Sunday, March 10, 2013

119.0 Kena Tipu Lagi .... Adoiii ....

Pada Mac 2007 saya membeli sebuah Mercedes Benz 190E, secondhand model import 1985, saja nak berasa naik kereta yang ada bintang cabang tiga ateh domoi dia.  Memang betul kata orang, kalau pandu Merz, rasa tak mau pandu kereta lain dah.  Tapi faham-fahamlah, kalau pendapatan okay, isi minyak kereta 2,000 cc tak dak masalah punya.



Apabila kena serangan jantung pada 2008, keadaan fizikal agak merosot dan kerja-kerja kontrak menghadapi cabaran.  Kereta ini agak terbiar, jarang digunakan dan sering rosak. Mekanik di Bertam tiada yang betul-betul mahir tentang kereta Merz.  Ia seperti "trial and error" main agak-agak, duit terus dibelanjakan.  Akhir sekali kereta ini terbiar di bawah pokok selama lebih setahun sehinggalah datang seorang kawan menawarkan membelinya dengan harga murah.  Saya bersetuju.  Kereta ditunda ke workshop.

Setelah dibaiki dan semuanya berkeadaan baik, kawan saya membawanya ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan pindahmilik kereta.  Dukacita, pemeriksaan PUSPAKOM mendapati kecacatan serius, iaitu nombor casis pada badan kereta telah diusik iaitu nombor asalnya telah ditindih dan dicetak baru.  Jadi pindahmilik atau memperbaharui cukai jalan tidak dapat dibuat.  Jadi apa yang harus dilakukan .... tolak masuk ke laut sahajalah.  Saya hubungi penjual asal kereta ini dan minta surat kelulusan PUSPAKOM yang dibuat semasa menjual dahulu, kerana terlalu lama, tak jumpa .... satu alasan yang baik!

Perkara yang hampir sama berlaku kepada kereta Mercedes Benz 230E milik majikan saya dahulu.  Pemeriksaan PUSPAKOM mendapati ia kereta potong iaitu akibat kemalangan terok, bahagian-bahagian kereta dibuang dan disambung dengan badan kereta lain.  Tidak diluluskan pindahmilik atau baharui cukai jalan.

Jadi, dari pengalaman ini, saya ingin menasihati rakan-rakan yang bercadang untuk membeli kereta secondhand, lebih baik berhati-hati.  Keluarkan duit sedikit, dapatkan kelulusan dari PUSPAKOM.  Harap-harap PUSPAKOM bersih dari rasuah dan sebagainya kerana melalui pengalaman saya sebelum ini, terdapat unsur-unsur negatif di sana.  

Ada sekali saya membawa Pajero milik syarikat saya untuk pemeriksaan rutin 6 bulan sekali. Di depan saya, sebuah bas sekolah (van) lama tahun 1980an, seorang nyonya pemandunya.  Van dibawa masuk, pedal minyak ditekan dan asap ekzos memenuhi ruang bengkel uji.  Saya kata dalam hati, ni gerenti fail punya!  Tiba giliran Pajero, ditekan pedal, adalah keluar asap hitam sikit kerana enjin diesel.  Yang lain semua okay.  Keputusannya, bas sekolah lulus dan Pajero gagal kerana asap padahal baru tukar minyak kebok dan oil filter.  Seorang Cina di sebelah saya menegor dan menasihati saya "lain kali aaaaa .... lu bawa keleta jumpa itu mekanik suruh adjust itu pedal minyak, bila tekan asap kulang kuluag.  Lagi satu aaaa ...  angkat 30 linggit, taluh dalam itu tempat abu lokok .... gelenti luluih oooo." Saya ucap terima kasih atas nasihatnya tapi saya bukan jenis yang melibatkan diri dengan rasuah.  Akhirnya Pajero dijual.












No comments:

Post a Comment