Thursday, March 7, 2013

117.0 Coretan Ruhaniah 1981 - Bahagian Akhir


~ ERA 90 - AN ~

40)   ERA 90-AN
2.50 a.m.; 15 Januari 1992 (77, Minden Height 2)

Tarikh akhir aku memenuhkan ruang buku ini ialah pada 12 Jun 1988 ~ dah hampir 3 ½ tahun tidak dibuka buku ini kerana tersimpan dan kebanyakan tulisanku ditulis di dalam Diary tahunan.

Dalam tempoh masa 3 ½ tahun; 1988, 89, 90 dan 91, bermacam-macam peristiwa terjadi di Pulau Pinang, di Asia Barat (gulf) dan di dunia keseluruhannya. Ringkasnya ada yang suka dan ada yang duka.

Yang paling “touching” dan terasa sampai sekarang ialah tarikh 31 Julai 1989 (Isnin) bersamaan 28 Zulhijjah 1409 H apabila Walid yang tersayang kembali ke rahmatullah dalam keadaan yang mengejut dan selepas sehari membaca doa selamat di dalam majlis sambutan Hari Lahir Siti Farah Najwa genab satu tahun di rumah Minden Height.

INNAA LILLAAHI WAINNAA ILAIHI RAAJI'UUN
RAHIMAHULLAH WA RAHMATUL ABRAR

Allah menempatkan ruhnya bersama ruh para ulamak dan auliyak. Tinggallah sekarang generasi kami untuk meneruskan hidup ini dan menegakkan syiar Islam sebagai khalifah di muka bumi ini. Tapi sejauh manalah “semangat” ini? Ilmu agama terlalu sedikit dipelajari, cuma semata-mata mengharapkan hidayah Allah. Walau bagaimanapun, aku masih boleh berkhidmat untuk Al-Marhum Walid dengan menghadiahkan beberapa potong ayat dari Al-Qur’an, zikir dan berdoa akan keselamatannya di alam barzah. Ya Allah! damaikanlah ruhnya, luaskanlah perkuburannya, hiasilah kuburannya dengan haruman syurga, peliharalah ia dari azab siksa kubur dan rahmatilah ruhnya. Amiin, Yaa Rabbal 'aalamiin.  Kami yang hidup ini sekadar boleh berdoa kepada Mu dan Engkaulah sebaik-baik pemelihara. Yaa Rahmaan Yaa Rahiim Yaa Rabbal 'aalamiin. Engkaulah Tuhan yang Esa, Tuhan semesta alam, yang Maha Mengetahui lagi Maha Agung. Apakah salah jika hambaMu yang dhaif ini mendoakan untuk keselamatan ruh bapanya? Engkau Maha Mendengar lagi Maha Penyayang. Memadailah Engkau bagi kami, sebagai pemelihara dan pelindung. Kami juga akan menemui Engkau ya Allah! Sejahterakanlah hidup kami dan kaum keluarga kami samada yang hidup maupun yang telah berada di alam barzakh; alam persinggahan sebelum datangnya hari yang menggegarkan dunia dan hati-hati manusia. Amiin

41) DILEMMA DI BAITULMAL
11.55 p.m.; 3 Ogos 1992 ISNIN
(Family area, first floor, No. 10, Lintang Pekaka 2, Taman Pekaka, Jalan Sungai Dua, 11700 Pulau Pinang)

Dalam tv sebok dengan acara-acara Sukan Olimpik XXV di Barcelona, Sepanyol. Double Malaysia dalam badminton, Razif & Jailani Sidek kalah kepada pemain Korea, Pak Joo Bong & Kim Mong Soo 11 - 15 & 13 - 15; Malaysia dapat gangsa. Acara lain tiada harapan. Farah dan Fatin telah tidur selepas makan nasi dengan rendang ayam Sal. Sal sebok gunting manila card, nak masuk peraduan Olimpik tv. Farah genab 4 tahun pada 29 Julai 1992 yang lalu. Almarhum Walid genab 3 tahun pada 31 Julai 92. Aku? Aku dalam “dilemma” tentang kerja di Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Pengurus Baitulmal) atau balik ke UDA sebelum tamat tempoh pinjaman pada 15 April 1993. Sudah beli rumah teres 2 tingkat di Jalan Tengah, belum siap sepenuhnya. Peringkat kerja-kerja luaran. Kebelakangan ini, aku cepat naik marah, kurang sabar. Badan sentiasa tidak sihat dan keletihan selalu. Tiada masa untuk main atau keluarkan peluh. Tiada masalah wang walaupun ada hutang dengan income tax sebanyak $3,000 lebih … sedang bayar ansuran $500 sebulan. Dalam simpanan bank, boleh tahan. Ada surplus di antara $5,000 hingga $7,000 setiap bulan.

(sambungan 5 Ogos 1992; 12.30 a.m.)

Bercakap fasal kerja, bertugas sebagai Pengurus Baitulmal di Majlis Agama Islam Pulau Pinang sejak 15 April 1990, teringat aku kepada ucapan Al-marhum Walid pernah berkata (3 bulan sebelum kembali ke rahmatullah) ketika aku mengambilnya dari Masjid Keling dan hantar ke rumah ~ “Dat akan jadi Pengurus” dan aku menjawab “mungkin, tapi rasa-rasa lambat lagilah” kerana pada masa itu aku cuma Pegawai Tadbir (biasa) di UDA dan tak “glamour” pun. Dan lagi, jawatan Kanan di UDA ramai lagi senior yang terdapat dalam waiting list. Bekerja di MAIPP tidak terlintas langsung. Apabila sudah bertugas di Majlis, banyak pengalaman ditempuhi khasnya tentang manusia dan kemanusiaan. Banyak kerja yang perlu dibuat dan dibereskan di -samping itu ada pula rintangan dan halangan di jalanan. Kadang-kadang terasa seperti membuang masa kerana apa yang diharapkan tidak tercapai. Tapi kadang-kadang terasa seronok pula apabila menghadapi berbagai-bagai ragam manusia ~ yang Ustaz dengan ilmunya, yang penyewa dengan helahnya, yang kakitangan dengan masalahnya, yang ahli Politik dengan semangatnya, yang Audit dengan mencari kesalahan pengurusan dan macam-macam lagi. Mujurlah ada Setiausaha, Haji Yusof bin Hj. Mat Rejab dan Y.B. Yang Di Pertua, Haji Yusuf bin Hj. Abd. Latib dan tak ketinggalan Y.B. Hj. Zakaria bin Bakar (Exco Perumahan). Mereka inilah daya penggerak kepada aku dan mereka memahami apa sebenarnya yang terjadi di dalam Majlis. Rupa-rupanya, hendak membuat kebajikan memang lebih susah dari hendak buat maksiat. Imej Majlis dan Jabatan Agama memang dianggap rendah oleh orang awam sejak ianya ditubuhkan. Apabila datang sesuatu perubahan, segelintir masyarakat dan kakitangan sendiri kurang senang dan merasa kurang selesa di atas sebab-sebab tertentu yang Allah juga yang lebih Mengetahui. Pengurusan baru yang dibawa oleh S/U, YDP dan Timbalan YDP sedikit sebanyak telah berjaya membawa perubahan sehinggakan kebanyakan umat Islam di Pulau Pinang mempunyai kepercayaan dan keyakinan kepada Majlis. Masyarakat Islam dan bukan Islam telah membuka mata di atas keujudan Majlis berwajah baru. Masyarakat sudah mengenali Majlis bukan sekadar tempat Nikah-Kahwin, cerai-rojok atau mengadu masalah rumahtangga. Dalam masa yang sama terdapat pula masyarakat yang cuba menghalang pergerakan pengurusan baru dan menggunakan berbagai-bagai “channel” untuk menggagalkannya. Apa sebenarnya yang mereka mahu? Aku tidak tahu. Tetapi apa yang aku tahu jika seseorang Islam cuba menghalang seorang Islam lain membuat kebajikan untuk umat Islam seluruhnya, ia patut bertaubat segera …. sebelum terlambat. Adakah kami di Majlis sedang melakukan “penyelewangan”? atau sedang mencari peluang untuk mendapat ganjaran bagi kepentingan diri? Atau mengharapkan di anugerah “bintang” dari Agung? Biarlah aku tak dikenali di dunia ini asalkan niat aku mendapat ganjaran dari Allah s.w.t. Mengapa mereka tidak mahu faham atau sengaja buat tak faham! Sehingga hari ini, aku masih merasakan khidmat aku selama ini masih tidak memadai sebab banyak lagi perkara yang perlu dibuat untuk membetulkan keadaan yang telah rosak dan dirosakkan oleh segelintir makhluk Allah yang tidak sedar bahawa ia telah dipertanggungjawabkan dengan suatu amanah yang besar. Aku sanjung S/U dengan semangatnya yang kental menghadapi berbagai-bagai dugaan dalam membetulkan keadaan sebab kadang-kadang aku sendiri terasa “kecewa” (give-up), letih, penat dan mengorbankan tenaga, akhirnya mendapat cacian dan kutukan. Ini tak betul, ini tak jalan, membazir wang Majlis, tak buat apa-apa …. Duduk atas kerusi sahaja, not moving, tak cekap dan berbagai-bagai lagi yang aku dengar tetapi di belakang tidak berdepan.

Aku bersyukur kerana bekerja di sini dapat bergaul dengan orang-orang yang alim tentang hukum hakam agama dan boleh bertanyakan bab-bab agama, masalah agama dan lain-lain. Malangnya tiada masa untuk berbuat demikian kerana mula duduk atas kerusi, kerja tak berhenti … kadang-kadang sampai korbankan masa untuk bersama keluarga. Kerja harian i.e. telefon, jawab telefon, selesaikan masalah, sedia kertas mesyuarat, hadir mesyuarat, semak surat masuk kemudian minit keluar, layan tetamu yang datang, perbincangan dengan Pegawai dan S/U dan Pegawai Jabatan, selesaikan masalah kakitangan, bekalkan maklumat yang diminta oleh VIP yang selalunya bertaraf ‘SEGERA’, lawatan tapak, appointment dengan Jabatan lain, semak kertas yang disediakan oleh Pegawai, deraf surat, kadang-kadang tapi guna komputer kerana hendak segera (lepas time pejabat kerana masa pejabat, komputer penuh) dan yang paling terok apabila orang sedang nyenyak tidur, aku bersama-sama dua, tiga orang kawan karib ku sedang mencetak, menyusun dan menjilid kertas-kertas mesyuarat besok hingga jam 2.00 pagi balik rumah - besok mesyuarat jam 9.00 pagi. “Don’t work hard, work smart” ~ ungkapan ini yang aku terima. “Kami tak mahu latih diri kami kerja sampai tengah malam, kami kerja dari 8.00 pagi hingga 4.15 petang, selesai semua” ~ ungkapan dari segelintir kakitangan bawahan yang aku terima. Jadi aku ni sekarang kerja tak smart. Susah nak explain kecuali orang yang berkata itu ambil alih tempat aku dan rasakan pengalaman harian aku. Kalau aku balik tepat jam 4.15 petang dan berlumba-lumba beratur untuk ‘punch card’, aku rasa kerja akan terus menimbun dan akhir sekali aku akan “let it go”. Moral aku jatuh. Itulah aku.

42) MMMMBEEEEK!
12.35 a.m.; 7 Ogos1992

masuk kandang kambing mengembek!
Masuk kandang kambing mengembek macam kambing!
Masuk kandang kambing jadi macam kambing!

Di antara tiga ungkapan di atas, yang mana satu yang paling tepat dan paling betul untuk diikut? “mengembek macam kambing” atau “jadi macam kambing”?

Aku rasa sekadar mengembek macam kambing lebih tepat kerana mustahil bukan kambing untuk jadi macam kambing --- setakat mengembek bolehlah!

Bek …. Bek …. Beeeek! Semua boleh buat.

43) MENYESAL?
11.20 p.m.; 13 September 1992 (AHAD) Tmn. Pekaka

Pada tarikh ini …. Sudah 3 tahun 2 bulan, Al-Marhum Walid kembali ke rahmatullah. Allah melapangkan kuburannya, memenuhi ruang kuburannya dengan cahaya dan wangi-wangian syurga. Ruhnya dipelihara dari azab kubur dan pada hari kebangkitan semula. Aku sentiasa mengingatinya dan mendoakan kesejahteraan serta keampunan ke atas ruh Al-Marhum.

Semasa hayat Al-Marhum, tidak banyak mana khidmatku kepadanya. Bukannya aku menyesal tetapi kadang-kadang terfikir juga tentang kebodohanku. Mengapa aku tidak mengambil berat tentang dirinya. Adakah aku terlalu sibok dengan kerja harian di pejabat, sibok mengurus hal rumahtangga, sibok semasa jadi pelajar, sibok menuntut ilmu agama dan pelbagai sibok lagi? Apa yang jelas ialah aku tidak pernah memberi “priority” kepada Umi dan Walid. Jika ada pun sesuatu yang disuruh atau minta aku tolong, aku menerima dan membuat dengan tidak sepenuh hati.

44) AKU DI ALAM BARZAKH!
11.55 p.m.; 13 September 1992 (AHAD) Tmn. Pekaka

Tarikh : 2  November 1992
Masa : Di antara jam 3.00 - 3.30 pagi
Tempat : Rumah no. 10, Lintang Pekaka 2, Taman Pekaka, Jalan Sg. Dua, Pulau Pinang
Sekitaran: Sunyi dan tenang
Perkara : Mimpi peristiwa di Alam Barzakh

Mimpi bermula dalam keadaan aku baru tiba di alam barzah menemui sekumpulan lima atau enam orang rakan-rakan se pejabatku di MAIPP (Nota: senarai nama mereka tidak didedahkan atas alasan peribadi - Penulis)  yang telah “mendahului“ aku.  Kumpulan ini sedang duduk berbual di halaman sebuah tempat terbuka lengkap dengan kerusi dan meja yang diperbuat dari kayu. Sekitaran serba berwarna-warni seperti di dunia, tenang dan awan mendung kemerahan tetapi tidak panas.

Mereka menegur serta berjabat tangan dan mengalu-alukan kedatangan ku.  Yang masih aku ingat, ada seorang di antara mereka berkata `aku nampaknya tidak seperti dulu, diam sahaja dan aku menjawab `maklumlah tempat berbeza dalam nada yang tidak teratur seperti masih terkejut dan tergamam. Aku gagah ketawa. Kemudian masing-masing bertanya khabar dan bercerita tentang bagaimana menemui `maut' (nota: aku tak ingat bagaimana dan siapa yang bercakap; ada yang mati kerana penyakit, kerana kena kilat, kejutan letrik dan aku tidak menceritakan bagaimana aku mati).

Kemudian apa yang aku ingat aku dibawa oleh seorang ”Pengawas” lelaki yang berkemeja dan berseluar panjang putih macam pembantu hospital memegang pen dan satu senarai nama di atas papan tulis (file keras) masuk ke sebuah bangunan seperti rumahpangsa. Naik tangga ke tingkat satu dan ditunjukkan sebuah pintu bilik bernombor 205, bilik aku. Di dalamnya seperti asrama universiti atau bilik hotel, ada dua buah katil bujang lengkap dengan tilam, almari baju dan meja hias. Lampu di siling sederhana tetapi terang dan keadaan bilik kekuningan emas.

Aku turun ke bawah bertemu semula dan berbual dengan sahabat-sahabat MAIPP. Aku bertanya “apa yang kita nak buat di sini?”, seorang sahabat berkata “di sini bukan tempat nak buat ibadat, semua dah tak dikira, hanya tempat menunggu yang lain-lain akan tiba; apa yang kita hendak semuanya ada di sini. Kita duduk bersembang sajalah.  Kalau masa hidup banyak kebajikan, di sini tak susahlah!”

Aku naik semula terlajak sampai ke tingkat dua dan tiga, jumpa bilik no. 207 dan 208. Aku turun pula dan jumpa bilik mekanikal (generator) mungkin basement. Aku naik se tingkat dan buka pintu tetapi rupanya bilik mesyuarat atau bilik bacaan. Dari daun pintu yang terbuka sikit, ternampak sahabat se pejabat ku HS (UDA) pakai kot dengan neck-tie sedang membaca surat kabar atau file bersama beberapa orang lagi di dalamnya, aku tidak mahu mengganggu dan terus mencari bilik 205.

Aku ketemu bilik aku dan daun pintu terbuka sedikit, nampak cahaya lampu keluar dari bilik aku; ada room mate baru sampai.  Bersalaman dan berkenalan.  Orangnya rendah tetapi berbadan tegap, berkacamata, bermisai dan berjanggut; wajahnya macam masih dalam keadaan terkejut. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Shaharuddin Sudin (atau Samsudin, aku tidak ingat!) dan bekerja di pejabat Audit/ Kewangan di KOMTAR dalam nada suara gagap/tersekat.  Aku kata “kalau tak silap kita pernah bercakap di dalam telefon tetapi tidak pernah bersua muka”.  Pada masa ini, HS (UDA) lalu dan menjenguk ke bilik aku, menegur aku dan aku perkenalkan kawan sebilikku.  HS mengajak aku ke bilik MS, rakan kami di UDA.

Kemudian kami keluar melawat bilik sahabat, MS. MS ada di dalam bilik, duduk di bucu katil. Bilik mewah kekuningan emas.  Penuh lampu gantung dan lampu dinding macam hotel mewah.  Di atas meja hias (cermin muka besar) terdapat se dozen kotak filem kamera Fuji masih dalam bungkusan plastik. Aku berkata kepada MS, “amboi banyaknya filem”.  MS menjawab sambil tersenyum, “untuk kenangan anak cucu aku”.

Aku bertanya, ”di sini ada malamkah?”  Mereka menjawab dengan senyuman dan aku faham jawapannya. Pada masa ini aku terdiam sebentar kerana teringatkan isteri dan anak-anak aku yang ditinggalkan. Aku berkata di dalam hati “pasal itulah sebelum mati aku berpesan-pesan kepada isteriku”.

Aku balik ke bilik, salin pakaian pakai seluar pendek, singlet putih dan turun semula ke padang lakukan beberapa gerakan senaman (tidak berpeluh tetapi terasa dingin). Berhampiran tempat aku bersenam, terdapat dua kumpulan kanak-kanak perempuan dalam usia 7 hingga 10 tahun membuat dua bulatan berpakaian seperti uniform sekolah; satu kumpulan berbaju putih berjalur biru dan satu kumpulan berbaju putih berjalur hijau sedang menyanyi dan bersenam di awasi oleh dua orang guru wanita berdiri di tengah.

Menghampiri rakan-rakan pejabat (MAIPP dan UDA) bersembang di kerusi meja rehat di halaman (nota: tiada makan atau minum). Sepasang lelaki dan perempuan melintas di hadapan kami berpegangan tangan dan tersenyum riang. Salah seorang kawan menceritakan bahawa mereka adalah suami-isteri; si isteri meninggal dahulu kerana bersalin dan si suami baru “sampai“.

Aku mengeluh sebab tak tahu nak buat apa dan sampai bila hendak duduk macam ini? Kemudian aku beri cadangan elok kita berbuat sesuatu. Salah seorang kawan menjawab “apa yang hendak dibuat, disini bukan tempat ibadat semua tak kira dah dan bukan ada malam“. Aku perhati ke `langit’ dan cuaca seperti keadaan senja serta redup dan tenang sekali (tidak panas). Aku perhati di hadapan, jalanraya luas tanpa kenderaan dan di kiri kanannya tanah lapang kemerahan serta kontang. Kemudian aku memberi cadangan, “kan elok kalau ada kompleks perniagaan ka, rumah kaa di sana?” sambil mengunjurkan kedua-dua tangan ke arah padang lapang tadi ..... tiba-tiba tersergam sebuah kompleks dan pangsapuri di atas tanah lapang tadi (nota:  seperti projek Hamna di Jalan Sungai Dua). Aku terkejut seketika.

Aku bersembang dengan seorang sahabat MAIPP, GE dan berkata “subhaanallah, sodaqa rasulullah,” (Maha Suci Allah dan memang benarlah seperti yang disabdakan oleh Rasulullah). GE bertanya pasal apa aku berkata demikian. Aku kata, aku pernah membaca sebuah hadith; apabila seorang Islam meninggal dunia, pertama sekali saudara mara akan datang berjumpa dan bertanyakan khabar orang yang ditinggalkan, kemudian akan datang sahabat-sahabat pula bertanyakan yang sama. Apa yang aku ingat, ada sesuatu perkara yang kami tidak sefahaman mungkin tentang kesahihan hadith  tersebut. Aku kata kepada GE; itu hadith, tak kiralah sahih ka tidak, sebab itu aku kata Subhaanallah,  aku puji Allah. GE diam dan tersenyum. Kawan-kawan MAIPP yang lain turut tersenyum.

Aku terpandang kepada KMZ (UDA) bermisai tebal sedang duduk berseorangan di satu penjuru meja. Wajahnya seperti dilindung bayang. Aku menghampirinya dan kami berbual tentang satu perkara yang serius (nota: aku tak ingat perkara apa). Akhirnya, KMZ tersenyum sedikit dan menjawab “tak dak apalah”  (perkataan yang selalu diucapkan di dunia).

Aku terjaga dalam keadaan kaki dan tangan sejuk dingin dan kaku.  Syukur kerana masih di alam dunia bukan di Alam Barzah. Lihat jam dinding pukul 3.30 pagi.  Terus aku menulis peristiwa mimpi ini di atas kertas sebelum terlupa. Ringkasnya, di dalam mimpi ini, suasana tenang, tidak makan dan minum, tiada bilik air (tidak mandi atau buang air) dan setiap karakter sahabat adalah sama seperti ketika hidup.  Walau bagaimanapun, saudara mara ku tidak wujud dalam mimpi ini.

Nota :
Segala yang tertulis di atas bukanlah cerita rekaan tetapi mimpi yang dialami sendiri olehku. Aku harap jangan ada sesiapa yang membaca dan cuba mentakrifkan mimpi ini kecuali yang mempunyai ilmu tentang nya. Dengan Allah kami berlindung dan kepada Allah kita akan kembali. Allah,  tiada Tuhan melainkan Dia,  Yang Maha Mengetahui,  Maha Pengasih.

BERMULA ERA KURUN KE - 21

45) TERPENDAM
2.15 a.m.; 14 Mei 2001 (ISNIN) Tmn. Sri Tunas, Bayan Baru

Setelah berkemas rak buku hitam, aku terjumpa balik buku ini setelah “terpendam” dan “terendam” selama 9 tahun lebih. Jadi aku bercadang menyambung semula di era kurun ke-21.

Hingga saat ini, Alhamdulillah, Allah telah dan sedang mengatur hidupku se keluarga. Demam batuk perkara biasa, tiada sakit teruk macam orang lain kena duduk di wad.

Selama hampir sepuluh tahun, bermacam-macam kejadian suka dan duka berlaku. Apa yang jelas, seorang demi seorang samada adik beradik dan ahli keluarga terdekat, kembali kepada Allah s.w.t.


INNAA LILLAAHI WAINNAA ILAIHI RAAJI'UUN
RAHIMAHULLAH WA RAHMATUL ABRAR


Begitu juga guru-guru agamaku; Ustaz Ghazali (guru mengajar Al-Qur’an), Ustaz Shawket Kampung Makam (guru Qur’an dan sahabat karib Al-Marhum Walid), Ustaz Haji Mohd. Saman Kati, Perak (guru agama), Ustaz Haji Ba (Sungai Pinang) dan ramai lagi kenalan/ keluarga terdekat; Khala Lalbi (Khali Yusof), Pak Cik Mat (Khatimah), Abang Yusof (Kak Laili), Abang Nan (Kak Sara), Rahman (jurutera a/cond), Hamzah (anak Mami Amah), Mat Bilal Masjid Negeri, Ustaz Abdullah (bekas Qadzi Besar JAIPP), Ustaz Mohamad (Mufti Negeri P.Pinang), Abang Ahmad Mokhtar (Kak Tijariah) dan ramai lagi.

46)  VSS
2.45 a.m.; 7 Julai 2001, Tmn. Sri Tunas, Bayan Baru

Awal tahun 2001, UDA Holdings Berhad telah menawarkan Sekim Penamatan Perkhidmatan Secara Sukarela / Voluntarily Separation Scheme (VSS). Aku menerimanya dan tanpa berfikir panjang dan menyerahkan diri bulat dan total kepada Allah setelah mendirikan solat hajat, mendapat petunjuk dalam mimpi dan bertanya pendapat Pak Long Sha’ari, Haji Yusof Mat Rejab dan berbincang dengan Sal. Aku akan menerima pampasan, Insya’allah sebanyak RM170,000 lebih setelah tolak income tax, kereta dan lain-lain, baki RM120,000. gaji sekarang RM4,700 dan bonus 1 - 2 bulan. Aku ambil keputusan ini kerana sudah merasa jemu bekerja dengan rutin harian selama 20 tahun. Inilah masa untuk berubah dan mencari rezeki secara lain. Aku beranikan hati membeli rumah berkembar setingkat dengan rekabentuk khas di Taman Pauh Fasa 7, projek UHB / PNSD dengan harga lebih RM300,000 kerana diskaun UHB 7.5% belum diambil dan dah rasa letih dengan rumah dua tingkat bertangga. Allah yang menentukan masa depanku. Aku sekadar berdoa dan berharap keadaanku sekeluarga memperoleh rahmat dan kesejahteraan.

Pada 11 Jun 2001, aku menghadiri temuduga bagi jawatan Pengurus Kanan di UHB. Dijemput 48 orang tapi kekosongan cuma 2 - 3 post. Besoknya, 12 Jun 2001, hadiri temuduga jawatan Pensyarah D2, U.S.M. Menerusi telefon dengan Md. Saad Din (USM) pada minggu berikutnya; gagal kerana U.S.M. utamakan pengalaman mengajar dan keputusan minima 2nd Class Upper semasa Ijazah Sarjana Muda (mungkin ada sebab lain - Wallaahu’alam). Aku bercadang untuk rehat sebentar selepas tamat khidmat di UHB pada 31 Ogos 2001 sambil merancang tindakan selanjutnya. Macam-macam di dalam kepala sedang memikirkan jenis perniagaan yang mempunyai risiko yang paling minima. Berniaga kena ada pelaburan dan yang penting berani menghadapi risiko. Tiada yang terus berjaya.

SELAMAT DATANG TAHUN 2002

47) MAKKAH
1.30 a.m.; 28 Jun 2002 JUMAAT, Tmn. Sri Tunas, Bayan Baru

Mata tak ngantuk sebab tadi tidur petang. Cuma gian hendak menulis sebab lama tak menulis, asyik guna komputer sahaja. Lama juga tak menulis sejak yang terakhir pada 7 Julai 2001, dekat setahun.

Alhamdulillah, aku dan isteri tercinta telah selamat menunaikan rukun Islam yang kelima, menunaikan ibadah Haji ke Makkah. Berlepas pada 9/2/2002 jam 6.10 pagi dari KLIA dan kembali pada 16/3/2002 jam 11.45 malam (KLIA). Semangat hendak menunaikan Haji datang secara tiba-tiba dan semuanya berlaku dengan pantas, baru hendak daftar Haji, buat rayuan setelah dua kali ditolak oleh Tabung Haji dan berbagai halangan sebelum pergi.

Demikianlah takdir Allah s.w.t. jika Ia kata jadi, maka jadilah, tiada siapa dapat menghalang. Hati rasa puas walaupun banyak wang dibelanjakan (pakej THTI RM17,000), keadaan kesihatan sedikit terjejas semasa di Madinah dan Makkah. Semua rukun dan wajib Haji telah disempurnakan. Aku berserah diri dan semoga Allah menerima Haji dan Umrah kami. Aku telah lakukan dengan sebaik mungkin walaupun cuma berkesempatan mengerjakan satu Umrah sahaja, 3 kali menziarah maqam Rasulullah s.a.w., sekali bersolat berhampiran Raudhah Nabi s.a.w. dan tiga kali tawaf keliling Kaabah.

Kesempatan yang ada tidak digunakan sepenuhnya untuk ibadat tambahan seperti mengaji Qur’an, solat sunat, tawaf sunat dll. kerana keadaan yang sering batuk, selsema, demam dan banyak buang air. Walau apapun, aku yakin ini bukanlah kunjungan aku yang terakhir, jika Allah izinkan, mahu aku ke Makkah setiap tahun buat Umrah.

Dugaan di Makkah, Madinah, Mina dan Arafah amat hebat. Allah jua yang lebih mengetahui. Ia menguji ketahanan mental dan fizikal. Ibadat Haji ini ibarat amalan puasa juga. Orang tidak tahu sebaikmana amalan itu dikerjakan, ia adalah rahsia ghaib yang cuma Allah sahaja yang ketahui. Semua orang tawaf, semua orang melontar jamrah, tetapi di dalam hati, fahaman tentang ibadat itu, keikhlasan dan kesungguhan setiap orang berbeza-beza. Jadi, janganlah hendak bermegah, atau rasa marah bila orang tidak memberi title “Haji” atau berbangga dengan meletakkan “Haji” di hadapan nama asal padahal kita sendiri belum tahu adakah Haji kita diterima Allah. Kita sekadar bertawakkal dan berharap dengan bersungguh-sungguh Haji dan Umrah itu diterima Allah, kalau tak sepenuhnya, sedikitpun jadilah. Asalkan jangan ditolak langsung 100%, rugi di dunia dan di akhirat kelak.

Tidak semua orang yang telah dibuka pintu hatinya untuk mengerjakan Haji walaupun dari segi kewangan sudah mampu. Cuma yang terpilih sahaja dijemput menjadi Tetamu Allah. Tidak hairanlah, seorang tukang sapu sampah, kerani, peniaga kecil-kecilan mampu mengerjakannya berbanding ahli-ahli korporat, jutawan dan para cendikiawan. Niat asal sebelum pergi juga amat penting, ada yang berharap bila balik, ia akan lebih disanjung orang, lebih dihormati dan diberi keistimewaan. Ada yang bertujuan sekadar melepaskan diri dari umpatan orang kerana sudah mampu tetapi belum kerjakan Haji, ada yang telah melancung ke seluruh dunia jadi tak adillah jika tidak ke Makkah, nanti apa orang akan kata ~ jadi semua niat yang selain daripada niat ikhlas kerana Allah, kerana ingin melaksanakan rukun Islam yang kelima, melengkapkan suruhan Allah, adalah ditolak bulat-bulat. Di akhirat kelak semuanya akan terdedah hatta yang tersembunyi di dalam hati.

Maha Suci Engkau ya Allah. Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Terimalah amalan Haji dan Umrah kami dan semua amalan kami selama hidup kami sehingga kami menemui Engkau ya Allah. Ampunilah kami. Berilah petunjuk dan hidayah supaya kami melakukan ibadat ikhlas kerana Engkau, tidak mengharapkan pujian sesiapa melainkan keredzaan Engkau. Sekiranya terdapat cacat cela dalam ibadat kami maka ampunilah kami. Janganlah Engkau menolak amalan kami kerana kebodohan dan kejahilan kami. Kabulkanlah doa kami.

AMIIN, YAA RABBAL 'AALAMIIN

Assalaamu'alaika Yaa Rasulullah

Assalaamu'alaika Yaa Habiiballah

Hotel Ummul Qura', Madinatul Munawwarah - kediaman kami semasa di Madinah 2002

Masyaa'allah. Maqam Nabi Muhammad s.a.w. di belakang pagar ini.

Kawasan Taman Syurga atau Raudhah - sentiasa sesak ketika musim Haji.


48)   BILIK 205
12.02 a.m.; 30 Jun 2002 AHAD, Tmn. Sri Tunas, Bayan Baru

Aku pernah bermimpi hidup di alam barzah (lihat nota no. 44). Aku telah ditempatkan (mendaftar) di dalam sebuah bilik yang terpampang no. 205 pada pintunya. Aku rasa nombor ini ada memberi sesuatu petunjuk yang mana Allah jua yang Maha Mengetahui. Dari segi perkiraan, jika dijumlahkan ( 2+0+5 ) ia akan menjadi angka 7. Tujuh memang angka ganjil dan menjadi angka utama dalam agama Islam. Misalnya, 7 petala / lapisan langit dan 7 petala bumi, ketika sujud, 7 anggota tercecah tanah, Al-Fatihah mengandungi 7 ayat, kisah Nabi Yusuf a.s. (lihat ayat 43, Surah Yusuf) ~ Raja bermimpi 7 ekor sapi betina gemok dimakan oleh 7 ekor sapi betina yang kurus; 7 butir gandum yang hijau dan 7 lainnya yang kering dan banyak lagi angka 7 jika dikaji / diteliti keseluruhan 6,666 ayat Al-Qur’an.

Yang peliknya telah tiga kali aku ditempatkan di bilik 205 di dunia ini. Pertama ketika Kursus di INTAN, Bukit Kiara pada 24 April 1994 dan bilik asrama tempat penginapan ku bernombor 205, kedua ketika Kursus Pengurusan Masa Berkualiti di Hotel Park Inn, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.  Pengurusan hotel memberi sebuah bilik untuk sembahyang. Bilik tersebut bernombor 205 dan yang terbaru ketika di kota suci yang penuh barakah, Makkah pada 12 Mac 2002, aku dan isteriku, Salamiah Mat Sah berpindah ke bilik No. 205, Hotel New Safa, Makkah. Memang anih tetapi segala-galanya diatur oleh Allah ‘Azza wajalla. Mungkin ada mesej yang hendak disampaikan.

49)   QIAMAT
12.46 a.m.; 2 Julai 2002 = 21 Rabiul Akhir 1423 SELASA, Tmn. Sri Tunas, Bayan Baru, Pulau Pinang

Jika ikut pengetahuan aku yang cetek, qiamat pada istilah bahasanya “akhir” atau “tamat” atau “musnah”, itu apa yang dapat aku fikirkan. Semua orang Islam yakin dan percaya akan datangnya “qiamat besar” yang akan menghancurkan seluruh sistem cakerawala, planet-planet dan apa sahaja yang ada di langit dan di bumi.

Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa sistem cakerawala pada dirinya sendiri juga telah qiamat sedikit demi sedikit. Kalau masa muda dulu, kuat bertenaga tetapi apabila jangka usia meningkat, tenaganya pun berkurangan ~ qiamatlah namanya. Rambut hitam bertukar putih, qiamat pada rambut atau kepala, satu persatu gigi gugur ~ qiamat gigi, kulit yang dulunya tegang sudah mula kendur ~ qiamat kulit. Qiamat pada diri dalam kategori sederhana besar apabila mengalami sakit yang lebih kronik seperti kencing manis, sakit buah pinggang, lemah jantung, kanser atau barah dan seribu satu penyakit kepada sistem cakerawala diri. Masanya akan tiba. Pemikiran dan otak pun sudah mula terjejas, selalu lupa, tidak ingat itu dan ini hatta nama sahabat atau saudara yang jauh. Perkara ini tidak kelihatan tetapi individu sendiri yang dapat merasakannya. Qiamat yang lebih besar pada diri ialah kesinambungan dari qiamat sederhana besar atau akibat/kesan darinya. Bila kencing manis, kena potong kaki ~ qiamat anggota kaki. Bila sakit jantung, kena pergi IJN untuk repair atau pakai bateri dalam badan, bila sakit buah pinggang, kena buang atau ganti atau kena cuci darah setiap 3 hari guna mesin sampai mati ~ qiamat buah pinggang. Itu tidak termasuk lagi kategori kemalangan yang menimpa. Misalnya accident kereta, kena bedah sana, bedah sini, pasang wire di kaki, pasang besi di tangan dan macam-macam lagi. Demikian takdir Allah s.w.t. ke atas hamba ciptaanNya. Bayangkanlah jumlah penduduk dunia dan Allah tidak pernah letih mengurus dan mentadbir seluruh alam termasuk alam ruh, alam dunia, alam ghaib, alam haiwan, alam tumbuh-tumbuhan dan alam barzakh. Dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia melainkan ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya!!

50)   AKU
2.00 a.m.; 2 Julai 2002 = 21 Rabiul Akhir 1423 SELASA, Tmn. Sri Tunas


Adalah menjadi tanggungjawab aku menyempurnakan semua hak-hak di atas dengan baik dan mengikut panduan Al-Qur’an dan Al-Hadith Nabi s.a.w. Tetapi jika tidak belajar dan mendalami ilmu agama, bagai-manakah dapat melaksanakannya? Usia sudah 46 tahun tapi berapa peratus isi Al-Qur’an yang telah difahami?  Jawablah sendiri!!

51)   PALESTIN OH PALESTIN

11.40 p.m.; 2 Julai 2002 = 21 Rabiul Akhir 1423 SELASA, Tmn. Sri Tunas

Dunia telah dilalaikan dengan keseronokan dan kegemilangan Piala Dunia Bola Sepak di Korea Selatan dan Jepun 2002 yang berakhir pada 30 Jun 2002 dengan Brazil (2) lawan Jerman (0). Kemeriahan bolasepak dunia menelan kesengsaraan yang sedang dihadapi oleh penduduk Palestin. Bumi di mana Nabi Muhammad s.a.w. telah di Israk dan Mikrajkan. Penduduk dunia tidak nampak dan tidak merasai penderitaan Palestin. Satu dunia seperti telah terpukau dengan dakyah Yahudi laknatullah dan sekutu rapatnya USA (Bush). Satu dunia sekadar bersimpati dan mengutuk Yahudi, tetapi setiap minit bumi Palestin ditembusi meriam dan bedilan roket. Islam telah dicap dan dilabelkan sebagai “pengganas”, satu dunia turut akur termasuk negara Arab sendiri. Bush kata Osama bin Laden (Saudi) pengganas, dunia membenarkannya tetapi tiada satu bukti nyata yang diberikan. Malah kesempatan diambil oleh USA untuk menghancurkan bumi Afghanistan yang cuba melaksanakan Hukum Islam sebaik mungkin. Orang Islam ditindas, dihimpit, dijajah, diganasi dan diaibkan tetapi negara-negara Islam lain khasnya negara Arab yang mempunyai sumber kekuatan ekonomi (oil) sekadar melihat dan bersimpati. Mesyuarat demi mesyuarat diadakan tetapi tamat di situ saja. Balik ke rumah, tonton t.v., macam-macam rancangan hiburan dihidangkan sama seperti di Malaysia juga. Ada race kuda, race unta, golf, bowling, bolasepak, tayangan filem Hindustan, MTV, Who wants to be a millionaire (dalam bahasa Arab), rancangan khas wanita dan fesyen, warnai kuku, cukur kening dan make-up. Ada juga channel seperti Al-Jazeerah yang khusus membawa berita tentang kekejaman Israel l.a. tetapi sekadar laporan dan terbatas kerana dalam bahasa Arab. Dunia tidak dapat bertindak kerana takut dicap/dilabel sebagai bersekongkol dengan pengganas. Siapa yang mengganas? Dunia tidak pernah mempersoalkannya. Asalkan periok nasi dan kenikmatan serta kesenangan hidup famili aku tidak terjejas, itu sudah cukup baik. Osama bin Laden dan Presiden Saddam Hussin (Iraq) bersemangat memperjuangkan nasib Palestin, akhirnya menerima padah. Dalam zaman sains dan teknologi, tiada bukti nyatapun boleh diyakinkan sebagai bukti dan dunia akur tanpa banyak soalan. 

Asalnya bumi Palestin sebuah negara yang aman damai sehinggalah Yahudi dan dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) yang dipenuhi dengan Yahudi dan Kristian merampasnya dalam tahun 1947. Sejak itu hingga sekarang, generasi demi generasi Palestin ditindas. Bilangan Yahudi yang merempat di Eropah (majoriti di UK, Jerman, France dan Itali) mendiami kawasan-kawasan yang dirampas dari penduduk, petani Palestin.


Aku yakin cuma orang seperti Fir’aun dan Hitler (Jerman) sahaja yang boleh mengajar Yahudi l.a. Jika disemak dalam Al-Qur’an, Nabi Musa a.s. dan adiknya Nabi Harun a.s. menerima tanggungjawab yang amat berat kerana terpaksa menyelamatkan se kelompok Bani Israel dari kezaliman Fir’aun. Tetapi akhirnya, tidak juga mereka beriman malah membuat patung sapi betina (Al-Baqarah) untuk disembah ketika Nabi Musa a.s. menerima/mengadap Allah untuk menerima wahyu di atas Bukit Thursina. Bangsa Yahudi ini memang jenis manusia yang ganas, Nabi pun dibunuhnya. Unta Nabi Saleh a.s. dibunuhnya. Di zaman Nabi Muhammad s.a.w., bangsa Yahudilah yang menjadi duri dalam daging, memecahbelahkan golongan yang hendak berjihad fiisabilillah. Jangan kata manusia sahaja ditipunya, malah Allah s.w.t. pun hendak ditipunya ~ kisah larangan menangkap ikan pada hari Jumaat. Tidak ada kebaikan pada diri bangsa Yahudi. Jika dia berbuat baik, mesti ada sesuatu tujuan jahat di sebaliknya. Tidak hairanlah mengapa Israel l.a. menjadi “anak emas” USA atau George Bush. Majoriti Yahudi di USA telah menakluki USA dalam semua bidang ~ ekonomi, hiboran, berita, channel komunikasi, kewangan, C.I.A., NASA, saintis dan ramai pula yang telah menjadi billionaire. Dikatakan Bush terhutang budi dengan Yahudi kerana ia menjadi Presiden di atas bantuan kewangan (kempen) Yahudi. Lihat sahaja dalam t.v. di Malaysia seperti Bloomberg, Herald Tribune, NBC, Fox, rancangan-rancangan hiboran seperti Friends, Everybody loves Raymond, Ed dan filem-filem Hollywood semuanya milik Yahudi l.a. dan pelakun-pelakun Yahudi. Dakyah Yahudi dimasukkan ke dalamnya. Dalam satu filem mengesahkan seorang pengganas Bosnia (Rusia) bernama Omar hendak meletupkan bom pada dirinya di USA dan mengaku ia seorang Muslim (Islam). Tetapi sebelum berlepas ke USA, ketika menaiki kapalterbang, ia berdoa dan membuat isyarat tanda salib pada dahi dan dua dadanya. Tidakkah pembohong namanya?

Hendak kenal Yahudi di dalam t.v. mudah sahaja ~ mula-mula lihat rambutnya; hitam dan berkerinting, tak macam rambut orang Inggeris. Kemudian lihat matanya; mata hitamnya bulat tidak biru jernih. Kemudian lihat hidungnya; macam burung belatuk, contoh hidung Barbara Streisand. Kemudian lihat namanya; tidak seperti nama orang Amerika atau Eropah, seperti Rabin, Ariel, Sharon, Blumberg, Cohen, Golda Meir, Lavon, Landau, Barak, Menahem, Zeeri, Moshe, Jacob, Wise, Aaron, Nathan, Birbaun, Nilus, Martin, Buber dan banyak lagi. Namanya tidak seperti nama orang putih yang biasa kita dengar. Set dalam penggambaran akan dimasukkan “harukah” (simbol Yahudi) iaitu tempat lilin berbentuk huruf “U” X 3 baris ataupun bintang enam segi (2 tiga segi bertindeh). Ramai yang tidak menyedarinya. Hitler tahu, bangsa Israel adalah bangsa yang paling tidak berguna walau di mana juga ia berada. Dia amat benci melihat Yahudi dan hampir satu juta orang penduduk Yahudi Jerman dibunuhnya. Yahudi yang alim sedikit akan memakai kupiah kecil (hitam) melekat di hujung kepalanya atau bertopi hitam keras dan berdandan rambut di kiri dan kanan telinga (orang lelaki) serta bermisai dan berjanggut panjang.
harukah - salah satu simbol Yahudi

Kasihan Palestin, kami sekadar berdoa agar Allah memberi kemenangan kepada pejuang-pejuang Islam dan meranapkan Yahudi dan USA dari muka bumi ini. Peperangan akan berterusan sehinggalah timbul satu sifat keberanian di hati semua pemimpin dan penduduk Islam dunia untuk berjuang fiisabilillah serta berjihad. Bila? Wallaahu’alam.

 Anak-anak Palestin tidak pernah mengenal keamanan! Menjadi target utama penembak curi yahudi l.a. yang pengecut!!

Apa dosa anak kecil ini?

Apa tindakan dunia bila melihat kezaliman ini? Israel bertindak betul kerana memburu pengganas, kata U.S. 
“Kasihan, tergamak dia buat macam ni”, kata pula orang lain. Habis di situ sahaja! Di mana saudara Islam yang lain?

52 KENANGAN LAMA
12.30 a.m.; 3 Julai 2002 = 22 Rabiul Akhir 1423 RABU, Tmn. Sri Tunas

Terkadang-kadang bila aku bersendiri, aku teringat dan terkenang di- zaman aku mula mengenali radio Philips (ketika umur 4 - 5 tahun). Bila ada drama di radio, aku akan menghampirinya dan kemudian menceritakannya kepada Almarhumah Umi. Walid akan gerak aku waktu subuh, naik kereta Ford Prefect no. K 5861 warna hijau ke- Masjid Kling. Masa dulu isi petrol regular $2.00 sahaja. Lepas subuh, singgah kedai mamak nasi kandar, Ramzan Restaurant. Alam persekolahan lebih mencabar dan membuat aku tersenyum. Hari pertama ke sekolah, aku menangis tidak berhenti dalam kelas, maklumlah dulu tiada kelas pra-sekolah atau tadika dan tidak tahu apa itu sekolah; Sek.Keb. Kampung Jawa, Jalan Timah bersebelahan kilang bijeh Dato Keramat. Selama enam tahun dari 1963 hingga 1968 (Darjah 1 - 6) aku di sini. Semasa di darjah satu, aku memang keberatan hendak ke sekolah, berjalan kaki tengah panas mengikut seorang Mak Cik tua. Kadang-kadang Walid hantar dengan basikal. Pernah sekali, di pertengahan jalan, aku loncat turun, tetapi Walid tidak sedar hinggalah ia balik dan melihat aku di rumah. Aku agak nakal dan degil. 

Di antara hobby aku ialah menangis berjam-jam lamanya apabila kena usik oleh abang-abang dan kakak. Tiada siapapun bersimpati kecuali Umi yang datang memujuk. Aku cukup takut dengan aruah Pak Man tukang (Tanjong Tokong) dan lari apabila ia datang. Rumah 126, Jalan Patani berhampiran Kampung Rawa (kerana ramai keluarga Rawa) atau dikenali sebagai Kampung Selut (banyak udang ketak). Walaupun di dalam pekan tetapi persekitaran kampung masih ujud. Aku bermain dengan kawan-kawan kampung ~ main guli, wau, gasing, toi, tuju bola lisut dan lain-lain. 

Ketika Walid menunaikan Haji pertama (menjadi guru mengajar di atas kapal) pada tahun 1967, naik kapal Ansun, aku terdengar suara azan dari surau Kampung Rawa. Aku kata kepada Umi, aku nak ke masjid. Umi pun memakaikan kain pulikat dan baju kurung putih kain licin (satin). Aku ke surau buat pertama kali seorang diri. Umi tulis surat kepada Walid di Makkah menceritakan perkembangan ini. Walid amat gembira dan mendoakan untuk aku di depan Ka’abah. Di surau aku berkenalan dengan Ba atau Mustafa (tinggal di rumah bersebelahan surau). Beliaulah yang mengajar aku cara mendirikan solat dan bacaan-bacaannya hingga aku hafal. Sebelum ini aku cuma solat di sebelah Umi dan bila tahiyat aku akan memegang jari telunjuk Umi  ketika syahadah. Pernah sekali waktu ambil wudhu di kolah surau, aku tergelincir dan jatuh ke dalam kolah. Mujurlah ada Haji Yaakob atau Pak Hashim Bidin (aku tak ingat) sempat menarik kolar baju aku. Aku balik ke rumah, basah kuyup. Bila bulan puasa, waktu solat Asar, aku bawa mangkok si’nya aluminiam bertudung dan beratur ambil bubur kanji yang dimasak oleh (aruah) Pak Haji Yaakob, sahabat karib Walid. Yang bestnya, balik ke rumah terus aku makan ~ tak puasalah! Sahabat dan guru aku, Ba, dikatakan orang tidak waras tetapi aku tidak memandangnya seperti itu. Sekarang ia menjadi Tok Siak masjid Kampung Rawa (telah di “upgrade” dari surau) dan masih bujang. Usianya lima puluhan dan kelembutan dan kesopanannya sama seperti aku mula jumpanya; kurus dan bermisai berjanggut. Di surau, rakan-rakan sebaya aku akan berebut-rebut untuk mengetuk “tok-tok” kayu ~ first come first serve dan azan guna mikrofon. Lepas Isyak, aku akan memadam dan menulis waktu solat di atas papan hitam dengan kapor. Siang hari lepas sekolah, aku akan berjalan kaki ke Balai Polis Jalan Patani ~ belajar mengaji Qur’an (Juzu ‘Amma) dari (almarhum) Haji Ghazali (Polis) di surau bawah flat Polis. Malam buat homework dan tonton t.v. hitam/putih Hitachi ~ berkaki empat. Masa itu, Rahim Razali sudah ada dalam rancangan sukan (1964). Aku amat mementingkan disiplin ~ semuanya disiapkan dulu ~ susun kasut, stoking, jadual waktu dan pakaian sekolah pada waktu malam supaya besok pagi tidak kelam kabut. Duit poket 30 sen ~ sudah cukup untuk beli mee se pinggan dan air ais, ada baki lagi. Waktu malam, macam-macam akan lalu di depan rumah ~ mamak mee, mamak roti, Pak Yusof ketupat panas, satay kandar dan lain-lain. Zaman kanak-kanak memang menyeronokan. Tiada masalah. 

Di depan rumah ada kedai “berok” (ada sejarah di sebalik gelaran ini) di bawah tangga flat MPPP dua tingkat - macam-macam ada dijual - tikam biskut tiga segi, coklat, belon, mainan dll. atau jauh sedikit ke kedai Salim Store - lagi banyak mainan - ada guitar boleh buat muzik! Keperluan harian, tidak perlu pergi ke town kerana semua datang ke rumah; apek jual ikan, sayor, apek kelentong (manik koran sampai ke sepit rambut, make-up dll.), mamak kueh, mamak roti, mamak malabari jual kacang, apek kain, mamak kain pelikat, mamak pengasah pisau atau golok, apek tampal / pateri periok bocor dll. Yang bestnya boleh masuk buku kecil 555, hutang! Cukup bulan boleh bayar! Tak ketinggalan mamak gunting rambut (bergerak / mobile), tapi “cash on delivery” sebab nak beli sireh.

Lakaran asal - mobile businessmen di Georgetown, Pulau Pinang sejak 1950



 Lakaran perabot di rumah 126, Jalan Patani, Pulau Pinang: almari baju, kerusi meja, kipas meja KDK, radio Philips, jam dinding dan almari kaca. Semua ini telah pupus, dijual atau ditinggalkan ketika berpindah ke rumah berkembar 2 tingkat No.  333E, Hilir Pemancar, Glugor, Pulau Pinang pada awal tahun 1980.



53)   UNEMPLOYED
1.30 a.m.; 12 Julai 2002 = 1 Jamadil Awwal 1423 JUMAAT 

Sekarang aku tidak bekerja ~ i.e. kerja rasmi seperti yang sepatutnya. Kerja tak rasmi ialah menghantar anak-anak ke sekolah, ambil anak-anak dari sekolah dan memastikan kesemua keperluan rumah tidak berkurang dan sentiasa sempurna. Makan minum dan kemudahan asas harian tidak berkurangan cuma baki wang simpanan (pampasan VSS, UDA) semakin berkurangan kerana tiada wang aliran masuk ~ keluar saja! Kadang-kadang terfikir juga aku, seorang buruh kasar atau penyapu sampah jalanan lebih baik daripada aku kerana ia bekerja untuk menyara diri dan keluarganya. Islam juga menggalakkan malah mewajibkan umatnya bekerja mencari rezeki yang halal walaupun masuk ke hutan mencari kayu api untuk dijual. Aku masih boleh relax lagi kerana ada wang simpanan yang boleh bertahan hingga 3 - 4 tahun jika bercermat tetapi fizikal aku akan lemah, otak aku akan buntu dan penyakit pun akan datang. Sesuatu harus dilakukan, bukan sekadar bercakap, merancang dan menulis sahaja.

54)   2002
1.15 a.m.; 18 Julai 2002 = 7 Jamadil Awwal 1423 KHAMIS 



Bayaran yang belum dijelaskan:-

1. pinjaman perumahan RM633 X 6 bulan = RM3,798.00
2. Insuran G.E.L. study Farah & Fatin = RM1,000.00
3. Bayaran kemajuan rumah berkembar khas Jalan Baru - RM27,000.00


55)   KUFUR NIKMAT
6.40 a.m.; 21 Julai 2002 = 10 Jamadil Awwal 1423 AHAD

Heningan pagi udara Subuh, kicauan burung dan kebisingan restoran belakang rumah mencemar keheningan sekitaran. Aku terfikir, kenapa Allah s.w.t. tidak jadikan aku sebagai seekor burung yang keluar pagi mencari rezeki dan balik dengan kesyukuran sehingga tiba ajalnya? Burung dan lain-lain haiwan hinggakan seekor semut yang melata terus menerus berzikir kepada Allah setiap saat. Manusia tidak. Manusia lalai namun diberi juga peluang untuk terus hidup, walaupun kufur kepada nikmat Allah. Jadi seekor burung memang mudah. Hidupnya tidak akan dipersoalkan dan matinya pun tiada siapa yang hiraukan. Di akhirat, ia tidak dihisab lagi. Semua binatang, tumbuhan, lautan, daratan, udara dan apa sahaja di sekeliling kita dicipta Allah untuk manusia. Manusia khalifah di atas muka bumi ini. Manusia telah menawan lautan, menawan gunung ganang, cakerawala, ruang udara, perut bumi dengan akal fikiran yang dikurniakan Allah. Tetapi sayang, ramai yang kufur dan kafir. Apabila sudah pandai, ia lupa untuk mengaku segalanya adalah hak Allah, kurniaan Allah. Segala jawapan saintifik dan teknologi mengenepikan kekuasaan dan kebesaran Allah sebab boleh dibuktikan dengan angka-angka dan formula, hinggakan ada saintis yang cuba memerangkap “ruh” seorang tua yang sedang menghadapi sakratul maut tetapi gagal. Apabila terlalu bijak, pandai dan berpengetahuan, dua perkara yang pasti iaitu samada ia terus kufur atau ia kembali kepada mengagungkan Allah. Ramai juga saintis yang telah membuat kajian tentang alam, kehidupan haiwan, tumbuhan dan elemen-elemen seni yang berakhir dengan memeluk agama Islam. Kenapa? Dan ramai pula yang dah Islam (Islam baka) yang terus menerus lalai dan kufur kepada Allah. Kenapa? Taufik dan hidayah (petunjuk) adalah hak Allah. Allah memberi hidayah kepada siapa yang Ia kehendaki. Apabila Allah memberi sesuatu, tiada siapa yang boleh menghalang; demikian juga jika Allah hendak mengambil sesuatu, tiada siapa yang boleh menghalang. Segala-gala yang ada pada manusia adalah pinjaman samada pinjaman jangkapendek atau pinjaman jangka-panjang.

56)   TIME GLASS
7.08 a.m.; 21 Julai 2002 = 10 Jamadil Awwal 1423 AHAD

Berapa umur telah dibelanjakan ~ boleh dibilang hingga saat akhir.

Berapa baki umur? Tiada siapa boleh beri jawapan melainkan Allah.

Ada orang yang boleh tahu hinggakan dengan tepat waktu matinya pada tarikh bila, jam berapa. Iaitu orang yang telah ditetapkan hukuman mati ke atasnya. Misalnya para pejuang fiisabilillah (asy-syahid) Umar Mukhtar, Hassan Al-Bana dan lain-lain; malahan seorang pembunuh dan pengedar dadah juga tahu tarikh/jam matinya. Kedua-dua golongan ini tahu baki umurnya. Cuma beza di antara kedua-duanya ialah amalan di atas muka bumi ini. Matinya sama tetapi tidak serupa.

57)   KUDA
11.10 p.m.;18 Ogos 2002

Kuda ada bermacam-macam jenis yang masing-masing sesuai dengan kegunaannya kepada manusia. Kuda ‘race’ dilatih untuk berlumba, mesti tangkas, kuat, laju dan lasak. Kuda ‘ladang’ untuk kerja-kerja membajak, menarik beban/gandar dan bagi tujuan pengangkutan. Kuda ‘perang’ dilatih khas untuk tidak takut berhadapan dengan musuh (pada zaman dahulu). Kuda ‘sarkas’ dilatih menari dan melakukan gerakan mengikut arahan pengasuhnya. Kuda ‘equestrian’ dilatih melompat berbagai-bagai halangan. Kuda ‘cowboy’ dilatih mengejar lembu-lembu balik ke kandang. Kuda ‘rodeo’ pantang orang duduk di atas belakangnya. Kuda ‘polo’ khusus dilatih mengejar bola polo. Semua itu jenis spesis kuda melainkan ‘kuda kepang’ di Malaysia dan kuda laut.

Ringkasnya, adalah tidak wajar dan tidak bijak jika kuda ‘race’ dilatih menjadi kuda ‘equestrian’ atau kuda ‘sarkas’. Ataupun kuda ‘ladang’ disuruh masuk race ~ keputusannya semua orang tahu! Walau apapun, asalnya adalah kuda yang berkaki empat, leher panjang, tapak kaki keras dan susuk badan yang tegap. Apa yang penting, asalnya kuda tadi dilatih menjadi kuda bagi aktiviti tertentu untuk kepentingan manusia. 

Samalah halnya dengan manusia. Allah s.w.t. telah mencipta manusia, dilahirkan semua sama samada anak Melayu, Cina, India, Inggeris, Jepun dll. Semakin dewasa, dengan akal fikiran, otak, kemampuan dan qudrat menjadikan manusia berbeza dari segi kerjaya masing-masing. Sedikit sebanyak ibubapa dan alam persekitaran mempengaruhi kerjayanya. Ada yang jadi ‘pelari pecut 100 meter’ (kuda race), ada yang fizikalnya sesuai sebagai peladang (kuda ladang), ada yang jadi askar / tentera (kuda perang), ada yang jadi ‘clown’, ahli jimnastik atau pelakun (kuda sarkas), ada yang jadi ahli sukan lompat berhalangan (kuda equestrian), ada yang jadi penternak lembu, kambing dan bidang-bidang pertanian (kuda cowboy), ada yang memegang jawatan C.E.O., boss, ahli korporat dll. yang pantang sekali ‘kerusinya’ dirampas orang (kuda rodeo) dan ada juga manusia yang menjadi peniaga, lari ke sana ke sini mengejar pembeli / pelanggan supaya ia beroleh keuntungan (kuda polo). Dalam pada itu, ada juga manusia yang menjadi ‘kuda kepang’ ~ keras kaku - jumud; iaitu golongan manusia yang melakukan kerja rutin harian dan tidak pernah berusaha untuk menambah rezeki dan berpada dengan apa yang ada ~ cukup bulan dapat gaji! (NOTA: macam penulis sebelum berhenti dari UDA).

Jadi, adalah sukar untuk ‘mereformasikan’ manusia dari golongan asalnya menjadi golongan kerjaya yang lain kecuali apabila sudah tidak ada pilihan lain. Misalnya tentera, pencen menjadi pemandu teksi (kuda perang jadi kuda ladang?), atau pelari pecut 100m apabila tidak mampu memecah rekod, menjadi peniaga jual alat-alat sukan dan yang paling ‘non-productive’ ialah kakitangan kerajaan yang sampai ke tahap pencen wajib (walaupun sebagai Pengarah sebuah Jabatan, atau Penolong Pengarah atau Kerani kerajaan), terus ‘jumud’ ~ duduk rumah, pergi masjid (apabila terbuka hati), makan, tidor seolah-olah menanti ‘kematian’ sebelum mati sebenarnya (kuda dari semua jenis kuda telah jadi kuda kepang). Allah s.w.t. tidak memandang kepada orang yang jumud ~ hidup tidak mahu berusaha, biarkan masa berlalu dengan sia-sia. Memang sukar dan kadang-kadang menjadi mustahil untuk mengubah kuda race yang pencen menjadi kuda sarkas atau kuda ladang. Tetapi jika kena dengan cara latihannya dan hikmah, perkara yang mustahil pun boleh menjadi. 

Seorang kakitangan Kerajaan yang berhenti kerja, atau tamat perkhidmatan secara sukarela (V.S.S. ~ seperti penulis) atau bersara awal/wajib yang selama masa bujangnya, berkahwin dan berkeluarga sehingga pencen menjadi kakitangan Kerajaan dengan rutin yang sama lebih 20 - 30 tahun; tiba-tiba hendak disuruh berniaga ~ ia akan mengalami ‘cultural shock’ dan ketinggalan kerana tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman langsung tentang perniagaan; tambahan pula ia selalu berfikiran ‘negatif’, “buat apa susah-susah nak ambil risiko, duit pencen dah cukup makan, dah lama sangat bekerja, inilah masanya nak berehat, main dengan cucu lagi baik”, dan macam-macam lagi ‘negative thinking’.

Keadaan ini akan menjadikan otak yang selama ini lincah menjadi beku dan keadaan fizikalnya akan merosot lebih awal dari sepatutnya. Berbeza pula dengan orang-orang Jepun, atau Cina di mana umur mereka panjang; walaupun berusia 80 tahun, dari segi fizikal sama dengan orang kita berumur 50 tahun. Mereka tidak mahu duduk diam dan menanti ‘maut’. Pengetahuan dan pengalaman yang ada diperturunkan kepada anak cucunya sehingga mereka menjadi ‘pakar’ dalam bidang tertentu ~ ikut jenis kuda, baka baik! Mereka ibarat barangan ‘antik’ yang semakin lama semakin bernilai bukan barangan ‘scrap’ yang tak tahu di mana hendak dibuang.

Itulah manusia. Walaupun asalnya dari Nabi Allah Adam a.s. dan Hawa tetapi berkembang menjadi manusia yang berbeza dari semua aspek ~ warna kulit, bahasa, kebudayaan, tingkah laku, raut wajah, fahaman agama, kerjaya, fizikal badan dan sebagainya. Kuda tetap kuda walaupun apa jua jenisnya!

Tamat 12.15 a.m. 19/8/2002

SELAMAT DATANG 2003

58)   CARI REZEKI ‘HALAL’
2.00 a.m.; 12 Mac 2003

Penulisan terakhir sebelum ini ialah pada 18 Ogos 2002. Selama 6 bulan atau lebih ½ tahun aku tidak menulis atau membuka buku ini. sekarang ini aku benar-benar sibok kerana telah mula mencari rezeki melalui perniagaan.  Selepas kembali dari Makkatul Mukarramah, aku terus berfikir dan mencari-cari peluang ‘bekerja’ kerana selama hampir setahun aku mengharungi penghidupan seorang ‘pesara’ kerajaan ~ tiada duit masuk tetapi tiap-tiap hari duit keluar. “Ini tak boleh jadi”, aku berkata kepada diriku sendiri. Memanglah duit pampasan (gratuiti) banyak dan boleh bertahan mungkin 5 - 6 tahun tanpa kerja tetapi adalah merugikan kerana pengalaman, pengetahuan dan kesihatan yang Allah s.w.t. berikan kepadaku disia-siakan.

Lantas pada 19 Ogos 2002 (pada pagi hari selepas menulis nota terakhir di tahun 2002 tentang jenis kuda),  aku memberanikan diri ke pejabat Pendaftaran Syarikat (NB Tower, Butterworth) dan terus mendaftar syarikat DATSAL ENTERPRISE. Aktiviti utama yang terlintas di kepalaku ketika mengisi borang permohonan ialah membekal alatulis, barangan cenderahati, makanan & minuman. Aku teringat, sehari dua sebelum aku kembali dari Makkah, di hadapan Kaabah (Baitullah) aku menadah tangan dan memohon diberi petunjuk dan hidayah supaya aku dapat mencari rezeki yang halal dan diberkati dari hasil titik peluh aku; kerana sehingga ke tarikh tersebut, aku masih tercari-cari, tiada pedoman, apa pekerjaan atau jenis perniagaan yang aku hendak buat. Aku tiada langsung (nil) pengalaman berniaga kerana selama lebih 20 tahun aku menjadi kakitangan kerajaan dan mendapat gaji tetap bulanan.

Alhamdulillah, doaku terkabul. Aku mencari sasaran dahulu ~ pejabat akhir tempat aku bekerja. Aku pun menjenguklah ke pejabat PNS Development Sdn. Bhd. di Bertam, Kepala Batas ~ baru pindah pada awal tahun 2002 bangunan milik UDA Holdings Berhad (dulu menyewa di Bangunan Mutiara I & P, Green Hall, Pulau Pinang). Inilah pertama kali aku melangkah masuk ke bangunan baru PNSD ~ 3 September 2002. Alhamdulillah, kehadiranku disambut gembira oleh semua kakitangan pejabat PNSD. Aku berjumpa En. Haris bin Ahmad, Pengurus Besar dan beliau bersedia menolong aku. Projek pertama yang aku dapat ialah membingkai potret Agung baru (Raja Perlis) 4 keping dan aku sediakan senarai harga alatulis pejabat. Bekalan diambil dari Kedai Rhythm, Kepala Batas. Aku juga menghubungi Ismail Husin, Care Line Electrical, Kepala Batas berbincang bagi kerja-kerja penyenggaraan elektrik. Pada masa yang sama, aku berjumpa Zamri, Pengetua Institut Bina Usahawan (E.D.I.) yang juga seorang Pengurus / Pemilik firma Interior Decorator, Persada Reka.  Aku mendapat tauliah sebagai Konsultan Pendidikan di E.D.I. Zamri mengajak aku membantunya dalam bisness I.D. dengan mencari pelanggan.

Bulan Oktober 2002, aku berjumpa Kamaruzaman, Pengurus Besar di Peruda Kedah dan memperkenalkan DATSAL ENTERPRISE, disusuli dengan Samporna Din, pejabat Bertam Properties, Kepala Batas.
Hubungan aku dengan kakitangan PNSD amat baik dan mereka banyak memberi pertolongan dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Allah jua yang dapat membalasnya. Projek / kontrak sepanjang tahun 2002 banyak tetapi kecil-kecilan e.g. frame Agung, alatulis, papantanda nama pokok, membekal dan memasang Bossini handspray, membekal peti tender dll.

Apa yang penting dalam peringkat awal perniagaan ialah membuktikan aku mampu melaksanakan kerja yang diberi dengan cepat, pantas dan memuaskan. Faktor ‘untung’ jangan difikirkan sangat.  Pada 10 Oktober 2002, aku berjumpa En. Haris dan menyatakan hasratku tentang “All-in-One” service i.e. aku buat semua ~ maintain lanskap, cuci pejabat, alat-alat mekanikal, security guard dll. Boss setuju dan memberi galakan. Seterusnya aku kemukakan kertas cadangan. PNS mempelawa aku dalam sebutharga servis yang akan bermula pada awal tahun 2003. Alhamdulillah, aku telah ditawarkan kontrak servis elektrikal, alat hawa dingin, penyenggaraan lanskap dan pencucian bangunan pejabat (jumlah bulanan pendapatan + RM7,000.00).

Aku juga berbincang dengan Jaafar Che Lud (pesara UDA) tentang penubuhan syarikat (perkongsian) bagi cadangan operator tempat letak kereta di jeti berlepas projek Tropical Island Resort.

Kerana banyak bertanya, aku memperolehi ramai kawan yang berhubung kait dengan aktiviti perniagaanku.

[Disambung pada 14 Mac 2003] aku bersyukur kerana kesemua rakan perniagaan adalah orang Melayu dan membuat kerja masing-masing dengan jujur serta penuh komitmen. Kerjaku juga menjadi mudah dan telah didorong Allah ke jalan yang baik. Ramai sahabat mengatakan, “kalau tak disuap i.e. rasuah atau tak ada ‘cable’ tertentu (V.I.P), sorry lah, tak dapat kerjalah!”.  Sedaya upaya aku akan berikhtiar untuk membuktikan sebaliknya. Tetapi aku tidak lupa memberi hadiah kepada sesiapa khasnya sahabat aku yang mengsyorkan kerja atau memperkenalkan aku kepada sahabat-sahabat mereka yang memerlukan khidmat syarikat aku. Aku bertujuan ikhlas dan tidak pernah terlintas untuk merasuah sesiapa agar aku dapat kerja.
Aku seorang peniaga “ONE MAN SHOW”. Aku dapatkan pelanggan yang memerlukan bekalan peralatan pejabat ataupun servis bangunan, kemudian aku cari rakan-rakan lain yang boleh lakukannya dan mahir dalam bidang tersebut. Dia kemukakan harganya, aku mark-up penat lelah aku dan modal yang akan dikeluarkan,  jumpa pelanggan berbincang tentang harga atau masuk quotation / tender. Jika nasib aku baik, harga yang dikemukakan diterima. Selesai kerja aku bayar tunai (cash) kepada kawan aku dan buat tuntutan kepada pelanggan. Bayaran selalunya lewat 2 - 3 bulan. Pada masa ini, aku gunakan wang saki baki simpanan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) aku sebagai modal. Dalam tahun 2002 selama 4 bulan sahaja memulakan aktiviti, aku mendapat kontrak berjumlah RM13,047.94 dan dalam tahun 2003 sehingga hujung Februari, aku mendapat kontrak (pendapatan kasar) berjumlah lebih RM18,000.00. Mulai 1 Januari 2003, PNSD telah menawarkan kontrak senggaraan elektrikal (4 kali setahun), alat hawa dingin (bulanan), pencucian bangunan (bulanan) dan penyenggaraan lanskap; di samping kerja-kerja kecil dan alatulis pejabat.  Setiap kerja ada untung, bezanya antara kecil dengan besar, asalkan ianya usaha aku dengan pertolongan Allah jua. Penat?  Memanglah penat, pada usia 46 tahun tidak sama dengan 25 tahun. “One man show”, jadi kenalah lari ke sana, lari ke sini supaya kerja dilaksanakan dengan jaya serta memuaskan hati pelanggan. Selama hampir ½ tahun, belum lagi dengan mana-mana pelanggan merungut atau complaint. Apa yang aku risau cuma satu iaitu janganlah kerana terlalu sibok mencari rezeki sehingga aku lalai mengingati Allah s.w.t., lalai solat dan lain-lain. 

Semakin hari semakin banyak kerja yang ditawarkan dan terkadang-kadang terpaksa menolak kerana aku tahu tahap kemampuan diri dan kedudukan kewangan; aku bukan tamak duit dan sanggup menganiayai orang untuk mencapai kehendak hatiku. Memang benarlah sabdaan Rasulullah s.a.w. bahawa rezeki yang luas terletak di dalam perniagaan (i.e. perniagaan yang mengikut sunnah Nabi s.a.w. ~ tiada tipu helah dll.). Mula-mula memang rasa takut juga ~ mengeluarkan modal hampir RM30,000.00 tetapi aku bertawakkal kepada Allah, menyerah diriku total kepadaNya; aku berpegang kepada “rezeki itu daripada Allah, Allah yang menetapkan rezeki makhlukNya”, jadi apa yang hendak dirisaukan; kita berusaha membuat yang terbaik dan bertawakkal. Aku sudah merasai kepuasan apabila sahabat-sahabat lama ku semasa di PDC (1981), di UDA dan PNS (1982 - 2001), di PERUDA Kedah, anak buah aku di MAIPP (sekarang menjadi A.D.O. di pejabat tanah), junior aku di USM dan ramai lagi sanggup membantu aku memajukan syarikat; cuma aku tak berkesempatan mengatur “marketing visit” kerana terlalu sibok.

KELUARGA DATSAL ENTERPRISE



59)   HIPOKRIT 
4.35 p.m. 14 Oktober 2003 = Selasa 19 Sya’aban 1424H

Perkataan ini berasal dari bahasa Inggeris, mungkin bahasa Grik Yunani atau Sanskrit atau apa sajalah. Maknanya sifat seseorang yang mempunyai banyak wajah atau perwatakan mengikut masa, suasana atau dengan siapa ia berhadapan. Pada masa tertentu ia berpewatakan baik di hadapan orang tetapi sebenarnya ia menyembunyikan perwatakan jahatnya. Sifat berpura-pura baik inilah namanya Hipokrit. 

Sebagai contoh, lihat sahaja foto-foto dan gambar-gambar di peti televisyen atau surat khabar. Tumpukan kepada pesalah-pesalah yang dibawa ke Mahkamah untuk didakwa bagi kes-kes jahat seperti pecah amanah, mencuri, menyamun, merogol, kes tangkap basah, membunuh dan lain-lain. Tumpukan kepada yang kena tuduh berbangsa Melayu dan beragama Islam. Apakah pakaiannya …. di samping gelang gari? Yang lelakinya akan memakai kupiah putih dan yang wanitanya akan menutup aurat (bertudung) …. sambil tersipu-sipu menundukkan kepala kerana malu apabila wajah terdedah di peti televisyen dan akhbar. Ahli keluarganya juga akan cuba membantunya dengan menutup kain atau beg plastik atau memarahi wartawan. 

Persoalannya, mengapa berpakaian demikian padahal sebelum ini, kupiah dan tudung tak pernah terlintas di hati hendak memakainya. Apakah ianya satu cara ‘presentation’ depan Hakim bahawa ia tidak bersalah dan atau dah bertaubat kerana kupiah dan tudung masih dianggap sebahagian dari pakaian orang-orang baik. 

Satu lagi persoalan, seseorang itu tidak akan dikatakan bersalah sehingga ia dibuktikan bersalah ~ bahasa Undang-Undang. Jika tidak bersalah, mengapa tersipu-sipu dan cuba menutup wajah ketika ke Mahkamah? 

Aku teringat kepada Mona Fendi (Allahyarhamah) yang dijatuhkan hukuman mati (gantung) kerana kes membunuh seorang ADUN tidak lama dahulu. Aku tabik dia bukan kerana keberanian membunuh tetapi kerana ia tidak menunjukkan sifat Hipokrit ketika ke Mahkamah. Ia akan melambai-lambai kepada wartawan yang mengambil foto persis seperti seorang ‘celebrity’ sambil menghembus ‘flying kiss’ dan berkata ‘I love you’. Mungkin kita mengatakan ia mengidap penyakit mental, tetapi itulah kenyataannya. Kematiannya dan cara ia menemui ajalnya telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. 

Apakah golongan hipokrit ini tidak tahu atau tidak ambil kisah tentang Malaikat di kanan dan kirinya yang tidak pernah berenggang walau ke manapun ia pergi? Mereka ditugaskan mencatet apa sahaja perbuatan, perkataan, tindakan, kata hati orang itu sehari semalam 24 jam dari umurnya aqil baligh hingga ia masuk ke liang lahad. Buku catetan inilah yang akan dibentangkan di hadapan Allah, Hakim yang Maha Adil kelak. Pada masa itu, tiada alasan, tiada ‘argument’ seperti di Mahkamah dunia yang masing-masing cuba mengemukakan bukti. Keputusan dibuat berdasarkan bukti mana yang lebih kuat dan kepintaran peguam (Pendakwaraya atau Peguambela) berhujjah. Di akhirat kelak, jauh berbeza dan tak dapat dibayangkan walaupun gambarannya secara kasar terdapat di dalam Al-Qur’an dan Hadith Nabi Muhammad s.a.w. Mungkin kita akan tertanya-tanya, bagaimana semua anggota boleh bercakap ~ tangan, kaki, mata, telinga, hidung dll kerana di dunia mulut sahaja yang boleh bercakap. Itulah tanda kekuasaan dan keagungan Allah Azza wajalla dan tiada suatu pun perkara yang mustahil bagi Allah. Allah berkuasa di atas segala-galanya. 

Apabila seorang membuat kejahatan, ia takut diketahui orang dan seberapa boleh cuba menutup atau menyembunyikannya. Ia akan berlagak seperti orang baik yang tidak pernah buat jahat sehinggalah kejahatan itu terdedah. Itupun ia masih hendak membuat helah lagi …. cari Peguambela yang petah bercakap (berhujjah) dan pandai memutarbelitkan bahasa atau tatacara undang-undang supaya ia bebas dari tuduhan. Duit tidak menjadi masalah. Tetapi ia (hipokrit) tidak akan hidup aman selamanya walaupun ia buat kenduri doa selamat. 

Siapakah yang hendak ditipunya? Hakim, Mahkamah, orang ramai, Polis dan sebagainya? Adakah Allah s.w.t. juga hendak ditipunya? Bertaubatlah wahai para hipokrit sebelum nafas akhir sampai di kerongkongan. Malaikat Ratib dan Atiq a.s. akan menjadi saksi utama kita kelak yang amat adil dan jauh sekali untuk dirasuah. Tayangan Perdana setiap perbuatan makhluk Allah akan dipertontonkan. Apa lagi helah yang ada? Selain dari berkata; 

LAAILAAHA ILLAA ANTA, SUBHAANAKA INNAA MINADZ DZOLIMIIN
LAAHAULA WALAA QUUWATA ILLAA BILLAAH.


TAMAT CORETAN RUHANIAH 1981

MAHDZAR BALADRAM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA, WASSALAM






No comments:

Post a Comment