku tenung lama-lama foto tersebut, aku seolah-olah kehairanan dan tersenyum sendirian. Apakah benar yang empunya wajah tersebut sekarang ini sudah berusia 26 tahun dan sudah berkahwin dan hidup dalam serba mewah! Tidak pernah terlintas padaku, wajah ini akan menjadi seperti apa yang kelihatan / dimiliki sekarang ini. Itulah tanda-tanda keagungan Allah.
25) JALAN LURUS
12.30 a.m.; 19 Mei 1982 RABU (sebenarnya jam 12.00 malam tepat, sebelum Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad mengubah jam dunia di Malaysia bagi diseragamkan dengan waktu di Malaysia Timur)
1) Mulanya perjalanan hamba Allah itu mengikut jalan yang benar setelah datangnya petunjuk. Ia pun mengikutnya sekadar ilmu yang ada padanya dan terus meningkatkan amal kebajikan buat dirinya. Tetapi di pertengahan jalan, tiba-tiba ia diuji dengan hebatnya dengan ujian dan dugaan dunia (seperti kesebokan bekerja, daya tarikan kebendaan dunia) seterusnya menyebabkan dirinya terkeluar dari landasan jalan yang lurus.
2) Bermula hamba Allah itu, perjalanannya baik dan mengikut jalan yang lurus. Entah bagaimana dengan cabaran yang dihadapinya menyebabkan dirinya terbias dari jalan tersebut. Setelah disedari akan apa yang telah terjadi kepada dirinya, ia pun kembali semula ke jalan yang lurus; setelah sebelumnya ia mengambil jalan lain yang lebih jauh lagi menyulitkan. Namun demikian ia sampai terus ke “target”.
3) Keadaan hamba ini hampir sama dengan keadaan di dalam kes 2. Bezanya kesedaran pada dirinya timbul lebih awal dan terus ia kembali ke jalan yang lurus tersebut. Tidak banyak halangan atau jalan jauh yang terpaksa dilaluinya.
26) HIJRAH
1.30 a.m.; 19 Mei 1982 RABU
Apakah di dalam keadaan kerja ku sekarang ini, aku harus berhijrah? Ini satu persoalan yang sulit hendak diselesaikan. Aku masih kurang berpengetahuan untuk menentukan hal ini.
Perkara “escapism” adalah sesuatu yang agak rumit diselesaikan di dalam jangkamasa yang singkat. Tetapi aku akan cuba juga. Insya’allah! akan berjaya. Aku tak kira samada hijrah aku ini “vertical” atau “horizontal”; asalkan aku dapat menikmati hidup ini dengan kegembiraan bukan kepayahan.
27) RAMAZAN AL-MUBARAK
12.15 a.m.; 12 Jun 1985, RABU
Dah masuk hari Rabu. Ini bermakna sudah tiga minggu umat Islam seluruh dunia telah berpuasa kerana mentaati suruhan Allah, Tuhan sekelian alam.
Ada yang mengharungi tempoh tersebut dengan gembira kerana di dalam tilikannya ia sudah berjaya mematahkan nafsunya yang sentiasa menyeru kepada tegahan Allah. Ada juga yang berdukacita apabila ia sedar puasanya gagal mengubah sifatnya terutama pemarah seperti juga di bulan-bulan lain. Satu istimewanya bulan Ramazan dan amalan puasa ialah Allah sahaja yang mengetahui dan yang akan memberi ijazah kepada yang benar-benar cemerlang di dalam amalan puasa makhluk Nya.
Bagaimana dengan aku? Allah sahaja yang mengetahui kejayaan dan kegagalan ku. Walau bagaimanapun, aku tidak akan berputus asa dari mengharapkan rahmat dari Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Menyayangi.
28) STRATEGI DAN CITA-CITA
12.35 a.m.; 12 Jun 1985, RABU
Inilah strategi dan cita-cita ku di masa akan datang jika Allah melanjutkan usiaku;
Pertama, aku akan bersyukur di atas rezeki halah yang aku perolehi dan sudah cukup bagiku untuk berbangga kerana aku memperolehinya dari punca-punca yang halal dan usaha titik peluh ku sendiri.
Kedua, aku bercita-cita untuk terus berusaha sehingga dikurniakan cahayamata dari isteriku tercinta yang seorang sahaja, yang akan menyambung zuriat kami di atas muka bumi ini.
Ketiga, aku akan membeli tanah dan mendirikan rumah di atasnya. Rekabentuk rumah ini mungkin sederhana tetapi lengkap dengan segala keperluan asas. Aku akan menyediakan sebuah bilik khas untuk beribadat dan berkhalwat dan aku harap tiada apa-apa halangan yang akan menegah aku dari berkhalwat.
Keempat, aku akan cuba mengubah corak kerja sekarang ini dari kerja dengan kerajaan kepada swasta (private) atau membuka firma pemaju bergabung dengan pihak-pihak tertentu. Buat masa ini tidak boleh dilaksanakan kerana aku perlu mengutip/mengumpul sebanyak mungkin pengalaman. Keadaan pasaran dan ekonomi negara juga tidak mengizinkan. Persaingan hebat sedang berlaku di antara beberapa firma yang baru dan yang sudah berpengalaman.
Kelima, untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat, aku harus bijak mengimbangkan masa, aktiviti, yang halal dari yang haram dan mendahulukan yang lebih afdzal. Aku tidak mahu kejayaan aku diiringi dengan penipuan, sumber-sumber haram, pemerasan dan ketidakadilan sesama manusia.
Semoga Allah beserta dengan impian dan cita-cita ku. Amiin.
29) BUNTU SE BENTAR!
10.23 p.m.; 12 Jun 1985, RABU
Buntu betul otak ini hinggakan aku tak dapat mencari topik yang baik untuk ditulis selama hampir 13 minit sebab telingaku lebih tertumpu kepada lagaan pinggan mangkuk yang sedang dicuci dan suara Wan Chik Daud dalam t.v. mengumumkan kenaikan gaji kumpulan C dan D perkhidmatan awam. Kedua-duanya tidak menarik perhatian ku. Apalagi dengan suhu di bilik tengah rumah sewa milik cikgu Sharifah Chik, Taman Melati sungguh panas sebab tiada “direct ventilation” dan udara terkepong bercampur dengan asap rokok. Tiba-tiba menjelma di dalam otakku gambaran interior rumah lama kami di 126, Jalan Patani, Pulau Pinang. Aku pun terus membuat lakaran Pelan tingkat bawah, pelan tingkat atas, lakaran pintu dan tingkap, elevation rumah dan dapor serta perabotnya.
1) setelah hampir lima tahun perkahwinan dan setelah berusaha untuk mendapatkan zuriat dengan berubat berbagai-bagai cara, maka pada bulan April 1987 (genab 5 tahun), isteriku “confirm” mengandung. Kegembiraan kerana lama benar penantian kami. Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian terjadi “keguguran” setelah kandungan berusia beberapa minggu.
2) sebelum ini pada bulan Mac 87, aku telah menerima anugerah Khidmat Cemerlang 1986 dari Pengerusi UDA, Tan Sri Murad di perhimpunan kakitangan UDA di ibupejabat Bukit Bintang, KL. Di samping sijil, aku juga menerima Jam bersalut emas.
3) pada 15/8/1987, hari Sabtu, rumah kami di Minden Height Jalan 2, dicerobohi pencuri dan turut hilang ialah jam emas, barang-barang kemas dan wang tunai $900 (deposit jual kereta).
4) pada penghujung bulan Julai 1987, aku mengambil keputusan menjual kereta Nissan 130Y kepada Kamarudzaman Md. Zain, kawan sekerjaku, dan beliau telah membayar cengkeram (tunai) sebanyak $1,000.00. Wang ini juga telah kecurian pada tarikh 15/8/87. Aku sangkakan dengan penjualan kereta tersebut, sekurang-kurangnya aku tidak payah tebal muka meminjam wang sana sini bagi mencukupkan belanja harian.
5) 9 November 1987, aku dan Sal bertolak ke Perancis, yang sebelum ini tidak pernah terlintas hendak makan angin di luar negeri, apatah lagi Perancis. Kami menghabiskan masa sebulan di Grenoble dan 3 hari di Paris dan 6 jam di lapangan terbang Hearthrow, London. Berbagai pengalaman pahit dan manis dikecapi. Setelah dua minggu di Grenoble, Sal pula disahkan “mengandung” buat kali kedua. Cadangan hendak melancung ke London dibatalkan kerana keadaan Sal yang mendesak dan kesulitan makan-minum.
6) Februari 1988 - aku dicalunkan (wakil tunggal UDA) untuk menghadiri Program Lawatan sambil belajar ke Jepun. Hadir temuduga di JPA, KL. Tetapi jika aku berjaya, aku akan bertolak pada bulan Jun atau Julai 88 ketika isteriku sedang sarat dan menanti masa melahirkan. Walau bagaimanapun, pada bulan Mei, aku mendapat jawapan bahawa permohonanku gagal.
7) Pada bulan Mei 1988, aku telah mendapat tugas baru iaitu menanggung kerja Pegawai Kanan (En. Mahbob Ilham) dan mendapat elaun tambahan sebanyak lebih $500.00 sebulan bagi tempoh Mei hingga Julai. Di samping itu, aku menyelaras kesemua projek di Unit Operasi UDA (PWU) termasuklah Unit Bimbingan, Penilaian, Pemasaran dan lain-lain. Bebanan kerjaku semakin berat. Alhamdulillah, selama ini aku dapat melaksanakannya dengan sederhana baik sebab masih kurang pengalaman.
Inilah logo Perbadanan Pembangunan Bandar atau Urban Development Authority atau ringkasnya UDA, tempat aku mencari rezeki selama ini!
37) IBUBAPA (BAKAL)
10.30 p.m.; 9 Jun 1988 KHAMIS (77, Minden Height 2)
Apabila disebut “ibubapa”, gambaran pertama yang tampil di kepala ialah seorang ibu dengan sifat kewanitaannya samada fizikal maupun keruhanian dan seorang bapa dengan sifat kelakiannya serta kedua-duanya mempunyai pertalian kukuh yang terikat dengan perkahwinan. Masing-masing mempunyai tanggungjawab tersendiri selaras dengan fitrah dan tujuan ia dicipta. Selain dari melahirkan zuriat, mereka juga terikat dengan satu tanggungjawab yang lebih berat iaitu memastikan anak itu seorang Islam (tetapi bukan Islam otomatik kerana ibubapanya Islam). Bagaimana hendak mencipta seorang Islam jika diri sendiri pun tidak faham tentang Islam? Tidak mengamalkan 100% ajaran Islam? Islam semakin lama akan semakin pudar. Ibubapa akan sedaya upaya menyediakan kehidupan untuk si anak dan semua keperluan yang wajar. Menghiasi dirinya dengan pakaian yang indah dan ilmu pengetahuan supaya ia dapat berdikari seterusnya. Itulah tugas ibu-bapa sebelum ia menutup mata dan si anak meneruskan perjalanan.
Di dalam Al-Qur’an ada menyebut tentang pakaian yang bermaksud; “pakailah pakaian yang indah-indah dan sebaik-baik pakaian ialah taqwa”. Bagaimanakah si anak hendak dipakaikan pakaian “taqwa” kalau ibubapa sendiri tidak faham dan tidak pernah memakai pakaian tersebut?? Si anak biasanya belajar (peringkat awal) menerusi apa yang dilihat, didengar dan dirasa. Orang yang paling dekat ialah ibubapa yang menjadi contoh (idola) untuk ditauladaninya. Membentuk sebuah sikap dan identiti adalah lebih rumit dari membina sebuah kompleks seperti KOMTAR Pulau Pinang kerana manusia tidak sama dengan batu bata, simen, besi dan sebagainya yang sudah difahami benar sikapnya, kekuatannya dan kemampuannya. Tidak dapat dielakkan di mana kasih sayang kepada si anak dari kedua ibubapa adalah sama banyaknya tetapi peringkat memberi kemanjaan selalunya melebihi di pihak ibu. Maka akan terjadilah apabila si bapa cuba menegah anaknya melakukan sesuatu, si ibu akan mencelah dan memberi kelonggaran. Perkara seperti ini akan membuat anak tadi rasa “serba salah” (confuse) dan lantas membuat anggapan bahawa ibunya lebih menyayanginya dari bapanya. Jika perkara ini berlarutan, maka undi si ibu dan sahamnya akan terus meningkat berbanding si bapa sebab apa yang dihajatinya boleh diperolehi dari ibu. Secara tidak langsung, putik-putik kebencian dan rasa kurang hormat kepada bapa akan tertanam di jiwa anak tadi. Memang benar, sebuah kapal yang mempunyai dua kemudi akan menyebabkan kapal itu tenggelam! Anak tadi tidak akan faham mengapa bapanya menegah ia melakukan sesuatu atau tidak memenuhi permintaannya sehinggalah bapa tadi menerangkan sebab-sebabnya atau anak tadi mengalami situasi yang sama ketika giliran ia pula menjadi bapa. Tetapi ketika itu sudah berlalu dan penyesalan menyelubungi sanubarinya.
Mengikut sebuah hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud; “setiap anak yang dilahirkan itu adalah ibarat kain putih bersih dan ibubapalah yang mencorakkannya”. Di dalam kerja mencorak ini (misalnya corak batik), terkadang-kadang ada gangguan luar yang menyebabkan cat tumpah atau rekabentuk batik tadi rosak dan garis-garis lelehan cat. Siapakah yang hendak membeli kain batik ini, mutu atau nilainya sudah turun, hendak dipadamkan tidak boleh. Kecualilah dijual dengan harga murah untuk dibuat kain basahan sahaja bukan dipakai pada hari perayaan. Samalah seperti kes si anak tadi. Pengajaran yang kurang akan mendedahkan anak itu kepada pengaruh luar yang lebih hebat dan rosaklah rekabentuk awal tadi.Berhati-hatilah! Tanamlah pelajaran yang berunsurkan keislaman supaya pengaruh luar tersebut tidak mampu menggugat pendirian anak. Jadikanlah anak itu seperti ikan di laut, walaupun air sekelilingnya masin pahit tetapi isinya manis!
38) AL-JUNAID AL-BAGHDADI
11.45 p.m.; 11 Jun 1988 SABTU (77, Minden Height 2)
Kata-kata Al-Junaid Al-Baghdadi (seorang ahli Sufi):
1) Allah ada berfirman kepada Nabi Daud a.s. yang bermaksud; “orang yang mengaku cinta kepada Aku, tetapi membanyakkan tidur, maka pengakuannya itu adalah palsu”.
2) hatimu itu rumah Allah. Jangan biar yang lain duduk di dalamnya kecuali Allah.
3) rindu kepada Allah itu membuangkan dosa.
4) kamu tidak akan mencapai baqa’ (kekal dengan Tuhan) sebelum melalui fana’ (hapus diri).
5) orang yang takut kepada Allah tidak pernah senyum.
6) lupa mengenang Allah lebih teruk dari azab neraka.
7) lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan Allah. Lebih baik lidah itu bisu jika tidak menyebut nama Allah. Lebih baik telinga itu pekak, jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah. Lebih baik anggota badan itu mati, jika tidak melakukan suruhan Allah.
8) orang yang dicintai Allah itu akan dilorongkan Allah untuk berkawan dengan auliakNya.
9) seseorang yang tidak mencapai cinta Allah hingga ia memfanakan dirinya. Percakapan orang-orang yang cinta kepada Allah itu pada pandangan orang-orang biasa adalah dongeng sahaja.
10) si sufi itu tidak diketahui orang kecuali Allah.
11) memikirkan ayat-ayat Qur’an itu membawa kepada mendapat nur (cahaya) dan matlamat yang sama itu juga boleh dicapai dengan memikirkan kurniaan dan kemuliaan Allah. Qur’an itu menerbitkan cinta Allah kepada pembacanya. Fikirkanlah janji-janji Tuhan dan ini akan menerbitkan taqwa kepada Allah.
Dipetik dari buku Tazkiratul-Auliya’ 62 orang Wali Allah oleh Syekh Fariduddin ‘Attar. Terjemahan oleh Abdul Majid bin Hj. Khatib, Pustaka Aman Press Sdn. Bhd. 1984 Cetakan IV.
39) PELITA
12.45 a.m.; 12 Jun 1988 AHAD (77, Minden Height 2)
Aku perhatikan pelita minyak tanah di depanku. Keadaan mulanya kelam, aku pasang pelita tadi, dan meja tulisku terang. Aku naikkan sumbunya dan seluruh bilik bacaan menjadi terang. Aku nampak dan dapat mengenali semua benda di dalam bilik ini dan di mana letaknya benda-benda tersebut. Api tadi menyala dan merupakan sumber yang menerangi. Tetapi api tidak akan menyala tanpa minyak yang menjelajahi sumbu kain naik ke hujung sumbunya.
Aku tidak puas hati dengan cahaya tadi. Aku buka kaca pengadangnya dan mencuci keladak-keladak hitam yang lekat hasil bakaran minyak tanah. Cerah dan berkilat. Suasana bilik menjadi lebih cerah. Apa yang aku khuatirkan sekejap lagi suasana bilik ini akan menjadi gelap kembali kerana bekalan minyak hampir kering. Alamatnya, kenalah aku meraba-raba di dalam kegelapan semula, mencari itu dan ini. Terlebih utama ialah mendapatkan bekalan minyak tambahan. Jika sumbunya pula habis, ada minyak dan mancis pun tidak berguna.
Kesimpulannya: untuk menerangi satu ruang, pelita (bekas minyak, sumbu, chimney), minyak tanah dan mancis diperlukan. Aku andaikan pula kehidupan ini dengan peristiwa di atas. Banyak pengajaran dapat diperolehi dari peristiwa tadi.
Pengajaran pertama: pelita sebagai hatiku. Hatiku dapat melihat Allah dengan kebesaranNya apabila Nur Ilahi sudah menyinar di hatiku. Nur itu menyinar hasil dari sumber ilmu (ibarat minyak) dan ibadat ikhlas kerana Allah. bukan sekadar itu malahan zikirullah, sentiasa memikirkan keindahan ciptaan Allah, kesenianNya dan kebesaran kerajaanNya. Semua ini diperolehi dengan pemerhatian (observation) dan memahami isi Al-Qur’an. Nur tidak akan ujud tanpa sumbu sebab sumbu menghubungkan minyak. Bolehlah diibaratkan sumbu tadi sebagai Nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Rasulullah telah mengorbankan dirinya untuk menerangi dunia Islam. Hadithnya perlu diteliti sebab itulah sahaja peninggalan harta pusaka yang termahal disamping Al-Qur’an. Malah Rasulullah s.a.w. adalah sebaik-baik contoh yang patut ditauladani dengan kehidupan yang paling sederhana tetapi paling berjaya.
Setelah lengkap semua ini dan sempurna letaknya, hati akan mula bersinar dan nampak keadaan sekeliling yang pada mulanya kelam. Tetapi kehidupan manusia telah dijanjikan dengan ujian dan dugaan. Kemaksiatan yang dilakukan telah menyebabkan halangan kepada sinaran tadi. Ia melekat pada chimney pelita. Semakin lama, semakin kelam walaupun api menyala terang.
Untuk mencuci hati (chimney) perlulah segera bertaubat dan sentiasa menyesali di atas segala maksiat yang dilakukan samada sengaja atau tidak disengajakan, yang nyata atau yang tersembunyi. Tetapi usia pelita dan bekalan minyak tidak akan bertahan lama. Sampai masanya mungkin pelita ini (yang telah uzur) akan dibuang dan diganti dengan yang baharu. Tetapi khidmat dan jasanya selama ini akan terus menjadi kenangan. Kembalilah hati tadi kepada Allah untuk dihakimkan.
Pengajaran kedua: aku bandingkan sebuah pelita dengan sebuah lampu suluh. Kedua-duanya mempunyai fungsi yang hampir sama iaitu menerangi suatu ruang atau untuk mencari sesuatu benda. Tetapi tiap-tiap satu mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing.
Lampu suluh boleh menjangkau objek yang lebih jauh yang tidak tercapai oleh pelita. Tetapi kawasan yang diteranginya adalah terhad (menumpu ke satu arah) berbanding pelita (keseluruhan ruang).
Lampu suluh berkuasa bateri kering tidak boleh membakar walau sebanyak manapun bateri digunakan tetapi kemungkinan bulbnya yang akan terbakar.
Nota catetan Syarahan oleh Ustaz Salehuddin di Surau Taman Brown pada 10 Januari 1982.
Abu Lahab menyambut kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dengan mengorbankan seekor kambing dan dibuat kenduri (padahal pada zaman itu, orang-orang Arab jahiliyah paling kedekut hendak mengor-bankan kambing untuk tujuan itu).
40 tahun kemudian, ketika Nabi Muhammad s.a.w. mengisytiharkan bahawa beliau diperintah Allah s.w.t. menjadi Rasulullah, Abu Lahablah penentang paling agung sekali dengan alasan Muhammad hendak memecahbelahkan kaum Arab padahal mereka (Arab-arab Jahil) jugalah yang memberi gelaran “Al-Amin” kepada Rasulullah s.a.w.
Abu Talib (bapa saudara Rasulullah s.a.w.) enggan beriman kerana khuatir kedudukannya sebagai ketua Arab terjejas namun ia tetap memberi perlindungan jika Rasulullah s.a.w. ditentang sebab ia masih punya pertalian darah dengan Rasulullah s.a.w. Di akhir hayatnya, Abu Talib enggan mengucap syahadah walaupun Rasulullah s.a.w. mengajarnya berkali-kali. Maka turunlah ayat yang bererti; “engkau tidak boleh memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi tetapi Allah memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki Nya”.
Sikap Siti Khadijah yang memberi rangsangan dan harapan kepada Rasulullah s.a.w. untuk terus menegakkan Agama Allah dan pengorbanan harta benda Khadijah sehingga akhir hayatnya ia bersedih kerana tiada lagi harta yang hendak dikorbankan dan jika boleh setelah jasadnya tinggal tulang-tulang sahaja hendaklah diambil sebagai senjata fiisabilillah.
Ayat-ayat kedua diturunkan ketika Rasulullah s.a.w. sedang menggeletar berselimut sekembalinya dari Gua Hira; surah Al-Muddath’thir “…. Bangunlah! Dan berilah peringatan”.
17) RASUL DAN UJIAN
12.07 am., 20 Januari 1982 RABU
Kebanyakan malah kesemua Pesuruh-Pesuruh Allah dan Nabi-Nabi Nya mengalami berbagai-bagai ujian dan dugaan dari Allah. Segala-galanya ditempuh dengan penuh keimanan dan mengharapkan Rahmat Allah, akhirnya mereka berjaya mendapat title “Kekasih Allah” dan Allah pun redza kepada mereka ~ itulah nikmat yang terbesar sekali di akhirat kelak.
Mereka juga manusia dan punya anatomi yang sama seperti manusia sekarang (malah sejak Nabi Adam a.s. lagi) ~ mereka juga mem-punyai routine harian yang sama, bezanya mereka lebih hampir kepada Allah sebagai balasan ketabahan, keyakinan, harapan dan kesanggupan mereka berjihad (terutama melawan nafsu) di jalan Allah dengan sepenuh jiwa dan raga. Hati atau ruhani mereka kenyang walaupun badan mereka luka-luka menjadi mangsa lontaran batu.
Nabi Ayob a.s. diuji dari segala aspek misalnya dari kaya raya menjadi miskin kedana. Kemudian nyawa kesemua anak-anaknya dicabut. Kemudian ditimpakan lagi dengan penyakit berjangkit. Ditambah melarat lagi, baginda diusir keluar dari kampung dan tinggal bersama isterinya di dalam gua …. Betapa sukarnya hidup dan tabahnya si isteri terus tinggal dengan baginda walaupun seluruh badan Nabi Ayob a.s. dipenuhi ulat-ulat….sehingga akhirnya ia terpaksa membotakkan kepala (menjual rambut) untuk membeli roti; ini menimbulkan kemarahan kepada Nabi Ayob a.s. dan si isteri meninggalkannya kerana tak tahan menanggung sengsara. Ketika ulat-ulat memakan jasadnya yang tak berisi lagi, Nabi Ayob a.s. berdoa agar janganlah si ulat tadi hinggap di lidahnya dan di hatinya supaya ia dapat terus berzikir kepada Allah Azza wa jalla. Akhirnya Allah mengembalikan semua yang telah diperolehinya termasuk harta kekayaan, anak-anak dan isteri kerana telah nyata Nabi Ayob a.s. benar-benar seorang hamba Allah yang penyabar.
18) DULU LAIN SEKARANG LAIN
12.13 am., 30 Januari 1982 SABTU
Dulu, (sebelum 1981), aku membaca banyak buku-buku agama dan menghadiri kuliah-kuliah agama di masjid-masjid/surau - aku tak jemu mendengar siaran-siaran radio berkaitan agama dan segala penglihatan, perasaan, pendengaran dan sebagainya ku kaitkan kepada kebesaran Ilahi dan betapa agungnya ciptaan Allah. Hatiku tenang sekali (walaupun tidak 100%) kerana sekurang-kurangnya aku ada mengamalkan (walaupun tak semua) segala apa yang aku dengar, lihat dan tuntuti. Kebajikan yang ku lakukan dengan ikhlas, aku bersyukur dan berpuashati. Aku sendiri yang menilai segala perbuatan ku. Dulu, aku juga telah berusaha dengan sedaya upaya agar dapat menjauhi segala yang ditegah Allah s.w.t. Aku sedar aku lemah dan dhaif untuk menentang nafsuku sendiri walaupun kegagalan yang selalu ku alami. Akhirnya aku bertawakkal kepada Allah dan dengan penuh harapan di masa hadapan aku akan peroleh kemenangan serta tidak akan bertindak melebihi apa yang telah aku kerjakan (tegahan).
Tetapi sekarang …….. apa yang ku harap-harapkan tidak tercapai ~ yang ku maksudkan ialah kemenangan diri sendiri. Malah segala tindakan ku adalah melampaui batas. Aku lalai dengan suruhan dan perintah Allah di samping terus melakukan segala tegahan Nya. Kegagalan terus menimpa diriku dan ketenangan jiwa yang ku harapkan tidak kunjung tiba. Hatiku resah setiap masa. Aku tidak langsung redza dan bergembira dengan perbuatan ku sebab aku tahu Allah mungkin telah murka kepadaku. Segala amal kebajikan ku tidak langsung menegah diriku dari melakukan kemungkaran (aku tidak salahkan amalan kebajikan ku sendiri tetapi aku salahkan seluruh diriku sendiri). Aku telah menyalahgunakan segala kenikmatan yang Allah kurniakan kepada diriku.
Aku rasa aku seolah-olah mempermain-mainkan ayat-ayat Allah dan sunnah-sunnah Nabi s.a.w. yang aku telah ketahui ….
ASTAGHFIRULLAHAL 'ADZIM, SUBHAANAKA INNII KUNTU MINADZ DZOLIMIIN
Tidak pernah aku merancang untuk mempermainkan ayat-ayat Allah apalagi hendak mempersendakan segala hukum-hukum Allah. Aku lemah, aku bodoh dan aku menzalimi diriku sendiri, akhirnya aku meletakkan diriku di dalam neraka (dengan Allah aku berlindung). Aku terus dirundung malang dan berbagai-bagai bencana menimpa diriku walaupun dari segi kewangan mungkin tidak jadi masalah bagiku untuk membuat lebih banyak kebajikan. Aku rasa diriku semakin jauh dari Allah, dari Rahmat Allah, dari Rasulullah s.a.w. dan dari tilikan Allah ke atas diriku. Diriku hampir-hampir berputus asa. Hatiku resah, benar-benar resah. Dengan rezeki yang telah Allah amanahkan kepadaku, ke jalan lain yang ku gunakan. Ku gunakan untuk mencapai segala yang dihajati oleh nafsu jahatku bukan untuk menambah kebajikan buat diriku. Kalau adapun kebajikan tetapi cuma sedikit sahaja.
Aku bertungkus lumus, buang masa, tenaga dan wang ringgit untuk membakar diriku. Konflik jiwaku benar-benar serius sekarang. Sesuatu harus dilakukan sebelum ianya parah. Apa yang harus aku lakukan? Bagaimana dapat aku menenangkan jiwaku kembali? Pro dan kontra terus menular di dalam diriku. Jiwaku sakit sekarang kerana perbuatan ku sendiri. Tiada doktor yang harus ku temui yang benar-benar faham keadaan ku sekarang ini dan dapat mengubati penyakit yang ku hidapi sekarang ini. Segala yang ku lakukan seolah-olah sia-sia sahaja selama ini. Aku tidak langsung menikmati kepuasan hati setelah aku kerjakan walaupun satu kebajikan yang kecil apalagi kemaksiatan. Sampai bila diriku akan terus berkeadaan seperti ini? Jasmaniku terus kurus walaupun makan benda-benda yang baik-baik. Ruhaniku terus kurus kering sebab sentiasa menderita kesakitan. Hatiku telah penuh dengan titik-titik hitam sehingga tidak kelihatan lagi corak putih asalnya.
19) TAQDIR
12.02 am., 11 MAC 1982 KHAMIS
Apa yang harus aku katakan setelah apa yang telah terjadi kepada diriku? Sebaik-baik perkataan ialah; “segala puji bagi Allah di dalam semua perkara” i.e. aku menerima sesuatu yang tidak menyenangkan diriku … dan; “segala puji bagi Allah yang dengan nikmatNyalah sempurna segala kebajikan” i.e. apabila/selepas terjadi sesuatu yang menyenangkan atau kebajikan walaupun kecil sekali …. Ataupun berkata “sesungguhnya kita dari Allah dan kepadaNyalah pula kita akan dikembalikan” i.e. apabila kita ditimpa musibah yang tak dapat dielakkan lagi.
Hidup sehari-hari tidak akan berlalu tanpa sia-sia. Setiap peristiwa yang telah berlaku sebenarnya mempunyai hikmah di hadapannya yang selalunya tidak kelihatan pada mata kasar manusia pada saat tersebut dan diketahui setelah beberapa lama peristiwa tersebut berlalu…. Maka ketika itu manusia akan berkata yang biasanya “nasib baik aku …… jika tidak tentu …. (akan terjadi)”. Perkataan-perkataan tersebut cuma akan diucapkan oleh manusia-manusia yang bijak dan yang menyedari akan qadza dan qadar (baik atau buruk) dari Allah jua.
Mereka ini biasanya akan bersyukur kemudian setelah kelihatan pada mata halusnya akan hikmah di sebalik peristiwa tersebut dan mereka juga tergolong di dalam golongan manusia yang celek matanya dan sentiasa bersyukur serta berkeyakinan penuh bahawa Allah tidak menganiayai makhlukNya.
Terdapat pula golongan yang kontra dengan golongan yang tersebut tadi yang mana apabila ia ditimpa sesuatu kesulitan (walaupun sama seperti di atas), pertama-tama perkataan yang akan diucapkannya ialah “celaka! … kalau tadi aku tak buat (begian begian) tentu tak jadi begini …..” Ia tidak sedar bahawa sebenarnya ia telah mencelakakan lagi dirinya tanpa disedari. Oleh sebab itulah, perkataan “kalau” jangan selalu diguna takut kalau-kalau tidak kena pada tempatnya, lebih buruk lagi akibatnya. Indirectly, ia telah kufur (tidak bersyukur) akan pemberian Allah (samada baik atau buruk) dan berlagak seolah-olah ia yang telah menetapkan qadza dan qadar bagi dirinya (dengan Allah jua kami berlindung). Keadaan orang seperti ini boleh dilihat dari character nya yang selalu kelihatan gelisah, cepat naik radang (seperti aku), perkataan kasar selalu dikeluarkan apabila ia menghadapi sesuatu kesulitan, ia lemah di dalam “membuat keputusan” atau pilihan atau selalunya ia ragu-ragu di dalam percakapannya (tidak yakin), mukanya akan manis apabila segala yang diingininya dipenuhi dan bermuka masam/bengis apabila ia berhadapan dengan kesulitan yang “simple” sekalipun; atau gagal mendapatkan sesuatu yang tidak seratus peratus seperti yang dikehendakinya; orang seperti ini juga akan cepat putus asa dan cuba mencari kesalahan orang lain agar diri nya tidak terlibat jika sesuatu yang buruk terjadi (“escapism”). Di hadapan khalayak ramai, ia akan berkelakuan seperti seorang yang bijak yang mengetahui semua hal atau aspek dari sekecil-kecilnya sehingga sebesar-besarnya dan tidak pernah ia menjawab .. “maaf, saya tidak tahu tentang perkara itu” sebaliknya ia akan menjawab semberono (apa sahaja) walau pun ia tidak yakin tentang jawapannya sendiri. Apabila ternyata jawapannya salah, ia akan menutupinya dengan ayat-ayat lain (putar belit) supaya terpadam kelemahannya….. namun ia tetap tidak akan mengakui kebodohan atau kelemahannya.
Ia sangka ia bijak berkelakuan demikian tetapi ia tidak sedar yang apabila manusia nampak akan putar belitnya atau kebohongannya, manusia lain akan terus senyum-senyum sahaja dan tidak mem-percayai lagi segala kata-katanya di masa hadapan. Manusia seperti itu bolehlah tergolong di dalam golongan yang ada mata tetapi buta, ada telinga tetapi pekak, ada mulut tetapi bisu dan ada akal tetapi tetap dungu (bodoh). Tidak kira apa kelulusan atau ijazah yang dimiliki nya dan terlekat di dalam bingkai kaca di dinding, namun ia masih layak diberi ijazah “Dungu”. Dari segi keperluan hidupnya, ia akan berbelanja (agak boros sedikit) supaya ia kelihatan “smart” dan dipercayai orang …. “biar papa asal bergaya” … hutang apabila terdesak adalah perkara biasa tetapi apabila ia mampu membayar semula hutangnya, ia akan mengeliat sedikit dan berat sedikit hendak menghulurkan apa yang telah dihutangnya (walaupun tanpa interest apa-apa). Bohong dan putar belit adalah perkara biasa padanya (“barangsiapa hendak mencelakakan dirinya, berbohonglah ia” ~ Al-Hadith). Orang seperti ini biasanya keras hati, degil atau “perut hijau”. Ia akan menganiayai siapa saja mangsanya tanpa belas kasihan lagi (secara halus atau kasar). Ia tidak pernah membayangkan apakah akibat dari perbuatannya kepada sesiapa, yang penting ia peroleh apa yang dihajatinya. Ia juga selalu menjadi hamba abdi kepada nafsunya dan menurut segala kehendak nafsu.
Nota: tepat jam 1.00 pagi di Glugor, dengan pancaran pertama kilat diikuti dentuman guruh yang mengejutkan, bekalan elektrik ke rumah ini terputus. Hujan lebat terus turun beserta kilat dan guruh sabung menyabung ~ aku berhenti menulis se takat nafsu di atas.
Jam 2.00 pagi, hujan reda sedikit, aku ke pondok Rukun Tetangga (Brown Garden) kerana bertugas dari jam 1.00 pagi hingga 5.00 pagi. Abang Babjan (Kak Teh / Zamzuri) turut bertugas.
Jam 4.30 pagi - balik ke rumah. Check di main switch rumah dan “on” elektriknya yang terputus (suis tendang Off sendiri). Tapi bilik aku tetap tiada lampu - mungkin tube fluorecent dah blow. Aku tulis ini dengan pertolongan cahaya lilin - walaupun pudar kemerahan namun tetap menyinar cahaya (tiada rotan, akar pun berguna).
Berbalik kepada tulisan/target penulisan awal ku, aku sedar bahawa sedikit sebanyak character diriku terkandung di dalam golongan kedua yang ku ceritakan di atas. Ada juga kaitannya dengan cahaya kali-mantang dan lilin. Diriku bolehlah diibaratkan seperti cahaya lilin tersebut, walaupun diriku mampu menyinari hidupku sendiri tetapi masih kurang memuaskan, cuma ala kadar (bahan ganti). Jangkauan cahaya diriku cuma cukup untuk diriku sahaja dan terhad kepada orang lain yang juga memerlukan cahaya tersebut. Aku harus berikhtiar agar aku mampu mendapatkan cahaya kalimantang yang lebih terang dan memberi warna asli materials yang terkena cahayanya. Untuk mencapai matlamat tersebut, tidak memadai dengan sekadar banyak bercakap, banyak membaca etc. tetapi mestilah disusuli dengan suatu daya dan tekad untuk merubahnya. Ingatlah! Cahaya lilin tak mungkin menjadi cahaya kalimantang sebab element-element di dalam kedua-duanya jauh berbeza walaupun kedua-duanya dicipta oleh manusia. Satu cara ialah mendapatkan bekalan elektrik dan membeli lampu kalimantang baru lengkap dengan fittingsnya.
20) HORMATI IBUBAPA
3.00 p.m., 11 MAC 1982 KHAMIS
Jika hendak selamat di dunia dan di akhirat maka hormatilah kedua ibu-bapa. Berbanggalah dengan segala apa yang telah mereka lakukan walaupun ada di antara perkara-perkara yang mereka lakukan atau cakapkan tidak se cocok dengan kehendak hati muda. Ibubapa yang bertanggungjawab tidak akan mensia-siakan zuriat mereka. Mereka sanggup menghadapi apa sahaja keadaan asalkan anaknya dapat dibesarkan sehingga mampu hidup sendiri (berdikari). Anak-anak sebelum cukup umur perlu dan memerlukan tunjuk ajar dari ibu-bapanya tetapi apabila usianya menjangkau remaja, si anak merasa dirinya sudah mampu hidup sendiri tanpa tunjuk ajar lagi. Si anak di masa remaja hari ini diberi kebebasan bukan kongkongan lagi. Sebarang kongkongan yang keterlaluan akan mengazab dirinya secara halus walaupun ibubapa menyangka atau punya niat yang baik untuk kepentingan anaknya di masa hadapan. Dengan terlalu mengongkong, secara tidak langsung, mendidik anak supaya hidup tidak berdikari i.e. segala-galanya mengharapkan bantuan dan nasihat orang lain. Ia tidak berani bertindak sendiri dan tiada keyakinan diri. Si anak merasa dirinya setiap hari diintip oleh bayang-bayang dan ia tidak punya “privacy” walau di mana jua ia berada. “Keupayaan” diri-nya setiap hari semakin merosot dirasakannya walaupun pada mata public ia berjaya. Keraguan dan gagal memberi keputusan muktamad menyerang dirinya dari semua sudut. “Positive Thinking” tiada pada dirinya. Segala masalah harian dan kesulitan dari yang sekecil-kecilnya, dihadapinya dengan perasaan takut, tiada ketabahan lagi. Mengeluh adalah perkara biasa kepadanya. Keadaan menjadi lebih buruk apabila ia berkeluarga dan punya tanggungan yang lebih berat. Sikapnya yang keanak-anakan dan mengharapkan bantuan dari orang lain menjadikan ia tiada keyakinan untuk terus hidup.
(sambungan pada 12 Mac 1982)
kongkongan keterlaluan akan menggalakkan si anak bercakap bohong untuk melepaskan diri kerana takut dimarahi. Si anak yang malang tadi akan bersikap “hipokrit” dengan lain maksud, di hadapan ibubapanya ia akan patuh segala perintah dan arahan serta berkelakuan seperti yang dikehendaki oleh orang tuanya. Ketika berjauhan atau di belakang orang tuanya, kelakuannya jauh berbeza dan ia bertindak dengan lebih berani walaupun pada perkara-perkara yang salah sebab ia merasakan dirinya bebas dari intipan bayang-bayang hitam. Sikap “dual personal” melanda dirinya dan ia mudah naik radang dan mudah pula sejuk. Kadang-kadang keadaannya seperti “lalang ditiup angin”, tidak tegap dengan pendirian nya sendiri. Anak-anak seperti ini mudah terpengaruh dengan sikap sekelilingnya dan mudah mengikut cakap orang tanpa dikaji dahulu buruk baiknya di kemudian hari kelak.

21) SEJARAH HIDUPKU
11.11 p.m., 18 MAC 1982 KHAMIS (sebulan lagi, Insya’allah, akan berakhir hidupku sebagai seorang teruna).
Aku menoleh ke belakang sejarah hidupku .. sejak aku dilahirkan ke dunia (28 November 1956), alam persekolahan berterusan sehingga aku mengucapkan selamat tinggal kepada uniform sekolah. Kemudian masuk pula alam universiti, lebih bebas dari segi pergaulan dan memegang perbelanjaan (Dermasiswa JPA 1976 - 1981 @ $1,800.00 setahun) di mana segala kecukupan harus dikendali. Di masa itulah (di akhir-akhir pengajian), aku tercebur pula di alam percintaan dengan rakan seperjuanganku. Di alam ini, aku mengalami berbagai rupabentuk cubaan dan pengalaman yang manis (dan yang pahit, kadangkala).
Tamat alam pengajian dengan Ijazah B. Sc (Perumahan, Bangunan & Perancangan) Hons. kepujian Kelas II (Rendah) yang penuh dengan pengorbanan tenaga yang banyak sekali. Kemudian aku masuk pula ke alam pekerjaan di Bahagian Arkitek, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sebagai seorang Pegawai Projek. Jawatan ini adalah terpenting juga berbanding dengan bilangan pegawai yang melibatkan diri. Mulanya dua orang rakanku, Fatahiyah Ismail dan Abu Bakar Johar (HBP Grad) juga memegang jawatan yang sama. Tetapi sejak awal 1982, kedua-dua mereka telah meletak jawatan kerana masuk kursus Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dan pergi oversea (further study). Maka sekarang tinggallah aku seorang diri mengendalikan segala projek PDC di Pulau Pinang (dan Seberang Perai)..
Ya! Nampaknya begitulah “trend” hidupku. Takkan berakhir datang kesulitan demi kesulitan walaupun aku telah cuba melarikan diri darinya.
28.11.1956-Disember 1962: dibesarkan di Jalan Patani, Pulau Pinang. Sejak aku dilahirkan beberapa hari, aku diserang penyakit “sawan” sehingga doktor menggeleng kepala menandakan percubaannya yang terakhir ialah 50-50 samada terus hidup atau berakhir di situ. Terus hidup. Di saat-saat pembesaran, perangaiku banyak menangis, memerap orang tua (terlalu manja!), cerewet makan minum, degil dan berbagai-bagai lagi rupabentuk perangai yang selalu menyusahkan orang tuaku sehingga orang tuaku memberi pengakuan: “10 anak aku jaga, tetapi tak seterok hang se koq!” (mungkin kerana dah give-up dengan perangaiku) namun mereka terus bersabar. Masa terus berjalan sehingga aku bersekolah.
Januari 1963 - Disember 1968: di awal alam persekolahan, aku sekali lagi menyusahkan orang tua ku kerana aku tidak dapat menyesuaikan diri dengan member-member se kelas dan environment sekolah (nota: Sekolah Kebangsaan Kampong Jawa, Jalan Timah, Pulau Pinang, bersebelah kilang bijeh Eastern Smelting Co.). Aku juga selalu membuat helah agar tidak pergi ke sekolah, sehingga pernah aku koyakkan baju sekolah dan dibelasah oleh orang tuaku. Pernah sekali, aku bermain “toi” dan tergelincir jatuh sehingga banyak darah mengalir keluar dari atas kepalaku ...... di masa itu, aku gembira kerana semua permintaanku dipenuhi - aku peroleh baju hujan, torchlight kecil (dua bateri macam pen) dan permainan orang menari (lihat lakaran). Waktu pergi ke sekolah selalunya se orang perempuan tua membawa aku berjalan kaki bersama kanak-kanak lain. Pernah sekali aku memberontak sebab kakak-kakak aku perli aku kerana perempuan tua itu memegang tanganku ketika lintas jalan. Sejak dari hari itu, aku tidak mahu tanganku dipegang lagi. Aku juga pernah menggelungsur turun dari carrier basikal bapaku sebab enggan pergi ke sekolah. Walau bagaimanapun, aku terus meminati sekolah dan terus naik darjah dengan kejayaan yang sederhana (Darjah I A, II A, III A, IV A, V A dan V I A).
Foto di akhir tahun 1963, tamat Darjah 1A, Sek. Keb. Kampong Jawa, Pulau Pinang
atau sekarang dikenali sebagai Sek. Keb. Tan Sri P. Ramlee
(aku depan sekali no. 3 dari kiri dengan beg 'peti' zaman dulu)
Satu lagi perangai aku ialah suka “mengekoq” bila ibuku berjalan. Pernah aku memecahkan cermin tingkap kaca (menumbuk) dan menumbuk kakak-kakak aku bila mereka menahan aku dari mengikut ibuku. Pernah pula aku melompat naik ke atas bonet kereta yang berjalan kerana hendak “mengekoq” dan pernah pula aku dibelasah oleh abangku kerana kedegilanku. Ya! Itulah satu sikap aku yang mungkin ada hingga sekarang i.e. degil.
Januari 1969 - April 1972: Sekolah Abdullah Munshi, Jalan Caunter Hall (sekarang Jalan P. Ramlee), Pulau Pinang ( Tingkatan I C, II A, III A dan IV Sastera).
Di peringkat menengah, sikap keanakan hampir luput dari diriku. Mula-mula ke sekolah menengah, aku naik beca bersama-sama kakak dan abangku untuk selama sebulan. Penentuan kedudukan kelas ditentukan dengan mengambil ujian; aku berjaya masuk ke Tingkatan I C yang penuh dengan budak-budak hindu (yang aku panggil “keriang acheh) dari Kelas Peralihan. Keputusan peperiksaan penggal ku adalah memuaskan (nombor lima ke bawah). Subjek yang aku paling minati ialah Ilmu Hisab (Cikgu Mohd. Noor), Seni Lukis (Cikgu Dahlan) dan Bahasa Inggeris (Mr. Hoon Seang Seng - oldman). Aku juga giat bermain gimnastik bila period Latihan Jasmani (Cikgu “sir” Razak).
Setelah sebulan naik beca, aku peroleh sebuah basikal (dari abangku) dilengkapi dengan lampu dinamo baru (kemudiannya dicuri masuk hari kedua di sekolah, brake baru dan handle “tanduk lembu” baru). Satu routine harianku apabila waktu rehat ialah selepas makan, “melepas” di toilet (something wrong with my stomach). Makanan kegemaranku ialah cucur udang (bertaugeh), bubur kacang bapa Farid dan air sirap. Pernah sekali aku mencabar kawanku bertumbuk kerana ia selalu mengganggu aku. Di suatu petang selepas sekolah, kami bertumbuk dan selesai beberapa minit kemudian kerana ada guru datang …. tanpa keputusan siapa menang (nota: alif ba ta).
Mei 1969: tragedi berdarah 13 Mei. Di masa itu (dan sebelum dari tarikh tersebut), aku dihidapi penyakit gatal-gatal di seluruh badan khasnya bahagian tangan dan kaki di mana Dr. Preira mengubati aku hingga sembuh kembali dengan pantang makan ikan; kena makan nasi, telor goreng dan kicap selama sebulan (pantang ini sukar dipecahkan hingga sekarang aku masih tak lalu makan ikan). Semasa tragedi 13 Mei, aku masih ingat ibuku setiap hari menggiling ubat ros (pill MD) dijadikan serbok dicampur dengan minyak kelapa dan disapu pada kudis-kudis gatal. Masih ingat lagi aku, di waktu malam, tanganku dibungkus dengan glove kain yang dibuat oleh ibuku supaya aku tak sapu muka. Badan-badanku yang gatal digaru dengan daun semambu. Perintah berkurung (curfew) dan pecah kedai terus berlaku di kawasanku. Di rumah kami, persiapan untuk mempertahankan diri hanyalah ketul-ketul batu dan gendang raya masjid. Bekalan makanan mencukupi selama tempoh berkurung.
Masa terus berlalu. Tahun 1971, aku menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) di Sekolah Abdullah Munshi. Tatkala aku menduduki kertas Ilmu Hisab, ketika balik, kawasan sekolah (yang terkenal dengan banjir) dipenuhi air bah besar. Aku meranduk air setakat peha untuk balik ke rumah. Peperiksaan terus berjalan dengan selamat. Cita-citaku hendak menjadi seorang Arkitek muda datang mendadak (aku sendiri tidak tahu apa puncanya). Aku lulus SRP dengan Gred A (21 unit) dan dinaikkan ke Tingkatan 4 Sastera di S.A.M. Aku masuk menjadi ahli Kelab Interact dan mengikuti perjumpaan Interact Club se Pulau Pinang di khemah Waterfall - pertama kali aku melibatkan diri dengan masyarakat di luar sekolah. Di masa ini, aku mula belajar sendiri bermain gitar. Lagu pertama yang aku mainkan ialah “Imagine” (John Lennon, Beatles). Aku juga dilantik menjadi Pengawas Sekolah (selama hampir 2 - 3 bulan). Di samping itu aku juga mewakili sekolah dalam Peraduan Syarahan di Sek. Men. Perempuan Methodist (MGS) dengan mendapat hadiah Saguhati (buku DBP) pada 20 Julai 1971. Aku juga meminati permainan ping pong (table tennis) disamping badminton dan gimnastik. Bermain dengan sahabat karibku, Razali Mohd. Zain (anak Md. Zain @ Andrew Anthony, peninju Pulau Pinang, Ceylonist).
Satu ketika, kawanku Rahimi (berek Balai Polis Jalan Patani) hendak membuang borang permohonan masuk ke sekolah teknik. Aku memintanya dan ingin mencuba nasib sebab dengan gred yang aku perolehi aku yakin tak akan dapat masuk ke sekolah teknik. Aku pun terus mengisi borang dan menghantarnya. Selang sebulan, aku menerima surat tawaran ke Sekolah Menengah Teknik, Alor Setar, Kedah dalam jurusan Binaan Bangunan, aliran Melayu. Bapaku merujukkan perkara ini kepada pakcik ku, Abang Rahman (Khala Tila). Di atas galakan beliau, aku menerima tawaran tersebut walaupun asrama belum siap untuk diduduki (sekolah baru sebagai first batch 1972). Masalah tempat tinggal, aku terpaksa menumpang di rumah Kak Yam (anak pakcik Mat/Khatimah) dan Abang Kob (di Pantai Johor, Kedah) yang sewa rumah dari Pak Haji Saud Yasin (anaknya, pilot Major Ismail yang meninggal dunia dalam kemalangan helikopter di Genting Highland baru-baru ini). Ibu ku terus bersedih dan gelisah mengenangkan nasibku yang selama ini tidak pernah bepergian jauh dan berpisah. Bapaku tetap tenang kerana beliau bermimpi aku memegang se butir telor ayam. Umur ketika itu 15 tahun 5 bulan.
(disambung pada 2.30 a.m. 21 Mac 1982 Ahad)
Sebelum aku hadir ke rumah Kak Yam, rupa-rupanya di antara pasangan suami isteri ini telah berlaku krisis keluarga yang akhirnya membawa kepada penceraian (sudah punya 3 orang anak kecil). Aku sedar, kedatanganku yang tak dijemput ini mungkin menyulitkan lagi kehidupan mereka walaupun aku tidak pernah mengambil kesah hal rumahtangga mereka.
Pada waktu mendaftar diri, kami menumpang di Sekolah Menengah Cina Keat Hwa, Jalan Kuala Kedah di sebelah petang kerana sekolah kami belum boleh didiami. Selepas makan tengahari ala kadar, aku terus ke sekolah ditunjuk ajar jalan oleh seorang tua bersaudara dengan Kak Yam (Pak Choh). Waktu hampir malam, baharu aku sampai ke rumah (kena tukar dua bas i.e. bas Anak Bukit dan bas Kuala Kedah).
Setelah 4 atau 5 hari aku di situ, ketika balik dari sekolah, tiba-tiba keadaan rumah penuh dengan orang ramai dan teriak tangis. Mulanya aku tak tahu apa yang sedang berlaku sehingga bapa Abang Kob (Yaakob) menerangkan keadaan sebenar dan aku berpindah ke rumah Haji Saud (Tuan Tanah/rumah dan pesawah) diuruskan oleh mereka.
(disambung pada 8.18 p.m. 22 Mac 1982 Isnin)
Tinggallah aku di rumah Haji Saud. Aku berkawan rapat dengan anaknya sehingga seperti adik beradik se darah se daging padahal cuma ikatan silaturrahim. Namanya Adik Ani … anih tak? Makan, minum dan tidur sebelah menyebelah katil. Sebenarnya itu nama timangan sahaja. Nama yang sebenar ialah adik Abdul Ghani; muda se tahun dari aku. Adik Ani lebih minat kepada kerja-kerja sawah padi berbanding dengan pelajaran sekolah. Ia rajin dan kuat bekerja berbanding dengan aku. Aku tinggal bersama keluarga Pak Haji Saud sehingga 22 Oktober 1972 (selama 6 bulan genab) kerana berpindah ke asrama sekolah. Kehidupan di asrama jauh berbeza dengan tinggal di rumah Pak Haji kerana routine hariannya sentiasa sama dengan waktu-waktu yang ditetapkan. Aku kawan dengan semua orang termasuk mamak kantin, budak keling kerja kantin (Baharuddin), pak cik gardener dan sebagainya.
Foto terbaru Adik Ani (berbaju telok belanga) 29/1/2012 kenduri kahwin anaknya (disebelah)
Masih ingat lagi aku peristiwa-peristiwa yang menarik selama tinggal di asrama. Yang paling menarik ialah selepas jam 11.00 malam, lampu asrama ditutup; time tidur. Tetapi kebanyakan student (especially bila hampir dengan peperiksaan) belum bersedia lagi - harus terus mengulangkaji. Salah satu cara mengatasinya ialah membuat lampu study sendiri dengan lilin.
Keputusan peperiksaan SPM, SMTAS 1973:
BIL
|
KEPUTUSAN
|
ALIRAN MELAYU
|
ALIRAN INGGERIS
|
% / BIL. MURID
|
% / BIL. MURID
|
||
1
|
Lulus SAP/GCE
|
94%
|
|
2
|
Lulus SPM/MCE
|
90%
|
|
3
|
Grade 1
|
3
|
10
|
4
|
Grade 2
|
20
|
31
|
5
|
Grade 3
|
31
|
19
|
6
|
Grade 4
|
3
|
5
|
7
|
Gagal
|
5
|
0
|
Januari 1974 - Disember 1975: Semasa menanti keputusan peperiksaan SPM, aku habiskan masa dengan bermain gitar dan membuat lukisan-lukisan rumah … pembawaan ini sejak aku mengambil jurusan binaan bangunan di sekolah teknik. Aku belajar melukis sendiri dengan peralatan yang telah sediada dan membuat meja tukang di belakang rumah (lengkap dengan peralatan tukang). Kerja-kerja lain ialah menaip sajak-sajak hasil animasi ku sendiri (dengan nama samaran SURYA BALD) dan difailkan. Di samping itu aku menulis cerpen mengenangkan kematian kenalan ku, Md. Hashim bin Abdul Majid (jiran Khatila di Tanjong Tokong) yang kembali ke rahmatullah kerana lemas di taliair Guar Cempedak (Kedah) dalam usia 16 tahun (tarikh meninggal dunia: 2 Mac 1974). Aku juga ada memohon borang untuk masuk ke UTM yang pada masa itu dikenali sebagai Institut Teknologi Kebangsaan atau ITK di dalam bidang senibina tetapi gagal walau pun cukup syarat-syaratnya. Mengikut kata guru dan sahabat-sahabat ku, ITK terpaksa membekukan dan mengenakan kuota demikian untuk menggalakkan lebih ramai anak-anak bumiputera masuk belajar ke tingkatan enam. Aku mendapat tawaran masuk ke Tingkatan Enam Sains (B) di Sekolah Menengah Khir Johari, Sungai Petani, Kedah. Setelah memikirkan sedalam-dalamnya kerana tiada peluang ke ITK, aku dan beberapa orang rakan senasib dari SMTAS mengambil keputusan menerima tawaran tersebut. Pada mulanya, murid tua SMTAS (batch 1972 - 73) berjumlah 16 orang. Kemudian tiga orang menarik diri setelah sebulan di sini kerana masuk ke Institut Teknologi MARA (ITM). Member-member lain kebanyakannya masuk ke Maktab Perguruan (MTC), ada yang joint jabatan Kastam dan sebagainya.
(sambungan: 8.35 p.m., 11 Mei 1982)
Pengajian di SMKJ, Sungai Petani pada mulanya seolah-olah satu paksaan dan keadaan yang terdesak setelah aku gagal kali kedua untuk masuk ke ITK. Kelas pertama (Sains A) terdiri dari murid-murid yang menduduki STP selama tiga tahun dan Sains B bagi murid-murid menduduki tingkatan enam selama 2 tahun. Oleh kerana bekas murid-murid SMTAS tidak mengambil subjek Biologi maka kami menggantikannya dengan subjek Ekonomi (Cikgu Tengku Mohani) - joint dengan murid-murid Sastera. Aku mengambil empat subjek sains pada peringkat Prinsipal i.e. Fizik, Kimia, Hisab dan Ekonomi dan satu subjek pada peringkat subsidiari i.e. Kertas Am. (akan disambung apabila datang “mood”).
(Nota: “mood” terlewat datang, disambung pada 9 Ogos 2002)
Pada tahun 1975, aku menduduki peperiksaan STP dan berjaya mendapat 4 Subsidiari (Ordinary) dan 1 gagal (Kertas Am) ataupun 4 roda dengan satu sepanar. Teringat aku kepada cabaran Cikgu yang mengajar Kertas Am yang mengatakan kalau gagal dalam Kertas Am, gelaplah masa hadapan! Aku terima cabaran beliau ketika berlaku sedikit perselisihan faham dengannya.
Di asrama, aku melibatkan diri dengan dakwah sendiri-sendiri setelah Ustaz Nikmat Yusuf datang memberi ceramah agama dan qiamul lail di sekolah. Aku tubuhkan badan kecil dakwah (tidak berdaftar) dengan beberapa orang rakan junior di antaranya Ridhwan Ibrahim (sekarang memegang jawatan Hakim di Mahkamah Kangar, Perlis) yang aku ketemu ketika mengerjakan Haji baru-baru ini, Samad, Syed dan Zulkifli dan menjalankan dakwah dengan menampal poster-poster secara bersembunyi di tangga asrama perempuan. Peliknya SMKJ ialah asrama lelaki-perempuan dalam blok bangunan 3 tingkat yang sama. Kami juga berpuasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis (dapat priority makan awal ketika pelajar lain ke masjid solat Maghrib) dan balik ke asrama ketika rehat kerana mendirikan solat sunat Dhuha. Kadang-kadang kami mengumpul 6 atau 8 orang junior dan beri ceramah agama sekadar pengetahuan kami. Minat untuk berdakwah datang secara tiba-tiba tanpa dirancang. Aku dikenali sebagai abang Sheh atau Mawarningseh, nama samaran ketika musim suaikenal.
Teringat aku akan seorang sahabat karibku dari Perak. Beliau rajin ke masjid dan menjadi muazzin di Masjid Rahmaniah, Sungai Petani. Malangnya, tak lama kemudian, beliau telah kena “tangkap basah” di sebuah hotel di Sungai Petani dengan rakan se sekolah dan dibuang sekolah. Peristiwa ini benar-benar menyedarkan aku betapa seorang yang baik dan alim adalah sasaran utama godaan syaitan laknatullah.
Keadaan di asrama SMKJ, ketika hampir dengan peperiksaan sama seperti di asrama SMTAS dulu. Selepas lampu ditutup jam 11.00 malam, masih ada se bilangan kecil pelajar termasuk aku yang mengerjar masa untuk mengulangkaji. Bezanya kami tidak guna lilin tetapi berbekalkan selimut, bak kelekatu mencari lampu, kami pun mencari lampu-lampu tangga dan koridor yang terpasang … study sampai pukul 1.00 atau 2.00 pagi, betul-betul “burnt the midnight oil”. Yang bestnya, kami tak rasa takut pun walaupun kawasan sekolah terkenal dengan kawasan hantu tak berkepala, langsayur dan lain-lain. Usaha kami berbaloi jugak. Ada masanya, bila time study di bilik kelas waktu malam, kami lompat pagar keluar pekan … boring study! Rutin asrama memang membosankan, cuma hari Sabtu sahaja boleh keluar ke pekan dengan berpakaian uniform sekolah ~ pasar minggu. Pernah sekali aku pakai pakaian biasa dan ketika balik ditangkap oleh Cikgu Budin (guru disiplin asrama) dan kena penampar se das… biasalah!
(Perenggan ini tidak dipamerkan - tidak diluluskan oleh Badan Penapis i.e. saya sendiri)
22) USIA KAHWIN SATU BULAN
17 MEI 1982
(Perenggan ini tidak dipamerkan - tidak diluluskan oleh Badan Penapis i.e. saya sendiri)
23) USIA KAHWIN TIGA TAHUN
12.20 a.m., 28 JUN 1985 (catetan ini ditambah kemudian)
(Perenggan ini tidak dipamerkan - tidak diluluskan oleh Badan Penapis i.e. saya sendiri)
24) POTRET
7.30 p.m.; 18 Mei 1982 SELASA
Inilah wajah yang selama hidupnya akan terus diuji dengan cubaan demi cubaan sehingga ketemu liang lahad. Ada kalanya ia berjaya, ada kalanya tidak. Dari wajahnya sudah kelihatan dirinya tidak pernah bercerai dengan kesulitan hidup walaupun hidupnya sukses pada mata manusia.
Foto berpakaian anak Arab ini diambil pada 22 Disember
1959 ketika aku berumur 3 tahun dan 1
bulan.
Sebagai manusia yang telah mengaku dirinya Muslimin, wajah dan diri ini tetap sahaja redza dan bersyukur dengan segala qadha dan qadar Allah walaupun ianya manis atau pahit.
Ku tenung lama-lama foto tersebut, aku seolah-olah kehairanan dan tersenyum sendirian. Apakah benar yang empunya wajah tersebut sekarang ini sudah berusia 26 tahun dan sudah berkahwin dan hidup dalam serba mewah! Tidak pernah terlintas padaku, wajah ini akan menjadi seperti apa yang kelihatan / dimiliki sekarang ini. Itulah tanda-tanda keagungan Allah.
25) JALAN LURUS
12.30 a.m.; 19 Mei 1982 RABU (sebenarnya jam 12.00 malam tepat, sebelum Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad mengubah jam dunia di Malaysia bagi diseragamkan dengan waktu di Malaysia Timur)
Maksud Rajah di atas:
1) Mulanya perjalanan hamba Allah itu mengikut jalan yang benar setelah datangnya petunjuk. Ia pun mengikutnya sekadar ilmu yang ada padanya dan terus meningkatkan amal kebajikan buat dirinya. Tetapi di pertengahan jalan, tiba-tiba ia diuji dengan hebatnya dengan ujian dan dugaan dunia (seperti kesebokan bekerja, daya tarikan kebendaan dunia) seterusnya menyebabkan dirinya terkeluar dari landasan jalan yang lurus.
3) Keadaan hamba ini hampir sama dengan keadaan di dalam kes 2. Bezanya kesedaran pada dirinya timbul lebih awal dan terus ia kembali ke jalan yang lurus tersebut. Tidak banyak halangan atau jalan jauh yang terpaksa dilaluinya.
Hamba Allah ini mulanya tidak tahu apa erti hidup sebenar di muka bumi ini. Maka ia terus mengikut kehendak nafsunya dan terpengaruh dengan nikmat duniawi. Tetapi akhirnya, terasa sesuatu kekurangan pada dirinya i.e. kekosongan jiwa.Lalu dicarinya punca-punca tersebut dan bertemu juga akhirnya jalan yang lurus.
5) Hamba Allah ini pada mulanya berada di jalan yang lurus. Malangnya ketika hampir sampai ke “target”, dirinya telah terpesong, mungkin disebabkan oleh amalannya cuma ikut-ikutan sahaja dan pegangan agamanya yang lemah.
1.30 a.m.; 19 Mei 1982 RABU
Apakah di dalam keadaan kerja ku sekarang ini, aku harus berhijrah? Ini satu persoalan yang sulit hendak diselesaikan. Aku masih kurang berpengetahuan untuk menentukan hal ini.
(Perenggan ini tidak dipamerkan - tidak diluluskan oleh Badan Penapis i.e. saya sendiri)
Perkara “escapism” adalah sesuatu yang agak rumit diselesaikan di dalam jangkamasa yang singkat. Tetapi aku akan cuba juga. Insya’allah! akan berjaya. Aku tak kira samada hijrah aku ini “vertical” atau “horizontal”; asalkan aku dapat menikmati hidup ini dengan kegembiraan bukan kepayahan.
27) RAMAZAN AL-MUBARAK
12.15 a.m.; 12 Jun 1985, RABU
Ada yang mengharungi tempoh tersebut dengan gembira kerana di dalam tilikannya ia sudah berjaya mematahkan nafsunya yang sentiasa menyeru kepada tegahan Allah. Ada juga yang berdukacita apabila ia sedar puasanya gagal mengubah sifatnya terutama pemarah seperti juga di bulan-bulan lain. Satu istimewanya bulan Ramazan dan amalan puasa ialah Allah sahaja yang mengetahui dan yang akan memberi ijazah kepada yang benar-benar cemerlang di dalam amalan puasa makhluk Nya.
Bagaimana dengan aku? Allah sahaja yang mengetahui kejayaan dan kegagalan ku. Walau bagaimanapun, aku tidak akan berputus asa dari mengharapkan rahmat dari Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Menyayangi.
28) STRATEGI DAN CITA-CITA
12.35 a.m.; 12 Jun 1985, RABU
Inilah strategi dan cita-cita ku di masa akan datang jika Allah melanjutkan usiaku;
Pertama, aku akan bersyukur di atas rezeki halah yang aku perolehi dan sudah cukup bagiku untuk berbangga kerana aku memperolehinya dari punca-punca yang halal dan usaha titik peluh ku sendiri.
Kedua, aku bercita-cita untuk terus berusaha sehingga dikurniakan cahayamata dari isteriku tercinta yang seorang sahaja, yang akan menyambung zuriat kami di atas muka bumi ini.
Ketiga, aku akan membeli tanah dan mendirikan rumah di atasnya. Rekabentuk rumah ini mungkin sederhana tetapi lengkap dengan segala keperluan asas. Aku akan menyediakan sebuah bilik khas untuk beribadat dan berkhalwat dan aku harap tiada apa-apa halangan yang akan menegah aku dari berkhalwat.
Keempat, aku akan cuba mengubah corak kerja sekarang ini dari kerja dengan kerajaan kepada swasta (private) atau membuka firma pemaju bergabung dengan pihak-pihak tertentu. Buat masa ini tidak boleh dilaksanakan kerana aku perlu mengutip/mengumpul sebanyak mungkin pengalaman. Keadaan pasaran dan ekonomi negara juga tidak mengizinkan. Persaingan hebat sedang berlaku di antara beberapa firma yang baru dan yang sudah berpengalaman.
Kelima, untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat, aku harus bijak mengimbangkan masa, aktiviti, yang halal dari yang haram dan mendahulukan yang lebih afdzal. Aku tidak mahu kejayaan aku diiringi dengan penipuan, sumber-sumber haram, pemerasan dan ketidakadilan sesama manusia.
Semoga Allah beserta dengan impian dan cita-cita ku. Amiin.
29) BUNTU SE BENTAR!
10.23 p.m.; 12 Jun 1985, RABU
Buntu betul otak ini hinggakan aku tak dapat mencari topik yang baik untuk ditulis selama hampir 13 minit sebab telingaku lebih tertumpu kepada lagaan pinggan mangkuk yang sedang dicuci dan suara Wan Chik Daud dalam t.v. mengumumkan kenaikan gaji kumpulan C dan D perkhidmatan awam. Kedua-duanya tidak menarik perhatian ku. Apalagi dengan suhu di bilik tengah rumah sewa milik cikgu Sharifah Chik, Taman Melati sungguh panas sebab tiada “direct ventilation” dan udara terkepong bercampur dengan asap rokok. Tiba-tiba menjelma di dalam otakku gambaran interior rumah lama kami di 126, Jalan Patani, Pulau Pinang. Aku pun terus membuat lakaran Pelan tingkat bawah, pelan tingkat atas, lakaran pintu dan tingkap, elevation rumah dan dapor serta perabotnya.
30) SILAPNYA MANUSIA …..
7.40 p.m.; 11 September 1985, RABU
(tulisan asal adalah tulisan jawi, dirumikan)
Semua manusia percaya dan yakin bahawa duit tidak akan datang melayang dari atas langit, tetapi mengapa manusia terus mengeluh duit tidak pernah cukup untuk menyara hidup seharian? Di mana silapnya?
1) silap pertama: manusia punya angan-angan melebihi usahanya. Nak buat itu, nak buat ini dan macam-macam lagi cadangan di dalam kepala tetapi masih duduk di atas kerusi dan tidak menggerakkan melaksanakan apa yang dicadangkan itu.
2) silap kedua: takut mencuba dan mempunyai fikiran yang negatif di samping itu kepercayaan bahawa rezeki di tangan Allah yang Pemurah tidak dengan sebenar-benar yakin
3) silap ketiga: manusia lebih tunduk kepada nafsunya sendiri dan melabur kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah. Boleh diibaratkan seperti berniaga tetapi memakan modal sendiri.
32) EMPAT TAHUN KERJA
11.00 p.m.; 21 Oktober 1985, ISNIN
(Perenggan ini tidak dipamerkan - tidak diluluskan oleh Badan Penapis i.e. saya sendiri)
33) NASIB HAMBA ALLAH
11.00 p.m.; 20 Disember 1985 JUMAAT
1) Allah tidak akan merubah nasib hambaNya tetapi hamba itu (manusia) yang merubah nasibnya sendiri
2) Rezeki tidak akan datang melayang dari langit macam hujan jatuh ke bumi (ingatlah peristiwa Maryam (ibu Nabi Isa a.s.) yang sarat mengandung terpaksa menggoyang pohon kurma untuk mendapatkan buah kurma). Manusia cuma berikhtiar dan Allah yang menentukannya.
3) Setiap kejadian ada fadhilat atau kebaikannya tetapi manusia tidak nampak sebab sikapnya yang pemarah menjadi dinding.
4) Islam telah mengajar umatnya cara hidup yang paling “ideal” di atas dunia ini tetapi manusia itu sendiri yang “enggan” mengikut.
5) Dahulu Islam disegani tetapi sekarang Islam diejek-ejek sebab masyarakat dunia sudah tidak dapat mengenali Islam yang sebenarnya setelah dirosakkan oleh umat itu sendiri (umat Islam).
34) RUMAH SEWA
10.00 p.m.; 20 Mac 1988 = 2 Sya’aban 1408 AHAD (77, Minden Height 2)
Setelah sekian lama, tangan dan pemikiran ini berhenti menulis dan berfikir. Liku-liku hidup dilalui dengan penuh cabaran yang ada kalanya aku menang dan ada kalanya, marah mengatasi jiwaku. Ada yang mendukacitakan dan ada juga yang menggembirakan. Cabaran-cabaran itu tidak memberi aku kesempatan untuk meluangkan masa untuk menulis seketika. 1986, 87 telah berlalu. Aku menghirup tahun 1988 dengan ghairah sekali dan meninggalkan 1987 dengan penuh peristiwa. Sekarang kami mendiami rumah dua tingkat jenis teres di Minden Height (mula diami pada 1/12/86 ~ sewa $400 sebulan). Mulanya kami mendiami / menyewa di flat Nusantara, Jalan Maklum, Sungai Pinang ~ tingkat satu. Kami berpindah dan meninggalkan berbagai-bagai kenangan pahit ~ bising, tiada privacy, terkepong dalam rumah, pencuri mengamuk, tayar kereta PAE 4003 di tebuk paku, pintu kereta PAW 4000 dipecahkan dan kehilangan tayar spare dll.; jiran sebelah menghimpun sampah di depan pintu, anjing kencing/berak di dalam kasut, kambing berak di hadapan pintu, naik turun tangga, paip tersumbat, air paip buangan bertakung di bilik air dan balkoni belakang, air orang atas turun ke bawah dan bertakung di balkoni dan titik-titik air masuk ke dalam periok belanga, anak jiran sebelah pinjam $10 dan lesap; kasut anak kecil dimasukkan ke dalam rumah menerusi jerejak tingkap dan berbagai-bagai lagi kenangan pahit, termasuklah perkelahian suami isteri. Keadaan kewangan aku pada masa itu sungguh rumit dan tidak makan tengahari adalah perkara biasa bagiku. Meminjam dari kawan, berhutang dengan kawan juga perkara biasa. Minyak kereta selalu “E” dan lampu warning sentiasa menyala. Sal meletak jawatan sebagai Sub-Accountant II di Malayan Banking, Campbell Street. Kerana tidak tahan dengan keadaan rumah yang tidak pernah aman, kami berpindah buat kali kedua ke rumah teres satu tingkat no. 126, Sungai Nibong (Taman Melati) pula. Keputusan ini diambil juga kerana Sal memulakan kerja di Universiti Sains Malaysia ~ patah ke belakang kerana menghantar/mengambil. Di Sungai Nibong, boleh dikatakan lebih baik dan tenteram cuma yang tidak tahan apabila angin bertiup membawa bau najis babi ke dalam rumah (pagi, petang dan malam). Petang-petang, budak-budak bermain bola di belakang rumah ~ masih tiada privacy. Sewa rumah $350.00. Salah faham masih ujud di antara kami. Ida, anak Nyah Umi berubat di tepi pantai Batu Feringgi dan lain-lain peristiwa.
1/12/1986 - berpindah lagi buat kali ketiga ke Minden Height, sebelah rumah (sewa) Suhaimi Akhdzahari (UDA/KOMTAR). Sewa $400 sebulan. Awal tahun 1987 ~ bulan Mac, aku mendapat anugerah Khidmat Cemerlang beserta jam tangan salut “emas”. Bulan April, genab 5 tahun kahwin dan Sal mengandung buat pertama kalinya. Namun demikian keguguran. 15/8/1987 ~ rumah ini dipecah dan dimasukki pencuri ~ kerugian $7,000 termasuk kamera autofocus Minolta, cash $750, gelang berlian, rantai emas, gelang emas, jam tangan Khidmat Cemerlang dan 3 buah lagi jam tangan lain. Pada 9/11/1987, kami ke Perancis untuk tempoh 1 bulan kursus komputer dan mendapat tahu (confirm) Sal mengandung pula ketika di sana. Berbagai-bagai saat suka dan duka dilalui ketika di Perancis - London hingga balik semula ke Malaysia. Bulan Oktober, aku mengambil keputusan menjual kereta Nissan Sunny 130Y Extra kepada kawan se pejabat kerana beranggapan, ianya dapat meringankan beban kewanganku. Aku membeli sebuah kereta Honda Accord (recond) DN 2202 secondhand dengan harga $11,300. Kewangan pada awal tahun 1988 beransur stabil dan selesa sedikit. Sekarang kandungan Sal genab 6 bulan. Insya’allah, jika tiada apa-apa yang menghalang, bayi kami akan dilahirkan pada 21 Julai 1988. Kepada Allah kami berserah.
Pada bulan Februari 1988 - aku terpilih menghadiri temuduga JPA - 21st century Friendship Program 1988 ke Jepun jika berjaya temuduga. Peluang untuk ke sana adalah cerah tetapi tentang tarikh pemergian selama 1 bulan mungkin serentak dengan tarikh kelahiran bayi kami. Aku harus membuat pilihan yang wajar di antara keluarga dengan peluang melawat Jepun. Kalau boleh ditunda pemergian tersebut ke tahun hadapan, adalah lebih baik.
Awal tahun ini (1988), kesihatan ku, syukur Alhamdulillah tetapi kadang-kadang rasa jemu makan nasi dan kurang berselera. Mungkin ini akibat dari merokok sebab merokok itu mudah, tidak perlu kunyah, cuma cucuh sebatang demi sebatang. Aku sedar kelemahan ku di sini, tetapi aku tidak dapat mengurangkan merokok malah bertambah apabila ada wang lebih di dalam kocek.
35) CITA-CITA
12.40 a.m.; 27 Mei 1988 (77, Minden Height 2)
Aku bercita-cita untuk memasukkan dan menenggelamkan diriku di dalam kecintaan Yang Maha Suci, Allah Rabbul’aalamiin. Tetapi, apa yang dah jadi? Apa yang dapat ku rasakan bahawa geraf pendekatan aku kepadaNya bukan semakin rapat tetapi ternyata jurang pemisah semakin dalam.
Ternyata perbuatan dan amalanku semakin lemah dan tidak berkualiti langsung.
Semasa aku mula mengenali Allah pada tahun 1975, aku rasa benar-benar bahagia, walaupun ketika itu apa yang aku idamkan tidak tercapai. Aku sedar bahawa bahagia itu di dalam hati bukan pada mata benda. Degupan jantungku masa itu mengikuti tasbeh dan tahmid. Pandanganku melihat alam dengan penuh ghairah akan kesenian Allah. Telingaku mencari-cari suara Allah. Mulutku dan kata hatiku yang tersembunyi berkata-kata dan memuji setiap apa yang dilihat dan didengar. Ruhaniku benar-benar puas. Perubahan mendadak pada tahun 1975 telah memeranjatkan keluargaku apabila aku cuba membetulkan beberapa keadaan yang aku rasa perlu dibetulkan. Tetapi ternyata langkah yang aku ambil secara mendadak dan membutatuli tanpa berdiplomasi memakan diriku balik. Akibatnya …. selipar yang dipakai oleh ibuku sampai ke mukaku. Alhamdulillah! Sekurang-kurangnya ia telah mencelikkan mataku dan melepaskan aku dari dosa menderhaka kepada dua orang tuaku. Aku terus menerima ujian. Di masa yang sama aku terus mengikuti kuliah-kuliah, syarahan atau majlis keagamaan yang diadakan. Biarpun berkayuh basikal di dalam hujan hingga ke masjid Tanjung Tokong. Setiap malam jam 11.45 menerusi radio berkumandang bacaan Al-Qur’an yang ku nanti-nantikan, diikuti dengan pedoman / syarahan. Aku habiskan masa-masa ku dengan membaca terjemahan Al-Qur’an yang dihadiahkan oleh Walid. Aku benar-benar tamakkan ilmu.
Aku lebih khuatir jika hayatku ditamatkan dan aku terus mengejar masa supaya mati ku tidak sesia. Kemudian aku masuk Universiti. Beli motor, mudah lagi perjalananku. Aku hadirkan diri di dalam kuliah agama Ustaz Haji Radzi di surau Kampung Rawa dan di kilang bijeh, oleh Allahyarham Ustaz Haji Harun di Masjid Tanjong Tokong dan masjid Kampung Dodol, oleh Ustaz Haji Mohd. Saman Kati (Perak) di- beberapa masjid di Pulau Pinang se bulan sekali, oleh Ustaz Haji Ba di masjid Sungai Pinang, oleh Ustaz As-Syeikh Ali Balidram (Ami Ali) di masjid Kampung Makam, belajar bahasa Arab (sekejap sahaja) di masjid Arab oleh Ustaz As-Syeikh Husin Bakar Rafiq, mengikut Ratibbul Jaddad di masjid Hashim Yahaya, Jalan Perak setiap malam Jumaat dan semua majlis syarahan sambutan hari-hari keagamaan. Siang hari aku ke Universiti (ketika ini di M.T.C., Glugor), Kursus Pra-Sains selama setahun. Tidak cukup dengan itu, aku membeli buku-buku agama untuk rujukan dan memunggah kitab-kitab lama kepunyaan Walid (tetapi kebanyakannya berbahasa Arab dan bahasa jawi lama). Apabila masuk tahun satu HBP (Jun 1977), diriku mula renggang dengan apa yang aku lakukan sebelumnya. Ini kerana aku lebih banyak menumpu kepada pelajaran Universiti dan menghabiskan masa di dalam “studio” sampai ke jam 2.00 pagi. Kadang-kadang tidak tidur langsung. Desakan keduniaan mula menampakkan kejayaannya dan hal-hal keakhiratan semakin tertinggal jauh; walaupun aku terus bersembahyang, berpuasa dan lain-lain yang fardhu.
Pernah di suatu masa, di asrama SMKJ, Sungai Petani, waktu rehat sekolah aku balik ke asrama semata-mata hendak melaksanakan sembahyang sunat dhuha dan aku menghukum diriku sendiri jika tertinggal subuh, aku akan hukum dengan mendirikan sunat Dhuha sekurang-kurangnya 4 rakaat. Tetapi sekarang, bagaimana?
Tahun I berlalu, tahun II, tahun III, tahun IV hingga mendapat ijazah pada tahun 1981. Dari segi keduniaan memang ianya satu kejayaan tetapi keruhanian, ternyata menampakkan kegagalan yang teruk sekali. Di tahun ke III (1980), aku banyak menyesali tentang kebodohan diriku. Aku banyak bertaubat dan buat kembali. Aku menangis sendirian di dalam bilik sembahyang di roof top Blok HBP dan ketika itu aku benar-benar berserah diri kepada Allah. Aku tidur seorang diri di dalam bilik itu yang gelap gelita walaupun beberapa kali dilarang oleh security guard USM. Aku tidak takut walaupun tinggal berseorangan dan khabar mengatakan bangunan ini berhantu. Aku berkhalwat, mengaji Al-Qur’an dan tidur di dalam aman. Sebelum subuh aku bangun. Selepas subuh aku keluar di kawasan lapang roof top memerhati ke langit. Kicauan burung menghiburkan. Pergerakan matahari ketika mula menampakkan diri menyeramkan aku. Daripada gelap kepada merah kemerahan dan angin menggerakkan awan (seolah-olah berkata; inilah kebesaran Allah). Diriku ketika itu sedang dalam pemberontakan di antara tuntutan nafsu dan iman. Diriku seolah-olah terbelah dua. Allah sahaja yang mengetahui apa yang telah aku lakukan. Aku terus mencapai kejayaan duniawi dengan Rahmat dari Allah jua.
Semua ini telah berlalu. Sukar bagiku untuk melalui semula saat-saat se demikian. Apabila aku bekerja di PDC seterusnya di UDA, duit aku bertambah dan kesulitan hidup ketara sekali. Walaupun ada kemudahan dengan adanya kereta tetapi tidak pernah langsung aku menghadiri sebarang kuliah agama, seolah-olah ilmu yang ada padaku sudah cukup. Aku membelanjakan mengikut nafsu selera diriku. Aku sanggup berhutang untuk melengkapkan keperluan diriku dan rumah tanggaku. Aku dan Allah semakin jauh. Aku tidak pernah menangis mengenangkan kebodohan ku sendiri. Sembahyang pun tidak mencapai kualiti dan se khusyuk dahulu ~ seolah-olah melepaskan batuk di tangga sahaja. Siapa yang bersalah di dalam hal ini? Aku tidak ragu-ragu membuang duit membeli rokok dan apabila memberi sedekah tak sebanyak mana. Nikmat Allah terus aku kecapi. Aku boros dan banyak membazir.
Apa yang pasti ialah kenikmatan Allah yang dikurniakan kepadaku jauh melebihi dari kesulitan hidup yang aku hadapi. Tetapi aku ini jenis manusia yang tidak tahu bersyukur dan banyak mengeluh. Pujian yang sepatutnya keluar dari mulutku diganti dengan kata-kata yang menunjukkan kekufuran diriku. Aku dahulukan dunia dari akhirat. Mata yang dahulunya menyaksikan kebesaran Allah sudah menukar arah kepada televisyen dan perkara-perkara keji. Tangan dan kaki yang sempurna yang sepatutnya lebih banyak buat kebajikan dah digunakan kepada kerja-kerja lain. Otak yang sepatutnya memikirkan bagaimana aku hendak mendekatkan diri kepada Allah telah terpesong kepada memikirkan bagaimana nak “korek-kambus hutang”, bila gaji double increment, bila loan kereta, CCB, UDACO, Mayban Finance nak habis; berapa aku masih terhutang dengan Walid dan Income tax. Apakah untuk ini aku dihidupkan??? Apa yang aku selalu fikirkan ialah sekarang gaji aku $1,605.00, tolak itu dan ini, berapa bakinya sampai tiada lebihan atau simpanan. Tahun ini, rezeki aku bertambah lagi apabila pada 1 hb. Mei 1988, aku mendapat elaun menanggung kerja Pegawai Kanan (lebih $500.00). Bagaimana aku mengucapkan terima kasih dan menunjukkan kesyukuran kepada Allah? “Susah betul hidup ini” ~ inilah yang aku selalu ucapkan. Itu tidak kena, ini tidak kena. Inikah rupanya seorang yang bercita-cita hendak menjadi hamba Allah yang soleh? Dan mendekatkan diri kepada Nya dan menenggelamkan diri di lautan kecintaan kepada Allah? sembahyang dan puasa dibuat tetapi “no quality”. Mengaji Qur’an macam burung kakatua sebab sekadar mengaji tetapi tidak mengambil pengajaran darinya.
Sesuatu harus dilakukan sekarang! Tak lama lagi aku akan menjadi “bapa”, Insya’allah! dan akan menjadi “contoh” di dalam keluargaku sendiri. Jika aku terus bersikap begini, alamatnya aku sedang membina masyarakat Islam kulit sahaja, isinya tiada ~ kosong. Islam gendang!
36) PERISTIWA
1.00 a.m.; 28 Mei 1988 SABTU (77, Minden Height 2)
Tenungkan sebentar peristiwa-peristiwa yang dialami kebelakangan ini.

4) silap keempat: manusia itu tidak pandai membahagikan masa 24 jam yang telah ditetapkan. Masa banyak terbuang kepada perkara-perkara yang tidak menguntungkan di dunia maupun di akhirat. Contohnya menonton televisyen, berangan-angan dan lain-lain lagi.
5) silap kelima: manusia cepat putus asa dan tidak bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal … malah kadang-kadang ia cuba menyalahkan orang lain pula. Ia tidak nampak kesalahan diri sendiri, kebodohan dan dhaif dirinya. Ia tidak pernah pula mengkaji di mana silapnya dan membetulkan semula, kata orang “sudah terhantuk baru terngadah”- “sekali ketuk sekali masuk”.
6) silap keenam: manusia mengabaikan suruhan-suruhan dan tegahan-tegahan Allah, ambil mudah dan tidak serius. Misalnya melengahkan solat fardhu, meninggalkan sembahyang subuh dan waktu-waktu lain. Kalau sembahyang pun tetapi tidak bersungguh-sungguh atau khusyuk, ibarat melepaskan batuk di tangga; cepat-cepat nak habiskan sembahyang. Ketika sembahyang, jasadnya sahaja tetapi otaknya terbang entah ke mana … terbayang itulah, inilah, teringat kerja-kerja pejabat, masalah-masalah dan lain-lain.
7) silap ketujuh: manusia yang banyak dosa. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Dosa-dosa itu telah menutup cahaya keimanan dan jaraknya menjadi semakin jauh dari rahmat Allah. Allah pun mungkin tak sudi nak meniliknya lagi. Ini yang paling bahaya.
8) silap kelapan: apabila sudah banyak dosa, manusia terpaksa dicuci hatinya dan dirinya sebelum menghadap Allah. Balasan Allah adalah samada di atas dunia atau di akhirat kelak. Adalah lebih baik diterima di dunia jika berbanding azab di akhirat. Sendiri yang buat salah maka tanggunglah sendiri bukan boleh dipindahkan kepada orang lain.
9) silap kesembilan: ujian keimanan. Jangan mengaku bahawa kita telah beriman jika tidak diuji terlebih dahulu. Telah menjadi fitrah Allah untuk menguji hambaNya. Samada ia seorang yang sabar, pemarah, jahil dan boros. Petunjuk Allah sudah ada iaitu Al-Qur’an dan Al-Hadith. Terpulanglah kepada manusia itu untuk menghayati sejauh mana yang termampu olehnya.
(tamat 2.02 a.m.; 12 September 1985)
31) SUAMI, ISTERI …. DINGIN
2.02 a.m.; 12 September 1985
(Perenggan ini tidak dipamerkan - tidak diluluskan oleh Badan Penapis i.e. saya sendiri)
Malaslah! Lebih baik berzikir ….
11.00 p.m.; 21 Oktober 1985, ISNIN
(Perenggan ini tidak dipamerkan - tidak diluluskan oleh Badan Penapis i.e. saya sendiri)
33) NASIB HAMBA ALLAH
11.00 p.m.; 20 Disember 1985 JUMAAT
1) Allah tidak akan merubah nasib hambaNya tetapi hamba itu (manusia) yang merubah nasibnya sendiri
2) Rezeki tidak akan datang melayang dari langit macam hujan jatuh ke bumi (ingatlah peristiwa Maryam (ibu Nabi Isa a.s.) yang sarat mengandung terpaksa menggoyang pohon kurma untuk mendapatkan buah kurma). Manusia cuma berikhtiar dan Allah yang menentukannya.
3) Setiap kejadian ada fadhilat atau kebaikannya tetapi manusia tidak nampak sebab sikapnya yang pemarah menjadi dinding.
4) Islam telah mengajar umatnya cara hidup yang paling “ideal” di atas dunia ini tetapi manusia itu sendiri yang “enggan” mengikut.
5) Dahulu Islam disegani tetapi sekarang Islam diejek-ejek sebab masyarakat dunia sudah tidak dapat mengenali Islam yang sebenarnya setelah dirosakkan oleh umat itu sendiri (umat Islam).
~ ERA 1988 ~
34) RUMAH SEWA
10.00 p.m.; 20 Mac 1988 = 2 Sya’aban 1408 AHAD (77, Minden Height 2)
Setelah sekian lama, tangan dan pemikiran ini berhenti menulis dan berfikir. Liku-liku hidup dilalui dengan penuh cabaran yang ada kalanya aku menang dan ada kalanya, marah mengatasi jiwaku. Ada yang mendukacitakan dan ada juga yang menggembirakan. Cabaran-cabaran itu tidak memberi aku kesempatan untuk meluangkan masa untuk menulis seketika. 1986, 87 telah berlalu. Aku menghirup tahun 1988 dengan ghairah sekali dan meninggalkan 1987 dengan penuh peristiwa. Sekarang kami mendiami rumah dua tingkat jenis teres di Minden Height (mula diami pada 1/12/86 ~ sewa $400 sebulan). Mulanya kami mendiami / menyewa di flat Nusantara, Jalan Maklum, Sungai Pinang ~ tingkat satu. Kami berpindah dan meninggalkan berbagai-bagai kenangan pahit ~ bising, tiada privacy, terkepong dalam rumah, pencuri mengamuk, tayar kereta PAE 4003 di tebuk paku, pintu kereta PAW 4000 dipecahkan dan kehilangan tayar spare dll.; jiran sebelah menghimpun sampah di depan pintu, anjing kencing/berak di dalam kasut, kambing berak di hadapan pintu, naik turun tangga, paip tersumbat, air paip buangan bertakung di bilik air dan balkoni belakang, air orang atas turun ke bawah dan bertakung di balkoni dan titik-titik air masuk ke dalam periok belanga, anak jiran sebelah pinjam $10 dan lesap; kasut anak kecil dimasukkan ke dalam rumah menerusi jerejak tingkap dan berbagai-bagai lagi kenangan pahit, termasuklah perkelahian suami isteri. Keadaan kewangan aku pada masa itu sungguh rumit dan tidak makan tengahari adalah perkara biasa bagiku. Meminjam dari kawan, berhutang dengan kawan juga perkara biasa. Minyak kereta selalu “E” dan lampu warning sentiasa menyala. Sal meletak jawatan sebagai Sub-Accountant II di Malayan Banking, Campbell Street. Kerana tidak tahan dengan keadaan rumah yang tidak pernah aman, kami berpindah buat kali kedua ke rumah teres satu tingkat no. 126, Sungai Nibong (Taman Melati) pula. Keputusan ini diambil juga kerana Sal memulakan kerja di Universiti Sains Malaysia ~ patah ke belakang kerana menghantar/mengambil. Di Sungai Nibong, boleh dikatakan lebih baik dan tenteram cuma yang tidak tahan apabila angin bertiup membawa bau najis babi ke dalam rumah (pagi, petang dan malam). Petang-petang, budak-budak bermain bola di belakang rumah ~ masih tiada privacy. Sewa rumah $350.00. Salah faham masih ujud di antara kami. Ida, anak Nyah Umi berubat di tepi pantai Batu Feringgi dan lain-lain peristiwa.
1/12/1986 - berpindah lagi buat kali ketiga ke Minden Height, sebelah rumah (sewa) Suhaimi Akhdzahari (UDA/KOMTAR). Sewa $400 sebulan. Awal tahun 1987 ~ bulan Mac, aku mendapat anugerah Khidmat Cemerlang beserta jam tangan salut “emas”. Bulan April, genab 5 tahun kahwin dan Sal mengandung buat pertama kalinya. Namun demikian keguguran. 15/8/1987 ~ rumah ini dipecah dan dimasukki pencuri ~ kerugian $7,000 termasuk kamera autofocus Minolta, cash $750, gelang berlian, rantai emas, gelang emas, jam tangan Khidmat Cemerlang dan 3 buah lagi jam tangan lain. Pada 9/11/1987, kami ke Perancis untuk tempoh 1 bulan kursus komputer dan mendapat tahu (confirm) Sal mengandung pula ketika di sana. Berbagai-bagai saat suka dan duka dilalui ketika di Perancis - London hingga balik semula ke Malaysia. Bulan Oktober, aku mengambil keputusan menjual kereta Nissan Sunny 130Y Extra kepada kawan se pejabat kerana beranggapan, ianya dapat meringankan beban kewanganku. Aku membeli sebuah kereta Honda Accord (recond) DN 2202 secondhand dengan harga $11,300. Kewangan pada awal tahun 1988 beransur stabil dan selesa sedikit. Sekarang kandungan Sal genab 6 bulan. Insya’allah, jika tiada apa-apa yang menghalang, bayi kami akan dilahirkan pada 21 Julai 1988. Kepada Allah kami berserah.
Pada bulan Februari 1988 - aku terpilih menghadiri temuduga JPA - 21st century Friendship Program 1988 ke Jepun jika berjaya temuduga. Peluang untuk ke sana adalah cerah tetapi tentang tarikh pemergian selama 1 bulan mungkin serentak dengan tarikh kelahiran bayi kami. Aku harus membuat pilihan yang wajar di antara keluarga dengan peluang melawat Jepun. Kalau boleh ditunda pemergian tersebut ke tahun hadapan, adalah lebih baik.
Awal tahun ini (1988), kesihatan ku, syukur Alhamdulillah tetapi kadang-kadang rasa jemu makan nasi dan kurang berselera. Mungkin ini akibat dari merokok sebab merokok itu mudah, tidak perlu kunyah, cuma cucuh sebatang demi sebatang. Aku sedar kelemahan ku di sini, tetapi aku tidak dapat mengurangkan merokok malah bertambah apabila ada wang lebih di dalam kocek.
35) CITA-CITA
12.40 a.m.; 27 Mei 1988 (77, Minden Height 2)
Aku bercita-cita untuk memasukkan dan menenggelamkan diriku di dalam kecintaan Yang Maha Suci, Allah Rabbul’aalamiin. Tetapi, apa yang dah jadi? Apa yang dapat ku rasakan bahawa geraf pendekatan aku kepadaNya bukan semakin rapat tetapi ternyata jurang pemisah semakin dalam.
Ternyata perbuatan dan amalanku semakin lemah dan tidak berkualiti langsung.
Semasa aku mula mengenali Allah pada tahun 1975, aku rasa benar-benar bahagia, walaupun ketika itu apa yang aku idamkan tidak tercapai. Aku sedar bahawa bahagia itu di dalam hati bukan pada mata benda. Degupan jantungku masa itu mengikuti tasbeh dan tahmid. Pandanganku melihat alam dengan penuh ghairah akan kesenian Allah. Telingaku mencari-cari suara Allah. Mulutku dan kata hatiku yang tersembunyi berkata-kata dan memuji setiap apa yang dilihat dan didengar. Ruhaniku benar-benar puas. Perubahan mendadak pada tahun 1975 telah memeranjatkan keluargaku apabila aku cuba membetulkan beberapa keadaan yang aku rasa perlu dibetulkan. Tetapi ternyata langkah yang aku ambil secara mendadak dan membutatuli tanpa berdiplomasi memakan diriku balik. Akibatnya …. selipar yang dipakai oleh ibuku sampai ke mukaku. Alhamdulillah! Sekurang-kurangnya ia telah mencelikkan mataku dan melepaskan aku dari dosa menderhaka kepada dua orang tuaku. Aku terus menerima ujian. Di masa yang sama aku terus mengikuti kuliah-kuliah, syarahan atau majlis keagamaan yang diadakan. Biarpun berkayuh basikal di dalam hujan hingga ke masjid Tanjung Tokong. Setiap malam jam 11.45 menerusi radio berkumandang bacaan Al-Qur’an yang ku nanti-nantikan, diikuti dengan pedoman / syarahan. Aku habiskan masa-masa ku dengan membaca terjemahan Al-Qur’an yang dihadiahkan oleh Walid. Aku benar-benar tamakkan ilmu.
Aku lebih khuatir jika hayatku ditamatkan dan aku terus mengejar masa supaya mati ku tidak sesia. Kemudian aku masuk Universiti. Beli motor, mudah lagi perjalananku. Aku hadirkan diri di dalam kuliah agama Ustaz Haji Radzi di surau Kampung Rawa dan di kilang bijeh, oleh Allahyarham Ustaz Haji Harun di Masjid Tanjong Tokong dan masjid Kampung Dodol, oleh Ustaz Haji Mohd. Saman Kati (Perak) di- beberapa masjid di Pulau Pinang se bulan sekali, oleh Ustaz Haji Ba di masjid Sungai Pinang, oleh Ustaz As-Syeikh Ali Balidram (Ami Ali) di masjid Kampung Makam, belajar bahasa Arab (sekejap sahaja) di masjid Arab oleh Ustaz As-Syeikh Husin Bakar Rafiq, mengikut Ratibbul Jaddad di masjid Hashim Yahaya, Jalan Perak setiap malam Jumaat dan semua majlis syarahan sambutan hari-hari keagamaan. Siang hari aku ke Universiti (ketika ini di M.T.C., Glugor), Kursus Pra-Sains selama setahun. Tidak cukup dengan itu, aku membeli buku-buku agama untuk rujukan dan memunggah kitab-kitab lama kepunyaan Walid (tetapi kebanyakannya berbahasa Arab dan bahasa jawi lama). Apabila masuk tahun satu HBP (Jun 1977), diriku mula renggang dengan apa yang aku lakukan sebelumnya. Ini kerana aku lebih banyak menumpu kepada pelajaran Universiti dan menghabiskan masa di dalam “studio” sampai ke jam 2.00 pagi. Kadang-kadang tidak tidur langsung. Desakan keduniaan mula menampakkan kejayaannya dan hal-hal keakhiratan semakin tertinggal jauh; walaupun aku terus bersembahyang, berpuasa dan lain-lain yang fardhu.
Pernah di suatu masa, di asrama SMKJ, Sungai Petani, waktu rehat sekolah aku balik ke asrama semata-mata hendak melaksanakan sembahyang sunat dhuha dan aku menghukum diriku sendiri jika tertinggal subuh, aku akan hukum dengan mendirikan sunat Dhuha sekurang-kurangnya 4 rakaat. Tetapi sekarang, bagaimana?
Tahun I berlalu, tahun II, tahun III, tahun IV hingga mendapat ijazah pada tahun 1981. Dari segi keduniaan memang ianya satu kejayaan tetapi keruhanian, ternyata menampakkan kegagalan yang teruk sekali. Di tahun ke III (1980), aku banyak menyesali tentang kebodohan diriku. Aku banyak bertaubat dan buat kembali. Aku menangis sendirian di dalam bilik sembahyang di roof top Blok HBP dan ketika itu aku benar-benar berserah diri kepada Allah. Aku tidur seorang diri di dalam bilik itu yang gelap gelita walaupun beberapa kali dilarang oleh security guard USM. Aku tidak takut walaupun tinggal berseorangan dan khabar mengatakan bangunan ini berhantu. Aku berkhalwat, mengaji Al-Qur’an dan tidur di dalam aman. Sebelum subuh aku bangun. Selepas subuh aku keluar di kawasan lapang roof top memerhati ke langit. Kicauan burung menghiburkan. Pergerakan matahari ketika mula menampakkan diri menyeramkan aku. Daripada gelap kepada merah kemerahan dan angin menggerakkan awan (seolah-olah berkata; inilah kebesaran Allah). Diriku ketika itu sedang dalam pemberontakan di antara tuntutan nafsu dan iman. Diriku seolah-olah terbelah dua. Allah sahaja yang mengetahui apa yang telah aku lakukan. Aku terus mencapai kejayaan duniawi dengan Rahmat dari Allah jua.
Semua ini telah berlalu. Sukar bagiku untuk melalui semula saat-saat se demikian. Apabila aku bekerja di PDC seterusnya di UDA, duit aku bertambah dan kesulitan hidup ketara sekali. Walaupun ada kemudahan dengan adanya kereta tetapi tidak pernah langsung aku menghadiri sebarang kuliah agama, seolah-olah ilmu yang ada padaku sudah cukup. Aku membelanjakan mengikut nafsu selera diriku. Aku sanggup berhutang untuk melengkapkan keperluan diriku dan rumah tanggaku. Aku dan Allah semakin jauh. Aku tidak pernah menangis mengenangkan kebodohan ku sendiri. Sembahyang pun tidak mencapai kualiti dan se khusyuk dahulu ~ seolah-olah melepaskan batuk di tangga sahaja. Siapa yang bersalah di dalam hal ini? Aku tidak ragu-ragu membuang duit membeli rokok dan apabila memberi sedekah tak sebanyak mana. Nikmat Allah terus aku kecapi. Aku boros dan banyak membazir.
Apa yang pasti ialah kenikmatan Allah yang dikurniakan kepadaku jauh melebihi dari kesulitan hidup yang aku hadapi. Tetapi aku ini jenis manusia yang tidak tahu bersyukur dan banyak mengeluh. Pujian yang sepatutnya keluar dari mulutku diganti dengan kata-kata yang menunjukkan kekufuran diriku. Aku dahulukan dunia dari akhirat. Mata yang dahulunya menyaksikan kebesaran Allah sudah menukar arah kepada televisyen dan perkara-perkara keji. Tangan dan kaki yang sempurna yang sepatutnya lebih banyak buat kebajikan dah digunakan kepada kerja-kerja lain. Otak yang sepatutnya memikirkan bagaimana aku hendak mendekatkan diri kepada Allah telah terpesong kepada memikirkan bagaimana nak “korek-kambus hutang”, bila gaji double increment, bila loan kereta, CCB, UDACO, Mayban Finance nak habis; berapa aku masih terhutang dengan Walid dan Income tax. Apakah untuk ini aku dihidupkan??? Apa yang aku selalu fikirkan ialah sekarang gaji aku $1,605.00, tolak itu dan ini, berapa bakinya sampai tiada lebihan atau simpanan. Tahun ini, rezeki aku bertambah lagi apabila pada 1 hb. Mei 1988, aku mendapat elaun menanggung kerja Pegawai Kanan (lebih $500.00). Bagaimana aku mengucapkan terima kasih dan menunjukkan kesyukuran kepada Allah? “Susah betul hidup ini” ~ inilah yang aku selalu ucapkan. Itu tidak kena, ini tidak kena. Inikah rupanya seorang yang bercita-cita hendak menjadi hamba Allah yang soleh? Dan mendekatkan diri kepada Nya dan menenggelamkan diri di lautan kecintaan kepada Allah? sembahyang dan puasa dibuat tetapi “no quality”. Mengaji Qur’an macam burung kakatua sebab sekadar mengaji tetapi tidak mengambil pengajaran darinya.
Sesuatu harus dilakukan sekarang! Tak lama lagi aku akan menjadi “bapa”, Insya’allah! dan akan menjadi “contoh” di dalam keluargaku sendiri. Jika aku terus bersikap begini, alamatnya aku sedang membina masyarakat Islam kulit sahaja, isinya tiada ~ kosong. Islam gendang!
36) PERISTIWA
1.00 a.m.; 28 Mei 1988 SABTU (77, Minden Height 2)
Tenungkan sebentar peristiwa-peristiwa yang dialami kebelakangan ini.
1) setelah hampir lima tahun perkahwinan dan setelah berusaha untuk mendapatkan zuriat dengan berubat berbagai-bagai cara, maka pada bulan April 1987 (genab 5 tahun), isteriku “confirm” mengandung. Kegembiraan kerana lama benar penantian kami. Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian terjadi “keguguran” setelah kandungan berusia beberapa minggu.
2) sebelum ini pada bulan Mac 87, aku telah menerima anugerah Khidmat Cemerlang 1986 dari Pengerusi UDA, Tan Sri Murad di perhimpunan kakitangan UDA di ibupejabat Bukit Bintang, KL. Di samping sijil, aku juga menerima Jam bersalut emas.
3) pada 15/8/1987, hari Sabtu, rumah kami di Minden Height Jalan 2, dicerobohi pencuri dan turut hilang ialah jam emas, barang-barang kemas dan wang tunai $900 (deposit jual kereta).
4) pada penghujung bulan Julai 1987, aku mengambil keputusan menjual kereta Nissan 130Y kepada Kamarudzaman Md. Zain, kawan sekerjaku, dan beliau telah membayar cengkeram (tunai) sebanyak $1,000.00. Wang ini juga telah kecurian pada tarikh 15/8/87. Aku sangkakan dengan penjualan kereta tersebut, sekurang-kurangnya aku tidak payah tebal muka meminjam wang sana sini bagi mencukupkan belanja harian.
5) 9 November 1987, aku dan Sal bertolak ke Perancis, yang sebelum ini tidak pernah terlintas hendak makan angin di luar negeri, apatah lagi Perancis. Kami menghabiskan masa sebulan di Grenoble dan 3 hari di Paris dan 6 jam di lapangan terbang Hearthrow, London. Berbagai pengalaman pahit dan manis dikecapi. Setelah dua minggu di Grenoble, Sal pula disahkan “mengandung” buat kali kedua. Cadangan hendak melancung ke London dibatalkan kerana keadaan Sal yang mendesak dan kesulitan makan-minum.
6) Februari 1988 - aku dicalunkan (wakil tunggal UDA) untuk menghadiri Program Lawatan sambil belajar ke Jepun. Hadir temuduga di JPA, KL. Tetapi jika aku berjaya, aku akan bertolak pada bulan Jun atau Julai 88 ketika isteriku sedang sarat dan menanti masa melahirkan. Walau bagaimanapun, pada bulan Mei, aku mendapat jawapan bahawa permohonanku gagal.
7) Pada bulan Mei 1988, aku telah mendapat tugas baru iaitu menanggung kerja Pegawai Kanan (En. Mahbob Ilham) dan mendapat elaun tambahan sebanyak lebih $500.00 sebulan bagi tempoh Mei hingga Julai. Di samping itu, aku menyelaras kesemua projek di Unit Operasi UDA (PWU) termasuklah Unit Bimbingan, Penilaian, Pemasaran dan lain-lain. Bebanan kerjaku semakin berat. Alhamdulillah, selama ini aku dapat melaksanakannya dengan sederhana baik sebab masih kurang pengalaman.
Inilah logo Perbadanan Pembangunan Bandar atau Urban Development Authority atau ringkasnya UDA, tempat aku mencari rezeki selama ini!
10.30 p.m.; 9 Jun 1988 KHAMIS (77, Minden Height 2)
Apabila disebut “ibubapa”, gambaran pertama yang tampil di kepala ialah seorang ibu dengan sifat kewanitaannya samada fizikal maupun keruhanian dan seorang bapa dengan sifat kelakiannya serta kedua-duanya mempunyai pertalian kukuh yang terikat dengan perkahwinan. Masing-masing mempunyai tanggungjawab tersendiri selaras dengan fitrah dan tujuan ia dicipta. Selain dari melahirkan zuriat, mereka juga terikat dengan satu tanggungjawab yang lebih berat iaitu memastikan anak itu seorang Islam (tetapi bukan Islam otomatik kerana ibubapanya Islam). Bagaimana hendak mencipta seorang Islam jika diri sendiri pun tidak faham tentang Islam? Tidak mengamalkan 100% ajaran Islam? Islam semakin lama akan semakin pudar. Ibubapa akan sedaya upaya menyediakan kehidupan untuk si anak dan semua keperluan yang wajar. Menghiasi dirinya dengan pakaian yang indah dan ilmu pengetahuan supaya ia dapat berdikari seterusnya. Itulah tugas ibu-bapa sebelum ia menutup mata dan si anak meneruskan perjalanan.
Di dalam Al-Qur’an ada menyebut tentang pakaian yang bermaksud; “pakailah pakaian yang indah-indah dan sebaik-baik pakaian ialah taqwa”. Bagaimanakah si anak hendak dipakaikan pakaian “taqwa” kalau ibubapa sendiri tidak faham dan tidak pernah memakai pakaian tersebut?? Si anak biasanya belajar (peringkat awal) menerusi apa yang dilihat, didengar dan dirasa. Orang yang paling dekat ialah ibubapa yang menjadi contoh (idola) untuk ditauladaninya. Membentuk sebuah sikap dan identiti adalah lebih rumit dari membina sebuah kompleks seperti KOMTAR Pulau Pinang kerana manusia tidak sama dengan batu bata, simen, besi dan sebagainya yang sudah difahami benar sikapnya, kekuatannya dan kemampuannya. Tidak dapat dielakkan di mana kasih sayang kepada si anak dari kedua ibubapa adalah sama banyaknya tetapi peringkat memberi kemanjaan selalunya melebihi di pihak ibu. Maka akan terjadilah apabila si bapa cuba menegah anaknya melakukan sesuatu, si ibu akan mencelah dan memberi kelonggaran. Perkara seperti ini akan membuat anak tadi rasa “serba salah” (confuse) dan lantas membuat anggapan bahawa ibunya lebih menyayanginya dari bapanya. Jika perkara ini berlarutan, maka undi si ibu dan sahamnya akan terus meningkat berbanding si bapa sebab apa yang dihajatinya boleh diperolehi dari ibu. Secara tidak langsung, putik-putik kebencian dan rasa kurang hormat kepada bapa akan tertanam di jiwa anak tadi. Memang benar, sebuah kapal yang mempunyai dua kemudi akan menyebabkan kapal itu tenggelam! Anak tadi tidak akan faham mengapa bapanya menegah ia melakukan sesuatu atau tidak memenuhi permintaannya sehinggalah bapa tadi menerangkan sebab-sebabnya atau anak tadi mengalami situasi yang sama ketika giliran ia pula menjadi bapa. Tetapi ketika itu sudah berlalu dan penyesalan menyelubungi sanubarinya.
Mengikut sebuah hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud; “setiap anak yang dilahirkan itu adalah ibarat kain putih bersih dan ibubapalah yang mencorakkannya”. Di dalam kerja mencorak ini (misalnya corak batik), terkadang-kadang ada gangguan luar yang menyebabkan cat tumpah atau rekabentuk batik tadi rosak dan garis-garis lelehan cat. Siapakah yang hendak membeli kain batik ini, mutu atau nilainya sudah turun, hendak dipadamkan tidak boleh. Kecualilah dijual dengan harga murah untuk dibuat kain basahan sahaja bukan dipakai pada hari perayaan. Samalah seperti kes si anak tadi. Pengajaran yang kurang akan mendedahkan anak itu kepada pengaruh luar yang lebih hebat dan rosaklah rekabentuk awal tadi.Berhati-hatilah! Tanamlah pelajaran yang berunsurkan keislaman supaya pengaruh luar tersebut tidak mampu menggugat pendirian anak. Jadikanlah anak itu seperti ikan di laut, walaupun air sekelilingnya masin pahit tetapi isinya manis!
Perjalanan insan tiada tamatnya …
38) AL-JUNAID AL-BAGHDADI
11.45 p.m.; 11 Jun 1988 SABTU (77, Minden Height 2)
Kata-kata Al-Junaid Al-Baghdadi (seorang ahli Sufi):
1) Allah ada berfirman kepada Nabi Daud a.s. yang bermaksud; “orang yang mengaku cinta kepada Aku, tetapi membanyakkan tidur, maka pengakuannya itu adalah palsu”.
2) hatimu itu rumah Allah. Jangan biar yang lain duduk di dalamnya kecuali Allah.
3) rindu kepada Allah itu membuangkan dosa.
4) kamu tidak akan mencapai baqa’ (kekal dengan Tuhan) sebelum melalui fana’ (hapus diri).
5) orang yang takut kepada Allah tidak pernah senyum.
6) lupa mengenang Allah lebih teruk dari azab neraka.
7) lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan Allah. Lebih baik lidah itu bisu jika tidak menyebut nama Allah. Lebih baik telinga itu pekak, jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah. Lebih baik anggota badan itu mati, jika tidak melakukan suruhan Allah.
8) orang yang dicintai Allah itu akan dilorongkan Allah untuk berkawan dengan auliakNya.
9) seseorang yang tidak mencapai cinta Allah hingga ia memfanakan dirinya. Percakapan orang-orang yang cinta kepada Allah itu pada pandangan orang-orang biasa adalah dongeng sahaja.
10) si sufi itu tidak diketahui orang kecuali Allah.
11) memikirkan ayat-ayat Qur’an itu membawa kepada mendapat nur (cahaya) dan matlamat yang sama itu juga boleh dicapai dengan memikirkan kurniaan dan kemuliaan Allah. Qur’an itu menerbitkan cinta Allah kepada pembacanya. Fikirkanlah janji-janji Tuhan dan ini akan menerbitkan taqwa kepada Allah.
Dipetik dari buku Tazkiratul-Auliya’ 62 orang Wali Allah oleh Syekh Fariduddin ‘Attar. Terjemahan oleh Abdul Majid bin Hj. Khatib, Pustaka Aman Press Sdn. Bhd. 1984 Cetakan IV.
39) PELITA
12.45 a.m.; 12 Jun 1988 AHAD (77, Minden Height 2)
Aku perhatikan pelita minyak tanah di depanku. Keadaan mulanya kelam, aku pasang pelita tadi, dan meja tulisku terang. Aku naikkan sumbunya dan seluruh bilik bacaan menjadi terang. Aku nampak dan dapat mengenali semua benda di dalam bilik ini dan di mana letaknya benda-benda tersebut. Api tadi menyala dan merupakan sumber yang menerangi. Tetapi api tidak akan menyala tanpa minyak yang menjelajahi sumbu kain naik ke hujung sumbunya.
Aku tidak puas hati dengan cahaya tadi. Aku buka kaca pengadangnya dan mencuci keladak-keladak hitam yang lekat hasil bakaran minyak tanah. Cerah dan berkilat. Suasana bilik menjadi lebih cerah. Apa yang aku khuatirkan sekejap lagi suasana bilik ini akan menjadi gelap kembali kerana bekalan minyak hampir kering. Alamatnya, kenalah aku meraba-raba di dalam kegelapan semula, mencari itu dan ini. Terlebih utama ialah mendapatkan bekalan minyak tambahan. Jika sumbunya pula habis, ada minyak dan mancis pun tidak berguna.
Pengajaran pertama: pelita sebagai hatiku. Hatiku dapat melihat Allah dengan kebesaranNya apabila Nur Ilahi sudah menyinar di hatiku. Nur itu menyinar hasil dari sumber ilmu (ibarat minyak) dan ibadat ikhlas kerana Allah. bukan sekadar itu malahan zikirullah, sentiasa memikirkan keindahan ciptaan Allah, kesenianNya dan kebesaran kerajaanNya. Semua ini diperolehi dengan pemerhatian (observation) dan memahami isi Al-Qur’an. Nur tidak akan ujud tanpa sumbu sebab sumbu menghubungkan minyak. Bolehlah diibaratkan sumbu tadi sebagai Nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Rasulullah telah mengorbankan dirinya untuk menerangi dunia Islam. Hadithnya perlu diteliti sebab itulah sahaja peninggalan harta pusaka yang termahal disamping Al-Qur’an. Malah Rasulullah s.a.w. adalah sebaik-baik contoh yang patut ditauladani dengan kehidupan yang paling sederhana tetapi paling berjaya.
Setelah lengkap semua ini dan sempurna letaknya, hati akan mula bersinar dan nampak keadaan sekeliling yang pada mulanya kelam. Tetapi kehidupan manusia telah dijanjikan dengan ujian dan dugaan. Kemaksiatan yang dilakukan telah menyebabkan halangan kepada sinaran tadi. Ia melekat pada chimney pelita. Semakin lama, semakin kelam walaupun api menyala terang.
Untuk mencuci hati (chimney) perlulah segera bertaubat dan sentiasa menyesali di atas segala maksiat yang dilakukan samada sengaja atau tidak disengajakan, yang nyata atau yang tersembunyi. Tetapi usia pelita dan bekalan minyak tidak akan bertahan lama. Sampai masanya mungkin pelita ini (yang telah uzur) akan dibuang dan diganti dengan yang baharu. Tetapi khidmat dan jasanya selama ini akan terus menjadi kenangan. Kembalilah hati tadi kepada Allah untuk dihakimkan.
Pengajaran kedua: aku bandingkan sebuah pelita dengan sebuah lampu suluh. Kedua-duanya mempunyai fungsi yang hampir sama iaitu menerangi suatu ruang atau untuk mencari sesuatu benda. Tetapi tiap-tiap satu mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing.
Lampu suluh boleh menjangkau objek yang lebih jauh yang tidak tercapai oleh pelita. Tetapi kawasan yang diteranginya adalah terhad (menumpu ke satu arah) berbanding pelita (keseluruhan ruang).
Lampu suluh berkuasa bateri kering tidak boleh membakar walau sebanyak manapun bateri digunakan tetapi kemungkinan bulbnya yang akan terbakar.
TAMAT CORETAN RUHANIAH ERA 80AN
[akan bersambung - ERA 90AN -Bahagian Akhir ..... insya'Allah]
No comments:
Post a Comment