Apabila kita sakit, pertama jumpa doktor yang berkaitan dengan penyakit dihidapi. Kemudian, makan ubat seperti yang diarahkan oleh doktor tersebut. Kalau diarah makan pill atau tablet setengah jam sebelum makan, patuhlah. Kalau disuruh makan 3 kali sehari, ikutlah dan jangan pula kerana nak cepat sembuh, pandai2 pi makan ubat 6 kali sehari ..... bukan cepat sembuh, cepat lagi sampai ke "batu dua" la.
Contoh preskripsi ubat yang perlu dimakan (pesakit jantung) ....
setiap hari sehingga temujanji dengan doktor pakar 6 bulan akan datang.
Apabila kita menghidap penyakit, maka ramailah sahabat dan saudara mara yang bersimpati dengan nasib yang menimpa kita. Mereka pun akan mencadangkan (suggest) pergi jumpa tabib Melayu atau doktor sengsey cina atau perubatan tradisional siap dengan testimonial, "si anu dulu sakit macam ni la jugak, lepas ambil ubat dari doktor/tabib nu ..... sekarang okay dah" sering kedengaran dan membuat kita yang sakit ni tak sabar2 nak pergi berubat kepada doktor/tabib tersebut. Hasilnya, di rumah boleh buka sebuah mini farmasi - segala macam ubat ada tapi tak termakan..... last last expired, buang sajalah. Tu tak buka lagi website jual ubat sampingan (supplementary) ...... lagilah pening dibuatnya. Buka radio dan TV pun iklan ubat atau ramuan kesihatan. Dalam akbar dan majalah penuh dengan iklan ubat "supplementary" katanya. Beli surat khabar sekarang seperti beli preskripsi ubatan ..... lebih iklan dari berita sebenarnya.
Ada yang syorkan gamat healings, jus korma campur dengan madu, jus manggis, jus delima, madu Khaula (dah cuba dua botol @RM60.00 sebotol - terus masuk wad "Yellow Zone" Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar kerana kandungan gula dalam darah mencecah angka 21), tunjuk langit, hempedu bumi, ubat homoepathi, mas cotek ....... macam-macam lagi lah rekomen dari sahabat dan saudara mara yang bertujuan ikhlas hendak melihat kita sembuh cepat. Atas ingatan itu, kita ucapkan jutaan terima kasih. Tapi itulah, kena tepok dada (bahaya ni .... nanti orang kata aku Syiah Malaysia pulak), tanya diri, perlukah aku ambil ubat ini .... sebagai sampingan selain ubat yang disyorkan oleh pakar jantung. Kata orang, jika mula ambil ubat doktor hospital, jangan berhenti, terus makan sampai ....... Innaa lillaahi ..... mati. Ada juga sahabat saya yang dah give-up makan ubat bertahun-tahun, sekali makan se genggam ubat berjenis-jenis, jadi ia berhenti mendadak dan berakhir dengan kematian, ajalnya dah sampai. Allah rahmati ruhnya. Ada juga pesakit jantung dari IJN menceritakan kepada saya, kalau pergi IJN, jangan lupa bawa "sinya" (mangkok tingkat) bukan nak isi makanan tetapi isi ubatan yang akan diberikan.
Pesakit jantung seperti saya mempunyai temujanji tetap dengan doktor pakar di hospital. Mulanya, 4 bulan sekali tetapi jika keadaan dah tidak membimbangkan, dipanjangkan setahun cuma 2 kali (kerana pesakit terlalu ramai, doktor pakar terlalu kurang). Sebelum jumpa, kena ambil darah untuk check kandungan gula, kolestrol jahat dan kolestrol baik, kritenin dan macam2 lagi. Dari laporan darah ini (contoh seperti foto di bawah ini), doktor pakar akan cadangkan ubat yang bersesuaian untuk merendahkan bacaan seperti tekanan darah, gula, kolestrol dll. Kalau kita mengadu sakit perut lepas makan aspirin, doktor akan tambah ubat bagi mengurangkan sakit perut seperti Rinitidine, ubat angin, magnesia milk dll. Jika kita mengadu sengal2 badan dan sendi, doktor akan beri lagi ubat saraf, pain killer dll. Ringkasnya, volume/doss ubat dan bilangan ubat yang diambil bertambah .... itu yang jadi sekali makan se genggam ubat. No komen! Semua ubat yang diambil mempunyai kesan sampingan .... jadi berhati-hati dan ikut nasihat doktor.
Contoh keputusan ujian darah.
Tekanan darah tinggi amat berkait rapat dengan sakit jantung. Ia satu indikasi bahawa ada yang tidak kena dengan saloran jantung kita membuatkan tekanan darah mendadak naiknya. Senangnya, ambil contoh paip air getah untuk menyiram tanaman. Jika muncungnya dipicit, air yang keluar menjadi lebih laju dan tekanan dalam paip meningkat. Begitulah juga dengan darah di dalam saloran darah yang semakin kecil kerana wujudnya lapisan kolestrol dan sebagainya.
Tekanan darah yang normal untuk seorang yang sihat seperti yang diiktiraf oleh kebanyakan doktor ialah 120/80 tetapi mengikut sekil W.H.O (World Health Organisation) adalah seperti berikut:-
Normal = 140/90,
Borderline: 140 - 159/90 - 94,
Hypertension: >160/>95 dan
Mild Hypertension: 160 - 179/95 - 104.
Lain doktor atau organisasi, lain pula standardnya tetapi tidak berbeza sangat jaraknya.
Mengukur tekanan darah cara lama - skala raksa dan bantuan stethoscope. Ada yang mengatakan teknik atau alat ini memberi bacaan tekanan darah yang lebih tepat berbanding alatan menggunakan sel bateri atau digital yang moden (seperti foto di bawah)
Saya terbaca dan ingin berkongsi pengetahuan tentang sebuah artikel menarik beberapa petua perubatan Melayu tradisional dari web: https://www.facebook.com/ePetua. Bolehlah kita pertimbangkan sebagai perubatan alternatif yang tidak membahayakan. Tetapi kadang2 tumbuhan yang perlu dicari agak sukar didapati dan "hanya jauhari yang mengenal manikam".
Pada zaman dahulu penyakit darah tinggi dikenali sebagai “penyakit lemah”. Pesakit biasanya dilarang makan makanan yang terlalu masin, berlemak dan daging kambing. Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukan sebarang gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama ada merasa diri anda sihat. Berjumpa doktor adalah satu-satunya cara untuk mengetahui tekanan darah anda.
Tekanan darah tinggi secara berkekalan boleh mendatangkan komplikasi seperti berikut:
• Serangan jantung
• Angin ahmar
• Kegagalan jantung
• Kerosakan buah pinggang
Petua Perubatan Melayu Tradisional
Pilihan 1: Minum rebusan rumput ambin atau kelek anak. Sukatan yang digunakan untuk sekali minum ialah secekak jari manis rumput ambin, buah direbus dengan 3 cawan air. Rumput ini direbus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Air rebusan ini diminum tiap-tiap pagi dan malam.
Pilihan 2: Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama banyak nisbahnya.
Pilihan 3: Rebus beberapa helai daun pandan wangi dengan 2 gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Amalkan meminum ramuan tradisional ini setiap pagi dan petang.
Pilihan 4: Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus. Ia mampu menghancurkan penggumplan darah.
Pilihan 5: Parut kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah 2 sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
Pilihan 6: Makan biji buah Peria.
Pilihan 7: Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
Pilihan 8: Minum air rebusan daun pokok Ati-Ati.
Pilihan 9: Amalkan pucuk Pokok Pala sebagai ulaman seharian.
Pilihan 10: Minum air rebusan pokok Dukung Anak.
Pilihan 11: Belimbing buluh boleh menghilangkan penyakit darah tinggi dengan mengamalkan memakan buah belimbing yang agak muda, 2 biji sehari. Amalkan setiap hari sehingga kesannya nampak pada penurunan darah anda. Anda juga dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan garam dan daging serta makanan yang mengandungi lemak.
Pilihan 12: Kacang tanah kaya dengan kandungan lemak, vitamin A, B, E dan K, lecithin, choline, asid omino, kalsium dan sebagainya. Minyak kacang tanah mampu merendahkan tekanan darah tinggi dan kolestrol darah. Selaput lendirnya mengandungi ramuan yang lebih berkesan.
Pilihan 13: Celurkan pucuk dan bunga betik hingga masak dan makan. Ia boleh dibuat kerabu atau dimakan sengan sambal belacan. Rasanya memang sedikit pahit, tetapi amat berkesan untuk mengubati penyakit darah tinggi.
Pilihan 14: Ambil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu masukkan ke dalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur. Jangan campurkan dengan air. Dapatkan patinya sahaja. Masukkan ke dalam bekas mangkuk atau cawan. Selepas itu embunkan sehingga pagi. Bila bangun pagi sebelum minum atau makan, anda hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali. Amalkan selama 3 hari berturut-turut.
Pilihan 15: Makan buah Mengkudu. Ia mampu menurunkan kolesterol tinggi, menurunkan tekanan darah tinggi dan menurunkan kadar gula dalam darah.
a. Periksa tekanan darah anda secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau lebih kerap bergantung kepada kadar tekanan darah anda.
b. Jangan merokok kerana narkotin dalam rokok boleh mengakibatkan jantung berdenyut lebih cepat dan menyempitkan saluran salurnadi halus menyebabkan jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat bagi memenuhi keperluan badan anda.
c. Kurangkan pengambilan garam. Garam berlebihan dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya dan ini mengakibatkan tekanan darah menjadi tinggi.
d. Kurangkan lemak kerana lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling salurnadi dan menjadikannya tebal dan kejang
e. Kekalkan berat badan unggul.
f. Bersenam secara berkala.
g. Elakkan pengambilan alkohol
No comments:
Post a Comment