Sunday, March 3, 2013

115.0 AWAS! Produk dari babi.

Himpunan produk dari babi yang ternyata haram diguna oleh orang-orang Islam. Ada kalanya kita tidak mengetahui dan tidak mempunyai ilmu tentangnya, tetapi jika sudah tahu, jauhkan diri anda.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-12 yang bersidang pada 22-23 Jan 1985 telah membincangkan Penggunaan Bulu Babi. Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan berus yang diperbuat daripada bulu babi adalah haram. Sekiranya tidak pasti sama ada berus tersebut daripada bulu babi atau tidak maka harus digunakan {rujukan: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/penggunaan-bulu-babi}.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah membincangkan Hukum Penggunaan Anggota Atau Unsur Haiwan Yang Haram Dimakan Selain Daripada Anjing Dan Babi Untuk Tujuan Kosmetik. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Islam amat menitikberatkan kebersihan. Namun, produk-produk yang dihasilkan atau diambil daripada anggota atau unsur haiwan yang halal dimakan, tetapi sekiranya ia mendatangkan mudharat, penggunaannya adalah dilarang oleh Islam.

Oleh itu, sebarang produk kosmetik atau sebagainya yang mengandungi bahan najis seperti anggota atau unsur haiwan yang haram dimakan atau yang memberi kemudharatan kepada manusia adalah haram digunakan {rujukan: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan}


Berus cat, berus drawing dari China kebanyakannya diperbuat dari bulu babi hutan yang keras dan mudah dikenali kerana terbelah / bercabang di bahagian hujungnya.


Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil "Bristle" kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Maha suci Allah telah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain dan inilah salah satu hikmah disebaliknya - agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya oleh kerana sebahagian besar daripada kita mengambil sikap acuh tidak acuh dalam hal kecil seperti ini. Walaupun ia kelihatan kecil tetapi kesannya begitu besar kepada diri kita tanpa kita menyedarinya.

Dipetik dari website: http://halaqah.net/v10/index.php?page=813


Anggota dan organ babi banyak kegunaannya, jadi AWASLAH sebelum membeli sesuatu produk!



Mengenali produk dari kulit babi .....




















satu lagi produk dari kulit babi - kena teliti betul-betul, sukar dibezakan.


wallet orang lelaki dari kulit babi ....











No comments:

Post a Comment